Sejarah
Perakaunan
Liow Zi Jun / Regina Chong Xuan / Yeo Ling Ye /
Tee Yong Qin / Tan Hong Ee
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Permulaan Menyimpan Rekod
• Tahun 3500 S.M
Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia.
• Tahun 2300 S.M
Rekod dibuat di atas tanah liat.
• Tahun 400 M
Penyimpanan rekod menjadi lebih maju dengan ciptaan
papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir.
• Abad 5 dan 6 S.M
Urus niaga direkodkan dalam nilai wang apabila sistem
kewangan diperkenalkan.
• Abad 1 hingga 11 S.M
Orang India telah memajukan penggunaan sistem angka yang
membolehkan penyusunan angka dengan teratur serta
memudahkan pengiraan.
• Tahun 850 M
Sistem angka Roman digantikan dengan sistem angka Hindu-
Arab.
Permulaan Catatan Bergu
• Tahun 1200 - 1500 M
Simpan kira berdasarkan Sistem Catatan Bergu dipercayai bermula di Itali
selaras dengan perkembangan perdagangan yang pesat di bandar-bandar Itali.
Simpan kira yang berdasarkan catatan bergu dikenali sebagai Kaedah Venice.
• Tahun 1494
Luca Pacioli menulis sebuah buku matematik memuatkan satu bahagian
tentang peraturan simpan kira bagi sesuatu perniagaan di dalam buku itu.
Luca Pacioli dikenali sebagai Bapa Perakaunan.
• Tahun 1605
Dicadangkan keuntungan ditentukan pada akhir suatu tempoh perakaunan.
Perkembangan Sistem Perakaunan
Pertengahan abad ke-18
• Revolusi Perindustrian di England memperkembangkan
perdagangan dan bidang perakaunan dengan pesat.
• Penyediaan Penyata Kewangan dan laporan pelaburan lain yang
berasaskan akaun lejar dibincangkan dan diperkenalkan.
• Pengeluaran barang secara besar-besaran memerlukan suatu sistem
perakaunan yang lebih baik supaya laporan kewangan dapat dibuat.
• Perakaunan kos diperkenalkan untuk menganalisis pelbagai kos
dalam pengeluaran besar-besaran.
Abad ke-19
• Bidang simpan kira diperkembangkan dengan pembentukan
syarikat besar yang memerlukan modal besar.
• Corak pengurusan telah berubah dan kerajaan telah menggubal
perundangan untuk mengawal perjalanan perniagaan supaya
semua pihak yang terlibat dilindungi.
• Pihak pengurusan syarikat diwajibkan menyediakan laporan
perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan tahunan
berdasarkan piawaian perakaunan yang minimum. Maka,
wujudlah perakaunan kewangan.
Abad ke-20
• Perkembangan pesat dalam organisasi perniagaan,
mewujudkan perakaunan pengurusan.
• Ini membolehkan pihak pengurusan menguruskan
perniagaan dan membuat keputusan perniagaan
dengan lebih cekap.
Terima
kasih