Ciri Sistem
Ekonomi
Nama : Liow Zi Jun
Tingkatan : 4 Red
Ekonomi Tingkatan 4
Sistem Ekonomi
Sistem Ekonomi Kapitalis / Sistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas /
Sistem Ekonomi Laissez Faire
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Islam
Kapitalis / Pasaran Bebas / Laissez Faire
Maksud
• Sistem ekonomi yang individu dan pihak swasta bebas
membuat segala keputusan ekonomi tanpa campur tangan
kerajaan
Pemilikan faktor pengeluaran
• Individu dan swasta bebas memiliki faktor pengeluaran.
• Individu dan swasta bebas menggubah faktor pengeluaran
untuk memenuhi kepuasan dan matlamat pengeluaran.
• Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi.
Penentu kehendak
• Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi.
• Individu bebas memilih barang atau perkhidmatan untuk
memaksimumkan kepuasan.
• Swasta bebas mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk
memaksimumkan keuntungan.
Pilihan
• Individu bebas membuat pilihan untuk memaksimumkan
keuntungan.
• Swasta bebas membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan.
Contoh negara
• Diamalkan oleh Amerika Syarikat, Hong Kong
Perancangan Pusat
Maksud
• Sistem ekonomi yang kerajaan berkuasa penuh dalam segala aktiviti
ekonomi.
Pemilikan faktor pengeluaran
• Kerajaan memiliki semua faktor pengeluaran.
• Individu dan swasta tidak bebas memiliki faktor pengeluaran.
Penentu kehendak
• Kerajaan membuat keputusan ekonomi.
• Kerajaan akan mengawal peruntukan faktor pengeluaran dan corak agihan
barang kepada masyarakat.
Pilihan
• Kerajaan membuat pilihan.
• Individu dan swasta tidak bebas memilih.
Contoh negara
• Diamalkan oleh Cuba, Korea Utara, Russia
Campuran
Maksud
• Sistem ekonomi yang menggabungkan kebaikan sistem ekonomi kapitalis dan
sistem ekonomi perancangan pusat.
Pemilikan faktor pengeluaran
• Individu dan swasta bebas memiliki faktor pengeluaran TETAPI faktor
pengeluaran tertentu dimiliki oleh kerajaan.
• Kerajaan juga mengawal pemilikan faktor pengeluaran melalui undang-undang.
Penentu kehendak
• Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi.
• Individu bebas memilih barang atau perkhidmatan untuk memaksimumkan
kepuasan.
• Swasta bebas mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk
memaksimumkan keuntungan.
• Kerajaan mengeluarkan barang awam untuk memaksimumkan kebajikan.
Pilihan
• Individu dan swasta bebas membuat pilihan TETAPI dikawal oleh kerajaan
melalui undang-undang.
Contoh negara
• Diamalkan oleh Malaysia, Thailand, Singapura
Sistem Ekonomi Islam
Ciri-ciri Utama
1. Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam
• Matlamat adalah untuk mencapai al-Falah
• Keputusan ekonomi mengikut Al-Quran dan Hadis
2. Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu
• Individu bebas memilih barang dan perkhidmatan yang halal
• Firma bebas mengeluarkan barang mengikut hukum Islam
• Kerajaan mengawal kebebasan individu dan firma dengan undang-undang
3. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat
• Kerajaan akan mengeluarkan barang awam untuk memaksimumkan kebajikan rakyat
• Individu harus membayar zakat untuk diagihkan kekayaan kepada golongan kurang
kemampuan
Sekian
Terima kasih !