The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOP TASKA (GENIUS), PUSAT ANAK GENIUS NEGARA YAN, KEDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAK40623 Nurul Insyirah Binti Mohamed Sohaimi, 2023-06-26 04:39:40

SOP TASKA (GENIUS)

SOP TASKA (GENIUS), PUSAT ANAK GENIUS NEGARA YAN, KEDAH

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 51 semula permainan yang telah digunakan dan membersihkan pondok permainan tersebut; 9. perlu memastikan pintu dan tingkap pondok ditutup rapat setelah selesai bermain bersama kanak-kanak. Terowong Pendidik/ Penagsuh/PPM: 1. memastikan keadaan terowong adalah selamat, bersih dan baik untuk digunakan; 2. menunjukkan cara-cara untuk bermain kepada kanakkanak sebelum membenarkan mereka bermain; 3. memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain di dalam terowong secara bergilir-gilir; 4. perlu pastikan keluar dan masuk terowong satu hala bagi mengelakkan sebarang pelanggaran kanakkanak semasa bermain; 5. perlu mengawasi kanak-kanak dan memberi bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan ketika sedang bermain; dan 6. sekiranya terowong tersebut kecil, minta kanakkanak membongkokkan badan atau merangkak semasa bermain dalam terowong tersebut.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 52 Jambatan Gantung Pendidik/ Penagsuh/PPM: 1. memastikan keadaan terowong adalah selamat dan baik untuk digunakan; 2. menggalakkan kanak-kanak beratur semasa hendak berjalan di atas jambatan tersebut; 3. pastikan dalam satu-satu masa tidak lebih daripada tiga orang bermain dan berdiri di atas jambatan bagi mengelakkan kanak-kanak tolak menolak ; 4. sentiasa mengawasi dan memberikan bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan; 5. memastikan kanak-kanak memegang tali pemegang semasa berjalan di atas jambatan. 6. memastikan kanak-kanak tidak berhayun semasa berada di atas jambatan; dan 7. pimpin kanak-kanak kecil (1-2 tahun) untuk mengelakkan kaki kanak-kanak tidak tersangkut di antara celahan papan.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 53 Tayar 1. Tayar perlulah ditanam separuh atau diisi dengan pasir untuk mengelakkan penakungan air dan pembiakan nyamuk aedes di dalam tayar; 2. pendidik / ppm perlu memastikan tayar berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk digunakan; 3. pendidik / ppm menggalakkan kanak-kanak berbaris dan menunggu giliran masing-masing semasa hendak bermain untuk mengelakkan kanak-kanak bertolakkan atau terjatuh.; dan 4. sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan. Maze Pendidik/ Penagsuh/PPM: 1. perlu memeriksa kawasan Maze selamat untuk digunakan sebelum membawa kanak-kanak ke kawasan tersebut; 2. kanak-kanak digalakkan untuk berbaris semasa hendak bermain di dalam “maze” tersebut; 3. pendidik / ppm boleh mengetuai barisan kanak-kanak


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 54 semasa bermain di dalam “maze” tersebut; 4. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka sedang bermain; 5. pastikan pokok-pokok yang membentuk “maze” tersebut sentiasa rendah mengikut paras ketinggian kanak-kanak.; Climbing Wall Pendidik / Pengasuh/PPM 1. memastikan bilangan kanak-kanak yang memanjat dinding adalah bersesuaian dengan keluasan dinding tersebut; 2. bimbing kanak-kanak untuk memegang dan memijak batu dengan betul dan tegap supaya tidak terlepas; 3. sentiasa memerhati dan mengawasi kanak-kanak semasa bermain bagi memastikan keselamatan mereka. Basikal Pendidik / Pengasuh/PPM 1. memastikan basikal tersebut adalah selamat untuk


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 55 digunakan oleh kanak-kanak; 2. perlu memastikan basikal adalah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak; 3. menggalakkan kanak-kanak menunggu giliran dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain basikal; 4. perlu sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan kepada kanak-kanak ketika bermain; dan 5. Selepas bermain, pastikan basikal disimpan semula di stor penyimpanan.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 56 D. TRANSISI Transisi adalah waktu peralihan di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Transisi perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan berlakunya keadaan kelam kabut seperti kesesakan ruang, membuat kanak-kanak kebingungan dan menyebabkan kanak-kanak menunggu terlalu lama tanpa aktiviti pada waktu peralihan. Waktu peralihan juga digunakan oleh sebahagian kanak-kanak untuk mengemas dan menamatkan aktiviti lukisan atau kraf sementara kanak-kanak yang lain bersedia untuk menjalankan aktiviti seterusnya. TRANSISI Waktu Transisi 1. Antara waktu ketibaan dan sarapan. 2. Antara waktu sarapan dengan waktu bermain permainan luar. 3. Antara waktu bermain permainan luar dengan waktu makan buah. 4. Antara waktu makan buah dengan aktiviti PERMATA. 5. Antara waktu makan tengahari dengan waktu tidur. 6. Antara waktu mandi dengan minum petang.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 57 TRANSISI 7. Antara waktu minum petang dengan bercerita. 8. Antara waktu bercerita dengan waktu balik Cadangan Mengurus Transisi 1. Untuk menarik perhatian kanak-kanak, Pendidik/Pembantu Pusat boleh menggunakan kombinasi cadangan berikut: Pendidik/Pembantu Pusat menggunakan alatan yang berbunyi seperti triangle, kastenet dan drum. Pendidik/Pembantu Pusat menggunakan suara yang menarik yang berirama seperti lalalala…, hehehehe… , bertepuk tangan dan kanak-kanak meniru bunyi tersebut. Pendidik/Pembantu Pusat membilang nombor satu….dua….tiga….dan seterusnya. 2. Pendidik/Pembantu Pusat juga boleh menggunakan kombinasi aktiviti berikut:- Pendidik/Pembantu Pusat membawa kanak-kanak ke sudut bacaan.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 58 TRANSISI Pendidik/Pembantu Pusat membacakan buku cerita. Pendidik/Pembantu Pusat menyediakan alat mainan seperti blok, puzzle atau mainan manipulatif. Pendidik/Pembantu Pusat memasang vcd yang berunsur cerita kanak-kanak.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 59 E. KESELAMATAN Keselamatan merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap pendidik di PAPN dan di TASKA. Kanak-kanak kecil mudah terdedah kepada pelbagai kemalangan dan kecederaan yang memerlukan pengawasan rapi. Pendidik perlu memahami dan mengenal pasti setiap keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya atau menjadi punca kemalangan. Keselamatan Kanak-kanak Ketika di Pintu Utama/Pagar Pendidik/Pengasuh/PPM perlu: memastikan pintu pagar dan pintu utama sentiasa berkunci dan kunci diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh Pendidik/Pembantu Pusat; dan memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan bermain berhampiran pintu pagar. Ketika Bermain Pendidik/Pengasuh/PPM perlu: 3. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai; 4. pastikan kanak-kanak sentiasa memakai selipar/kasut masing-masing semasa aktiviti luar; 5. memastikan alat-alat permainan yang


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 60 Keselamatan Kanak-kanak disediakan sesuai dengan tahap umur kanakkanak; 6. memastikan kanak-kanak tidak bermain di tempat atau dengan benda/bahan yang berbahaya (longkang, pokok berduri, kolam); dan sentiasa terlibat sama 7. memerhati kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang dijalankan Ketika di Bilik Air Pendidik/Pengasuh/PPM perlu: 1. memastikan lantai bilik air sentiasa kering dan tiada air yang bertakung (lantai atau baldi); 2. memastikan mangkuk tandas bersih dan kering; 3. memastikan alat mandian kanak-kanak diletakkan pada paras ketinggian mereka; 4. memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak; 5. memastikan kanak-kanak tidak menggunakan hot shower tanpa


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 61 Keselamatan Kanak-kanak pengawasan orang dewasa; 6. memastikan kanak-kanak tidak bermain atau berlari di dalam bilik air; dan 7. memastikan kanak-kanak tidak berada di bilik air tanpa pengawasan orang dewasa. Persekitaran Dalaman PAPN 1. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur, pejabat dan stor. 2. Pendidik/Pengasuh/PPM memastikan lantai di persekitaran sentiasa bersih dan kering; 3. memastikan lantai dilap segera sekiranya basah atau ada tumpahan air; 4. menyediakan tong sampah yang bertutup bagi melatih kanak-kanak membuang sampah; dan 5. memastikan sampah sentiasa dibuang (mengikut keperluan).


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 62 Keselamatan Kanak-kanak Persekitaran Luaran PAPN Pendidik/Pengasuh/PPM 1. memastikan pintu pagar selalu ditutup; 2. memastikan permainan disimpan selepas bermain; 3. memastikan semua alat permainan berada dalam keadaan yang baik; dan 4. menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi melatih kanak-kanak membuang sampah Ketika Tidur Pendidik/Pengasuh/PPM memastikan muka kanak-kanak tidak ditutupi selimut. Pastikan botol susu tidak di hisap/ dalam mulut ketika kanak-kanak tidur.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 63 F. KESIHATAN DAN PENYAKIT KESIHATAN Pendidik/Pengasuh/PPM 1. perlu sentiasa peka kepada kesihatan kanakkanak. 2. Pendidik/Pembantu Pusat memastikan kanakkanak mempunyai rekod kesihatan yang sentiasa dikemas kini. 3. Pendidik/Pembantu Pusat perlu memerhati dan memeriksa kanak-kanak semasa ketibaan. 4. Jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda sakit biasa yang 5. tidak berjangkit, Pendidik/Pembantu Pusat boleh mencadangkan kepada ibu bapa/penjaga supaya membawa kanak-kanak ke klinik atau pulang. 6. Jika kanak-kanak sakit semasa di PAPN, kanakkanak perlu diasingkan dan Pendidik/Pembantu Pusat perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dengan segera


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 64 PENYAKIT Penyakit Berjangkit Jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda penyakit berjangkit, Pendidik/Pengasuh/PPM 1. perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga supaya membawa kanak-kanak ke klinik atau pulang. 2. Kanak-kanak hanya dibenarkan datang ke PAPN apabila telah mendapat surat pengesahan doktor yang bertauliah mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut telah sembuh sepenuhnya. 3. Pendidik/Pembantu Pusat perlu menghubungi pejabat kesihatan berdekatan sekiranya terdapat wabak penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, SARS, Denggi dan Chikungunya. 4. Jika terdapat pengesahan bahawa terdapat wabak penyakit di atas, Pendidik/Pembantu Pusat perlu mengambil langkah pembersihan segera ke keseluruhan PAPN terbabit. 5. Dapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan supaya langkah pengawalan dan


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 65 pencegahan boleh diambil. 6. PAPN terbabit boleh ditutup sekiranya mendapat arahan daripada Pejabat Kesihatan. PENYAKIT ALAHAN Pendidik/Pengasuh/PPM 1. perlu mengenal pasti alahan yang dihadapi oleh setiap kanak-kanak di bawah jagaannya seperti yang tercatat di dalam borang pendaftaran. 2. Jika alahan itu tidak dicatat atau dimaklumkan, Pendidik/Pembantu Pusat perlu menghubungi ibu bapa/penjaga kanak-kanak tersebut untuk mengetahui punca dan jenis alahan. 3. Pendidik/Pembantu Pusat mesti sentiasa peka kepada kesihatan dan alahan kanak-kanak. 4. Sekiranya berlaku alahan minor (ruam), Pendidik/Pembantu Pusat boleh meletakkan ubat yang diberikan oleh klinik atau yang disediakan dengan izin ibu bapa/penjaga. 5. Sekiranya tanda-tanda alahan berterusan, Pendidik/Pembantu Pusat segera menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membawa kanak-kanak pulang atau ke klinik.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 66 6. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi, Pendidik/Pembantu Pusat boleh membawa kanakkanak ke klinik berhampiran. G. KECEDERAAN: Kecederaan Ringan i. Kecederaan Ringan Pendidik/Pengasuh/PPM 1. Mengenalpasti kecederaan yang dialami dan memberi rawatan yang sesuai. 2. Kanak-kanak direhatkan sehingga pulih dan dipantau dari semasa ke semasa. 3. Mencatat di dalam buku rekod kecederaan kanakkanak.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 67 4. Memaklumlan kepada ibu bapa/penjaga semasa pulang. Kecederaan Berat Pendidik/Pengasuh/PPM perlu; 1. mengenalpasti kecederaan yang dialami dan memberi rawatan kecemasan awal. 2. boleh terus membawa kanak-kanak ke klinik/hospital dan menghubungi ibu bapa/penjaga semasa dalam perjalanan. 3. akan mencatat di dalam buku rekod kecederaan kanak-kanak


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 68 H. BENCANA ALAM Contoh bencana alam ialah jerebu yang mencatat tahap bahaya, banjir, pemanasan global dan hujan ribut. 1. memberi penerangan mengenai bencana alam dan ciri-ciri keselamatan. 2. memastikan kanak-kanak tidak bermain di luar PAPN. 3. mengubahsuai aktiviti luar kepada aktiviti dalam bangunan. 4. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai (contohnya: baju sejuk). 5. perlu menghubungi pasukan penyelamat untuk memindahkan kanak-kanak ke pusat pemindahan sementara dengan segera sekiranya berlaku banjir kilat. 6. perlu menghubungi ibu bapa/penjaga kanak-kanak dengan segera. 7. memastikan semua kanak-kanak dalam senarai kehadiran yang hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul. 8. mententeramkan dan sentiasa mengawasi kanak-kanak sehingga ibu bapa/penjaga datang mengambil mereka.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 69 I. KEBAKARAN Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran Pendidik/Pengasuh/PPM perlu; 1. menjalankan latihan kebakaran dengan kanak-kanak sekurangkurangnya dua kali setahun. 2. jika terdapat tanda-tanda berlaku kebakaran, tiup wisel atau loceng sebagai tanda amaran dan menghubungi pihak bomba dengan segera. 3. kumpulkan kanak-kanak di kawasan lapang (assembly point) di luar bangunan dan di kawasan yang selamat serta memeriksa senarai kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut. 4. memastikan semua kanak-kanak dalam senarai kehadiran yang hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul. 5. bertenang dan cuba mengawal keadaan serta mengawasi kanakkanak. 6. tunggu arahan seterusnya daripada pihak Bomba dan Penyelamat.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 70 LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN Pendidik/Pengasuh/PPM : perlu melakukan latihan kebakaran dengan kanak-kanak sekurang-kurangnya dua kali setahun. mempamerkan pelan bangunan dan laluan kecemasan seperti kebakaran di tempat yang boleh dilihat oleh semua terutama ibu bapa/penjaga. meniup wisel atau loceng sebagai tanda amaran dan menghubungi pihak Bomba dengan segera jika terdapat tandatanda berlaku kebakaran. kumpulkan kanak-kanak di kawasan lapang (assembly point) di luar bangunan dan di kawasan yang selamat serta memeriksa senarai kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut. tempoh masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan adalah kurang dari 10 minit. (Tempoh tersebut perlu dicatatkan dalam buku). bertenang dan cuba mengawal keadaan serta mengawasi kanakkanak. memastikan semua kanak-kanak dalam rekod kehadiran yang hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul. menunggu arahan seterusnya daripada pihak Bomba dan Penyelamat.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 71 J. PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK Pendidik/Pengasuh/PPM perlu; 1. mendapat latihan mengurus tingkahlaku kanakkanak. 2. memahami ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak. 3. apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan masalah tingkahlaku mestilah berasaskan kepada beberapa pemerhatian yang telah dilakukan beserta rekod yang sistematik. 4. mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada sesuatu tingkahlaku yang dirasakan bermasalah. 5. membuat perbincangan bersama ibubapa/penjaga berkaitan tingkahlaku sebagai salah satu cara untuk mencari penyelesaian. 6. mencadangkan kepada ibubapa/penjaga untuk merujuk kepada pakar yang berkaitan dengan tingkahlaku tersebut sekiranya terdapat tingkah laku yang luar biasa pada kanak-kanak.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 72 K. Kesimpulan DAFTAR ISTILAH PPM- Pembantu Pengurusan Murid PAPN- Pusat Anak PERMATA Negara PENYUNTING Puan Nani bt Menon Unit Latihan PERMATA UPM PENGHARGAAN Setinggi–tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Penyelia Perkembangan Anak PERMATA Negara dan pendidik-pendidik PAPN yang telah menyediakan input bagi menghasilkan Standard Operating Procedures (S.O.P) Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) ini. Penghargaan ini ditujukan khas kepada mentor-mentor di pusat-pusat anak PERMATA Negara: Puan Nani Bt Menon Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Pasir Mas Dan PAPN Putrajaya Prof. Madya Dr. Rohani Bt Abdullah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Kota Samarahan Puan Rosazizi Bt Abd Rahim Penyelia Perkembangan Anak PERMATA


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 73 PAPN Dungun Datin Radziah Bt M. Daud Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Tuaran Puan Hajah Mahanom Bt Haji Basri Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Subang Jaya Puan Nor Aeshah Bt Haji Hamzah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Kepala Batas Dan PAPN Tambun Tulang Puan Nor Faizah Bt Abdullah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Mempaga Dan PAPN Chini Puan Audrey Lee Yoke Wah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Chembong dan PAPN Bukit Peringgit Puan Norhayati Bt. Daud Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Batu Pahat Puan Norsheila Abdullah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Bercham Puan Argayah Saad


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 74 Dr Mastura Badzis Semua Ketua Pendidik PAPN 2011 ISI KANDUNGAN M/S PERKARA FALSAFAH PERMATA 1 DAN KEISTIMEWAAN PROGRAM PERMATA PENGENALAN 2 A. RUTIN 1. Waktu Ketibaan dan Pulang Kanak-kanak 3-4 2. Mandi dan Bersihkan Diri i) Mandikan Bayi 5-7 ii) Kanak-kanak Mandi dan Bersihkan Diri 8-10 iii) Menggosok Gigi 11 iv) Menukar Lampin 12-13 3. Makan i) Makan 14-15 ii) Pemakanan Sihat Untuk Kanak-kanak 16-17 iii) Penyediaan Susu 18-20


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 75 iv) Kebersihan Diri 21-24 4. Rehat dan Tidur 25-27 B. AKTIVITI KANAK-KANAK 1. Circle Time 28-29 2. Nature Walk 30-31 3. Seni Kraf 32-34 i) Menggunting dan Menampal 35-37 4. Bermain Bebas (Free Play) 38-39 C. PERMAINAN LUAR/PADANG 40 1. Main Air 41-44 2. Main Pasir 45-48 3. Buaian, Jongkang-jongkit, Gelongsor, Pondok 49-56 Terowong, Jambatan Gantung, Tayar, Maze, Climbing Wall dan Basikal D. TRANSISI 57-59 E. KESELAMATAN 60-63


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 76 F. KESIHATAN DAN PENYAKIT i) Kesihatan 64 ii) Penyakit Berjangkit 65 iii) Penyakit Alahan 66 G. KECEDERAAN i) Kecederaan Ringan 67 ii) Kecederaan Berat 68 H. BENCANA ALAM 69 I. KEBAKARAN 70-71 J. PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK 72 K. KESIMPULAN 73-74


Click to View FlipBook Version