The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH NUR AISHA BIHA BINTI MOHD NOOR
4PSV
SMK PENGKALAN HULU
2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR DIANA BINTI MOHAMED Moe, 2021-09-21 04:30:42

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH NUR AISHA BIHA BINTI MOHD NOOR
4PSV
SMK PENGKALAN HULU
2021

SEJARAH BENDERA
MALAYSIA

NAMA : NUR AISHA BIHA BT MOHD NOOR
KELAS : 4PSV

PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA, SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DAPAT
SAYA MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI. WALAUPUN TERDAPAT PERKARA YANG TIDAK DAPAT
DIELAKKAN, NAMUN IANYA TIDAK MENJADI SESUATU MASALAH YANG BESAR UNTUK
MENYIAPKAN KERJA INI.ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT MENYIAPKAN KERJA KHUSUS INI
TEPAT PADA MASANYA.

BIODATA DIRI

• NAMA : NUR AISHA BIHA BT MOHD NOOR
• TEMPAT LAHIR : PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA
• TARIKH LAHIR : 14 APRIL 2005
• UMUR : 16 TAHUN
• JANTINA : PEREMPUAN
• BANGSA : MELAYU
• AGAMA : ISLAM

MAKSUD
WARNA
BENDERA
MALAYSIA

BIRU TUA DAN KUNING

• Biru tua
• Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum.

• Kuning
• Bermaksud kedaulatan Raja berpelembagaan

MERAH DAN PUTIH

• Merah
• Melambangkan keberanian dan bersedia dalam

menghadapi segala rintangan.

• Putih
• Melambangkan kesucian, keikhlasan dan

kesungguhan.

ANAK BULAN DAN
BINTANG PECAH 14

• Anak bulan
• Membawa maksud Islam sebagai

agama rasmi negara

• Bintang pecah 14
• Menunjukkan perpaduan 13 buah

negeri dan kerajaan persekutuan

SEJARAH BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

• Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan
Majlis Raja-Raja untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menimbang dan membuat
perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
baharu.

• Bagi tujuan itu, satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang baharu pada tahun 1949. Pertandingan peringkat
kebangsaan ini telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan mendapat 373
penyertaan dari karyawan seluruh negara. Daripada sejumlah itu, tiga reka bentuk bendera
baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

CADANGAN BENDERA PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU

• Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Keputusan akhir pendapat
umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mall telah disiarkan pada 29 November
1949 di mana ia menunjukkan majoriti pengundi telah memilih rekaan bendera ketiga
ciptaan Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan dari Johor.

• Reka bentuk ini menampilkan sebelas jalur biru putih dengan bulan bintang berwarna
putih di bahagian tepi kiri di dalam pepenjuru berwarna merah. Reka bentuk ini adalah
kacukan antara bendera Johor iaitu negeri asal Mohamed dan bendera Kerajaan
Majapahit.

• Walau bagaimanapun, rekaan ini perlu diubah suai beberapa kali terdahulu. Salah seorang ahli
jawatankuasa tersebut, Dato’ Onn bin Jaafar telah ke Johor untuk bertemu dengan Mohamed
bagi membincangkan pengubahsuaian tersebut. Pertama ialah bintang pecah lima pada kanton
bendera, yang mana Dato’ Onn telah mencadangkan agar diubah kepada bintang pecah sebelas.
Hal ini memandangkan Tanah Melayu sedang aktif menentang pengganas komunis di serata
negara, dan bintang pecah lima adalah mirip simbol yang digunakan pihak komunis pada ketika
itu. Kedua, perubahan terhadap warna jalur dan warna kanton telah dicadangkan, agar ditukar
antara kedua-duanya, maka kantonnya berwarna biru dan jalurnya berwarna merah dan putih.
Perubahan ketiga adalah hasil titah cadangan Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Sultan Kedah pada ketika itu. Baginda mencadangkan agar warna putih
bulan dan bintang itu diubah kepada warna kuning iaitu warna diraja.

• Setelah Mohamed bersetuju dengan pengubahsuaian tersebut dan mengemukakan reka
bentuk terpinda, reka bentuk tersebut telah diteliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada
22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara.

• Reka bentuk bendera terubah suai itu juga mendapat kelulusan Raja George VI pada 19
Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan
Pegawai-pegawai Raja George VI.

NAMA JALUR GEMILANG

• Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya
ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan
Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu perpaduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya
menewaskan 28 cadangan antara, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan
sebagainya.

• Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk
Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukan kepada Perdana Menteri ketika itu,
Datuk Seri Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, urus setia menguruskan
nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dam huraian.

• Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia
Negara.Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika sebuah mesyuarat
pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama
dicalonkan mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar
Gemilang.

• Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana
Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40.
Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.

MAKSUD TERPERINCI NAMA JALUR GEMILANG

• JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh
itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang
sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga Sabah dalam
menuju kegemilangan bangsa dan negara

• GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian
Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa
bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan
kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk
dan pedoman yang terang lagi jelas.

RUJUKAN

• 1. ms.m.wikipedia.org - Bendera Malaysia
• 2. Edu bestari – gambar maksud warna pada jalur gemilang


Click to View FlipBook Version