The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR DIANA BINTI MOHAMED Moe, 2021-03-22 04:26:03

AMALAN BERTERIMA KASIH

AMALAN BERTERIMA KASIH

ARENA BOOKS ENTERPRISE
EMEL : [email protected]

Amalan Berterima Kasih

Sudah agak lama Kamal cuba membuat

latihan Matematik yang diberi oleh Cikgu
Mustafa. Namun, dia tidak dapat
menjawab soalan Matematik itu.

Kamal berasa susah hati. Dia tidak
tahu jalan pengiraan untuk soalan
Matematik itu. Cikgu Mustafa mahu
semua murid menghantar latihan mereka
kepadannya pada hari Isnin nanti.

1 ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Jika saya tidak dapat menyiapkan
latihan ini, saya pasti akan didenda oleh
Cikgu Mustafa,” kata Kamal dalam
hatinya.

Kamal menelefon Gopal. Dia hendak
ke rumah Gopal. Dia hendak meminta
Gopal membantunya membuat latihan
Matematik itu. Namun, Gopal tidak ada di
rumah pada petang itu. Gopal pulang ke
kampung kerana menziarahi datuknya
yang sakit.

“Siapakah yang dapat membantu
saya?” tanya Kamal dalam hatinya.

Kamal ternampak abangnya, Faizal
yang baharu sahaja pulang dari sekolah.
Kamal pun segera mendapatkan abangnya.

“Abang, bolehkah abang membantu

2 ARENA BOOKS ENTERPRISE

saya?” tanya Kamal.

“Boleh tetapi abang hanya akan
bantu Kamal jika tujuannya baik. Jangan
suruh abang bantu kamu mencuri barang
pula,” seloroh Faizal.

“Saya bukannya mahu menyuruh
abang membantu saya mencuri,” kata
Kamal.

“Apa yang boleh abang bantu?”
tanya Faizal.

“Sebenarnya, saya tidak tahu
membuat latihan Matematik ini. Latihan
Matematik ini agak susah. Bolehkah
abang membantu saya membuat latihan
Matematik ini?” kata Kamal.

“Baiklah, Kamal. Selepas abang

3 ARENA BOOKS ENTERPRISE

tukar pakaian dan makan tengah hari,
abang akan membantu Kamal membuat
latihan Matematik ini,” kata Faizal.

Kamal berasa gembira. Walaupun
abangnya sibuk dengan pelajarannya
namun dia masih sudi membantunya.
Abangnya akan menduduki peperiksaan
PMR pada tahun ini. Oleh itu, dia perlu
meluangkan banyak masa mengulang kaji
pelajaran.

Selepas makan, Faizal masuk ke
bilik Kamal.

“Kamal, mana latihan Matematik
itu? Mari abang tunjukkan,” kata Faizal.

Faizal pun membantu Kamal
membuat latihan Matematik itu. Ibu
Kamal masuk ke bilik itu. Ibu Kamal

4 ARENA BOOKS ENTERPRISE

membawa dua gelas jus oren.

“Minumlah air ini, Faizal, Kamal.
Selepas minum, tentu kamu akan menjadi
lebih segar,” kata ibu Kamal.

“Terima kasih, ibu,” kata Kamal dan
Faizal.

“Sama-sama,” balas ibu mereka.

Ibu bapa Kamal amat menyayangi
anak-anak mereka. Mereka menjaga Kamal
dan Faizal dengan baik. Mereka memberi
didikan yang sempurna kepada Kamal dan
Faizal. Mereka juga memberi didikan
agama yang secukupnya kepada Kamal dan
Faizal.

Penduduk kampung sering memuji-
muji sikap baik Faizal dan Kamal. Mereka

5 ARENA BOOKS ENTERPRISE

sering menasihati anak-anak mereka agar
mencontohi sikap Faizal dan Kamal. Faizal
dan Kamal sentiasa bersopan dengan
orang lain dan mendengar kata ibu dan
bapa.

Mereka juga menghormati orang
yang lebih tua daripada mereka. Mereka
sering mengucapkan terima kasih apabila
menerima pertolongan daripada orang
lain.

“Latihan Matematik saya sudah
siap,” kata Kamal kepada Faizal.

“Adakah Kamal sudah benar-benar
faham tentang jalan pengiraan soalan
itu?” tanya Faizal.

“Saya sudah faham, abang,” kata
Kamal.

6 ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Baguslah,” kata Faizal pula.

“Terima kasih abang kerana sudi
membantu saya,” kata Kamal lagi.

“Sama-sama,” jawab Faizal.

Tiba-tiba, Kamal teringat sesuatu.

“Apakah yang sedang kamu fikirkan,
Kamal?” tanya Faizal.

“Bukankah esok merupakan hari
ulang tahun perkahwinan ayah dan ibu
kita?” tanya Kamal.

“Oh, ya! Abang hampir terlupa.
Jadi, apakah rancangan Kamal?” tanya
Faizal.

“Saya bercadang hendak membuat

7 ARENA BOOKS ENTERPRISE

kad ucapan terima kasih untuk mereka,”
kata Kamal.

“Bagus cadangan itu. Kita harus
menghargai jasa ibu dan ayah yang
membesarkan kita. Ayah bekerja siang
dan malam mencari rezeki untuk
menyekolahkan dan menyara hidup kita.
Ibu pula bertungkus lumus memasak,
membasuh kain, mengemas rumah dan
mendidik kita. Oleh itu, kita harus
menghargai jasa mereka,” kata Faizal.

“Mari kita sama-sama buat kad
ucapan itu,” kata Kamal.

Kamal dan Faizal pun membuat kad
ucapan untuk ibu dan bapa mereka. Pada
kad tersebut, mereka mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa mereka.
Mereka sangat menghargai segala jasa

8 ARENA BOOKS ENTERPRISE

ibu bapa mereka.

PADA keesokan harinya, Kamal dan Faizal
bangun awal. Setelah mandi dan
bersarapan, mereka menonton televisyen.

Ibu dan bapa mereka tidak bekerja
pada hari ini kerana hari Ahad. Ibu dan
bapa mereka turut menonton televisyen
bersama-sama mereka.

“Selamat hari ulang tahun
perkahwinan, ibu, ayah,” kata Kamal dan
Faizal. Kamal memberi kad ucapan itu
kepada ibu dan bapa mereka.

“Terima kasih ibu, ayah kerana
menyayangi kami,” kata Faizal pula.

Ibu bapa mereka berasa gembira

9 ARENA BOOKS ENTERPRISE

dan terharu dengan pemberian anak
mereka. Mereka berasa gembira dan
terharu kerana anak-anak mereka tahu
menghargai jasa dan pengorbanan ibu
bapa. Mereka pun memeluk dan mencium
Kamal dan Faizal. Kamal dan Faizal berasa
bahagia kerana mendapat ibu bapa yang
sangat baik, penyayang dan juga
bertanggungjawab.

Hari ini hari jadi Hadi. Kamal
menunggang basikalnya menuju ke rumah
Hadi. Dia hendak meraikan hari jadi Hadi
pada hari ini.

Setibanya di rumah Hadi, banyak
tetamu telah datang ke rumah Hadi.

“Assalamualaikum,” kata Kamal.

“Waalaikumsalam. Oh, Kamal!

10 ARENA BOOKS ENTERPRISE

Jemputlah masuk, Kamal,” kata
Hadi.

“Terima kasih, Hadi. Ini hadiah
untuk awak. Terima kasih kerana
menjemput saya datang ke majlis hari
jadi awak,” kata Kamal.

“Sama-sama. Terima kasih kerana
memberi saya hadiah ini. Terima kasih
juga kerana awak sudi datang ke rumah
saya,” kata Hadi.

“Sama-sama,” jawab Kamal.

Kamal meraikan hari jadi Hadi
bersama-sama rakan-rakannya yang lain.
Selepas selesai makan dan minum, Kamal
meminta diri untuk pulang. Sebelum
pulang, Kamal mengucapkan terima kasih
sekali lagi kepada Hadi. Kamal juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu

11 ARENA BOOKS ENTERPRISE

bapa Hadi kerana menjamunya makan dan
minum.

“Terima kasih, mak cik dan pak cik
kerana menjamu saya makan dan minum.
Makanan yang mak cik masak sungguh
sedap,” kata Kamal.

“Sama-sama. Lain kali jemputlah
datang ke rumah mak cik lagi,” kata ibu
Hadi.

“Baiklah, mak cik,” kata Kamal.

Selepas itu, Kamal pun pulang ke
rumahnya. Kamal menunggang basikalnya
ke rumah. Tiba-tiba, basikal Kamal
terlanggar batu. Dia terhumban ke dalam
longkang.

Kaki Kamal cedera. Dia tidak dapat

12 ARENA BOOKS ENTERPRISE

bangun. Seorang rakan Kamal ternampak
Kamal jatuh ke dalam longkang. Dia pun
membantu Kamal berdiri.

“Aduh, sakitnya kaki saya! Saya
tidak boleh berdiri,” kata Kamal.

“Baiklah. Awak tunggu di sini. Saya
akan mendapatkan bantuan daripada
penduduk di sini,” kata Ravi.

“Terima kasih, Ravi,” kata Kamal.

“Sama-sama, Kamal,” kata Ravi.

Tidak lama kemudian, Ravi datang
semula bersama Pak Cik Husin.

Ravi dan Pak Cik Husin membawa
Kamal ke hospital dengan menaiki kereta
Pak Cik Husin. Ravi menelefon ibu bapa

13 ARENA BOOKS ENTERPRISE

Kamal. Setibanya mereka di hospital,
Kamal dirawat oleh doktor. Kaki kanan
Kamal cedera. Pak Cik Husin dan Ravi
menemani Kamal di hospital. Tidak lama
kemudian, ibu bapa Kamal pun datang.

“Bagaimana keadaan kamu, Kamal?”
tanya ibu Kamal.

“Kaki saya sangat sakit, ibu,” kata
Kamal.

“Bagaimana perkara ini boleh
berlaku?” tanya ayah Kamal.

“Saya terlanggar batu ketika
menunggang basikal lalu terhumban ke
dalam longkang. Ravi dan Pak Cik Husin
membantu saya,” kata Kamal.

Ibu bapa Kamal pun mengucapkan

14 ARENA BOOKS ENTERPRISE

terima kasih kepada Pak Cik Husin dan
Ravi. Begitu juga dengan Kamal.

“Terima kasih, Pak Cik Husin, Ravi
kerana membantu saya,” kata Kamal.

“Sama-sama, Kamal,” kata Pak Cik
Husin dan Ravi hampir serentak.

“Kamal, pak cik hendak pulang dulu,”
kata Pak Husin.

“Saya juga hendak pulang, Kamal,”
kata Ravi.

“Baiklah,” kata Kamal.

Kamal perlu tinggal di hospital
sehingga kakinya sembuh. Ibu Kamal
menjaga Kamal di hospital.

15 ARENA BOOKS ENTERPRISE

BEBERAPA hari kemudian, Ravi, Kim
Hock, Gopal dan Alias datang melawat
Kamal di hospital. Kamal berasa sungguh
gembira.

Ravi, Kim Hock, Gopal dan Alias
membawa buah tangan. Mereka membawa
buah limau, epal dan anggur.

“Apa khabar, Kamal?” tanya Ravi.

“Saya sihat,” jawab Kamal.

“Bagaimanakah dengan kaki awak?
Adakah kaki awak masih sakit lagi?” tanya
Kim Hock pula.

“Kaki saya sudah beransur sembuh
sekarang . Rasa berdenyut-denyut di kaki
saya juga semakin hilang,” kata Kamal
kepada kawan-kawannya.

16 ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Baguslah awak sudah semakin
sembuh. Kami risaukan kesihatan awak,”
kata Gopal pula.

“Terima kasih kerana awak semua
sudi melawat saya,” kata Kamal.

“Sama-sama, Kamal. Kami semua
ridukan awak,” kata Alias pula.

“Terima kasih kerana membawa
buah tangan untuk saya,” kata Kamal.

Itu perkara kecil sahaja. Kami
berharap awak cepat sembuh apabila
makan buah itu,” seloroh Alias.

Mereka pun ketawa. Setelah
beberapa lama berada di situ, Gopal, Kim
Hock, Ravi dan Alias pun meminta diri
untuk pulang.

17 ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Terima kasih sekali lagi kerana
awak semua sudi melawat saya,” kata
Kamal.

“Sama-sama. Kami berharap agar
awak cepat sembuh dan dapat kembali ke
sekolah,” kata Alias.

“Terima kasih,” kata Kamal lagi.

Kamal pun melambaikan tangannya
ke arah kawan-kawannya. Tidak lama
kemudian, seorang jururawat datang
membawa ubat untuk Kamal.

“Ini ubat adik,” kata jururawat itu.

“Terima kasih, kak,” kata Kamal.

Sebaik sahaja ibunya kembali
daripada mengerjakan solat asar, ibu

18 ARENA BOOKS ENTERPRISE

Kamal pun memberi Kamal makan ubat.

“Makan ubat ini, Kamal,” kata ibu
Kamal. Kamal pun makan ubat itu. Dia mahu
segera sembuh. Dia mahu segera pulang ke
rumah dan ke sekolah.

“Terima kasih ibu kerana sanggup
menjaga saya selama saya berada di
hospital ini,” kata Kamal kepada ibunya.

“Kamal, sudah menjadi

tanggungjawab ibu untuk menjaga kamu.

Tidurlah, Kamal. Kamu nampak penat,” kata

ibu Kamal.

“Baiklah, ibu,” kata Kamal lalu
tertidur.

Keesokan harinya, doktor pun datang
untuk melihat keadaan kaki Kamal. Kaki

19 ARENA BOOKS ENTERPRISE

Kamal sudah hampir sembuh. Kamal pun
dibenarkan pulang. Kamal dan ibunya
berasa sungguh gembira.

Sebelum pulang, Kamal

mengucapkan terima kasih kepada doktor

dan jururawat yang telah merawatnya.

Kamal berhasrat mengadakan kenduri doa

selamat setelah dia sembuh nanti. Dia

hendak menjemput Pak Cik Husin, rakan-

rakan, jururawat-jururawat dan doktor

untuk hadir ke majlis itu nanti sebagai

tanda terima kasih kepada mereka yang

telah membantunya selama ini.

20 ARENA BOOKS ENTERPRISE

Nilai dan Pengajaran

1. Kita haruslah membalas jasa ibu bapa kita.

2. Kita haruslah berusaha untuk mencapai
kejayaan.

3. kita haruslah membantu orang lain.

4. Kita haruslah bercakap dengan sopan.

5. Kita haruslah mendengar nasihat ibu bapa
kita.

6. Kita haruslah bersikap pemurah.

7. Kita haruslah melayan tetamu dengan baik.

8. Kita haruslah mengucapkan terima kasih
apabila menerima barang atau bantuan.

9. Kita haruslah menghormati orang yang lebih
tua daripada kita.

10. Kita haruslah berhati-hati ketika di jalan
raya.

21 ARENA BOOKS ENTERPRISE

[email protected]


Click to View FlipBook Version