ARENA BOOKS ENTERPRISE
EMEL : [email protected]
Hormat Asas Kebahagiaan
Hari ini hari Sabtu. Nadia tidak
bersekolah pada hari ini. Datuk dan nenek
Nadia akan datang ke rumahnya pada hari
ini. Datuk dan neneknya akan tinggal di
rumahnya selama seminggu. Sudah lama
Nadia tidak berjumpa dengan datuk dan
neneknya. Nadia sudah tidak sabar-sabar
lagi hendak berjumpa dengan datuk dan
neneknya. Dia rindukan mereka.
Awal pagi lagi Nadia sudah bangun
untuk membantu ibunya mengemas bilik
1 ARENA BOOKS ENTERPRISE
tetamu. Nadia membantu ibunya menukar
cadar dan langsir. Nadia juga mengemas
bilik tetamu itu hingga tersusun rapi.
Nadia mahu datuk dan neneknya berasa
gembira dan selesa berada di biliknya itu
nanti. Nadia hormat pada datuk dan
neneknya.
“Ibu hendak masak apa untuk atuk dan
nenek hari ini?” tanya Nadia semasa
membantu ibunya di dapur.
“Ibu hendak masak masakan yang
istimewa untuk mereka,” kata Puan
Normah, ibu Nadia.
“Biar Nadia bantu ibu masak hari ini,”
kata Nadia dengan gembira.
“Terima kasih, Nadia. Nadia tolong ibu
basuh sayur-sayuran ini,” kata Puan
2 ARENA BOOKS ENTERPRISE
Normah.
Nadia membantu ibunya memasak di
dapur dengan gembira. Nadia gembira
kerana dapat membantu ibunya
menyediakan makan tengah hari untuk
datuk dan neneknya.
Nadia dan ibunya begitu sibuk
menyediakan juadah istimewa untuk
makanan tengah hari. Mereka
menyediakan pelbagai jenis lauk.
“Ibu, atuk dan nenek sudah sampai,”
kata Nadia. Nadia dan ibunya segera
menyambut kedatangan mereka.
Nadia pun mencium pipi datuk dan
neneknya selepas bersalam dengan datuk
dan neneknya. Begitu juga dengan ibu
Nadia.
3 ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Jemput masuk nenek, atuk,” kata
Nadia.
“Jemput masuk, mak, ayah,” kata ibu
Nadia.
Kemudian, Nadia ke dapur sementara
ibunya melayan datuk dan neneknya di
ruang tamu. Nadia membawa minuman
untuk mereka.
“Jemput minum nenek, atuk,” kata
Nadia setelah selesai menuang air ke
dalam gelas.
“Terima kasih, Nadia,” kata nenek
Nadia.
“Sama-sama, nek,” kata Nadia. “Baik
sungguh cucu, atuk. Nadia memang
pandai menghormati orang lain,” puji
4 ARENA BOOKS ENTERPRISE
datuk Nadia.
“Terima kasih, atuk,” jawab Nadia
lagi.
Nadia memang pandai menghormati
orang lain. Nadia menghormati semua ahli
keluarganya, guru-guru dan juga rakan-
rakanya. Sebab itulah semua orang suka
pada Nadia. Nadia juga mempunyai
banyak rakan di sekolah.
Selain itu, Nadia juga disukai oleh
penduduk setempat. Mereka sering
memuji Nadia kerana dia menghormati
orang lain. Nadia menghormati orang lain
tanpa mengira umur, darjat, bangsa
mahupun agama.
Makanan tengah hari sudah pun siap
dihidangkan. Nadia pun menjemput datuk
5 ARENA BOOKS ENTERPRISE
dan neneknya. Nadia sangat menghormati
datuk dan neneknya. Datuk dan nenek
Nadia sangat terharu dengan layanan
Nadia itu.
Selepas makan tengah hari, datuk dan
nenek Nadia pun berehat di bilik. Nadia
pula membantu ibunya mengemas dapur.
Nadia memang rajin membantu ibunya.
Dia suka membantu ibunya membuat
kerja rumah.
Tiba-tiba, Nadia terdengar adiknya,
Nadine memasang televisyen dengan
kuat.
“Nadine, tolong perlahankan bunyi
televisyen itu,” nasihat Nadia kepada
adiknya.
“Mengapa, kak?” tanya Nadine.
6 ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Atuk dan nenek sedang berehat.
Kasihan mereka. Bukankah mereka baru
sahaja sampai dari kampung? Tentu
mereka hendak berehat. Nadine, kita
perlulah menghormati orang lain.
Menghormati orang lain merupakan sikap
yang terpuji,” kata Nadia lagi.
“Baiklah, kak. Saya minta maaf. Saya
tidak sengaja tadi,” kata Nadine.
“Tidak mengapa, Nadine. Terima kasih
kerana memperlahankan bunyi televisyen
itu. Dapatlah atuk dan nenek kita
berehat dengan tenang,” kata Nadia lagi.
Pada malam itu, ayah Nadia hendak
membawa mereka sekeluarga makan
malam di sebuah restoran makanan laut
di bandar. Ketika mahu masuk ke kereta,
Nadine berebut-rebut hendak masuk
7 ARENA BOOKS ENTERPRISE
dahulu ke kereta.
“Nadine, berilah atuk dan nenek
masuk dulu ke kereta,” nasihat Puan
Normah.
“Sebagai cucu atau orang yang lebih
tua daripada mereka, kita hendaklah
menghormati mereka. Salah satu cara
menghormati mereka ialah memberi
mereka masuk ke kereta terlebih dulu,”
tambah ayah Nadia.
“Maafkan saya. Saya tidak sengaja
tadi. Silakan masuk atuk, nenek,” kata
Nadine.
“Begitulah cucu yang baik,” kata
Nadia sambil menepuk-nepuk bahu
adiknya. Nadine tersenyum mendengar
pujian daripada kakaknya.
8 ARENA BOOKS ENTERPRISE
Setelah tiba di restoran itu, mereka
makan dengan gembira. Nadia
menyendukkan makanan untuk ibu, bapa,
datuk dan neneknya. Begitu juga dengan
abangnya, Nazrul. Nazrul menyendukkan
lauk untuk datuk dan nenek mereka. Ibu
bapa mereka berasa amat gembira
melihat anak-anak mereka juga makan
dengan sopan. Mereka juga tidak
berebut-rebut ketika mengambil
makanan.
Setelah selesai menikmati makan
malam yang enak itu, mereka pun pulang
ke rumah. Nadia berasa gembira kerana
dapat menikmati hidangan makan malam
yang enak itu bersama keluarga yang
disayanginya.
Hari ini Nadia dan adiknya, Nadine
ingin bermain di taman permainan. Nadia
9 ARENA BOOKS ENTERPRISE
pun meminta izin daripada ibunya.
“Ibu, bolehkkah kami bermain di
taman permainan?” tanya Nadia meminta
izin ibunya.
“Baiklah, Nadia tetapi kamu berdua
perlulah balik ke rumah sebelum pukul
6.30 petang,” kata Puan Normah.
“Baiklah, ibu. Kami janji akan balik
sebelum pukul 6.30 petang,” kata Nadia.
Nadia dan Nadine bermain di taman
permainan dengan rakan-rakan mereka.
Mereka bermain dengan gembira.
Setelah lebih kurang dua jam bermain di
situ, Nadia melihat jam tangannya. Jam
tangannya menunjukkan pukul 6.25
petang. Nadia segera mengajak adiknya
pulang ke rumah tetapi adiknya tidak
10 ARENA BOOKS ENTERPRISE
mahu pulang. Nadine sedang asyik
bermain jongkang-jongket dengan
kawannya.
“Nadine, kita sudah pun berjanji
dengan ibu untuk pulang ke rumah
sebelum pukul 6.30 petang. Kita perlu
pulang sekarang,” kata Nadia.
“Saya hendak bermain lagi. Sekejap
lagi kita baliklah,” kata Nadine lalu terus
bermain. Nadia terus memujuk adiknya
tetapi adiknya tetap tidak mahu pulang.
“Nadine, hari sudah mulai gelap. Mari
kita pulang sekarang,” kata Nadia.
Tiba-tiba, hujan pun turun dengan
lebatnya. Nadia dan Nadine kelam-kabut.
Mereka berlari ke sebuah pondok
perhentian bas berhampiran.
11 ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Kak, hujan sudah turun dengan lebat.
Bagaimanakah kita hendak pulang ke
rumah?” tanya Nadine. Dia kelihatan
cemas.
“Bukankah kakak sudah ajak Nadine
pulang tadi? Sekarang, hujan sudah
turun dengan lebat. Ibu tentu akan
marah kerana kita tidak tepati janji kita.
Jika kita pulang lebih awal, tentu kita
tidak terperangkap dalam hujan begini,”
kata Nadia. Dia juga takut dimarahi oleh
ibunya.
Hujan semakin lebat. Petir juga
berdentum dengan kuat. Keadaan
sungguh kelam. Nadia dan Nadine
menggeletar kesejukan. Tiba-tiba,
Nadine menangis. Dia berasa takut.
“Nadine, janganlah menangis. Jangan
12 ARENA BOOKS ENTERPRISE
takut, ya. Sekejap lagi hujan pasti reda.
Nanti bolehlah kita balik,” pujuk Nadia.
“Saya sangat takut, kak. Saya hendak
balik,” Nadine menangis teresak-esak.
Marilah kita berdoa bersama-sama agar
hujan cepat reda. Nanti bolehlah kita
balik ke rumah dengan segera,” pujuk
Nadia lagi.
“Saya takut ibu akan marah. Kalaulah
kita balik awal tadi, tentu kita tidak
terperangkap dalam hujan begini,”
Nadine masih lagi menangis. Mereka
berpelukan di pondok perhentian bas itu.
Nadia pun menenangkan Nadine yang
menangis teresak-esak.
Tiba-tiba, mereka ternampak cahaya
lampu kereta mendekati mereka.
Alangkah gembiranya hati mereka
13 ARENA BOOKS ENTERPRISE
apabila melihat ayah mereka datang
menjemput mereka. Nadia dan Nadine
segera berlari masuk ke kereta. Mereka
berasa gembira kerana akhirnya mereka
dapat pulang ke rumah dengan selamat.
Setibanya di rumah, mereka berasa
gembira kerana akhirnya mereka dapat
pulang ke rumah dengan selamat.
Setibanya di rumah, mereka melihat
ibu mereka sedang menunggu di hadapan
pintu rumah. Nadia dan Nadine berasa
takut. Mereka pasti ibu mereka akan
memarahi mereka. Tentu teruk mereka
kena marah kali ini.
“Ibu, saya minta maaf,” kata Nadine
sambil menangis teresak-esak. “Nadia
pun minta maaf kerana tidak menepati
janji kepada ibu,” kata Nadia.
14 ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Sudahlah. Cepat masuk dan mandi.
Nanti kamu berdua demam pula,” kata
Puan Normah dengan suara yang lembut.
“Baiklah, ibu,” kata Nadia dan Nadine.
Mereka pun segera mandi. Selepas
mandi, mereka duduk di sofa di sebelah
ibu bapa mereka di ruang tamu.
“Ibu tidak marah pada kami?” tanya
Nadia sambil menundukkan kepalanya.
“Tidak. Ibu tidak marahkan kamu
berdua. Ibu cuma risaukan keadaan kamu
berdua. Ibu berharap lain kali kamu akan
mematuhi peraturan yang ibu dan ayah
tetapkan,” kata Puan Normah.
“Nadia, Nadine, sebagai anak kamu
berdua mestilah mematuhi peraturan
15 ARENA BOOKS ENTERPRISE
keluarga. Mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan oleh keluarga merupakan
salah satu cara menghormati ibu bapa,”
nasihat Encik Daus.
“Nadia minta maaf ayah, ibu. Nadia
berjanji akan mematuhi peraturan
keluarga,” kata Nadia.
“Saya pun minta maaf pada ayah dan
ibu. Sebenarnya, saya yang tidak mahu
balik awal. Walaupun kakak memujuk
saya berkali-kali tetapi saya tetap
berdegil. Nasib baik ayah datang
menjemput kami tadi. Kalau tidak, saya
tidak tahu apa yang akan berlaku. Saya
takut,” kata Nadine.
“Ayah berharap kamu berdua
mendapat pengajaran daripada apa yang
berlaku tadi. Jika kamu tidak
16 ARENA BOOKS ENTERPRISE
menghormati peraturan yang ditetapkan
oleh keluarga, banyak perkara yang tidak
baik mungkin akan terjadi. Peraturan
yang ditetapkan oleh keluarga
sebenarnya dibuat demi kebaikan kamu,”
kata Encik Daus.
“Jangan ulang lagi perbuatan begini.
Ibu dan ayah begitu bimbangkan
keselamatan kamu. Kami takut perkara
yang buruk mungkin berlaku ke atas
kamu berdua. Kami berharap kamu
berdua mendapat pengajaran daripada
apa yang berlaku tadi. Sebenarnya,
hormat pada ibu bapa bukan sekadar
dengan kata-kata tetapi dengan
perbuatan seperti mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan oleh ahli
keluarga,” nasihat Puan Normah.
“Kami faham ayah, ibu. Sekarang,
17 ARENA BOOKS ENTERPRISE
kami sudah tahu betapa pentingnya
mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan oleh keluarga. Kami tidak
mahu membuat ayah dan ibu risau lagi.
Kami sayangkan ibu dan ayah,” kata
Nadia sambil memeluk ibunya.
“Baguslah kalau kamu berdua sudah
faham dan insaf. Sekarang, mari kita
makan. Kamu berdua tentu sudah lapar,”
kata Encik Daus.
Pada suatu petang, Nadine mahu
meminjam buku cerita abangnya, Nazrul.
Nazrul menyuruh Nadine mengambil buku
cerita tersebut di biliknya. Ketika
Nadine hendak mengambil buku cerita
itu, tiba-tiba Nadine ternampak diari
milik abangnya. Nadine mengambil diari
itu. Kebetulan ketika itu, Nadia lalu di
hadapan bilik Nazrul. Nadia ternampak
18 ARENA BOOKS ENTERPRISE
Nadine sedang membelek sesuatu.
“Apakah yang sedang Nadine tengok
tu?” tanya Nadia.
“Buku abang,” jawab Nadine sambil
terus membelek-belek buku itu.
“Buku apa? Biar kakak tengok,” kata
Nadia sambil menghampiri Nadine.
“Eh, ini diari abang! Nadine tidak
boleh membacanya. Perbuatan Nadine ini
merupakan satu kesalahan,” kata Nadia.
“Mengapa pula?” tanya Nadine.
“Nadine, kamu perlulah menghormati
hak peribadi orang lain. Diari merupakan
salah satu barang peribadi. Jika kamu
membacanya, itu bermaksud kamu tidak
19 ARENA BOOKS ENTERPRISE
menghormati hak peribadi pemilik diari
itu,” nasihat Nadia.
“Maafkan saya, kak,” kata Nadine.
“Kamu perlulah meminta maaf pada
abang. Sekarang, kamu perlu meletakkan
diari itu ke tempat asalnya,” kata Nadia.
“Baiklah, kak,” kata Nadine.
“Nadine, kamu mesti ingat pesan
kakak tadi. Kamu tidak boleh membaca
diari orang lain atau mengambil barangan
orang lain tanpa izin. Selain itu, kamu
juga tidak boleh membuka dan membaca
surat tersebut. Kamu perlulah
menyerahkan surat itu kepada ayah,”
nasihat Nadia lagi.
“Baiklah, kak. Sekarang, saya sudah
20 ARENA BOOKS ENTERPRISE
faham. Saya perlulah menghormati hak
peribadi setiap orang,” kata Nadine.
“Betul, Nadine. Kakak berharap kamu
tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi,”
kata Nadia.
Kini Nadine sudah faham bahawa dia
perlu menghormati ahli keluarganya.
Menghormati ahli keluarga bukan sahaja
dengan berkelakuan sopan terhadap
mereka tetapi mematuhi peraturan
keluarga dan menghormati hak peribadi
ahli keluarga. Nadine berjanji akan lebih
menghormati ahli keluarganya kelak.
21 ARENA BOOKS ENTERPRISE
Nilai dan Pengajaran
1. Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita.
2. Kita hendaklah menghormati penduduk
setempat.
3. kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita.
4. Kita hendaklah mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh ahli keluarga kita.
5. Kita hendaklah menepati janji.
6. Kita hendaklah rajin membantu ibu bapa
kita.
7. Kita hendaklah mendengar kata ibu bapa dan
orang yang lebih tua daripada kita.
8. Kita hendaklah bertolak ansur.
9. Kita hendaklah meminta maaf jika kita
melakukan kesalahan terhadap orang lain.
10. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap
keluarga.
22 ARENA BOOKS ENTERPRISE