Keterlibatan dalam Program Pusat Kembangan Pendidikan telah menjana kewangan yang paling
besar kepada FSSK. FSSK terlibat dalam kedua-dua jenis program iaitu Program Pengajian Berterusan
Jarak Jauh (PBJJ) dan Program Eksekutif.
Dalam Program PBJJ, FSSK telah menawarkan dua program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Muda, iaitu:
i) Program Pengajian Bahasa Melayu
ii) Program Pengajian Psikologi
PBJJ telah berjaya menjana kewangan kepada Universiti secara berterusan. Kedua-dua program
yang ditawarkan oleh FSSK telah mendapat sambutan yang menggalakkan. FSSK sedang mengorak
langkah untuk memperluaskan lagi Program PBJJ dengan menambahkan lagi bilangan program
yang ditawarkan kepada umum. Di samping itu, FSSK juga akan turut menambah pusat-pusat kuliah
bagi program-program pengajian yang sedang ditawarkan supaya lebih tersebar keseluruh negara.
Untuk program eksekutif, FSSK melalui Pusat Kembangan Pendidikan telah menawarkan program
Sarjana Kepolisan. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik kerana program ini telah
terikat dengan MOU bersama PDRM.
Untuk penjanaan kewangan, FSSK turut mengadakan program bersama dengan Maktab
Pertahanan AngkatanTenteta (MPAT), SPRM dan IDFR. Program bersama dengan agensi-agensi
kerajaan adalah di peringkat Pascasiswazah. Program-program ini telah menjana kekayaan yang
strategic dan intensif kepada FSSK dan Universiti. Beberapa agensi lain turut menunjukkan minat
untuk mengadakan kerjasama akademik dengan FSSK. Di samping itu, FSSK turut mengadakan
jaringan strategic dengan pelbagai agensi seperti NIOSH, Jabatan Metorologi Malaysia, Jabatan
AlamSekitar Malaysia (JAS), Jabatan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia dan lain-lain.
Sebagai antara fakulti yang tertua dan terbesar di UKM, FSSK telah menganjurkan pelbagai seminar
dan konferens di peringk atantarabangsa dan kebangsaan. Seminar dan konferens turut menjana
kewangan kepada pihak FSSK. Yuran yang dikenakan kepada para pembentang dan peserta dari
dalam dan luar Negara merupakan antara sumber kekayaan strategic dan intensif bagi FSSK.
Sebagai contoh FSSK telah mengadakan secara berkala Konferens ICOSH (International Conference
of Social Sciences and Humanities) dan Seminar SKIM (Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia,
anjuran bersama UKM dan UNPAD).
Seminar dan konferens yang dihadiri antara 150-250 peserta turut dianjurkan oleh pusat-pusat
pengajian yang berada dalam FSSK . Antaranya:
i) International Conference on Media and Communication (MENTION 2013), anjuran PPMK
Ii) Persidangan Kebangsaan PPSPP 2013, anjuran PPSPP
iii) Seminar Psikologi Malaysia, 2013 anjuran PPPM
FSSK merupakan antara Fakulti terbesar di UKM, dan memiliki pelbagai pakar dalam pelbagai
bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pakar dalam pelbagai bidang telah menjana pelbagai
dana penyelidikan. Semua Pusat dalam FSSK memperolehi pelbagai dana ERGS dan FRGS.
Pada tahun 2013 FSSK telah berjaya memperolehi dana sejumlah RM4,287,681. Jumlah ini telah
menurun sedikit kepada RM3,973,491 pada tahun 2014 ekoran suasana semasa kewangan negara.
Pelbagai bidang penyelidikan telah diterokai oleh · Impak Perbandaran kepada masyarakat
ahli-ahli FSSK, antara lain, seperti berikut: dan alam sekitar
· Kajian impak Perubahan iklim · Pengurusan air bersepadu
· Hub halal dan usaha · Kajian keberkesanan Pembelajaran
pengantarabangsaan Bahasa Jepun
· Penandaarasan program pengajian · Kajian Tingkah Laku devian dalam
bahasa Melayu pada peringkat kalangan masyarakat dan pembinaan
antarabangsa instrument berkaitan
· Penentuan asalusul tanah bahasa Melayu · Kajian pembinaan instrument penilaian
laman web kerajaan Malaysia
· Pemikiran Melayu
· Kajian geohistopolitik dan impak
· Pembangunan tenaga kerja inovatif kepada negara
· Keberkesanan system jaringan digital
Semua bidang penyelidikan yang diterokai oleh ahli-ahli FSSK telah menjana kekayaan strategik dan
intensif kepada fakulti dan ahli-ahli fakulti melalui pemerolehan dana penyelidikan.
Sebagai sebuah Fakulti yang besar, FSSK telah mendaftarkan sejumlah besar pelajar antarabangsa,
khususnya pelajar pascasiswazah. Sebahagian besarnya dari Indonesia, Brunei, Thailand, Iran,
Negara-Negara Arab dan Afrika. Kesemua Pusat Pengajian telah mendaftarkan sejumlah besar
pelajar-asing peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dari luar Negara. Pelbagai bentuk yuran yang
dibayar oleh para pelajar asing telah turut menjana kekayaan yang strategik dan intensif kepada
Fakulti dan Universiti.
Beberapa Pusat di Fakulti mempunyai fasiliti dan teknologi ilmiah yang dapat diakses oleh
pengguna dari luar Fakulti dengan bayaran yang berpatutan. Antaranya ialah Makmal Geo-Spatial
di Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (PPSPP). Dalam
Makmal Geo-Spatial, pelajar dan penyelidik dari luar PPSPP dapat , misalnya, menggunakan Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dalam menyempurnakan penyelidikan atau tugasan mereka. GIS adalah
suatu teknologi maklumat spatial yang efektif untuk mengendalikan maklumat keruangan terkini
dan dengan itu dapat dimanfaatkan oleh pengguna dari jurusan sains dan kejuruteraan selain
dari pegawai teknik dari jabatan Alam Sekitar , jabatan Perancang Bandar dan Desa, dan Jabatan
Kerjaraya .
Di FSSK, peralatan audio-visual terkini dipasangkan dalam dewan dan bilik kuliah, dewan
persidangan, bilik mesyuarat serta bilik seminar. Terdapat enam (6) dewan kuliah yang dapat
menampung minima 170 orang pelajar sampai maksima muatan seramai 480 pelajar pada satu
masa. Selain ini, sebanyak 41 buah bilik seminar disediakan untuk tujuan tutorial, mesyuarat dan
kelas perbincangan. Sebuah bilik MKTBPOLIS dengan kapasitinya seramai 60 orang pelajar, khas
didirikan untuk pengajaran dan pembelajaran kursus Kepolisan. Pusat Pengajian Bahasa dan
Linguistik mempunyai dua (2) buah bilik multi-media untuk tayangan program media.
Dari segi fasiliti penyelidikan, FSSK meyediakan kemudahan-kemudahan seperti makmal, arkib,
museum, bilik pembantu penyelidik, bilik computer dengan penggunaan internet berwifi serta
computer yang berperisian applikasi computer. Dengan tersedianya infrastruktur komprehensif
dalam penyelidikan, FSSK mampu menjana penyelidikan berkualiti dan memberikan impak besar
serta menawarkan perkhidmatan rundingan penyelidikan. Berikut adalah beberapa living lab
dimiliki FSSK digunakan untuk penyelidikan dan pembelajaran:
Dalam Makmal Geo-Spatial, pelajar dan penyelidik menggunakan Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dalam menyempurnakan penyelidikan. GIS adalah suatu
teknologi maklumat spatial yang efektif untuk mengendalikan maklumat
keruangan.
Koleksi visual sejarah dipaparkan dalam Galeri Litografi untuk tujuan penyelidikan dan
pembelajaran akademik pelajar-pelajar.
Apabila mengadakan persidangan tempatan atau antarabangsa, FSSK mempunyai dewan
kuliah yang lengkap dengan kemudahan ICT, serta boleh menampung beberapa ratus orang
peserta. Selain ini, pembentangan pengarang atau penyelidik dapat dijalankan serentak
dalam sehari dalam bilik-bilik seminar yang berasingan.
Bagi bahagian perkhidmatan dan pengurusan peringkat pusat, peralatan ICT pejabat, mesin
XEROX , dan sebagainya digunakan untuk meningkatkan kecekapan kerja dan khidmat
pengurusan .