Laporan Tahunan 2020 | 241 10. Pengurusan kes kematian dalam tahanan (death in custody) Sepanjang tahun 2020, tiada kes kematian dikategorikan sebagai kematian dalam tahanan (Lokap polis) yang diuruskan. 11. Pengurusan dan pelupusan bahagian anggota badan / janin / product of conception Sepanjang tahun 2020, pihak unit telah mengendalikan 299 kes kategori ini untuk tujuan pengurusan dan proses pengebumian/pelupusan. 12. Penyediaan laporan Post-Mortem Bagi setiap pemeriksaan post-mortem mediko-legal, laporan post-mortem akan disediakan oleh pegawai perubatan yang mengendalikan kes tersebut. Setiap laporan akan disediakan selewat-lewatnya dalam tempoh 8 minggu dan akan disimpan secara hard copy dibawah kawalan unit rekod perubatan. 13. Pengurusan forensik untuk kematian akibat bencana Pihak unit perubatan forensik dalam keadaan siap sedia sekiranya berlaku kejadian bencana forensik di negeri Kedah. Walaubagaimanapun, tiada kes dikendalikan pada tahun 2020. 14. Pengurusan pendermaan organ dan tisu kadeverik di Hospital Kulim Petugas unit perubatan forensik juga terlibat secara langsung dalam pengurusan pendermaan organ dan tisu kadeverik.Untuk tahun 2020 tiada kes yg diuruskan. LATIHAN / PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN 1. Bagi memantapkan pengetahuan dan kualiti kerja kakitangan unit ini, pelbagai aktiviti atau latihan yang disertai oleh kakitangan unit ini. Walaubagaimanapun, berlaku kekangan sejak bulan Mac 2020 akibat berlakunya pandemik COVID-19. Namun, pelbagai CME telah dijalankan secara online dan telah disertai oleh pegawai perubatan unit ini. 2. Unit Perubatan Forensik juga telah dijemput bagi memberi taklimat kepada staf-staf klinikal wad dan Jabatan Kecemasan berkenaan tatacara pengurusan jenazah COVID-19 dan SARI. Taklimat ini adalah taklimat bersama yang telah dianjurkan oleh kerjasama antara Jabatan Kecemasan dan Unit Kawan Infeksi Hospital Kulim. 3. Unit Perubatan Forensik juga bekerjasama dengan Unit Latihan sewaktu program orientasi Pegawai Perubatan Siswazah lantikan baru dijalankan. Satu slot ceramah berkenaan pengurusan kes kematian biasa serta kes medikolegal akan diberikan oleh Pegawai Perubatan di unit ini dalam setiap program orientasi. Sesi ceramah ini dijalankan sepanjang tahun.
Laporan Tahunan 2020 | 242 4. Beberapa anggota unit juga telah menyertai kursus di peringkat kebangsaan. Dr Hazwan Husain dan PPP Mior Mohd Solehuddin telah menyertai National Convention In Forensic Medicine & Science di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Oktober 2020. 5. Selain itu, Dr Muhammad Fadhil juga telah menyertai kursus ‘Simulasi Insiden Massal Semasa Pandemik’ peringkat daerah anjuran Jabatan Kecemasan Hospital Kulim pada November 2020. Dr Fadhil juga telah menghadiri seminar ‘Medicolegal Skill Course’ selama 2 hari bertempat di Hospital Shah Alam. 6. Ringkasan latihan / kursus berkaitan perubatan forensik yang dihadiri kakitangan unit ini dilampirkan seperti berikut: JADUAL 5.11.2 KURSUS/LATIHAN BIL KURSUS / LATIHAN TARIKH TEMP AT 1. Kursus Pendermaan Organ 2020 4/3/2020 HSB 2. Medicolegal Skills Course 17/9/20- 18/9/20 Hospit al Shah Alam 3. COVID-19 Training Workshop 7/9/2020 Pusat Promo si 4. National Convention On Forensic Medicine and Science 2020 5/10/20- 7/10/20 HPP RAJAH 5.11.1 PERBANDINGAN JUMLAH KEMATIAN TAHUN 2017 -2020. Jumah Kematian Mengikut 150 tahun 0 145 0 140 0 135 0 130 201 7 201 8 201 9 202 0 2017 2018 2019 2020
Laporan Tahunan 2020 | 243 PENCAPAIAN AKTIVITI KUALITI 2020 Key Performance Index (KPI) For Forensic Medicine Services Pihak unit perubatan forensik menjalankan aktiviti pemantauan mutu dan kualiti perkhidmatan yang disampaikan melalui pemantauan 3KPI yang dijalankan bagi tahun 2020: 1. Turnaround time of less than 3 hours for releasing bodies (non-police cases) to appropriate claimant from registration of bodies by forensic medicine unit: 100% (Januari – Jun) dan 100% (Julai – Disember) – KPI tercapai. 2. Percentage of bodies released to the right claimant by forensic medicine unit: 100% (Januari – Jun) dan 100% (Julai – Disember) – KPI tercapai. PERANCANGAN 2021 Penganjuran kursus dalaman bagi kakitangan Hospital Kulim dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma. Pemantapan dokumen dan persediaan kearah pensijilan semula akreditasi MSQH Version 5th Edition pada tahun 2021. RUMUSAN Secara keseluruhannya, aktiviti unit telah berjalan dengan baik sepanjang tahun 2020. Pelbagai cabaran hebat telah dialami sepanjang tahun 2020 akibat pandemik COVID-19, namun telah berjaya diatasi dengan baik. Sebanyak 154 kes SARI telah diuruskan sepanjang tahun 2020. Jumlah keseluruhan kes bagi tahun 2020 adalah hampir sama dengan tahun 2019 iaitu sebanyak 1375 kes. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan kes medicolegal iaitu 281 kes pada tahun 2020 berbanding 265 kes pada tahun 2019. Berlaku juga peningkatan kes post-mortem iaitu sebanyak 140 kes pada tahun 2020 berbanding 133 kes pada tahun 2019.