The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pnwizni, 2020-06-10 04:28:59

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

STM 1023

ASAS PEMASANGAN

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan fungsi perkakasan komputer
dengan baik [C2] [PLO1]

2. Memasang perkakasan komputer dengan
mengambilkira langkah keselamatan [P4] [PLO2]

3. Memasang perisian komputer dengan kaedah
yang betul [P4] [PLO6]



TOPIK 1.0

PENGENALAN
KEPADA SISTEM

KOMPUTER

• Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh diaturcarakan untuk
menyimpan, mencapai dan memproses data untuk menghasilkan
maklumat.

• Setiap komputer memerlukan Perisian (Software) dan Perkakasan
(hardware) untuk berfungsi.

Menaip ABC Data diproses ABC dipaparkan
PROSES
INPUT OUTPUT

STORAN
Data disimpan

KOMPUTER

Definisi Sistem Komputer:

Peranti elektronik yang berupaya menerima data (input) menerusi peranti
tertentu, memproses (proses) data tersebut menjadi maklumat yang berguna
dan dipaparkan (output) kemudian disimpan (storan) untuk kegunaan masa
hadapan.

Menaip ABC Data diproses ABC dipaparkan
PROSES
INPUT OUTPUT

STORAN
Data disimpan

INPUT Sebarang data atau arahan yang dimasukkan ke dalam
memori komputer melalui peranti input.

PROSES Data diproses oleh CPU mengikut arahan yang diterima.

OUTPUT Data yang telah diproses akan dipaparkan melalui peranti
output.

STORAN Tempat simpanan arahan, data dan maklumat .

KOMPUTER

PERISIAN

• Perisian adalah Aturcara (Program) iaitu satu set arahan yang disusun
secara logik.

• Perisian diperlukan untuk memberi arahan kepada sesebuah komputer bagi
menjalankan sesuatu tugas.

• Di antara contoh-contoh perisian ialah:
 Sistem Pengoperasian seperti DOS, Windows 95 Windows 98,
Windows Me, Windows XP, Windows 2000, Windows Vista, Windows
8, Linux, Unix, dan lain-lain.
 Pemproses Dokumen seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan
sebagainya.
 Pangkalan Data seperti Dbase, Oracle, Access 2013 dan lain-lain
 Lembaran Elektronik seperti Lotus 1-2-3 dan lain-lain
 Grafik seperti Hrcard Grafik, Corell Draw dan sebagainya.

KOMPUTER

PERKAKASAN

• Perkakasan adalah komponen-komponen fizikal sesebuah komputer seperti papan
kekunci, monitor, pencetak dan lain-lain.

• Untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi dengan betul, arahan-arahan
yang tepat dan terperinci mestilah diberikan kepada komputer.

• Pemberian data yang salah, arahan-arahan yang salah, arahan yang betul tetapi
aturan yang salah kepada komputer akan menyebabkan hasil/ouput yang tidak
diingini terhasil.

• Proses ini dikenali dalam istilah komputer sebagai GIGO (Garbage In, Garbage Out)
maksudnya jika arahan tidak tepat dimasukkan ke dalam komputer, maklumat yang
tidak tepat akan dihasilkan.

KOMPUTER PERIBADI

 Komputer Peribadi digunakan untuk keperluan peribadi oleh pelbagai
lapisan masyarakat, daripada kerani biasa hinggakan kepada pengurus.

 Komputer jenis ini boleh menjalankan/laksana perisian aplikasi yang mudah
untuk digunakan oleh pelbagai pengguna.

JENIS-JENIS KOMPUTER

KOMPUTER

KEGUNAAN KEGUNAAN
PERIBADI ORGANISASI

 WORKSTATION  SUPERKOMPUTER
 DESKTOP  KERANGKA
 KOMPUTER
UTAMA
RANGKAIAN  MINI KOMPUTER
 KOMPUTER RIBA  PELAYAN/SERVER
 PDA
 POCKET PC

KOMPUTER DESKTOP

 Komputer Desktop direka supaya unit sistem, peralatan input,
peralatan output dan sebarang peranti lain boleh boleh diletakkan di
atas atau di bawah meja.

 Komputer Desktop mempunyai audio, video dan grafik berkualiti
tinggi dengan prestasi optimum untuk seorang pengguna atau
lebih.

 Komputer Desktop yang berharga mahal boleh melakukan tugasan
yang kompleks dan mempunyai keupayaan grafik yang tinggi.

 Selalunya komputer desktop jenis ini digunakan oleh pengguna yang
bekerja dengan grafik dan animasi seperti arkitek, pelukis grafik dan
pengarang multimedia.

 Terdapat juga komputer desktop berfungsi sebagai pelayan dalam
rangkaian.

LAPTOP

• Laptop merupakan Komputer bimbit yang
boleh dibawa dari satu tempat ke tempat
yang lain dengan selesa.

• Biasanya kecil dan tidak berat (2kg – 4kg)

PDA, Personal Digital Assistant

 PDA bermaksud Personal Digital Assistant dikenali juga sebagai Peranti Mudah Alih.

 PDA merupakan Peranti mudah alih yang kecil boleh dimasukkan ke dalam poket.

 Program dan data didalam PDA di simpan secara kekal pada memori khas
di dalam unit sistem atau pada media storan yang kecil seperti kad memori.

 Ia boleh bersambung dengan komputer peribadi untuk bertukar-tukar maklumat di
antara komputer dan peranti mudah alih.

 PDA boleh bersambung ke Internet secara tanpa wayar (wireless).

 Biasanya menyediakan program seperti kalendar, buku temu janji, kalkulator, pad
memo dan e-mel.

 Pen Input digunakan untuk menggantikan papan kekunci (Keyboard).

COMPUTER WORKSTATION

 Workstation atau pun Stesen Kerja merupakan mesin
yang lebih berkuasa dan berkeupayaan tinggi.

 Workstation digunakan untuk memproses data
dalam kapasiti yang tinggi.

 Komputer jenis ini adalah lebih berkuasa dan mahal.

 Digunakan oleh golongan professional seperti
Jurutera, Arkitek, dan Penganalisis Kewangan, Saintis
atau Penyelidik yang melaksanakan perisian aplikasi
yang lebih berkeupayaan tinggi.

 Sekarang ini, perbezaan antara PC dan workstation
adalah kabur kerana PC hari ini telah dapat menyamai
kebolehan workstation.

SERVER

 Server merupakan komputer secara berpusat.

 Ia mempunyai kapasiti yang besar.

 Server mengawal akses kepada perkakasan,
perisian dan lain-lain sumber dalam rangkaian.

 Menyediakan kawasan penyimpanan berpusat bagi
program-program, data dan maklumat.

 Pelayan boleh melayan atau menyokong dua hingga
beberapa ribu komputer yang bersambung serentak.

KERANGKA UTAMA (MAINFRAME)

• Kerangka Utama ialah komputer yang besar, mahal dan
mampu mengendalikan beratus-ratus atau beribu-ribu
komputer yang bersambung serentak.

• Mampu menyimpan jumlah data, arahan dan maklumat
yang besar.

• Dengan Kerangka Utama, sesebuah organisasi dapat
mengendalikan berjuta juta bil pelanggan, menyediakan
gaji untuk beribu ribu pekerja dan menguruskan beribu-
ribu item dalam inventori.

• Ia digunakan oleh organisasi-organisasi besar seperti di
bank, universiti, agensi kerajaan dan lain-lain.

• Mampu mengawal 100 hingga 10,000 pengguna secara
serentak.

KOMPONEN PERKAKASAN KOMPUTER

AKTIVITI :

Terangkan secara ringkas Komponen Perkakasan Komputer dibawah beserta
contoh.

1. Unit Pemprosesan Utama (CPU)
2. Peranti input
3. Peranti output
4. Komponen Storan
5. Komponen Ingatan

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

 Merupakan otak bagi sesebuah komputer

 Berperanan menterjemahkan dan memproses
data input kepada maklumat ouput yang lebih
bermakna.

 Merupakan litar elektronik yang dinamakan
pemproses mikro.

 Berperanan untuk melaksana serta mengawal
keseluruhan operasi komputer.

 Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu:
 Unit Kawalan
 Unit Aritmetik / Logik (ALU)
 Pendaftar (Register)

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

 Unit Kawalan (Control Unit)  Unit Arithmetik / Logik (ALU)
 Mengandungi litar yang menggunakan signal elektrik  Merupakan komponen di dalam CPU yang
untuk mengarahkan keseluruhan sistem komputer
untuk melaksanakan sesuatu arahan. melaksanakan kesemua arahan yang melibatkan
 CU mengarahkan bahagian-bahagian tertentu didalam
sistem komputer untuk melaksanakannya. pengiraan arithmetik seperti penambahan,
 CU aktif berkomunikasi dengan ALU dan Ingatan Utama
bagi memastikan kelancaran sistem komputer. pendaraban, pembahagian dan etc.
 Berperanan menangani permasalahan yang berkaitan
 Pendaftar (Register)
 Pendaftar merupakan storan sementara bagi dengan permasalahan logikal atau perbandingan.
menyimpan arahan atau data.  Hasil pengiraan atau perbandingan tersebut
 Data atau arahan yang dipegang buat sementara
waktu merupakan data yang sedang di proses oleh kemudiannya akan dihantar semula kepada CU
CPU.
 Sebaik sahaja proses selesai dilaksanakan ianya akan sebelum hasilnya dipaparkan ke skrin oleh CPU.
digantikan oleh data atau arahan selanjutnya.
 Manakala data yang telah siap diproses dipindahkan ke
dalam ingatan utama.
 Pendaftar bertugas mengikut arahan dari CU samada
untuk menerima, memegang atau memindahkan
arahan atau data.
 Dan melaksanakan perbandingan arithmetik/logik
dalam kadar yang pantas.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

 BAGAIMANA CPU MELAKSANAKAN ARAHAN ?????????
 Unit Kawalan (CU) mencapai arahan tersebut dari
ingatan utama

 Unit kawalan kemudiannya menterjemahkan makna
arahan tersebut dan seterusnya menghantar data-data
yang diperlukan dari ingatan utama kepada Unit
Arithmetik / Logik (ALU).

 Langkah 1 : Insruction Time (I-Time)

 ALU kemudiannya melaksanakan arahan yang mana
ALU diberi kuasa untuk mengawal dan menjalankan
operasi pengiraan yang sebenarnya kepada data.

 ALU kemudiannya menyimpan hasil pengiraan ini ke
dalam ingatan utama atau pendaftar (Register).

 Langkah 2: Execution Time (E-Time)

 Keseluruhan : Kitaran Mesin ( Machine Cycle)

PENGUKURAN KELAJUAN JAM

 Kelajuan jam merujuk kepada kelajuan CPU melaksanakan
arahan.

 Semakin laju kelajuan jam, semakin pantas komputer
memproses maklumat.

 Kelajuan jam diukur dalam unit hertz (Hz), iaitu satu kitaran
persaat.

1 Hz = 1 kitaran
1 saat

PENGUKURAN DATA

2 ukuran bagi kelajuan jam: MHz, GHz

1 MHz = 106 kitaran 1 GHz = 109 kitaran
1 saat 1 saat

PENGUKURAN DATA

PENGUKURAN DATA

Bit 1024 bait
Bait

Kilobait (KB)

Megabait (MB) 1024 KB

Gigabait (GB) 1024 MB Kilo 103 - 210
Terabait (TB) 1024 GB Mega 106 - 220
Giga 109 - 230
Tera 1012 - 240

SISTEM UNIT 26

 Sistem unit juga dikenali sebagai chasis melindungi komponen
eletronik dalaman komputer daripada kerosakan.

 Motherboard merupakan komponen utama dalam sistem unit.

 Semua komponen lain komputer disambungkan kepada
motherboard.

 Antara komponen yang disambungkan ke motherboard:
 Mikroprosesor(CPU)
 Memori
 Ports

KANDUNGAN SISTEM UNIT

Kad internet Kad bunyi Kad video

27

RAM Modem CPU

PAPAN INDUK / MOTHERBOARD

 Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer.

 Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis
setiap unit setiap komputer.

 Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan
atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik.

 Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan
tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.

 Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan.

 Antaranya ialah Slot Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Slot dan Kad Pengembangan, Slot
RAM, Ports dan Connectors.

PAPAN INDUK / MOTHERBOARD

UNIT PEMPROSES PUSAT

 CPU merupakan nadi kepada komputer.

 Ia merupakan cip kecil yang bertugas memproses data pada kelajuan
yang tinggi.

 Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin
kipas.

 Pemasangan CPU mestilah menepati spesifikasi papan induk yang telah
ditetapkan dari kilang.

 CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenis CPU.

 Contohnya, jenama INTEL, AMD dan sebagainya.

 Biasanya lokasi CPU adalah terletak ditengah-tengah papan induk dan
dilitupi sistem penyejuk kipas.

SLOT PENGEMBANGAN

 Slot pengembangan adalah soket pada papan induk
yang membolehkan kad pengembangan dipasang.

 Kad pengembangan juga disebut papan tambahan atau
adapter atau kad.

 Ia adalah papan litar yang memberikan lebih kawalan
untuk peranti input dan memberi hasil yang lebih bagi
peranti output.

 Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem.

 Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad
tambah ke peranti yang berada di luar unit sistem.

SLOT PENGEMBANGAN

Antara kad pengembangan yang biasa
dipasang adalah :

SLOT INGATAN RAM

 Slot ingatan RAM merupakan slot untuk
menemPatkan RAM.

 Kebanyakan komputer mempunyai senibina
terbuka, iaitu kita boleh membuat tambah ke atas
ingatan-RAM.

 Cip RAM akan dipalam ke slot pada papan induk
untuk memberi lebih ingatan dan seterusnya
menambah keupayaan komputer dalam
menyimpan lebih banyak arahan dan data sebelum
dan selepas diproses.

Ports dan Connectors
Pada Papan Induk

 Port adalah soket penyambung yang terletak di luar
unit sistem.

 Port membolehkan peranti perisian atau
input/output dipalam atau dihubung kepada
komputer dan membolehkan peranti tersebut boleh
berkomunikasi dengan sistem komputer.

 Kabel pula digunakan untuk menyambungkan
peranti input dan output ke unit sistem melalui port
seperti gambarajah di sebelah:

PERANTI INPUT

 Membolehkan pengguna untuk memasukkan data/maklumat ke dalam komputer untuk
tujuan menyimpan dan pemprosesan.

 Ia juga alat bagi pengguna memberikan arahan-arahan kepada komputer.

 Antara alatannya adalah:
 Papan Kekunci (Keyboard)
 Biasanya digunakan untuk memasukkan maklumat/data kedalam komputer
ataupun memasukkan arahan komputer.
 Pengguna mestilah menekan sesuatu kekunci untuk menghasilkan kod-kod
yang mewakili sesuatu aksara.
 Kod-kod tersebut adalah didalam bentuk ASCII dan EBCDIC ASCII (American
Standard Code for Information Interchange).
 Ia menggunakan 8 bit kod, ini bermakna aksara yang dihasilkan adalah 128
kekunci aksara.
 EBCDIC (Extended Binary Coded Decimel Interchange Code).
 Ia digunakan oleh IBM.

PERANTI INPUT

 Tetikus (Mouse)
 Ia digunakan untuk memilih sesuatu item daripada menu atau mengklik pada
sesuatu objek grafik pada skrin komputer yang mana ia akan menghantar satu
isyarat arahan kepada komputer untuk melaksanakannya.

 Ia biasanya dipegang ditangan kanan dan digerakkan di atas satu permukaan yang
rata.

 Apabila digerakkan, setiap pergerakan akan diterjemahkan kepada kordinat X dan
Y yang mana ianya menunjukkan posisi tetikus tersebut pada sesuatu masa.

 Biasanya tetikus mempunyai 2 butang. Amnya fungsi butang butang tersebut
adalah:
o Butang Kiri untuk arahan melaksanakan(execute).
o Butang Kanan untuk arahan tambahan (attributes/option).

PERANTI INPUT

 Walaupun begitu, konfigurasi tetikus boleh ditukar dengan menggunakan
arahan didalam sesuatu sistem perisian.

 Operasi pada tetikus adalah seperti berikut:
 Sekali Klik (Single Click) pada Butang Kiri
 Selalunya digunakan untuk memilih (select) sesuatu item pada
skrin.

 Sekali Klik (Single Click) pada Butang kanan.
 Selalunya digunakan untuk mengeluarkan arahan tambahan pada
item/ikon (icon).

PERANTI INPUT

 Dua kali klik (Double Click) pada Butang Kiri
 Selalunya digunakan untuk melaksanakan arahan (program) apabila
aktiviti memilih telah dilakukan.

 Dua kali klik(Double Click) pada Butang Kanan
 Selalunya digunakan untuk mengalih atau menempatkan sesuatu item
pada satu tempat.
 Cara yang digunakan adalah tekan Butang Kiri atas sesuatu item tanpa
lepaskan dan seret tetikus ketempat yang dikehendaki.

PERANTI INPUT

Pengimbas (Scanner)
 Pengimbas merupakan alat yang digunakan untuk mengimbas dokumen yang

mengandungi teks atau grafik dan menukarkan mereka kepada bentuk yang
boleh dibaca oleh komputer di dalam pelbagai jenis (format) seperti bitmap,
jpeg (picture image) atau teks.

 Gambar (image) yang dimasukkan adalah dalam bentuk hitam/putih (grayscale)
atau berwarna (colour). Ia bergantung kepada ciri dalam sesuatu pengimbas.

 Pengimbas juga digunakan bersama-sama dengan perisian OCR (Optical
Character Recognition) untuk mengimbas dokumen berbentuk teks dan
menukarkannya ke dalam bentuk komputer teks semula.

 Terdapat di dalam 3 bentuk:
 Pengimbas Pegangan Tangan (Hand-held scanner).
 Pengimbas Rata (FlatBed Scanner).
 Pengimbas Jenis Suapan (Sheet Feed Scanner).

PERANTI OUTPUT

Unit Paparan (Visual Display Unit)
 Biasanya disebut sebagai terminal / monitor / skrin.
 Ia memaparkan output hasil daripada proses sesuatu aplikasi dan juga

maklumat atau arahan yang ditaipkan.
 Terdapat di dalam berbagai saiz, biasanya di dalam ukuran 14 inci, 15 inci dan

17 inci (diukur di dalam cara melintang-bucu/diagonal)
 Resolusi paparan boleh diubah, biasanya di dalam 3 saiz iaitu 640x480, 800x600

dan 1024x768.
 Unit ukuran resolusi di dalam unit pixel iaitu elemen gambar (picture element).

PERANTI OUTPUT

Jenis-jenis monitor:
 Monitor Monochrome

 Hanya memaparkan satu warna sahaja.
 Terdapat dalam 3 warna iaitu hijau, amber dan putih (kertas putih).
 Tidak memaparkan grafik.
 Titik (pixels) 720x350.

 Monitor warna
 Berupaya memaparkan 8 warna sehingga berjuta warna yang berhubung
kepada “display adapter” yang digunakan.
 Kebanyakan monitor warna menggunakan “display adapter” yang spesifik.

PERANTI OUTPUT

 CGA (Color Graphic Adapter)
 Paparan aksara tidak tajam (8x14) dan kualiti paparan warna tidak begitu baik.
 Berupaya memaparkan teks dan grafik dalam 2 resolusi:
o Mod resolusi warna sederhana
 (320x200) hanya memaparkan 4 warna.
o Mod warna yang tinggi.
 (640x200) hanya paparkan 2 warna

 EGA (Enhanced Graphic Adapter)
 Paparan lebih tajam, sel aksara (8x16) dan lebih banyak titik perinci (640x360).
 Dapat memaparkan 16 warna berlainan daripada palet 64 warna.
 Menghasilkan aksara dan grafik yang lebih baik dengan warna yang lebih tajam
daripada CGA.

PERANTI OUTPUT

 EGA (Enhanced Graphic Adapter)
 Paparan lebih tajam, sel aksara (8x16) dan lebih banyak titik perinci
(640x360).
 Dapat memaparkan 16 warna berlainan daripada palet 64 warna.
 Menghasilkan aksara dan grafik yang lebih baik dengan warna yang lebih
tajam daripada CGA.

 VGA (Video Graphic Array)
 Menghasilkan paparan yang Lebih baik daripada EGA.
 Bilangan titik pada skrin ialah (800x600); super VGA mempunyai bilangan
titik (1024x768).
 Dapat memaparkan 256 warna yang berlainan daripada palet 262,144
warna.

PERANTI OUTPUT

 Monitor Multisvnc
 Direkabentuk untuk mengendalikan pelbagai “display adapter”. Biasanya ia
adalah monitor VGA yang menggunakan “adapter” VGA; bezanya ia boleh
digunakan dengan “display adapter” yang lain.

 Harganya mahal, tetapi paparannya lebih baik dengan titik-titik yang lebih
kecil, dapat mengawal warna dan menghasilkan paparan yang tajam
walaupun pada resolusi yang rendah.

 Monitor ELD (Electro-Luminescent Display)
 Juga dikenali sebagai LCD (Liquid Crystal Display).
 Digunakan oleh laptop dan komputer mudahalih.
 Seperti skrin paparan mesin kira tetapi susah
untuk membaca pada skrin.

r

PERANTI OUTPUT

 Terdapat 3 jenis pencetak:
 Pencetak yang menggunakan tekanan (Impact Printer).
 Pencetak yang menggunakan laser (Laser Printer).
 Pencetak yang menggunakan haba (Thermal Printer).

 Pencetak yang menggunakan tekanan:
 Cara mencetak serupa seperti mesin taip.
 Terdapat didalam 2 jenis:
 Pencetak dot matrik.
 Pencetak daisy wheel.

 Pencetak yang menggunakan laser:
 Boleh mencetak dengan pantas dan berkualiti.
 Contoh: pencetak Laser 20,000 baris seminit.

 Mengeluar dan memindahkan imej, aksara pada kertas output.
• Contoh: Pencetak ink jet/deskjet & Pencetak Laser.

 Boleh mencetak grafik berwarna (seperti peta) dengan baik.
• Contoh: Digital plotter.

PERANTI OUTPUT

 Pencetak yang menggunakan haba:
 Biasanya digunakan pada mesin fax dan pencetak mudahalih.
 Ia menggunakan teknik haba iaitu dengan membakar satu kawasan kecil
pada kertas untuk membentuk aksara. Ia menggunakan sejenis kertas khas
yang boleh mengeluarkan aksara apabila dipanaskan.
 Antara kegunaannya ialah mencetak kod bar.

STORAN

 Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah sistem
komputer akan disimpan buat sementara waktu di dalam ingatan utama yang
dikenali sebagai Storan Primer (Premier Storage).

 Jenis storan ini tidak kekal
 Data yang disimpan akan hilang apabila sistem komputer dimatikan

atau berlaku gangguan elektrik.

 Storan Sekunder atau Storan Kedua (Secondary Storage) diperlukan untuk
menyimpan data secara kekal.

STORAN

PITA MAGNET (Magnetic Disk)
 Menggunakan kod magnet.
 Terdapat 3 jenis:

• Gelungan pita magnet (Magnetic Tape)
• Kaset
• Katrij
 Menggunakan pemacu Pita Magnet (Magnetic Tape Drive).

STORAN

CAKERA LIUT (Floppy Disk)

 Digunakan dengan meluas kerana murah dan mudah
dibawa. (dahulu)

 Berbentuk bulat dan nipis seperti piring hitam.
 Biasanya diletakkan di dalam bekas (seperti gambar).
 Permukaan cakera disaduri dengan bahan oksida magnet

dan fleksi.
 Ianya juga dipanggil Disket atau Floppy Disk dan terdapat di

dalam 3 saiz:
 3.5 inci
 5 ¼ inci
 8 inci

 Kapasiti storan biasanya adalah 1.44 MB.
 Ianya perlu menggunakan pemacu disket di dalam urusan

penyimpanan data.

STORAN

CAKERA KERAS (Hard Disk)
 Ianya dibuat daripada alumunium ataupun daripada bahan seramik yang kemudiannya

disaluti oleh bahan magnetik.
 Ianya berputar dengan kelajuan minimum 7200 pusingan seminit di atas paksinya.
 Biasanya beberapa kepingan diletakkan sekali didalam satu bekas dengan suatu jarak.
 Dan diantaranya pula akan terdapat satu alat pembaca (read/write head).
 Saiz sesuatu hard-disk diukur pada keupayaan menyimpannya.
 Unit ukurannya adalah di dalam unit Megabyte/Gigabyte/ Terabyte.
 Saiz ini mungkin akan meningkat pada masa hadapan.


Click to View FlipBook Version