BIOGRAFI DAN SUMBANGAN TOKOH ISLAM AL RAZI KEPADA UMAT ISLAM HARI INI
MPU 23052 SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM PENSYARAH KURSUS PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAL
AHLI KUMPULAN SITI ADRIANA BALQIS MOHD SABRI (02DKA23F1065) NUR ZULAIKA AMELIA ZAMRI (02DKA23F1074) HANIS ZULAIKHA SUHAIDI (02DKA23F1017) NOR UMAIRAH PUAD (02DKA23F1030) NUR AIN SYARAFIQAH SUHAIMI (02DKA23F1050)
BIOGRAFI Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. Nama : Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi Gelaran : al-Razi Lahir: 865 Wafat : 925 Etnik : Parsi Rantau : Parsi Bidang : Kimia, Perubatan, Biologi, sains
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H). Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah. SIAPA AL-RAZI ?
Razi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power ofreason) dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".
Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia menarik minatramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin. Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya, dan 'Hari Razi' ('Hari Farmasi') disambut di Iran setiap 27 Ogos.
RIWAYAT HIDUP AL-RAZI
Pada awal kehidupan bellau, beliau merupakan seorang tukang emas dan bellau juga merupakan seorang pemain gambus. merupakan anak kelahiran bum Iran dan merupakan seorang tokoh yang mashur pada kurun ke-3 Hijrah. Mula mempelajari ilmu perubatan setelah membuat lawatan pertama ke Baghdad semasa berusia 30 tahun. Guru yang membantu beliau dalam mempelajari bidang perubatan ialah Ali ibn Rabban At-Tabbarl
Akhir riwayat Al-Razi
al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana alRazi menderita penyakit tersebut berikutan ketekunannva menulis dan membaca yang terlalu banyak. Oleh itu, beliau telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dengan menjadi buta kerana enggan menerima rawatan.
Sumbangan Al-Razi dalam Bidang Perubatan
Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menialankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahanbahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing
KESIMPULAN Al-Razi, atau Rhazes, adalah seorang ahli kimia dan dokter Persia pada abad ke-9. Sumbangannya meliputi kontribusi dalam bidang kimia, farmakologi, dan kedokteran, terutama dalam pengembangan teknik destilasi. Kesimpulan umumnya adalah bahwa sumbangannya membantu memajukan ilmu pengetahuan medis dan kimia pada masa itu.
SEKIAN TERIMA KASIH