The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirah.arselan, 2022-12-26 05:30:59

MSR JAN JUN 2023

MSR A4

1

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Assalammualaikum w.b.t

Tahniah dan selamat datang kerana anda telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi
MARA, Kuantan (KKTMKu). Pilihan anda adalah tepat kerana KKTMKu merupakan gerbang kejayaan anda di masa
1hadapan. Semoga peluang yang diberikan ini tidak disia-siakan, sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda
sekalian untuk memajukan diri seterusnya menjadi insan yang cemerlang serta kompeten.

Program Minggu Silaturahim (MSR) yang diadakan khas bagi siswa-siswi baru merupakan komitmen kami di
KKTMKu untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pengisian-pengisian terkini kepada siswa-
siswi sebaik sahaja mereka mendaftar diri. Ianya juga bertujuan memberi pendedahan kepada para siswa-siswi baru
tentang kehidupan serta budaya pembelajaran yang perlu dikuasai oleh mereka, disamping mempersiapkan diri dengan
perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran di sini.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya supaya siswa-siswi yang merupakan bakal jurutera dapat
menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan bagi mencapai kecemerlangan bukan sahaja di dalam bidang
akademik tetapi cemerlang juga dalam aktiviti ko-kurikulum. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR sesi Januari – Jun 2023 di atas komitmen tinggi
yang diberikan bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sekian, terima
kasih

IR. KHAIRUL HISHAM BIN ABD KADAR
Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Kuantan

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH (HEA)

Assalamualaikum w.b.t,

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas restu limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di dalam Minggu
Silaturrahim (MSR) ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar kerana telah berjaya melangkah
masuk ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan. Saya amat berharap agar pelajar yang berkumpul pada hari ini dapat
menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pelajar, anak MARA dan hamba Allah yang lebih baik dan
sempurna di sini. Semoga, tanggungjawab yang dijalankan dengan sempurna akan melahirkan pelajar yang bukan
sahaja dibanggakan ibu bapa tetapi cemerlang di dunia mahupun di akhirat kelak.

Minggu Silaturahim (MSR) ini diharap dapat membantu para pelajar dalam mengadaptasi kehidupan sebagai
seorang pelajar kolej seterusnya memperkasakan lagi displin para pelajar. Selain daripada itu, pihak kolej juga akan
memberikan pelbagai pengisian dan input yang terkini bagi memudahkan keberlangsungan perjalanan pembelajaran
dan pengajaran di kolej nanti.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kolej terutamanya Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR
kerana berjaya menganjurkan program kali ini.Saya doakan semoga majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar
dan memberi manfaat kepada kita serta direstui Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

HAJI AHMAD LUKMAN BIN HITAM
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Kuantan

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH (HEP)

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, Minggu Silaturahim kembali lagi. Sempena pendaftaran pelajar baru maka
bermulalah aktiviti suai kenal. Sekalung tahniah diucapkan kepada anda semua kerana memilih bidang TVET di KKTM
Kuantan.

Di KKTM Kuantan, pelajar akan ditekankan dengan pembentukan sahsiah diri berdasarkan 3C iaitu Keupayaan
(Capability), Kapasiti (Capacity) dan sahsiah diri (Character). Penerapan nilai-nilai kerohanian dan ”Soft Skill” sentiasa
menjadi tunjang utama dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar. Sepanjang Minggu Silaturrahim, pelajar akan
didedahkan dengan persekitaran kampus, penerangan program yang ditawarkan dan pelbagai informasi semasa.

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan (KPG) prestasi pelajar-pelajar bagi tahun 2017 adalah 91%
manakala tahun 2018 adalah 90.1% dan setakat September 2019 adalah 83.6%. Ini bermakna kebolehpasaran pelajar-
pelajar KKTM Kuantan amatlah tinggi. Kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar dapat menyambung pengajian ke
peringkat Ijazah, bekerja, atau menjadi usahawan.

Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang memberi kerjasama dan
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan Sesi Pendaftaran dan Minggu Silaturahim
pada sesi ini.

Sekian, terima kasih.

WAN KHAIRUDDIN BIN WAN SULONG
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Kuantan

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI JK PENDAFTARAN & MSR

Salam sejahtera dan syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya kerana diberi penghormatan untuk
mempengerusikan Jawatankuasa MSR sesi Januari – Jun 2023. Dengan itu, saya mengucapkan selamat datang
kepada pelajar sekalian dan semoga anda menggunakan peluang yang telah diberikan kepada anda sebaiknya.

Untuk pengetahuan pelajar sekalian, tujuan MSR ini diadakan adalah untuk mendedahkan selok-belok sistem
pembelajaran dan penilaian yang digunakan oleh kolej ini serta mengenali KKTM Kuantan dengan lebih dekat lagi. Jati
diri serta disiplin pelajar sekalian akan diperkasakan serta dipertajamkan untuk menyediakan anda sekalian dengan
alam pengajian diploma yang serba mencabar. Hubungan yang erat diantara pelajar sekalian dengan tenaga kerja akan
dipupuk bagi mengeratkan lagi tali silaturahim.

Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa MSR sesi ini di atas komitmen yang anda berikan.
Semoga objektif MSR akan tercapai dengan jayanya. Sekali lagi, selamat datang dan tahniah diucapkan kepada
pelajar-pelajar baru kerana berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian anda sekalian di KKTM Kuantan.

Sekian, terima kasih.

MOHD AZFITRY BIN ZOLKHIFLY
Penyelaras
Minggu Silaturahim Sesi Januari -Jun 2023
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Kuantan

KATA ALU-ALUAN PENYELARAS JK PENDAFTARAN & MSR

Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat kita mengadakan lagi Minggu Silaturrahim
bagi Sesi Januari – Jun 2023. Saya berbesar hati mengalukan kedatangan para pelajar ke Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Kuantan bagi meneruskan pengajian masing - masing. Selamat datang serta syabas dan tahniah saya ucapkan.

Alam pengajian di kolej semestinya tidak sama seperti alam sekolah dahulu. Dengan Minggu Silaturrahim
(MSR) yang diadakan ini, diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak para pelajar dalam menjalani kehidupan di
kolej nanti. Sudah pasti akan ada suka dan duka di sini nanti dan semoga itu menjadi pengalaman yang bermakna
untuk para pelajar nanti.

Setinggi penghargaan saya buat ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR sesi Januari – Jun 2023 dalam
memastikan program kali ini berjalan dengan lancar.

Sekian, Terima Kasih

MOHD HAFIZ BIN RODZI
Penyelaras
Minggu Silaturahim Sesi Januari – Jun 2023
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Kuantan

CARTA ORGANISASI AHLI TERTINGGI KKTM KUANTAN

TENTANG MARA

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KKTM KUANTAN

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTMKu) merupakan sebuah kolej yang ditubuhkan oleh MARA di bawah
Rancangan Malaysia Ketujuh. KKTM Kuantan mula beropersi pada 9 Mei 2008 dan merupakan kolej yang ke-empat
dibina MARA serta mempunyai keluasan tapak seluas 75 ekar yang terletak di Kilometer 8, Jalan Gambang, Kuantan,
Pahang Darul Makmur

JUMLAH STAF : 72

PENSYARAH : 35
PENTADBIRAN : 107
JUMLAH

JUMLAH PELAJAR MENGIKUT JABATAN SETAKAT JANUARI 2023

JABATAN BILANGAN PELAJAR

DIP KEJURUTERAAN PEMBUATAN : 101

(PEMBUATAN AUTOMOTIF)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN : 56

(KUALITI DAN PRODUKTIVITI)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN : 79

(TEKNOLOGI DAN PROSES)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN : 98

(AUTOMASI INDUSTRI DAN ROBOTIK)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN : 60

(REKABENTUK PEMBUATAN) :1
LATIHAN INDUSTRI

JUMLAH : 395

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kami menawarkan sebanyak 5 program. Antaranya ialah :

DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (KUALITI DAN PRODUKTIVITI)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PROSES DAN TEKNOLOGI)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMBUATAN AUTOMOTIF)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKABENTUK PEMBUATAN)
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (AUTOMASI INDUSTRI DAN ROBOTIK)

Komponen latihan Kemahiran MARA terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Pengajian Teknikal
2. Pengajian Am
3. Ko-Kurikulum
4. Latihan Industri

JADUAL PERGERAKAN PENDAFTARAN PELAJAR

/

JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN MSR BAGI
SESI JANUARI – JUN 2023

BIL JAWATAN PIC

1. Pengerusi Mohd Azfitry Bin Zolkhifly

2. Penyelaras Mohd Hafiz Bin Rodzi

3. Setiausaha Nurhana Binti Juraimi

4. Kaunter Pendaftaran dan Mahani Hamzah
Kehadiran Noor Maizatulakma Kamaruddin

5. Unit ICT dan Multimedia

6. Kaunter Pendaftaran Program Mohd Azreen Atan
dan Semakan (Jabatan)

7. Kaunter Bayaran ESR Alif Afandi Bin Mohd Yusof, Marsita Binti Mohamed

8. Kaunter Bayaran Koperasi Misrohaya Amer, Mohd Noor Hanif Bin Mohd Rosdi

9. Kaunter Asrama Md Zaidi Othman

10. Slot MSR Abadi Bin Mat Darus

11. Kerohanian Ustaz Yazid Bin Abdul Mohid

12. Pameran Ahmad Shahrilrizal Bin Mohamed

13. Pengacara Majlis Muhammad Shakir Mat Nawi
14. Tugas Khas Wan Mohd Khairuddin Wan Mat
15. Teknikal dan Elektrik Mohd Azlan Bin Zahary
16. Buku Program Amirah Husna Arselan Hakim

PERATURAN TETAP (PANDUAN & ETIKA)

SEPINTAS LALU MINGGU SILATURAHIM

Minggu Silaturahim (MSR) adalah suatu kelaziman dan merupakan keperluan semua institut pendidikan bagi
menyambut kedatangan pelajar baru. Tidak ketinggalan KKTM Kuantan turut mengadakan MSR kepada pelajar-pelajar
baru.

OBJEKTIF MINGGU SILATURAHIM

1. Mengeratkan tali persaudaraan dan sikap membantu antara pelajar baru dan lama.
2. Melahirkan sikap bertatatertib dan bertanggungjawab kepada peraturan-peraturan KKTM Kuantan.
3. Menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran KKTM Kuantan.
4. Memberi kesedaran dan semangat yakin diri kepada pelajar baru untuk menghadapi cabaran dan rintangan

sebelum memulakan latihan.
5. Mewujudkan dan menanamkan perasaan hormat dan menghormati di antara sesama pelajar, tenaga pengajar

dan kakitangan disemua peringkat.
6. Mendedahkan pelajar baru dengan sistem latihan dan peraturan KKTM Kuantan.

PERATURAN MSR BAGI PELAJAR BARU

 ‘Ragging’ adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib pada
mereka yang terlibat.

 Semua aktiviti MSR adalah berdasarkan aturcara yang telah ditetapkan.
 Semua aktiviti akan dikelolakan oleh AJK MSR dan Majlis Perwakilan Pelajar.
 Tindakan tatatertib akan diambil kepada pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti mencuri,

merosakkan harta benda KKTM, mengganggu pelajar lain, mengambil benda-benda yang merosakkan tubuh
badan , bergaduh, berpakaian tidak sopan/kemas dan yang seumpamanya.
 Setiap pelajar dikehendaki memakai tanda nama masing-masing disepanjang MSR.
 Memberi salam sesama pelajar baru, lama, tenaga pengajar dan kakitangan.
 Tidak dibenarkan bercuti, datang lewat atau membuat sebarang urusan lain sepanjang MSR kecuali dengan
kebenaran.
 Kepada pelajar perempuan, tidak dibenarkan memakai barang-barang perhiasan seperti cincin, rantai tangan dan
lain-lain.
 Semua pelajar perempuan MUSLIM dikehendaki memakai tudung .
 Semasa ativiti dijalankan, pelajar dikehendaki memakai seluar sukan, baju T-MSR, berkasut getah dan yang
bersesuaian dengan sesuatu aktiviti.
 Setiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan kecuali mendapat kebenaran.
 KKTM Kuantan adalah kawasan larangan merokok sepanjang tempoh pengajian.
 Pelajar adalah dilarang keluar dari kawasan KKTM semasa MSR kecuali dengan kebenaran AJK MSR.
 Asrama puteri adalah kawasan larangan bagi semua pelajar lelaki dan asrama putera adalah kawasan larangan
bagi pelajar perempuan.
 Semua barangan berharga (wang,telefon bimbit, barang kemas dan lain-lain) adalah tanggungjawab pelajar sendiri,
Jika berlaku sebarang kecurian/kehilangan pihak AJK MSR tidak akan bertanggungjawab.

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,

Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.

Raja kita
selamat bertakhta

LAGU MARA

Demi Satu Keunggulan
Bangsa Yang Berdaulat
Sebuah Lambang Menawan Puncak

Jaya

Perkasa Di Persada Dunia
Obor Para Cendekia

Merentas Masa Hadapan
Usahawan Jaya Tercipta Bahagia

Maju MARA Maju Jaya

MARA Perkasa,
Menjunjung Amanah Rakyat
Memayungi Bangsa dan Negara
Bersemangat Perintis Penuh Yakin
Demi Satu Amanah Mulia

MARA Perkasa,
Menjunjung Amanah Rakyat
Memayungi Bangsa dan Negara
Penuh Keyakinan Demi Satu

Amanah Mulia

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya Kami
Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan

Dengan penuh kerelaan berikrar

Menggunakan peluang dengan sepenuhnya
Untuk meninggikan taraf kemahiran dan pengetahuan

Mematuhi undang-undang
dan segala peraturan institut dengan sepenuhnya

menjaga dan memelihara nama baik institut
menghormati kakitangan institut dan sesama pelajar

serta memelihara harta benda MARA
dengan sebaik-baiknya

Menghormati tatasusila
berdasarkan agama dan bersopan santun
dari segi kelakuan dan berpakaian serta rupa diri

Sekiranya kami melanggar ikrar ini
kami boleh dihukum
dengan ditarik balik

segala kemudahan yang diberi oleh KKTM
atau diberhentikan belajar di KKTM

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES AND PROGRAMME
LEARNING OUTOMES

KKTM KUANTAN MAP

LAYOUT PENDAFTARAN PELAJAR BARU
SESI JANUARI – JUN 2023

CARTA ALIR PENDAFTARAN MSR

ISI KANDUNGAN

1. Kata Alu - Aluan Pengarah KKTM Kuantan
2. Kata Alu - Aluan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik
3. Kata Alu - Aluan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
4. Kata Alu - Aluan Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR
5. Kata Alu - Aluan Penyelaras Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR
6. Carta Organisasi Ahli Tertinggi KKTM Kuantan
7. Tentang MARA
8. Latar Belakang Penubuhan KKTM Kuantan
9. Program yang Ditawarkan
10. Jadual Pergerakan Pendaftaran
11. Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR sesi Januari – Jun 2023
12. Peraturan Tetap (Panduan dan Etika)
13. Peraturan MSR bagi Pelajar Baru
14. Lagu Negaraku
15. Lagu MARA
16. Ikrar Pelajar
17. Programme Educationals Objectives and Programme Learning Outcome
18. KKTM Kuantan Map
19. Layout Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Januari – Jun 2023
20. Carta Alir Pendaftaran MSR


Click to View FlipBook Version