PERATURAN KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2023 -
UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2023 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ‘World Archery’ (WA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan akan dijalankan selama ENAM ( 6 ) hari. 2.1.1 1 ( SATU ) hari - Latihan Rasmi (Training Official ) dan pemeriksaan alatan. 2.1.2 2 ( DUA ) hari - Pertandingan Pusingan kelayakan ( Qualification Round ) lelaki dan perempuan B18 , B15 dan B12 2.1.3 1 (SATU) hari – Pertandingan Pusingan penyingkiran Individu (Elimination Round individual) Lelaki / Perempuan B18 , B15 dan B12 2.1.4 1 (SATU) hari – Pertandingan Pusingan penyingkiran berpasukan campuran (Mixed Team Match Round) B18 , B15 dan B12 2.1.5 1 (SATU) hari – Pertandingan Pusingan penyingkiran Berpasukan (Team Match Round) Lelaki / Perempuan B18 , B15 dan B12. 2.2 Lelaki dan Perempuan Pertandingan Pusingan Kelayakan (Qualification Round) - (B 18) 2.2.1 Jarak 70 meter – (face 122 cm) 2.2.2 Jarak 60 meter – (face 122 cm) 2.2.3 Jarak 50 meter – (face 80 cm) 2.2.4 Jarak 30 meter – (face 6 ring) 2.2.5 Keseluruhan individu 2.2.6 Keseluruhan berpasukan 2.3 Lelaki dan Perempuan Pertandingan Pusingan Kelayakan (Qualification Round) - (B15) 2.3.1 Jarak 60 meter - (face 122 cm) 2.3.2 Jarak 50 meter – (face 122 cm) 2.3.3 Jarak 40 meter – (face 80 cm) 2.3.4 Jarak 30 meter – (face 6 ring) 2.3.5 Keseluruhan individu 2.3.6 Keseluruhan berpasukan 2.4 Lelaki dan Perempuan Pusingan Kelayakan (Qualification Round) - (B 12) 2.4.1 Jarak 30 meter – (face 122 cm) 2.4.2 Jarak 25 meter – (face 80 cm) 2.4.3 Jarak 20 meter – (face 6 ring) 2.4.4 Jarak 15 meter – (face 5 ring) 2.4.5 Keseluruhan individu 2.4.6 Keseluruhan berpasukan
2.5. Pertandingan Pusingan Penyingkiran individu, pasukan campuran dan Berpasukan (kategori umur B18 tahun L/P) 2.5.1 Jarak yang dipertandingkan ialah 70 m (face 122 cm) 2.6 Pertandingan Pusingan Penyingkiran individu, pasukan campuran dan Berpasukan (kategori umur B15 tahun L/P) 2.6.1 Jarak yang dipertandingkan ialah 60 m (face 122 cm) 2.7 Pertandingan Pusingan Penyingkiran individu, pasukan campuran dan berpasukan (kategori umur B12 tahun L/P) 2.7.1 Jarak yang dipertandingkan ialah 30 m (face 122 cm) 2.8 Bagi acara individu, 64 pemanah lelaki dan 64 pemanah perempuan terbaik yang bertanding Pusingan Kelayakan dari Kategori B18, B15 dan B12 tahun akan layak memasuki Pertandingan Pusingan individu. (Elimination Round Individual) 2.9 Bagi Pertandingan Pusingan Penyingkiran pasukan campuran/mixed team match, seorang pemanah lelaki dan seorang pemanah perempuan terbaik pasukan dalam pertandingan pusingan kelayakan akan dipilih mewakili pasukan. Semua pasukan dari kategori B18, B15 dan B12 tahun yang bertanding di pusingan kelayakan layak bertanding. Pemanah lelaki dan wanita yang dibentuk untuk berpasukan campuran mesti daripada pasukan dan kategori yang sama ( Jika negeri / pasukan hanya menghantar peserta lelaki atau peserta perempuan sahaja maka tidak layak bertanding dalam pasukan campuran / mixed team) 2.10 Bagi Pertandingan penyingkiran berpasukan (Team match), semua pasukan daripada Kategori B18, B15 dan B12 tahun yang bertanding pusingan kelayakan akan layak memasuki Pertandingan Pusingan Berpasukan. 3. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN Rujuk Peraturan Am (3) MSSM 3.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita terdiri daripada : Pasukan Lelaki 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun Pengurus Pasukan 1 orang Jurulatih 1 orang 1 orang 1 orang Peserta 4 orang 4 orang 4 orang Jumlah 6 orang 5 orang 5 orang Pasukan Perempuan 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun Pengurus Pasukan 1 orang Jurulatih 1 orang 1 orang 1 orang Peserta 4 orang 4 orang 4 orang Jumlah 6 orang 5 orang 5 orang
3.2 Acara Perseorangan Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) peserta lelaki dan empat (4) peserta wanita bagi setiap kategori umur dalam acara perseorangan. 3.3 Acara Berpasukan 3.3.1 Satu pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) orang dan tidak melebihi daripada empat (4) orang peserta. 3.3.2 Setiap pasukan yang terdiri daripada empat (4) orang peserta, jumlah mata tertinggi bagi tiga (3) orang peserta akan didaftar untuk acara berpasukan. 3.3.3 Pasukan yang menghantar kurang dari tiga (3) peserta tidak layak menyertai acara berpasukan. 3.3.4 Jika terdapat sebarang pertukaran peserta, pengurus pasukan hendaklah memaklumkan kepada Pegawai teknikal Pertandingan secara bertulis selewatnya satu (1) jam sebelum pertandingan acara berpasukan bermula. 4. PEGAWAI / JURULATIH Rujuk Peraturan Am (8) MSSM 4.1 Jurulatih bukan guru tidak boleh disenarai sebagai pegawai pasukan. (Rujuk Peraturan Am MSSM 8.1) 4.2 Jurulatih luar tidak dibenarkan berada di khemah peserta atau memasuki kawasan pertandingan. 5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan mengikut sistem Pusingan Kelayakan (WA) 5.2 Setiap peserta dimestikan memanah setiap jarak yang dipertandingkan sebanyak 36 anak panah. Peserta yang mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang. ACARA KATEGORI BAWAH 18 TAHUN L/P Pertandingan Pusingan Kelayakan (Qualification Round) Jarak 70 meter – (face 122cm) Jarak 60 meter – (face 122cm) Jarak 50 meter – (face 80cm) Jarak 30 meter – (face 6 ring) 6 ends (6 arrow/end) 4 min(240 saat)/end Pusingan penyingkiran Individu (Individual Match Round) Jarak 70 meter. Target Face 122cm 5 sets (3 arrow/end) Set sistem 120 saat/end Pusingan Penyingkiran Berpasukan (Team Match Round) Jarak 70 meter Target Face 122cm 4 ends ( 6 arrow/end) Set sistem 120 saat/end
Pusingan penyingkiran Berpasukan Campuran (Mixed Team Match Round) Jarak 70 meter Target Face 122cm 4 ends ( 4 arrow/end) Set sistem 80 saat/end ACARA KATEGORI BAWAH 15 TAHUN L/P Pertandingan Pusingan Kelayakan (Qualification Round) Jarak 60 meter - (face 122cm) Jarak 50 meter – (face 122cm) Jarak 40 meter – (face 80 cm) Jarak 30 meter – (face 6 ring) 6 ends (6 arrow/end) 4 min(240 saat )/end Pusingan Penyingkiran Individu (Elimination Round Individual) Jarak 60 meter. Target Face 122cm 5 sets (3 arrow/end) Set sistem 120 saat/end Pusingan Penyingkiran Berpasukan (Team Match Round) Jarak 60 meter Target Face 122cm 4 ends ( 6 arrow/end) Set sistem 120 saat/end Pusingan Penyingkiran Berpasukan Campuran (Mixed Team Match Round) Jarak 60 meter Target Face 122cm 4 ends ( 4 arrow/end) Set sistem 80 saat/end ACARA KATEGORI BAWAH 12 TAHUN L/P Pertandingan Pusingan Kelayakan WA (Qualification Round) Jarak 30 meter – (face 122cm) Jarak 25 meter – (face 80cm) Jarak 20 meter – (face 6 ring) Jarak 15 meter – (face 5 ring) 6 ends (6 arrow/end) 4 min(240 saat )/end Pusingan Penyingkiran Individu (Elimination Round Individual) Jarak 30 meter. Target Face 122cm 5 sets (3 arrow/end) Set sistem 120 saat/end Pusingan Penyingkiran Berpasukan (Team Match Round) Jarak 30 meter Target Face 122cm 4 ends ( 6 arrow/end) Set sistem 120 saat/end Pusingan Penyingkiran Berpasukan Campuran (Mixed Team Match Round) Jarak 30 meter Target Face 122cm 4 ends ( 4 arrow/end) Set sistem 80 saat/end
5.3 Bagi Pusingan Kalah Mati , peraturan yang digunakan adalah mengikut Peraturan WA. 5.3.1 Acara individu - Pemanah yang mendapat 6 mata dulu dikira sebagai pemenang. 5.3.2 Acara berpasukan - Pemanah yang mendapat 5 mata dulu dikira sebagai pemenang. 5.3.3 Jika sama mata – shoot off dilakukan. Jika masih sama mata ukuran jarak terdekat dengan titik tengah dikira sebagai pemenang. 6. GELANGGANG/ ALATAN Rujuk Undang-Undang World Archery (WA). Bagi kategori 12 tahun ke bawah dengan pindaan berikut: 6.1 Arrow carbon tidak dibenarkan. 6.2 Limb carbon tidak dibenarkan.. 7. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 7.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum hari pertandingan / Penyesuaian Gelanggang. 7.2 Selepas taklimat pengurus, sebarang permohonan / gantian peserta tidak dibenarkan. 8. MASA MELAPOR DIRI Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief Judge) Kejohanan untuk pemeriksaan wajib peralatan pertandingan (Tackle Inspection) pada hari Latihan Penyesuaian Gelanggang/padang. 9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM dibaca bersama Peraturan WA Rules Book 2 Bab 7.4 dan Bab 7.8 10. TATATERTIB 10.1 Etika berpakaian 10.1.1 Semua atlet mestilah mematuhi etika berpakaian seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan am MSSM. 10.1.2 Bagi acara pusingan berpasukan dan pasukan campuran (mixed team), setiap pasukan dan jurulatih dimestikan menggunakan baju yang seragam warna.
10.2 Kesalahan menipu skor 10.2.1 Mencabut anak panah terlebih dahulu sebelum skor dibaca dikira sebagai menipu. Jika didapati atlet mencabut anak panah terlebih dahulu sebelum skor dibaca, maka skor untuk pusingan tersebut terbatal. 10.2.2 Sekiranya kejadian sama berulang maka skor untuk keseluruhan jarak tersebut terbatal. 10.2.3 Sekiranya kesalahan ini berulang lagi maka penyertaan pertandingan peserta ini dibatalkan. 11. BANTAHAN 11.1 Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM. 11.2 Setiap pasukan dibenarkan membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan dibenarkan membuat bantahan secara bertulis . 11.3 Bantahan keputusan pertandingan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengarah/ Pegawai Pertandingan dalam masa lima belas (15) minit selepas keputusan rasmi pertandingan dipaparkan. (Berpandukan kepada Undang-Undang WA, Artikel 150). 12. JURI RAYUAN Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM 13. PENGADIL (HAKIM DAN PEGAWAI PERTANDINGAN) Hakim-hakim dan Pegawai Pertandingan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. 14. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN. Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di dalam undang-undang / peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 15. HADIAH PERTANDINGAN Seperti di lampiran 16. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Rujuk kepada Peraturan Am MSSM
17. KIRAAN MATA UNTUK RANKING 17.1 Johan keseluruhan diambil kira berdasarkan pungutan pingat emas terbanyak. 17.2 Sekiranya pungutan pingat emas sama, pungutan pingat perak diambil kira untuk menentukan kedudukan. 17.3 Sekiranya pungutan pingat emas, perak, gangsa dan tempat ke-4 masih sama, pemenang kategori B18 berpasukan lelaki diambil kira.