PANTUN
"Pantun adalah
menifestasi gaya
kesantunan masyarakat
Melayu"
NURUL AIDA
BINTI HASHIM
BIODATA
NAMA: NURUL AIDA BINTI
HASHIM
ANGKA GILIRAN:
2021082310092
PROGRAM: PPISMP
AMBILAN: JUN 2021
UNIT: BAHASA MELAYU 4
KONSEP Pantun merupakan puisi
PANTUN tradisional masyarakat
Melayu yang telah wujud
sejak dahulu lagi.
Mengikut sejarah,
pantun telah wujud sejak zaman orang
Melayu tidak boleh membaca dan menulis
lagi atau lagi tepat, pantun digunakan
sebelum masyarakat melayu mula mengenal
surat-menyurat. Pantun dikatakan sebagai
manifestasi terbaik seni sastera orang
melayu. sehubungan dengan itu, pantun
dapat dilihat dari beberapa struktur, iaitu
struktur sosial bangsa Melayu lama, akal
budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan
dan falsafah hidup masyarakat Melayu
anuti.Puisi dicipta sebagai satu bentuk
ungkapan untuk meluahkan fikiran dan
perasaan tentang seseorang atau sesuatu,
di samping bertujuan untuk menyindir,
bergurau dan memberi nasihat, serta
menghiburkan.
KONSEP Harun Mat Piah (1989)
PANTUN memberikan definisi puisi
dari segi aspek dalaman
dan luaran atau struktur
visualnya.
Aspek pantun merangkumi unsur estetik
dan isi (tema dan persoalan). Komponen
estetik puisi ini dapat dilihat dari dua
aspek iaitu ada kaitan dengan penggunaan
simbol-simbol tertentu dalam pantun
mengikut persepsi dan pandangan dunia
masyarakat Melayu dan yang kedua adalah
berdasarkan hubungan konkrit atau
abstrak antara pasangan kiasan dan
pasangan makna. Menurut Za'ba, ia
merupakan ungkapan tertua dan asalnya
adalah milik masyarakat Melayu. Sebelum
tidak ada surat menyurat, orang Melayu
sudah pandai berpantun dan sudah biasa
berpantun sesama sendiri.
KONSEP
PANTUN
Secara ringkasnya, pantun boleh ditakrifkan
sebagai puisi kuno, setiap rangkap terdiri
daripada empat baris (Kamus Dewan: 813)
atau puisi pendek. Setiap salinan biasanya
empat dan dua baris. Pantun yang popular,
bentuknya terdiri daripada empat baris,
iaitu dua baris pembayang dan dua baris
makna.
jenis Puisi tradisional ini terdiri
PANTUN daripada beberapa jenis.
Menurut penyelidikan dan
penelitian Zainal Abidin
(1991),
beliau menyatakan bahawa pantun dapat
dijeniskan berdasarkan tiga aspek iaitu aspek
sudut khalayak, sudut bentuk dan sudut tema.
Sudut khalayak bermaksud penutur dan
pendengar pantun tersebut. Sudut khalayak ini
pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
kanak-kanak, dewasa dan orang tua. Bagi
pantun kanak-kanak, ia membawa maksud atau
bertujuan sebagai nasihat yang terutamanya
menyentuh berkenaan alam pendidikan.
Pantun dewasa atau orang muda pula
membawa maksud atau bertemakan kasih
sayang antara teruna dara, usik mengusik,
tema kepahlawanan, adat, budi, nasihat dan
sebagainya.
jenis Manakala pantun orang tua
PANTUN pula adalah pantun yang
membawa maksud nasihat,
kias dan ibarat, adat
resam serta nilai
kemasyarakatan dan
kebudayaan.
Sudut bentuk pula dilihat daripada jumlah
baris dan suku kata dalam setiap rangkap.
Pantun mempunyai empat kumpulan jika
berdasarkan jumlah baris dalam
rangkapnya (Zainal Abidin, 1991). Kumpulan
tersebut adalah pantun dua baris atau dua
kerat yang dikenali sebagai pameo atau
pantun kilat, pantun empat baris atau
empat rangkap dikenali sebagai kuatren,
pantun yang lebih empat kerat, dan pantun
berkait.
jenis
PANTUN Pantun dapat
diklasifikasikan kepada
sebelas tema (Zainal Abidin,
1991).
Tema-tema tersebut adalah pantun adat
resam manusia yang menceritakan adat
resam turun temurun manusia sejak dahulu
kala lagi pantun agama dan kepercayaan
yang berisi ajaran moral dan didikan hidup
untuk setiap manusia, pantun budi yang
menceritakan tentang budi yang ditabur
dengan hati yang ikhlas dan tidak
mengharapkan apa-apa balasan, pantun
jenaka dan permainan yang dibuat untuk
menghiburkan atau menjadi bahan sindiran
dalam suasana penuh keakraban sebagai
upaya menceriakan suasana, pantun teka
teki yang diakhiri dengan ayat tanya pada
baris terakhir digunakan untuk berbalas
pantun,
jenis
PANTUN
Pantun kepahlawanan yang biasnaya
menceritakan tentang pejuang negara,
pantun nasihat dan pendidikan bertujuan
memberi dan menyampaikan sebuah pesan
kepada pendengar, pantun peribahasa dan
perbilangan yang mempunyai kalimat-
kalimat peribahasa yang pada umumnya
memiliki susunan tetap, pantun kias dan
ibarat berisi bahasa atau kalimat kiasan
untuk menyampaikan pesan dalam maksud
tersirat, pantun kembara dan perantauan,
dan akhir sekali pantun percintaan yang
berisi cinta atau romantisme, kerinduan
dan sebagainya untuk mengungkapkan
perasaan seseorang.
jenis
PANTUN
Sebagai contoh pantun budi iaitu,
Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang;
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.
Pantun ini menceritakan tentang perlunya
budi bahasa dalam diri seseorang itu. Tidak
kira jika seseorang itu mempunyai harta
yang banyak mana sekalipun, jika
seseorang itu tiada budi bahasa dalam diri
mereka, orang sekeliling tidak akan selesa
untuk bergaul dengan mereka dan tidak
menginginkan kehadiran mereka.
BENTUK Penciptaan pantun
PANTUN mengandungi dua rangkap,
empat rangkap, enam
rangkap, lapan rangkap,
sepuluh rangkap, dua belas rangkap dan
seterusnya sehingga 16 rangkap. Pantun
yang umum digunakan adalah pantun empat
rangkap. Menurut Zainal Abidin Bakar
(1991), terdapat juga pantun yang wujud
secara berkait yang dikenali sebagai
pantun berkait. Pantun ini kebiasaannya
berbentuk pantun empat kerat. Sebuah
pantun yang lengkap dan sempurna
mempunyai bentuk fizikalnya iaitu
pembayang maksud dan maksud sebagai
contoh,
BENTUK
PANTUN
Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang;
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.
Baris pertama, kedua dan ketiga
merupakan pembayang maksud pantun yang
merupakan aspek tersirat pantun. Hal ini
demikian kerana pemilihan diksi bagi
pembayang yang mengaitkan aspek atau
unsur alam iaitu buah lada dan daun. Buah
lada adalah buah yang kecil-kecil tumbuh
pada satu pangkal dengan banyak pada
satu masa.
BENTUK
PANTUN
Buah ini memberi maksud atau gambaran
kepada sesuatu yang sangat banyak dan
dapat dikaitkan dengan maksud pantun
iaitu penuh sekapal. Bagi pembayang
pantun kedua pula, daun dan buah yang
gugur itu membawa gambaran kepada
sebuah pokok yang keguguran daun-
daunnya serta buah-buahnya sehingga ia
hanya ditinggalkan dengan ranting kayu
sahaja. Hal ini demikian membawa maksud
kepada sesuatu itu tidak berguna lagi
kerana tiadanya asas kehidupan atau asas
kelengkapan dirinya. Kesimpulannya, akal
budi yang ditonjolkan dalam pantun ini
mendidik masyarakat supaya sentiasa
melengkapkan diri dengan
BENTUK
PANTUN
perkara-perkara asas dalam kehidupan
kita untuk mengharungi kehidupan dalam
dunia ini. Selain itu, ia juga menyatakan
walaupun kita mempunyai sesuatu yang
banyak dan berharga berbanding orang
lain tidak semestinya kita akan disanjung
jikalau diri kita tiada sifat berbudi dan
merendah diri.
Akal budi yang tinggi darjatnya dalam pantun
ini jelaslah menunjukkan cara sebuah nasihat
disampaikan kepada khalayak ramai supaya
masyarakat ini memandang tinggi dan
memartabatkan akan nilai budi. Hal ini
demikian kerana jikalau dibandingkan nilai
budi itu lebih tinggi harganya berbanding
wang ringgit tetapi pemahaman kepada
BENTUK
PANTUN
konsep pantun ini dijelmakan dalam
pembayang pantun sebagai isi tersirat. Jika
dilihat dari sudut yang berbeza, buah lada ini
boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digilakan
oleh orang ramai kerana penggunaan buah
lada ini sangat terkenal dalam aktiviti
masakan kerana ia memberikan tekstur
makanan yang sedikit pedas yang membawa
nikmat kepada seseorang itu. Manakala bagi
pembayang kedua iaitu gugur daun dengan
buahnya, kata lain yang dapat ditafsirkan
adalah jika sebuah pokok itu telah mati atau
layu sepenuhnya, ia tidak lagi berguna kepada
ekosistem kerana ia tidak lagi dapat menjalani
proses fotosintesis bagi membekalkan gas
oksigen kepada bumi. Oleh itu, pokok itu
dianggap tidak bermakna dan ditebang.
BENTUK
PANTUN
Pantun yang dikarang pada zaman
sekarang tidak lagi mendefinisikan
manifestasi pemikiran masyarakat Melayu
yang kaya dengan akal budinya (Azman. et.
al, 2022). Pantun tradisional pada zaman
dulu sangat menitikberatkan penyusunan
setiap bait-bait kata sebagai ungkapan
yang bermakna sehingga terlahir falsafah
masyarakat itu sendiri. Kini, pantun-pantun
dihasilkan hanya memfokuskan kepada
aspek tersurat yang dilihat pada bentuknya
sahaja semata-mata. Penggunaan rima
akhir juga tidak lagi diendahkan dan
akhirnya kaburlah falsafah pantun yang
tersirat dalam pembayang dan maksudnya.
CIRI-CIRI Pantun mempunyai ciri-
PANTUN ciri tersendiri yang
menunjukkan ianya sebuah
puisi tradisional melayu.
Pantun mengandungi beberapa rangkap
dan setiap rangkap atau baris ayat itu
mengandungi tiga hingga lima patah
perkataan. Sebagai contoh bagi pantun
budi;
Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dan buahnya,
Dibawa dagang ke seberang;
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.
CIRI-CIRI
PANTUN
Pantun ini mempunyai empat hingga lima
patah perkataan bagi setiap baris.
Kebiasaannya, sebuah pantun yang baik
mempunyai bilangan patah perkataan yang
sama bagi setiap baris akan tetapi tidak
bermaksudlah jika sebuah pantun itu tidak
seragam jumlah patah perkataan bagi setiap
baris, pantun itu adalah pantun tidak
sempurna.
Jumlah suku kata dalam setiap baris bagi
setiap bentuk pantun adalah antara lapan
hingga dua belas suku kata. Seperti,
"Buah lada lebat di pangkal"
CIRI-CIRI
PANTUN
Dalam baris pertama pantun budi ini,
terdapat sembilan suku kata. Pengiraan
suku kata adalah seperti berikut:
"Bu/ah/ la/da/ le/bat/ di/ pang/kal/"
Dalam satu baris pantun, terdapat satu
hentian sebentar yang ditanda dengan
jeda. Tanda jeda yang dimaksudkan itu
adalah (,) yang bermaksud berhenti sekejap
dan (;) yang bermaksud berhenti lama.
Pembacaan pantun menggunakan irama
dengan intonasi yang betul iaitu
menggunakan nada naik, nada turun dan
ucapan mendatar. Irama pembayang dan
maksud adalah selaras dengan kedudukan
baris rangkap tersebut. Sebagai contoh
irama baris pertama sama dengan irama
CIRI-CIRI
PANTUN
baris keempat, irama baris kedua sama
dengan irama baris kelima dan irama baris
ketiga sama dengan irama baris keenam.
Puisi tradisional ini mempunyai skema rima
akhir yang tetap. Sebagai contoh pada
pantun di atas, rima akhirnya adalah a-b-c ,
a-b-c. Rima akhir ini dikaitkan dengan bunyi
suku kata terakhir pada setiap baris pantun
tersebut. Contohnya, "Buah lada lebat di
pangkal" dan "Sungguh ringgit penuh
sekapal". Kedua-duanya mempunyai bunyi
suku kata akhir yang sama iaitu 'al'
menghasilkan rima a,a.
RUJUKAN
Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin
Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Haji
Abdul Rani bin Hassan, Dr. Hasnah binti
Awang. " PENGENALAN KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN MELAYU" (2022).
Pustaka Al-Ehsan. 53-62.
Harun Mat Pian, 1989. Puisi Melayu
Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan
Fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Mohd. Said, Johari Osman.
"Mutiara Sastera Melayu Tradisional"
(2008). Dewan Bahasa dan Pustaka. 237-
271.
RUJUKAN
Mohd Ra'in Shaari, Mohd Rashid Md Idris,
Siti Khariah Mohd Zubir. "Pantun Moden"
(2010). Percetakan Salam Sdn Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005. Citra
Komsas. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim.
Zainal Abidin Ahmad (Za'Ba), 1962. Ilmu
Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Bakar (peny.), 1991. Kumpulan
Pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAPIMRAN
BAGAIMANA BUAH LADA TUMBUH