KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 2 : SINTAKSIS
SOALAN 2 : SET 1
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut.
Subjek : ________________________________________________
Predikat : ________________________________________________
Pembuat kek lapis Sarawak juga telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar kek
ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Namun demikian, hanya mereka yang
mempunyai kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi mampu menghasilkan corak kek lapis yang
unik serta menarik. Industri kek lapis Sarawak mampu berkembang dengan pesatnya. Badan
kerajaan bersedia untuk membantu usahawan yang berminat. MARDI telah menghasilkan mesin
yang berfungsi untuk menggantikan tenaga kerja manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada Petikan Kek Lapis Sarawak
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019
[6 markah]
Pembuat kek lapis Sarawak juga telah melakukan pelbagai inovasi dari
segi rasa dan rupa agar kek ini terus
Namun demikian, hanya mendapat sambutan daripada pelanggan.
mereka yang mempunyai
kesabaran dan daya kreativiti mampu menghasilkan corak kek lapis yang
yang tinggi unik serta menarik.
Industri kek lapis Sarawak mampu berkembang dengan pesatnya.
Badan kerajaan
bersedia untuk membantu usahawan yang berminat.
MARDI .
telah menghasilkan mesin yang berfungsi untuk
CIKGU NURUL HASHIDA menggantikan tenaga kerja manusia.
.
KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 2 : SINTAKSIS
SOALAN 2 : SET 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Udang harimau merupakan spesies udang yang semakin banyak diternak di Malaysia.
Spesies udang harimau mendapat permintaan yang tinggi terutamanya pada musim perayaan Tahun
Baharu Cina dan Krismas. Ternakan ini memerlukan sumber air payau masin sebagai habitatnya.
Penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk mendapatkan sumber air payau
masin. Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk memastikan keadaan
fizikal air kolam seperti suhu, pH, oksigen terlarut, dan kadar kemasinan sesuai untuk tumbesaran
udang.
http://anyflip.com/ihpmu/rvff/basic Dipetik dan diubah suai daripada
Mengintai Habitat Udang Harimau
Oleh Zahid bin Ithnain
Buku Teks KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka 2019
[ 6 markah ]
Ayat Susunan Biasa
Subjek Predikat
Udang harimau merupakan spesies udang yang semakin
banyak diternak di Malaysia.
Ayat Susunan Songsang
Predikat Subjek
Merupakan spesies udang yang semakin udang harimau.
banyak diternak di Malaysia
1 Ternakan ini memerlukan sumber air payau masin sebagai habitatnya.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2 Penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk
mendapatkan sumber air payau masin.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
CIKGU NURUL HASHIDA
KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 2 : SINTAKSIS
SOALAN 2 : SET 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat yang bergaris
dalam petikan.
"Lewat pulang hari ini?" tegur Erisya di sofa ruang tamu. Elyana yang baru sahaja menapak masuk
ke dalam rumah mendengus. Cis, menyampah sungguh melihat kakaknya yang sedang menanti
kepulangannya ! Dia malas untuk bersoal jawab. Dia mahu segera masuk ke dalam bilik. Erisya
melirik matanya mengarah ke jam dinding rumah. Sudah hampir pukul 7.00 malam, adik
bongsunya baru muncul di rumah. Hendak dikatakan jarak rumah dari sekolah tidaklah terlalu jauh.
"Elyana duduk dahulu, akak nak bercakap dengan Elyana," pinta Erisya lembut.
"Elyana penatlah. Lain kali sahajalah kita bercakap," Elyana mengelak, bosan untuk berbicara
dengan Erisya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Seteguh Kasihmu
Oleh Ummi Nabila Mat Adam
Dewan Siswa 2016
[5 markah]
PERHATIKAN TANDA BACA,
KATA SERU,
PARTIKEL [-KAH, -LAH, -TAH]
"Lewat pulang hari ini?" tegur Erisya di sofa ruang tamu.
Cis, menyampah sungguh melihat kakaknya yang sedang
menanti kepulangannya !
Sudah hampir pukul 7.00 malam, adik bongsunya baru muncul
di rumah.
"Elyana duduk dahulu, akak nak bercakap dengan Elyana,"
pinta Erisya lembut.
"Elyana penatlah. Lain kali sahajalah kita bercakap,"
Elyana mengelak, bosan untuk berbicara dengan Erisya.
CIKGU NURUL HASHIDA