The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhashida, 2021-09-13 01:22:54

KERTAS 2 - SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

SOALAN 1 - MORFOLOGI

KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 1 : MORFOLOGI

SOALAN 1 : SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata ganda.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan kata nama khas.

Taiping menjadi tempat tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara kerana
wujudnya tempat-tempat yang cantik. Antara tempat tersebut ialah Kompleks Sejarah Kota Ngah
Ibrahim, Zoo Taiping, Kuala Sepetang dan Hutan Paya Larut Matang. Taiping juga kaya dengan
resipi makanan dan minuman tempatan yang istimewa. Makanan istimewa yang wajar dirasai
antaranya termasuklah kuetiau goreng, mi rebus, mi banjir udang dan lok-lok. Yang pastinya,
percutian di Taiping membolehkan pelancong menghayati keindahan landskap semula jadi,
menelusuri warna-warni budaya masyarakat berbilang ras, agama dan latar belakang setempat.

Penting !!! Dipetik dan diubah suai daripada
- 2 kata kerja Taiping Bandar Warisan Zaman-berzaman
- 2 kata ganda
- Bina 4 ayat Oleh Chai Loon Guan
Dewan Budaya Bil.8 2020

[8 markah]

Cara Menulis Jawapan

i) dirasai
Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama.

ii) menghayati
Para pelancong akan dapat menghayati keindahan sungai Sarawak apabila
melawat negeri Bumi Kenyalang itu.

iii) tempat-tempat
Pulau Langkawi mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati.

iv) warna-warni
Astaka itu dihias indah dengan pelbagai jenis bunga warna-warni.

CIKGU NURUL HASHIDA

KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 1 : MORFOLOGI

SOALAN 1 : SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Pengajian Melayu kali pertama ditawarkan sebagai program pengajian pada peringkat

ijazah sarjana muda di China pada tahun 1961. Setelah lebih daripada 50 tahun, kini program

Pengajian Melayu ditawarkan di 13 buah institusi pengajian tinggi di bumi Tembok Besar. Maka,

tepat sekali sekiranya China dinobatkan sebagai negara luar Malaysia yang paling rancak dan yang

maju mengembangkan bahasa Melayu sebagai satu disiplin pengajian kolej atau universiti. Jabatan

Bahasa Melayu, Yunnan Minzu University (YMU) di Kunming, China yang ditubuhkan pada tahun

2009 mula menerima pelajar kumpulan pertama pada tahun 2010. Pada setiap tahun, sekitar 20

orang pelajar China mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Bahasa Melayu

di YMU.

Dipetik dan diubah suai daripada

Kematangan Program Bahasa Melayu di China

Oleh Goh Sang Seong

Dewan Bahasa, Bil 1/2020

Penting !!! • meN – : mengembangkan, [8 markah]
- 2 kata kerja menerima, mengikuti

- 2 kata adjektif
- Bina 4 ayat • di- : ditawarkan, dinobatkan

• menunjukkan sifat
• datang dengan kata penguat

tepat sekali, paling rancak,
maju,
i) ___________________
__________________________________________________________________

ii) ___________________
__________________________________________________________________

iii) ___________________
__________________________________________________________________

iv) ___________________
__________________________________________________________________

CIKGU NURUL HASHIDA

KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 1 : MORFOLOGI

SOALAN 1 : SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Wikipedia dan Ensiklopedia Bebas mendefinisikan alam sekitar sebagai segala benda hidup

dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya.

Oleh itu, alam sekitar dapat dibahagikan kepada dua unit utama. Yang pertama, unit landskap yang

berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa pelibatan manusia, termasuklah tumbuh-tumbuhan,

haiwan, galian dan batu-batuan. Unit kedua pula sumber sejagat dan fenomena fizikal yang tidak

mempunyai batasan tertentu, seperti udara, air, iklim, tenaga, cas elektrik dan kemagnetan. Kedua-

dua unit ini harus dijaga dan dipelihara, khususnya hutan rimba, agar kewujudannya seimbang dan

tidak terancam di muka bumi ini.

Dipetik dan diubah suai daripada

Permasalahan dan Pelestarian Alam Sekitar Dalam Hutan Rimba

Oleh Sara Beden

Penting !!! Pelita Bahasa, Bil 2/2015
- 3 kata majmuk [6 markah]
- Bina 3 ayat
• Dua kata [tiap satu kata ada makna]

• alam sekitar, benda hidup, semula jadi,
sumber sejagat, fenonema fizikal, cas
elektrik, hutan rimba, muka bumi

i) ___________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

ii) ___________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

iii) ___________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

CIKGU NURUL HASHIDA

KERTAS 2 | BAHAGIAN 1 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 1 : MORFOLOGI

SOALAN 1 : SET 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Kemurungan merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu sedih
berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti
hariannya. Kemurungan yang berlanjutan tanpa dikawal dan dirawat dengan baik berupaya
mengundang situasi yang lebih parah, seperti cubaan bunuh diri. Pakar psikologi kognitif Barat,
Aeron Beck, menyatakan bahawa terdapat beberapa keadaan yang dapat membantu mengesan
kemurungan terhadap diri seseorang.

Penting !!! Dipetik dan diubah suai daripada
- 3 kata adjektif Kemurungan Derita Dalam Diam
- Bina 3 ayat Oleh Amirah Syazwani Baderol Sham

Dewan Siswa, Bil 12/2019
[6 markah]

• menunjukkan sifat, perasaan
• datang dengan kata penguat

sedih, marah, baik, parah, minat

i) ___________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

ii) ___________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

iii) ___________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

CIKGU NURUL HASHIDA


Click to View FlipBook Version