KKBAT
KUSAS
SPM KSSM 2022
Disediakan oleh:
1) Hamidah Binti Raya
2) Nur Marya Iasha binti Masri
3) Mohd Firdaus Bin Jafranee
E-mel: [email protected]
Ingat !
K : kerana
U : untuk
S : supaya
A : agar
S : seperti
LATIH TUBI
SOALAN KBAT
Cara menjawab
soalan KBAT?
1. Analisis soalan
(kehendak, tema, skop)
2. Pastikan setiap
jawapan bermula
dengan subjek
3. Pastikan setiap
jawapan ada tema dan
huraian.
Contoh jawapan soalan KBAT
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan oleh kerajaan untuk
memartabatkan bahasa Melayu?
Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh
kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu
ialah kerajaan hendaklah mewajibkan bahasa
Melayu digunakan dalam majlis-majlis formal
agar martabat bahasa Melayu dapat ditingkatkan,
kerajaan hendaklah memperkasakan bahasa
Melayu di semua sekolah di Malaysia agar
seluruh rakyat Malaysia dapat bertutur dalam
bahasa Melayu dengan baik, kerajaan hendaklah
mewajibkan semua stesen televisyen
menggunakan bahasa Melayu dengan betul
dalam rancangan yang disiarkan kerana
pengaruh media massa sangat besar dan kerajaan
perlumenetapkan peraturan semua papan tanda
wajib menggunakan bahasa Melayu yang betul
bagi memastikan masyarakat lebih cakna tentang
bahasa Melayu.
LATIHAN
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk memajukan
industri pelancongan di Malaysia?
2. Pada pendapat anda, apakah tindakan-
tindakan yang wajar dilakukan oleh murid
untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh
mereka?
3. Pada pendapat anda. apakah perkara-perkara
yang dapat dilakukan agar jasa pejuang
negara kekal subur dalam jiwa generasi akan
datang?
4. Rakan anda menghadapi masalah tekanan
emosi. Sebagai rakan sebaya, nyatakan
tindakan-tindakan yang akan anda ambil
untuk membantu rakan anda itu.
Skema Latihan
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk memajukan
industripelancongan di Malaysia?
- kerajaan menggiatkan promosi sektor
pencongan di Malaysia agar lebih ramai
masyarakat seluruh dunia tertarik untuk
melancong ke Malaysia.
- Kerajaan meningkatkan usaha menaik
taraf kemudahan di kawasan pelancongan agar
pelancong akan berasa lebih selesa
- kerajaan menggiatkan usaha memelihara
dan memulihara bangunan bersejarah dan
tempat-tempat yang menjadi tumpuan
pelancong bagi memastikan kawasan
pelancongan tersebut sentiasa ceria dan bersih.
- kerajaan mewujudkan kawasan
pelancongan baharu untuk mewujudkan lebih
banyak pilihan kepada pelancong untuk
melancong di Malaysia.
Skema Latihan
12. Pada pendapat anda, apakah tindakan-
tindakan yang wajar dilakukan oleh murid
untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh
mereka?
- Murid berbincang dengan ibu bapa tentang
masalahnya supaya ibu bapa dapat membantu
menyelesaikan masalah tersebut.
- murid berjumpa dengan kaunselor untuk
menceritakan masalahnya supaya kaunselor
dapat membuka mindanya untuk membuat
penilaian yang terbaik bagi menangani
masalahnya
- murid mendekatkan diri dengan Tuhan
agar murid lebih tenang seterusnya dapat
memikirkan jalan penyelesai yang terbaik bagi
mengatasi masalahnya
- murid memaklumkanmasalahnya kepada
orang yang dipercayainya agar tekanan yang
dihadapinya dapat dikurangkan.
Skema Latihan
3. Pada pendapat anda. apakah perkara-
perkara yang dapat dilakukan agar jasa
pejuang
negara kekal subur dalam jiwa generasi
akan datang?
- kerajaan menamakan jalan dan
bangunan dengan nama pejuang negara agar
nama mereka dikenali oleh semua orang
- kerajaan membina monumen tentang
tokoh pejuang negara bagi memastikan
jasanya dapat dilihat oleh masyarakat
- kerajaan memberikan kemudahan
penjagaan kesihatan kepada pejuang negara
agar kesihatan mereka terjaga dengan baik.
- kerajaan memberikan pencen kepada
pejuang negarabagi memastikan kesejahtera
hidup mereka ketika usia tua lebih terjamin.
Skema Latihan
4. Rakan anda menghadapi masalah tekanan
emosi. Sebagai rakan sebaya, nyatakan
tindakan-tindakan yang akan anda ambil
untuk membantu rakan anda itu.
- Saya menasihati rakan saya mendekatkan
dirinya kepada Tuhan agar rakan saya akan
berasa lebih tenang seterusnya tekanan
emosinya akan berkurangan.
- Saya akan mengajak rakan saya untuk
melakukan aktiviti riadah bersama-sama agar
rakan saya dapat menghilangkan tekanan
emosinya.
- Saya akan membawa rakan saya berjumpa
dengan kaunselor agar kaunselor dapat
membimbingnya cara untuk meredakan
tekanan emosi
- Saya akan memaklumkan masalah tekanan
emosi yang dihadapi oleh rakan saya kepada
ibu bapanya supaya ibu bapanya lebih faham
keadaannya dan dapat membantu meredakan
tekanan emosi yang dihadapinya.
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Kepentingan rakyat Malaysia mengekalkan warisan bangsa:
Pl - dapat diwarisi oleh generasi akan datang
P2 - dapat dijadikan bahan kajian dalam bidang ilmu
P3 - dapat dijadikan produk pelancongan / tarikan pelancong
P4 - rakyat Malaysia mempunyai identiti bangsa / keunikan
rakyat Malaysia
P5 - dapat mempelajari / mengetahui budaya pelbagai kaum
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Tindakan menegur seseorang dalam sesuatu majlis:
Pl- Menegur pelajar-pelajar tersebut supaya menghormati
majlis
P2 - Menulis peraturan dalam buku atur cara majlis atau
program
P3 - Meminta juruacara membuat pengumuman tentang
peraturan atau adab dalam majlis
P4 - Membawa pelajar terlibat berjumpa dengan guru
disiplin / kaunselor
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Halangan seseorang gagal menghadapi cabaran:
Pl- sikap berputus asa / cepat mengalah
P2- tidak belajar daripada pengalaman lalu
P3 - tidak mempunyai ilmu dan kemahiran
P4 - tidak mempunyai prinsip / matlamat hidup
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan
idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Usaha membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti:
Pl- mengadakan mesyuarat untuk pengagihan tugas
P2 - mengadakan kutipan derma
P3 - mengadakan jualan amal
P4 - menularkan program tersebut dalam media social
P5- meminta bantuan / pendapat daripada ahli
keluarga / ibu bapa tentang perkara yang perlu
dilakukan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan
idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Tindakan-tindakan yang perlu saya lakukan untuk
meyakinkan ibu bapa bahawa pencapaian dalam bidang
kokurikulum juga sangat penting demi kecemerlangan
murid ialah...
PI- menyediakan dan mematuhi jadual belajar [1m]
P2- memastikan tugasan/ latihan sentiasa diselesaikan
[1m]
P3- membuktikan pencapaian akademik yang konsisten
[1m]
P4- berjanji untuk mengehadkan penyertaan dalam
kokurikulum [1m]
P5-mengikuti kelas tambahan kelas intensif/ bengkel/
seminar [1m]
P6- berbincang dengan guru jika tidak memahami/
menguasai sesuatu topik [1m]
P7- memaklumkan bahawa penyertaan kokurikulum
memberikan merit PAJSK [1m]
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan
idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Punca-punca budi bahasa semakin luntur
Pl- Ibu bapa/ orag dewasa tidak menjadi contoh/ suri teladan kepada
anak
P2- Gaya hidup masyarakat moden yang tidak mementingkan berbudi
bahasa [1m]
P3- Segelintir masyarakat berbangga dengan status/ kejayaan/ kekayaan
[1m]
P4- Anak-anak kurang mendapat didikan/ kasih sayang daripada ibu
bapa [1m]
P5- Anak-anak terpengaruh dengan kandungan media massa yang
negatif [1m]
P6- Anak-anak terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak berbudi
bahasa [1m]
P7- Masyarakat sekeliling tidak menegur anak muda yang tidak berbudi
bahasa [1m]
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Cara tangani jika ada orang mengejek orang tua dll:
Pl- menghentikan/ menegur/ menegah perbuatan biadab kumpulan anak
muda tersebut [1m]
P2- menasihati kumpulan anak muda tersebut agar lebih menghormati
orang tua [1m]
P3- melaporkan perbuatan kumpulan anak muda tersebut kepada pihak
berkuasa [1m]
P4- meminta bantuan daripada orang sekeliling [1m]
P5. menenangkan orang tua tersebut [1m]
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Pada pendapat saya, faktor yang menyebabkan masyarakat kurang
mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan ialah:
- sikap malas
- pengaruh teknologi (telefon pintar, permainan video, tik tok,
instragram,
twitter, facebook)
- kurang galakan daripada ibu bapa/ahli keluarga
- kempen galakan membaca yang kurang berkesan/ proaktif
- kekangan masa akibat kesibukan bekerja
- terdedah pada hobi -hobi baharu
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Tindakan yang akan saya lakukan untuk memberi kesedaran
kepada rakan saya
- Menasihatinya dengan ikhlas dan berhemah tentang kesan
negatif
penggunaan telefon pintar secara berlebihan.
- Meluahkan perasaan dengan jujur tentang sikapnya yang
semakin berubah.
- Mengajaknya mencuba hobi/ aktiviti baru yang lebih berfaedah.
- Memberitahu ibu bapanya tentang sikapnya
- Mendoakannya supaya berubah.
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah :
- mengadakan pertandingan berkaitan kemerdekaan
(contoh: melukis poster
kemerdekaan, pertandingan teater, kuiz dan nyanyian lagu
patriotik)
- menjalankan kempen mengibarkan bendera di setiap kelas
dan bangunan.
- mengadakan sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah.
- menjemput tokoh pejuang kemerdekaan ( setempat) untuk
menyampaikan
ceramah.
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Ciri-ciri kepimpinan:
- Berakhlak mulia (cth: bertanggungjawab, amanah, ikhlas)
- Bijak menyelesaikan masalah
- Berpengetahuan dan berpendidikan
- Mahir berkomunikasi
- Mempunyai visi dan misi yang jelas
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(iii) Usaha-usaha mempopularkan e-sukan dalam kalangan remaja
-Pihak sekolah menjadikan e-sukan sebagai kegiatan kokurikulum di
sekolah/ mewujudkan kelab e-sukan
-Agensi-agensi terlibat/kerajaan menganjurkan pertandingan
esukan pada pelbagai peringkat
-Kerajaan menyalurkan dana secara konsisten kepada penggiat
esukan
-Mempromosikan e-sukan dalam pelbagai medium seperti media
cetak dan media massa.
-Mempelbagaikan pertandingan e-sukan 1
- Melatih lebih ramai remaja agar mahir dalam e-sukan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
(iv) Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan
-Mengambil cakna tentang perubahannya dan mendampinginya
dengan mesra dan tidak mengabaikannya
-Mengajak rakan melakukan aktiviti berfaedah seperti riadah pada
masa lapang
-Menasihatinya dengan cara yang baik untuk menangani
ketagihannya bermain permainan dalam talian
-Berbincang dengannya tentang kepentingan pelajaran dalam
kehidupan
-Menyedarkannya tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(iii) Punca-punca yang menyebabkan hutan diteroka
-Aktiviti pembangunan seperti pembinaan kawasan perumahan baharu.
-Pembukaan infrastruktur seperti jalan raya 1
-Pembukaan kawasan pelancongan 1
- Pembalakan haram
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
(iv) Peranan-peranan yang boleh dilakukan:
-Perancangan aktiviti yang menarik 1
-Memberikan penerangan kepada rakan-rakan kebaikan penyertaan
mereka dalam kelab
-Berbincang dengan pihak sekolah untuk memberikan merit kepada ahli
-Menyediakan ganjaran berbentuk hadiah dan sijil 1
-Mengundang penceramah yang berkaliber tentang alam sekitar bagi
memberikan motivasi
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
(iii) Peranan pihak media mempupuk amalan positif
P1 menyiarkan rancangan/program bertemakan amalan positif 1
P2 mempromosikan/kempen/iklan berkaitan amalan baik 1
P3 mengadakan pertandingan menulis karya bertemakan amalan baik
dalam akhbar/media 1
P4 menulis artikel/rencana tentang amalan baik 1
P5 mengadakan temu ramah/mewawancara tokoh masyarakat
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
iv) Pendekatan-pendekatan untuk memastikan orang ramai
memberikan sambutan terhadap setiap aktiviti kejiranan yang
dijalankan.
P1 mengadakan aktiviti pada hari cuti/hujung minggu 1
P2 menghebahkan/memberitahu aktiviti dalam talian 1
P3 mendapatkan maklum balas aktiviti /penduduk 1
P4 berbincang/ meminta pendapat orang ramai /ajk 1
P5 menyediakan hadiah / cenderamata/penghargaan/sijil 1
P6 menyediakan makan dan minum/menjamu peserta
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
(iii) Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan
P1 mewartakan semua taman negara dan Hutan Simpan Kekal 1
P2 menguatkuasakan tindakan undang-undang lebih
berat/penjara/denda/ tarik lesen 1
P3 mewajibkan semua pokok yang ditebang diganti/ ditanam semula
1
P4 melaksanakan kempen kesedaran 1
P5 pasukan penguatkuasa/ renjer hutan harus ditambah untuk buat
pemantauan 1
P6 penggunaan teknologi seperti satelit/ helikopter/dron untuk
pengawasan 1
P7 bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(iv) Sebagai ketua masyarakat yang prihatin, tindakan saya
P1 mengadakan mesyuarat/perbincangan dengan AJK/penduduk 1
P2 mengadakan/menganjurkan program/aktiviti gotong-royong 1
P3 membuat aduan/menulis surat kepada syarikat
pembersihan/Majlis Tempatan 1
P4 meminta/memohon syarikat pembersihan menyediakan
kemudahan tong sampah 1
P5 mencadangkan aktiviti kitar semula 1
P6 menyediakan kemudahan tong sampah berpusat 1
P7 menganjurkan /mengadakan pertandingan kebersihan kawasan
perumahan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
(iii) Faktor-faktor
P1 - perubahan budaya masyarakat yang mementingkan kebendaan.
P2 - sikap remaja yang mahu mencari pengalaman .
P3 - ingin membantu keluarga untuk menyara kehidupan.
P4 - terpengaruh dengan rakan sebaya / selebriti / instafamous
P5 - perkembangan bidang teknologi yang memudahkan usahawan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(iv) Perancangan-perancangan
P1 - mengadakan mesyuarat dengan guru penasihat
P2 - mengadakan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan
P3 - mengenal pasti jenis makanan kegemaran pelajar.
P4 - mengadakan promosi / iklan
P5 - menyediakan jadual kerja / bertugas / agihan tugas
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
iii. Cara meningkatkan penguasaan bahasa Melayu
cara meningkatkan penguasaan bahasa Melayu ialah sentiasa
bertanya guru sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas kerana
setiap guru mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu
P1 - menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan
seharian.
P2 - sentiasa membaca buku, akhbar dan majalah.
P3 - sentiasa bertanya guru sewaktu proses pembelajaran di dalam
kelas / mata
pelajaran Bahasa Melayu.
P4 - menyertai pertandingan pengucapan awam – syarahan,
perbahasan Bahasa
Melayu
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
iv. Tindakan menarik minat rakan-rakan
P1 - berkempen kepada mereka dengan menyatakan kepentingan
bahasa Melayu
P2 - menonjolkan aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan oleh
Persatuan Bahasa
Melayu.
P3 - mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara / Perpustakaan
Negeri
P4 - memberikan hadiah bahan bacaan kepada rakan-rakan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
(iii) Kesan-kesan merokok terhadap perokok tegar
P1kesan kepada paru-paru – sesak nafas, kanser paru-paru
P2 kesan kepada jantung dan salur darah-menyempitkan salur
darah, strok
P3 kesan kepada otak dan saraf - penurunan fungsi kognitif
(mengingat / berfikir), hilang ingatan, sukar membuat keputusan
P4 kesan kepada sistem pencernaan – pedih ulu hati, gastrik, hilang
fungsi hati, keradangan usus
P5 gangguan terhadap hubungan seks - mati pucuk, kemandulan
P6 kesan terhadap penampilan diri - kulit kusam, gigi kuning, rambut
gugur, kanser kulit
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(IV) Cara anda mengajak rakan-rakan agar turut
mengamalkan gaya hidup yang sihat
P1 memberitahu rakan-rakan tentang kepentingan
mengambil makanan yang seimbang
P2 mengajak rakan-rakan beriadah
P3 menasihati rakan-rakan agar melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala
P4 menyatakan kepada rakan tentang kepentingan
menjaga kebersihan diri
P5 memaklumkan kepada rakan bahawa tidur dan rehat
yang cukup amat perlu
P6 mengajak rakan menziarahi rakan atau keluarga yang
tidak sihat untuk menimbulkan kesedaran mereka
terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup yang
sihat
P7 mengajak rakan menyertai kempen atau program gaya
hidup sihat
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(iii) Ciri-ciri seorang yang disanjung dan dihormati
P1 penampilan yang menarik
P2 berpendirian teguh
P3 mempunyai kebolehan berinteraksi dengan baik
P4 bijak mengendalikan emosi
P5 menepati janji
P6 menepati waktu
P7 mempunyai sifat kepemimpinan
P8 mempunyai pegangan agama yang utuh
P9 bersifat pemaaf
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan
idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
(iv) Cara ada menasihati rakan agar bersikap adil terhadap guru-guru
Pl menyatakan kepada rakan tentang keberkatan ilmu yang
disampaikan oleh guru
P2 menasihati mereka tentang pengorbanan semua guru dalam
mendidik murid-muridnya
P3 menyatakan kepada rakan tentang manfaat kita menghormati
guru-guru
P4 menghadiahkan buku tentang perlunya sifat adil dalam diri
manusia
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(Terima mana-mana jawapan yang relevan)
iii. Usaha yang boleh diambil untuk mempopularkan pakaian
tradisional negara di peringkat global.
P1 Galakan menyertai ekspo dan pameran fesyen antarabangsa
P2 Giat mengambil bahagian dalam pertandingan fesyen peringkat
global.
P3 Media massa melakukan publisiti atas bantuan selebriti ataupun
Youtuber berkaitan.
P4 Pelancaran minggu fesyen pakaian tradisional di setiap bandar
besar dunia melalui consular Malaysia.
P5 Usaha sama dengan agensi pelancongan yang menawarkan pakej
pelancongan yang bergandingan cenderamata berbentuk pakaian
tradisional.
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
iv. Unsur-unsur yang akan ditekankan dalam usaha mereka
busana tradisional yang memenuhi cita rasa pengguna abad ke-
21 ialah
P1 Mudah dan senang dipakai
P2 Penggunaan tekstil tradisional berkualiti
P3 Menonjolkan kecantikan ataupun susuk badan
P4 Unsur tradisional ditonjolkan melalui butang ataupun lipatan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
iii Pada pendapat saya, manfaat-manfaat aktiviti luar yang
disertai oleh remaja ialah ...
P1 ...menyihatkan tubuh badan.
P2 ...mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.
P3 ...mendapatkan kawan baharu.
P4 ...menambah ilmu pengetahuan.
P5 …mengurangkan stres.
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
iv. Sebagai rakan yang prihatin, cadangan kepada rakan saya
tentang cara-cara yang dia boleh lakukan untuk mencapai
cita-citanya menjadi atlet sukan yang berjaya ialah..
P1 ...rakan saya perlu membuat latihan secara konsisten
supaya dapat mengasah kemahiran.
P2 ...rakan saya hendaklah menjadikan seseorang sebagai
idola agar dapat memotivasikan diri.
P3 ...rakan saya perlulah membiayai jurulatih yang
berpegalaman supaya dapat meningkatkan ilmu.
P4 ...rakan saya wajarlah menyertai pertandingan agar dapat
meningkatkan persaingan diri.
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Penyertaan murid dalam bidang sukan di sekolah masih
berada pada tahap yang tidak memuaskan. Ramai murid yang
tidak mahu melibatkan diri dalam acara sukan di sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab murid sekolah
bersikap sedemikian.
- jenis sukan yang ada di sekolah tidak menepati minat murid
- jadual/masa aktiviti sukan tidak sesuai
- kemudahan sukan di sekolah tidak lengkap
- tiada program sukan yang berkesan
- tiada insentif
- lebih mementingkan akademik
- tidak / kurang mengetahui faedah bersukan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjayakan
hasrat sekolah.
- beri contoh yang baik kepada rakan-rakan
- beritahu faedah melibatkan diri dalam bidang sukan
- mengenal pasti rakan-rakan yang berbakat
- mengajak mereka menyertai pertandingan sukan di
peringkat sekolah, daerah.
- memberikan infomasi berkaitan aktiviti sukan / kejayaan
rakan sekolah lain
- mengesyorkan pertandingan sukan kepada pihak sekolah
- mengesyorkan pihak sekolah menyediakan kemudahan dan
peralatan sukan
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Panduan-panduan yang perlu saya amalkan untuk
merealisasikan impian
· Belajar bersungguh-sungguh
· Sentiasa mentaati/mendengar nasihat ibu bapa / guru
· Sentiasa mentaati perintah Tuhan
· Berdoa kepada Tuhan agar berjaya pada masa hadapan
· Menjauhi kegiatan-kegiatan negatif
·Mengambil iktibar daripada kejayaan orang lain
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Tindakan yang boleh saya lakukan
· Cuba mendapatkan nombor telefon pakar motivasi
tersebut untuk berhubung dengan beliau
· Mencari pakar motivasi tersebut di laman sosial
seperti Facebook, Instagram atau Twitter.
· Mencari video pakar motivasi itu di saluran
YouTube
· Menunggu siaran ulangan rancangan tersebut di
televisyen
· Meminta bantuan ibu bapa / guru / kawan untuk
membantu saya berhubung dengan pakar motivasi itu
· Berusaha untuk berjumpa secara bersemuka dengan
pakar motivasi tersebut
· Berhubung dengan pihak penerbit untuk
mengetahui tarikh ulangan rancangan tersebut.
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan
idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Aktiviti ini kurang sesuai dilaksanakan semasa Perintah
Kawalan Pergerakan kerana:
P1 - aktiviti kokurikulum dijalankan secara berkumpulan
(1)
P2- Bersentuhan (1)
P3 - berkongsi peralatan (1)
P4 - penggunaan ruang yang terhad (1)
Langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan rakan
saya menyertai pasukan bola sepak adalah dengan :
P1 - menceritakan pelbagai kebaikan bersukan kepadanya
(1)
P2 - mengajak rakan tersebut berbincang bersama-sama
guru bagi menceritakan masalah yang mungkin
dialaminya (1)
P3 - memberikan galakan dan sokongan penuh kepada
rakan tersebut dengan sentiasa memujuk dan
memberikan motivasi kepadanya untuk sama-sama
menyertai pasukan bola sepak. (1)
ISU JAWAPAN SOALAN KBAT
[6(iii) & iv dan 7(iii) & iv]
Alasan seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu
memohon maaf:
P1 - dapat meredakan kemarahan seseorang (1)
P2 - dapat melindungi kesihatan mental seseorang (1)
P3 - mengelakkan diri daripada stres (1)
P4 - dapat perlindungan dan rahmat Tuhan (1)
P5 - hubungan baik dengan orang lain sentiasa harmoni (1)
Tindakan yang akan saya lakukan sekiranya anak saya
terlibat dengan gejala sosial:
P1 - memberikan didikan agama yang secukupnya (1)
P2 - memberikan kasih saying yang tidak berbelah bahagi
kepada anak saya (1)
P3 - mengawasi perilaku anak dengan sentiasa mengikuti
perkembangannya (1)
P4 - meluangkan masa dengan anak dengan menasihati
anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama (1)
P5 - berusaha menjadi suri teladan kepada anak saya (1)
Gunakan teknik KUSAS untuk mengembangkan idea/isi
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
Selamat
mengulang
kaji!