PENGENALAN
Sastera lisan atau sastera rakyat merupakan warisan kesusasteraan Melayu yang
amat tinggi nilainya. Sastera lisan ini ialah sastera Melayu lama yang dikenali juga
sebagai folklore dan disampaikan secara lisan, dipertuturkan dan diperturunkan dari
satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik bersama masyarakat Melayu.
Pemikiran dan kehidupan masyarakat terdahulu menjadi panduan dan teladan kepada
masyarakat hingga ke hari ini.
Projek ini menumpukan kajian dan penyelidikan berdasarkan sastera lisan yang
berbentuk naratif dan bukan naratif. Projek ini merupakan salah satu usaha untuk
menyebarluaskan ilmu berkaitan sastera lisan kepada khalayak supaya tidak luput
ditelan zaman. Antara kepentingan kajian ini termasuklah untuk melestarikan
kesusasteraan Melayu dan menunjukkan bahawa bidang ilmu sastera lisan perlu
diketengahkan untuk mengekalkan jati diri Melayu. Penganjur juga berharap agar
projek ini dapat memperlihatkan pandangan dan perspektif baharu daripada pengkaji
dan khalayak tentang kepentingan sastera lisan terhadap masyarakat.
OBJEKTIF SEMINAR
1. Memperkasakan kesusasteraan kebangsaan melalui aktiviti wacana dan
penghasilan kertas kajian.
2. Mengetengahkan pemikiran dan falsafah yang tinggi nilainya yang terkandung
dalam sastera lisan.
3. Mengeratkan kerjasama penyelidikan dalam menyebarkan ilmu terutamanya
berkaitan kesusasteraan tradisional.
Tema : “Sastera Lisan di Lapangan dan dalam Era Digital”
Subtema
1. Falsafah Sastera Lisan
2. Kearifan Sastera Lisan
3. Sastera Lisan dan Era Digital
4. Pelestarian Sastera Lisan : Harapan dan Cabaran
5. Kepentingan dan Manfaat Sastera Lisan
6. Inovasi dalam Sastera Lisan
7. Sastera Lisan dan Apresiasi
1
MAKLUMAT TENTANG PERSATUAN SASTERA LISAN MALAYSIA
Persatuan ini ditubuhkan secara tidak rasmi seawal tahun 2010 dengan panggilan
Persatuan Folklore Malaysia. Kemudian ditukarkan dengan nama Persatuan
Sastera Lisan Malaysia atau singkatannya PSLM / PERSALIMA pada tahun 2021.
Persatuan ini telah dirintis oleh Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh yang juga
selaku pengerusi persatuan. PERSALIMA berjaya didaftarkan secara sah di bawah
Akta Pertubuhan 1966 pada 13 April 2017.
Persatuan ini telah menganjurkan beberapa seminar seperti berikut:
Tahun Tempat Tema Seminar
2012
2014 DBP, Sarawak Kelestarian Alam, Persekitaran dan Budaya
2015
2018 Kuala Kangsar, Jati Diri dan Kebebasan dalam Folklor
Perak Nusantara
Kangar, Perlis Asmara, Percintaan dan Kasih Sayang Folklor
Nusantara
Gopeng, Perak Folklor, Hutan dan Kelestarian Alam
Bermula tahun 2021, persatuan ini membuat beberapa aktiviti wacana ilmu
bertemakan bumi dan langit yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi Google
Meet dan Facebook selama sejam untuk tujuan mengungkapkan khazanah sastera
lisan di Malaysia khususnya dan nusantara amnya.
2
ATUR CARA
SEMINAR SASTERA LISAN KEBANGSAAN 2022
13 SEPTEMBER 2022 (SELASA)
8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
9.05 pagi
9.10 pagi : Bacaan Doa
: • Ucapan Alu-aluan oleh
YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran,
Ketua Pengarah DBP
9.25 pagi • Ucapan Perasmian oleh
• YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri,
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
• Persembahan Dendangan Syair oleh
Dr. Shafa’atussara Silahuddin
• Persembahan Lagu Rakyat Rungus oleh
Dr. Raymond Majumah
9.40 pagi • Pembentangan Ucap Utama oleh
SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh,
Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi : Sesi Pembentangan I
1. Dr. Hazami Jahari
2. Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Rosli Saluddin
3. Dr. Shafa’atussara Silahuddin
4. Encik Rosnan Abdul Rahman
Moderator: Dr. Ani Omar
1.00 tengah : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
hari
2.30 petang- : Sesi Pembentangan II
1. Puan Zalina Abdul Aziz @ Ninot Aziz
2. Dr. Rohayati Junadi
3. Dr. Raymond Majumah
4. Dr. Luthfi Abdul Rahman
5. Puan Fathenwan Wan Mohd Nor
Moderator: Prof. Madya Dr Nurjietta Taisin
4.30 petang : Minum petang
3
14 SEPTEMBER 2022 (RABU)
9.00 pagi : Sesi Pembentangan III
1. Prof. Madya Dr. Julita Nurjetta Taisin
2. Encik Norawi Haji Kata
3. Dr. Nur Faaizah Md Adam
4. Puan Saripah Banseng
Moderator: Dr. Minah Sintian
10.30 pagi : Rehat/Minum Pagi
11. 00 pagi : Sesi Pembentangan IV
1. Dr. Minah Sintian
2. Dr. Nasirin Abdullah
3. Prof. Madya Dr. Roslina Abu Bakar
4. Dr. Ani Omar
5. Encik Nur Muhammad Mat Zain
Moderator : Dr. Rohayati Junaidi
1.00 tengah Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
hari
Sesi Pembentangan V
2.30 petang 1. Dr. Makmur Harun
2. Dr Maskanatul Fiqiyah
3. Puan Rob’eah Yusof
4. Encik Mahat a/l China @ Akiya
Moderator: Dr. Nasirin Abdillah
4.00 petang ▪ Pernyataan Resolusi Seminar
▪ Ucapan Penangguhan/Rumusan
4.30 petang ▪ Minum petang
▪ Bersurai
PENULIS KERTAS KERJA IRINGAN
1. Noraini Abd. Shukor
2. Nurul Hidayah Yusof
3. Shahrun Nizal Mohd Nor
4. Mohd Shoffi Sukamin
5. Nor Adilah Abu Bakar
Pembaca Doa : Encik Salman Zainol (DBP)
Pengacara Majlis Perasmian : Puan Rabi’atuladawyah Md. Salleh (DBP)
4
PROFIL
PENULIS KERTAS KERJA
ANI BINTI HAJI OMAR (DR.) ialah anak kelahiran Negeri Sembilan. Beliau memperoleh
Ijazah Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM)
pada tahun 2005. Beliau merupakan pensyarah kanan (Pendidikan dan Kesusasteraan
Melayu) di Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Tanjong Malim, Perak dari tahun 2006-2020. Bidang kepakaran beliau ialah puisi dan
prosa Melayu moden, teori, drama dan kritikan sastera. Dr. Ani juga telah menghasilkan
beberapa kajian dalam sastera remaja dan kanak-kanak. 7 buah buku telah diterbitkan
termasuk buku Drama dan Teater Dalam Pendidikan terbitan UPSI 2019. Beliau pernah
berkhidmat sebagai guru di Negeri Sembilan, dan berpengalaman sebagai tutor sambilan di
UPM dan di Open Universiti Malaysia (OUM). Beliau merupakan ahli seumur hidup dalam
Persatuan Lisan Malaysia (PERSALIMA), Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan
Persatuan BUDIMAN, Malaysia. Selain itu, beliau turut bergiat aktif dalam penulisan makalah
untuk dibentangkan dalam seminar dan persidangan sama ada di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Antara anugerah yang diterimanya ialah Anugerah Sastera dan Media Negeri
Sembilan tahun 2015 dan 2019 (Kategori Esei dan Kritikan) dan menerima Anugerah Sastera
Perdana Malaysia kategori B: Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Ilmiah) 2019.
FATHENWAN WAN MOHD NOR dilahirkan pada 10 Oktober 1986 di Kota Bharu, Kelantan.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam bidang bahasa dan
linguistik Melayu daripada UPM. Beliau menumpukan perhatian dalam bidang manuskrip
Melayu lama dan kajian lapangan, tumpuan terhadap cerita-cerita rakyat Orang Asli. Selain
itu, Fathenwan terlibat juga dalam pengumpulan dan penulisan biografi tokoh penulis sastera
di Malaysia. Fathenwan telah mengusahakan penulisan dan penyelenggaraan beberapa
buah buku, antaranya Hikayat Ular Nangkawang (DBP, 2019), Siri Cerita Rakyat Orang Asli:
Legenda Lembah Mendang (DBP, 2021), Biografi Ringkas Penerima S.E.A. Write Award
(DBP, 2021), Biografi Penulis Wajah II (DBP, 2021) dan Hikayat Ayub dan Syair Nabi Ayub
Alaihissalam (DBP, 2022). Beliau kini merupakan Perancang Bahasa di Bahagian
Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka.
HAZAMI JAHARI (DR.) dilahirkan pada 19 September 1968 di Sarawak. Perkhidmatan beliau
di Dewan Bahasa dan Pustaka bermula pada tahun 1992 dan dilantik sebagai Pengarah
Jabatan Dasar dan Penyelidikan berkuat kuasai mulai 18 Ogos 2021 (sehingga kini). Pada
awal perkhidmatan, beliau pernah menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Sarawak dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera
di ibu pejabat DBP, Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun 2018 hingga April 2019, dan
kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera pada
Mei 2019 hingga Ogos 2021. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah
Kebangsaan Shoaw, Matang, Kuching dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Universiti
Malaya (UM) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana: Sastera, Penulisan
Kreatif dan Deskriptif dan melanjutkan pelajarannya di USM pada tahun 2013 (Ijazah Doktor
Falsafah: Kesusasteraan). Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menerima pelbagai
pengiktirafan antaranya termasuklah Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) oleh Yang di-Pertua
Negeri Sarawak pada tahun 2015.
JULITA NORJIETTA TAISIN (PROF. MADYA DR.) berasal dari negeri Sabah. Beliau
berkelulusan PhD linguistik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Master Teknologi
Pendidikan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, Ijazah Sarjana Muda
(Kesusasteraan Melayu) di UM dan Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Kampus Kent
Tuaran Sabah. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim Perak. Dr. Julita aktif
dalam pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menulis
5
beberapa bab buku berkaitan dengan adat dan budaya, aktif menulis puisi yang tersiar dalam
Majalah Wadah dan Jendela Sabah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Negeri
Sabah. Beliau turut menulis puisi dalam antologi puisi kemanusiaan Budiman- Palu-Banten,
Antologi Puisi Pelbagai Bahasa dan banyak menghasilkan penulisan ilmiah Jurnal dan artikel.
MAKMUR HARUN (DR.) dilahirkan di Simbur Naik, Provinsi Jambi, Indonesia. Beliau
merupakan graduan daripada Pondok Moden Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur,
Indonesia (1992). Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN),
Sulthan Thaha Saifuddin, Provinsi Jambi, Indonesia (1997). Dr. Makmur menyelesaikan
Ijazah Sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Darul
Ehsan, Malaysia (2006), dan menyelesaikan Doktor Falsafah daripada UM, Kuala Lumpur,
Malaysia (2011). Sekarang, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, Tanjong Malim,
Perak. Dr. Makmur juga giat dan aktif mengkaji, meneliti, menulis, melukis dan mencipta
karya seni khat Jawi serta menganjurkan pelbagai aktiviti dan pameran seni berkenaan.
MAHAT A/L CHINA dilahirkan pada tahun 1953 di Kampung Erang, Ladang Ulu Bernam,
Perak. Beliau merupakan penulis daripada kalangan Orang Asli keturunan Semai yang sangat
aktif dalam penulisan sastera dengan menggunakan nama pena, AKIYA. Beliau mendapat
pendidikan sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Tapah,
Perak dan menamatkan pengajian di sekolah tersebut pada tahun 1973. Beliau pernah
bertugas sebagai penerbit rancangan radio, penyiar radio, penulis skrip [drama radio] dan
penyampai berita di Jabatan Penyiaran Malaysia. Setelah bersara daripada perkhidmatan
awam, beliau terus aktif sebagai penulis sepenuh masa. Karya-karya yang dihasilkannya
dalam bahasa Melayu banyak berlatarbelakangkan masyarakat Orang Asli. Antara karya yang
dihasilkannya ialah Tuntut [Kumpulan Cerpen Orang Asli] (DBP, 2001), Perang Sangkil (PTS
Fortuna, 2007), kumpulan puisi Perjuangan Warisan Orang Asli Suara Dari Dalam, Lestari
UKM, 2009), Hamba (COAC, 2013) Orang Kecil (ITBM, 2014) Pos Terakhir (DBP, 2016),
Kami (ITBM, 2018) dan Ludaad, (DBP, 2022).
MASKANATUL FIQIYAH (DR.) dilahirkan di Indonesia mendapat pendidikan awal dan
menengah di daerah kelahirannya. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda daripada Institut
Studi Islam Darussalam (ISID) Indonesia dalam bidang Ushuluddin pada tahun 2010.
Kemudian beliau mendapat ijazah Sarjana Bahasa Arab daripada Kolej Universiti INSANIAH
(KUIN) pada tahun 2014 dan ijazah PhD daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
dalam bidang bahasa Arab pada tahun 2021. Kini bertugas sebagai pensyarah baru di Fakulti
Bahasa dan Komunikasi, UPSI sejak April 2022.
MINAH SINTIAN (DR.) merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI,
Tanjong Malim, Perak sejak tahun 2011 sehingga kini. Beliau mengajar kursus Bahasa
Kadazandusun. Dr. Minah merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang
Bahasa Melayu daripada UPM, Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dari
UMS, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan) daripada USM dan Diploma
Pendidikan Bahasa Melayu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Beliau
pernah memegang jawatan sebagai guru di Kementerian Pelajaran Malaysia selama 20 tahun
di beberapa buah sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau juga bergiat dalam
penyelidikan dan penulisan bidang pendidikan, kesusasteraan, bahasa dan budaya
Kadazandusun. Dr. Minah elah menghasilkan himpunan cerita rakyat Kadazandusun (penulis
dan editor), antologi cerpen dalam bahasa Kadazandusun (penulis dan editor), buku kerja
tatabahasa Kadazandusun untuk sekolah menengah rendah (penulis dan editor), beberapa
buah bab buku,dan artikel dalam prosiding dan jurnal berwasit.
MOHAMAD LUTHFI BIN ABDUL RAHMAN (DR.) dilahirkan di Kampung Sungai Taka,
Serdang Kedah pada 2 Mac 1979. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dan
Sarjana dalam bidang Kesusasteraan daripada USM. Seterusnya memperoleh Ijazah PhD
daripada UKM pada tahun 2008. Kajian PhD beliau dalam bidang sastera lisan Orang Asli.
6
Kini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Bahagian Kesusasteraan Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM Pulau Pinang. Beliau banyak melakukan penyelidikan
dan penulisan dalam bidang sastera tradisional dan folklor. Sepanjang perkhidmatan di USM,
Dr. Mohamad Luthfi telah memperoleh beberapa geran penyelidikan sama ada daripada USM
sendiri dan juga geran FRGS daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu, Dr Mohamad
Luthfi juga telah menghasilkan buku, bab dalam buku serta artikel dalam jurnal tempatan dan
antarbangsa.
MOHD ROSLI BIN SALUDIN (DATO’ PADUKA DR.) dilahirkan di Kampung Dioh Kecil, Kuala
Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 25 September 1962. Beliau telah menerima Ijazah
Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Tradisional Melayu daripada UM pada 3 Ogos
2004.. Beliau berkhidmat di peringkat universiti di UPSI, Tanjong Malim, Perak bermula pada
tahun 1997. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan
Tamadun Melayu, UKM, Bangi Selangor. Dr. Rosli merupakan pakar rujuk adat, budaya,
warisan dan Persuratan Melayu yang dilantik oleh Jabatan Warisan Negara, Malaysia. Selain
itu, beliau juga merupakan Seniman Tamu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Negeri Sembilan. Beliau telah menerima anugerah Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup
Teromba Penglipurlara 2018. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Bahasa dan
Timbalan Dekan Penyelidikan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Beliau juga pernah
menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI. Bidang pengkhususan
beliau ialah Sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, Adat Melayu, Warisan, Puisi Moden,
Drama dan Teater Melayu. Banyak mengeluarkan kisah adat, adab, budaya, sejarah dan
warisan Melayu dalam Yutube Raja Teromba Officiale. Beliau juga pernah menulis beberapa
buah buku berkaitan pendidikan, drama dan teater, teromba, cerita lisan, dan ungkapan
Melayu.
MOHD SHOFFI BIN SUKAMIN merupakan Penolong Perancang Bahasa, di Bahagian
Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Beliau berasal dari Kampung Rahmat, Kulai, Johor dan lahir pada 19 Julai 1994. Beliau
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 2017. Beliau bergerak aktif dalam kegiatan sastera seperti penulisan
cerpen dan puisi sejak tahun 2013, beliau juga mengendali gerakan sastera yang dikenali
sebagai Poeisi di media sosial. Karya-karya beliau juga turut tersiar di akhbar dan majalah-
majalah terbitan DBP seperti Tunas Cipta dan Dewan Sastera.
MUHAMMAD HAJI SALLEH (PROF. EMERITUS DR.) dilahirkan pada 26 Mac 1942 di
Taiping, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya
(Singapura), Ijazah Sarjana Sastera daripada Universiti Malaya pada tahun 1970 dan Ijazah
Doktor Falsafah daripada Universiti Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1973. Antara
karya beliau ialah Sajak-sajak Pendatang (1973), Buku Perjalanan Si Tenggang II (1975),
Sajak-sajak dari Sejarah Melayu. (1981), Sebuah Unggun di Tepi Danau (1996), The Mind of
The Malay Author (1991), Menyeberang Sejarah (1999), Puitika Sastera Melayu (2000),
Kembara Mencari Sempadan (2019), Sebuah Hikayat Diri (2021) dan Padang Perahu di
Lautan (2022). Pada tahun 1991, Muhammad Haji Salleh bergelar Sasterawan Negara ke-6
apabila menerima Anugerah Sastera Negara. Beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu
di bawah rancangan Fulbright-Hays (1977) dan mengajar di North Carolina State University,
Raleigh, Amerika Syarikat (1977-1978); pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Timbalan
Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,Pengarah Institut Bahasa,
Kebudayaan Kesusasteraan Melayu, UKM. Pada tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi
Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley dan menyandang Kerusi
Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands (1993-1994). Beliau juga pernah
berkhidmat sebagai profesor kesusasteraan di USM. Walaupun telah bersara pensyarah,
beliau masih aktif membentangkan kertas kerja kajian sastera dan menumpukan kerja-kerja
penulisan dan penterjemahan secara sepenuh masa.
NASIRIN ABDILLAH (DR.) ialah seorang pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Warisan,
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau
7
memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan dengan
kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Sastera dalam
Kesusasteraan Inggeris dari UM. Seterusnya beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam
Seni Kreatif daripada University of Wollongong (UOW), Australia. Tesis kedoktoran beliau
yang bertajuk “Image-I-nation and Fictocriticism: Rewriting of the Malay Myth” memfokuskan
kajian terhadap mitos dalam konteks moden yang mana antara teks penting penyelididkan
beliau termasuklah Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin berserta teks moden karangan
Fatimah Busu. Di samping itu, beliau juga telah mencipta pendekatan sastera (literary
approach) sendiri dalam tesis tersebut bertujuan untuk mengkaji karya sastera atau seni yang
mengandungi unsur-unsur mitos.
NORAWI HAJI KATA ialah seorang penulis puisi yang prolifik pada awal 90-an. Berkelulusan
Ijazah Sarjana (Master Pengurusan Pendidikan) daripada UPSI. Puisi-puisinya tersiar dalam
pelbagai akhbar Malaysia dan Indonesia, seperti Berita Minggu, Utusan Borneo, Sabah
Times, Harian Ekspress di samping majalah terbitan DBP seperti Dewan Sastera, Pelita
Bahasa dan Wadah. Selain itu karya-karyanya termuat dalam beberapa antologi bersama
iaitu Qiam, Mujaddid, Tasbih Rindu, Laut Asyik dan sebagainya. Pernah memenangi Hadiah
Sastera Sabah bagi kategori puisi mulai 1996/1997,1998/1999,2000/2001 dan 2010/2011.
Esei kritikannya berjudul “Intropeksi Diri Sastri Bakry” memenangi Hadiah Sastera Sabah
pada tahun 2014/2015 dan esei berkenaan dibukukan di Indonesia. Esei tersebut juga pernah
dibentangkan di Universiti Al-Azhar Jakarta, Indonesia sempena Bedah Sastera Internasional
pada 15 Mac 2014. ‘Akta Batin’ merupakan kumpulan puisi pertamanya, manakala Kumpulan
puisi ke-2 ialah ‘Lelaki yang datang dari Jauh’. Beliau juga giat menganjurkan bengkel
penulisan puisi dan cerpen kanak-kanak dan hasil bengkel tersebut telah melahirkan antologi
“Puteri Limau di Ulu Kukut” terbitan Karyawan Ledang dan “Ulu Kukut di Hati” terbitan
Persatuan Sastera & Budaya Sabah dengan kerjasama UMS. kini,beliau bertugas
sebagai Guru Besar SK Ulu Kukut, Kota Belud di samping menjadi Presiden Persatuan
Sastera & Budaya Sabah yang berpangkalan di Kota Belud.
NOR ADILAH BINTI ABU BAKAR merupakan Penolong Perancang Bahasa, di Bahagian
Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP. Beliau dilahirkan di Hospital
Besar Ipoh, Perak pada 4 Oktober 1994 dan membesar di Selama, Perak. Beliau berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi
Profesional di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Beliau merupakan seorang
penyelidik di DBP yang baru menceburkan diri dalam dunia penulisan terutama penulisan
untuk laman web JendelaDBP e-Dewan Sastera.
NOR MUHAMAD BIN MAT ZAIN atau nama penanya Nur Muhamad Fansuri dilahirkan pada
tahun 1986 di Machang, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maahad Syamsul
Maarif dan Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Kelantan. Seterusnya, melanjutkan
pengajian peringkat Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) di UPM, Serdang, Selangor.
Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Perancangan Korporat dan Pusat Asasi Sains
Pertanian, Universiti Putra Malaysia selama tiga tahun. Seterusnya, berkhidmat di
pentadbiran Jabatan Dasar dan Penyelidikan; Bahagian Pembangunan Sumber Manusia;
Bahagian Ensiklopedia; Bahagian Buku Sastera, dan kini Perancang Bahasa di Bahagian
Penyelidikan Sastera, DBP. Beliau juga aktif dalam persatuan penulis seperti Persatuan
Penyair Malaysia (PENYAIR) sebagai Ahli Jawatankuasa Induk dan ahli dalam Persatuan
Penulis Nasional (PENA) serta ahli dalam Kelab Penulis DBP. Hasil tulisan beliau pernah
disiarkan dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Tunas Cipta, Berita Harian, Portal
Gerbang Borneo: e-Borneo, Jendela DBP (e-Majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya dan
Tunas Cipta) dan penulisan entri “Ensiklopedia Tradisi Lisan”. Pada tahun 2022, buku beliau
berjudul Kaki Gunung: Travelog ke Puncak Ardi telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.
NORAINI ABD. SHUKOR merupakan Perancang Bahasa di Bahagian Penyelidikan Sastera,
Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP. Beliau lahir di Negeri Sembilan pada 29 Disember
8
1976. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sosiobudaya Melayu dan
Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya. Karya beliau pernah tersiar di majalah, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Sastera
dan akhbar-akhbar tempatan sejak tahun 1999. Beliau turut membentangkan kertas kajian di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara kajian beliau termasuklah “Tunjuk dan Ajar
dalam Masyarakat Nusantara: Manifestasi melalui Sastera Lisan” dalam Jurnal Pangsura
2021, “Padi sebagai Tanda dalam Peribahasa Melayu” dalam Jurnal Melayu (2016),
“Peribahasa dalam Cerita Awang Sulung Si Jambul Lebat” (2017), dan yang terkini ialah
“Analisis Konsep Rukun Negara Berdasarkan Peribahasa Melayu” (2022) dalam buku Rukun
Negara dan Pancasila: Ideologi dan Amalan.
NUR FAAIZAH BINTI MD ADAM (DR.) dilahirkan pada 12 Mac 1988 di Hospital Besar Ipoh,
Perak dan dibesarkan di Kuala Kangsar, Perak. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah
Kebangsaan Karai, Perak (1994-1999), Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru
(2000-2003) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu (2004-2007). Nur Faaizah
melanjutkan pengajian di UPM dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan
Linguistik Melayu) pada tahun 2011 dan Ijazah Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) pada tahun
2015. Seterusnya, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Melayu pada tahun
2019. Dalam bidang pentadbiran, beliau pernah menjadi Editor Jurnal Pendeta: Jurnal
Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu serta menganggotai beberapa ahli jawatankuasa di
peringkat jabatan dan fakulti. Dalam aktiviti akademik, Nur Faaizah terlibat dalam penyelidikan
dan penulisan mengenai bidang sosiolinguistik, khususnya berkaitan bahasa dan budaya
orang Asli dan bahasa Melayu. Antara penulisan yang telah diterbitkan ialah jurnal
Leksikostatistik Bahasa Kensiu dan Bahasa Kentaq: Analisis Perbandingan Kosa Kata,
Pemilihan bahasa masyarakat Jahut di Pahang, Sistem Kepercayaan Orang Asli Kensiu di
Kampung Lubuk Legong, Kedah, Budaya dan Warisan Orang Asli Kensiu Lubuk Legong,
Baling, Kedah dan lain-lain lagi. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti
Bahasa dan Komunikasi di UPSI. Beliau mula bertugas di UPSI sejak Februari 2020.
NURUL HIDAYAH YUSOF merupakan Penolong Perancang Bahasa di Bahagian
Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP. Beliau berasal dari Kampung
Repek, Bachok, Kelantan dan dilahirkan pada 28 Jun 1990. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang Pengajian Warisan di Universiti Malaysia Kelantan, beliau juga merupakan
seorang penyelidik yang baru sahaja bergiat aktif dalam dunia penulisan dan kajian berkaitan
cerita lipur lara. Antara buku kajian yang pernah ditulis oleh beliau ialah, buku Siri Kajian Lipur
Lara Mak Jerbek: Kajian Struktural (DBP, 2019) dan buku Siri Kajian Lipur Lara Awang Sulung
Si Jambul Lebat (DBP, 2020). Beliau juga pernah membentangkan kertas kajian di Seminar
Antarabangsa Warisan dan Folklor Nusantara 2017 dengan judul “Peribahasa dalam Cerita
Awang Sulung Si Jambul Lebat”. Selain itu, beliau juga turut menghasilkan beberapa
penulisan yang dimuat naik dalam lama Web Jendela DBP (e-Dewan Sastera).
RAYMOND MAJUMAH (DR.) atau Azlan Shafie Abdullah lahir di Matunggong, Kudat, Sabah
pada 26.9.1968. Guru berpengalaman 30 tahun, kini bertugas sebagai Pegawai School
Improvement Specialist Coach Plus (SISC+), di Pejabat Pendidikan Kudat, Sabah. Beliau
menulis dalam genre puisi dan prosa, termasuk esei kritikan. Seorang ahli akademik yang
menghasilkan kajian budaya dan sastera etnik di Sabah, pembentangan seminar dan bab
dalam buku-buku ilmiah. Dr. Raymond juga sering mempersembahkan nyanyian dan puisi
yang sangat kental memperjuang folklor Borneo. Beliau juga merupakan pemidato, pengacara
dan moderator yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa etnik Borneo di Sabah. Antara
hasil karya ialah novel Sundu Kinabalu (ITBM, 2017), Kumpulan Cerpan Pangkot (ITBM,
2016) dan buku umum Rungus: Peribumi Momogun Sabah (DBP, 2015). Beliau memenangi
Hadiah Sastera Sabah dan menerima Anugerah Tokoh Penggiat Bahasa Etnik Sabah serta
Tokoh Pemikir Kaamatan Harmoni Kadazan Dusun Murut Rungus Sungai (KDMRS) pada
tahun 2021 dan memenangi Hadiah Sastera Sabah. Selain itu, beliau merupakan Presiden
Persatuan Penulis MOMOGUNSIA, Pengerusi Biro PEMUISI Negeri (PBPN) Negeri Sabah.
9
ROHAYATI BINTI JUNAIDI (DR.) dilahirkan pada 5 Mac 1987 di Kampung Sega, 94800
Simunjan Sarawak. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Kedumpai,
Simunjan Sarawak. Kemudian Tingkatan 1 hingga 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Simunjan No. 1. Beliau kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Akademi
Pengajian Melayu, UM dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Beliau seterusnya menyambung
pengajian Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama dalam bidang kepakaran
Kesusasteraan Kanak-kanak. Kini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI.
ROSLINA ABU BAKAR (PROF. MADYA DR.) merupakan lulusan Bachelor Pendidikan
Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Master Kesusasteraan
Melayu di UPM, Doktor Falsafah Pengajian Melayu di UM, posdoktoral/visiting fellow di
International Institute for Asian Studies Leiden Universiti, Leiden, the Netherlands dalam
bidang manuskrip Melayu tradisional (1 November 2014 - 31 Oktober 2016). Beliau
merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM. Bidang pengkhususan beliau ialah Tradisi Lisan. Beliau pernah memenangi
pertandingan menulis cerita rakyat Negeri Johor anjuran Yayasan Warisan Johor pada tahun
2022, penerima anugerah Hadiah Sastera Darul Tak'zim Kategori esei Sastera Terbaik 2021,
Hadiah Sastera Perdana (2019) kategori esei/kritikan sastera, Hadiah Sastera Darul Ta’zim
(2019) kategori kritikan sastera, Hadiah Sastera Darul Ta’zim (2016) untuk kategori anugerah
buku terbaik dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim (2013) kategori kritikan sastera. Beliau pernah
menerima Hadiah Biasiswazah Universiti Malaya, 2014-2017 untuk pengajian Peringkat
Doktor Falsafah, Universiti Malaya. Pernah diundang mewakili Malaysia ke Oral Traditions:
Continuity and Transformations, North East India and South East Asia, di Shillong, India, pada
2016. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja berkaitan ilmu sastera, bahasa dan
budaya di dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah
menghasilkan beberapa buku ilmiah, karya kreatif dan artikel penerbitan. Beliau merupakan
seorang penyelidik dalam bidang kesusasteraan Melayu dan merupakan penulis undangan
dalam ruangan sastera tradisional di majalah Dewan Sastera, terbitan DBP.
ROSNAN ABDUL RAHMAN merupakan antara penggiat seni persembahan tradisional
Makyung yang masih aktif mengadakan persembahan Makyung di Malaysia pada masa
sekarang. Berkelulusan dalam bidang Senibina (Architecture) dari Universiti Sains Malaysia.
Pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya (2001 - 2019). Kini
beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Kelantan sejak Februari 2020 hingga sekarang. Pengalaman bertugas di Istana Budaya dan
JKKN telah mendedahkan beliau dalam menguruskan produksi dan mengadakan
persembahan di dalam dan di luar negara. Beberapa produksi teater dan konsert yang pernah
beliau terlibat antaranya ialah persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading (2019),Teater
Zombie Lalala (2016), Teater Bawang Putih Bawang Merah (2015), Konsert Nusantara
(2015), Konsert Lentera Timur Bersama Siti Nurhaliza (2013) dan Persembahan Makyung
Kesaktian Anak Raja Gondang (2013). Pernah mewakili Malaysia mengadakan persembahan
Makyung sempena “Malaysia Week Festival” di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, New York, Amerika Syarikat (2007), di Ibu pejabat UNESCO di Paris, Perancis
(2008), di Frankfurt Book Fair 2010 di Jerman dan di Tokyo International Book Fair 2014 di
Jepun. Selain daripada itu juga beliau pernah dijemput mengadakan persembahan makyung
di Universiti Thammasat, Bangkok pada tahun 2011 sempena Seminar Makyung The Spiritual
Dance. Beliau juga pernah di undang untuk mengadakan persembahan Monodrama sempena
Malay Arts Festival di Malay Heritage Centre Singapura pada tahun 2012. Pada tahun 2016
beliau diundang mewakili Malaysia ke Culture Communication Forum 2016 dan turut
mengadakan persembahan khas sempena forum tersebut yang diadakan di Seoul, Korea
Selatan. Antara anugerah yang pernah beliau terima ialah anugerah Best Actor in A Leading
Role (Theatre) semasa Malam Anugerah 9th BOH Cameronian Arts Awards 2012 dan
10
Anugerah Sanggar Mustika pada tahun 2020 oleh Pertubuhan Kraf Malaysia di atas
pencapaian cemerlang beliau dalam seni persembahan Makyung.
ROBE’AH BINTI YUSUF mula bekerja di UPSI pada tahun 2003 hingga kini. Beliau memiliki
Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Jerman) dan Ijazah Sarjana Bahasa
Moden daripada UM. Beliau sering menghasilkan puisi-puisi dan menghasilkan buku kanak-
kanak. Beliau juga aktif menulis jurnal-jurnal berkaitan perbandingan bahasa dan sastera.
Terkini, beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Peradaban
Melayu.
SARIPAH BANSENG dilahirkan di Kampung Empelanjau Bakong, Sri Aman, Sarawak.
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Bakong, Sri Aman, Sarawak. Kemudian Tingkatan 1
hingga 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman. Beliau kemudian menyambung
pengajian matrikulasi di Labuan sebelum mendapatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Teknologi Malaysia. Beliau seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Sastera di
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang bahasa Iban. Sejak itu, beliau mendalami
bahasa dan sastera Iban dengan berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
sejak tahun 2020. Terkini, beliau sedang melanjutkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam
bidang Pendidikan Bahasa Iban di universiti yang sama.
SHAFA’ATUSSARA SILAHUDDIN (DR.) bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Akademi
Pengajian Melayu, UM. Beliau juga merupakan Penyelidik Tamu di Fakulti Kemanusian,
Leiden University, Belanda. Dr. Shafa merupakan pendendang syair professional di Malaysia.
Beliau berpengalaman mengadakan persembahan syair dan nyanyian tradisional di dalam
dan luar negara seperti Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Vietnam, China, Tazmania
dan Belanda. Dr. Shafa merupakan penerima anugerah Bitara Syair pada tahun 2021, juara
dendang syair antarabangsa 2019 dan juara syair kebangsaan 2012.
SHAHRUN NIZAL MOHD NOR dilahirkan pada 12 Februari 1977 di Behrang Ulu,Tanjong
Malim, Perak tetapi dibesarkan di Kajang, Selangor. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah
Kebangsaan Leftenan Adnan, Sungai Ramal Luar, Kajang (1984-1989), Sekolah Agama
Menengah Hulu Langat (1990-1994) dan Sekolah Menengah Tinggi Kajang (1995-1996).
Shahrun melanjutkan pengajian di UKM dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Persuratan Melayu) pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu)
pada tahun 2010. Beliau menulis dalam genre puisi, cerpen dan esei kritikan sastera yang
tersiar dalam pelbagai media cetak. Buku yang dihasilkan ialah Kamus Sastera (Info-Didik,
2001) dan kumpulan esei sastera Fikrah Sastera (DBP, 2021), Tulisannya juga termuat dalam
buku-buku kajian hasil projek penyelidikan DBP seperti Inti Sari Karya Klasik (2007), Inti Sari
Karya Klasik Jilid 2 (2008), Ahmad Lutfi Pembangkit Semangat Zaman (2019) dan lima tulisan
dalam buku-buku Siri Kajian Pemikiran Sasterawan Negara terbitan DBP. Shahrun
merupakan Munsyi Dewan (Sastera) dan berkhidmat DBP mulai tahun 2000 di pelbagai
jabatan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Kini, beliau merupakan Perancang
Bahasa di Bahagian Penyelidikan Sastera, DBP.
ZALINA ABDUL AZIZ atau nama pena, Ninot Aziz dilahirkan pada tahun 1965 di Tasmania,
Australia, tetapi dibesarkan di Chenor, Pahang. Beliau banyak menghasilkan buku-buku
hikayat Melayu dan Nusantara dalam nafas dan olahan baharu. Beliau sangat berminat
dengan kesusasteraan tradisi dan Nusantara. Minatnya ini turut membawa beliau terlibat
dalam penganjuran acara kebudayaan seperti wayang kulit dan zapin dan penulisan karya
berasaskan hikayat-hikayat lama. Antara buku yang dihasilkannya ialah Lipur Lara Alam
Melayu, Lipur Lara Nusantara, Hikayat From The Ancient Malay Kingdoms, SITI: Queen of
the Eastern Skies dan Betala Naga : A Makyong Tale. Beliau merupakan pengamal
perhubungan awam dan juga Timbalan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia.
11
JAWATANKUASA INDUK SEMINAR
Penaung Bersama
Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran
Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Penasihat Bersama
Dr. Hazami Jahari
Puan Zalina Abdul Aziz
Pengerusi Bersama
Encik Saifullizan Yahaya
Dr. Minah Sintian
Timbalan Pengerusi Bersama
Puan Noraini Abd Shukor
Prof. Madya Dr. Nurjietta Julita Taisin
Setiausaha Bersama
Encik Shahrun Nizal Mohd Nor
Puan Saripah Banseng
Timbalan Setiausaha Bersama
Encik Mohd Shoffi Sukamin
Dr. Nurfaaizah Md Adam
JAWATANKUASA PELAKSANA
Dr., Makmur Harun
Dr. Maskanatul Fiqiyah
Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi
Dr. Faezah Muhayat
Puan Seri Banon Md Kassim
Encik Nur Muhamad Mat Zain
Puan W. Zalina Rajali
Puan Fathenwan Wan Mohd Nor
Puan Nurul Hidayah Yusof
Puan Nor Adilah Abu Bakar
Encik Azhar Md Joror
Puan Nurul Sofea Mohd Iqubal
Encik Ahmad Safri Abdul Rani
Puan Nordina Athirah
Bahagian Penyelidikan Sastera DBP
Pusat Dokumentasi Melayu DBP
Bahagian Komunikasi Korporat DBP
Bahagian Multimedia DBP
Bahagian Pentadbiran Am DBP
12
DAPATKAN BUKU-BUKU TERKINI
TERBITAN HASIL PENYELIDIKAN DBP
Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP.
Talian Telefon Khidmat Pelanggan: 03-4101 0037/ 0025/ 0028
atau layari DBPniaga.com untuk pembelian dalam talian.
13
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Orang perseorangan,
dan
Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung,
TERIMA KASIH DAUN KELADI
14