The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msukri8, 2022-07-12 09:11:02

DOKUMENTASI MERENTAS DESA PPKI KMY 2022

DOKUMENTASI MERENTAS DESA PPKI KMY 2022

TARIKH : 1 JUN 2022 (KHAMIS)
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : SK PADANG LUMAT

ISI KANDUNGAN Muka Surat
1
Bil Isi Kandungan 1
1. Pendahuluan 2
2. Matlamat 2
3. Objektif 2
4. Pelaksanaan 3
5. Kumpulan Sasaran 4-8
6. Ahli Jawatankuasa Induk
7. Ahli Jawatankuasa Kerja 9-13
8. Impak / Laporan 14-18
9. Laporan Bergambar

1.0 PENDAHULUAN

Penganjuran Merentas Desa Pendidikan Khas ini dilihat sebagai satu cara
amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh murid berkepeluan khas. Merentas
Desa Pendidikan Khas yang akan dilaksanakan ini merupakan aktiviti merentas desa
yang kebiasaannya dianjurkan untuk murid aliran perdana. Berdasarkan kepada
konsep merentas desa, murid-murid berkeperluan khas yang berkemampuan perlu
berlari mengikut laluan dan jarak yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Aktiviti Merentas Desa Pendidikan Khas ini adalah julung kali dilaksanakan
untuk MBK di daerah Kuala Muda Yan. Inisiatif penganjuran program ini adalah untuk
membuka ruang kepada murid-murid berkeperluan khas khususnya di daerah Kuala
Muda Yan menonjolkan bakat individu. Selain itu, pelaksanaan program ini juga dapat
mempelbagaikan aktiviti sukan yang boleh disertai oleh murid-murid berkeperluan
khas.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk membentuk murid yang
berpengetahuan melalui kaedah pembelajaran di luar bilik darjah. Di samping itu,
melalui pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Muda
Yan ini juga dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang mempunyai sahsiah diri
yang tinggi dan juga boleh menambah minat murid dalam bidang sukan dan aktiviti
yang bersifat fizikal. Inspirasi melaksanakan program seumpama ini adalah
berlandaskan kepada matlamat bahawa murid berkeperluan khas juga berupaya
cemerlang dalam olahraga serta menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup sihat
dalam kalangan murid.

1

5.0 OBJEKTIF

I. Memberi pengalaman baru kepada murid dalam aktiviti kecergasan.
II. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk

individu yang cergas.
III. Menjadi inspirasi kepada murid dalam menjana kreativiti untuk memahami isi

pengajaran dan pembelajaran.
IV. Memupuk persaingan yang sihat dalam kalangan murid berkeperluan khas.

4.0 PELAKSANAAN

Pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah adalah seperti

berikut :

Tarikh : 1 Jun 2022

Hari : Khamis

Tempat : Sekolah Kebangsaan Padang Lumat

Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

5.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada semua MBPK sekolah rendah dan sekolah menengah

Daerah Kuala Muda Yan seperti jadual dibawah:

Bil Butiran Jumlah B12 Kategori B19 Jumlah
1 Sekolah Rendah Sekolah LP B15 LP 232

29 58 58 LP

58 58

2 Sekolah Menengah 15 30 30 30 30 120

Jumlah Keseluruhan 352

Jumlah mengikut Kategori 58 58 88 88 30 30

2

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : MUKHTAR BIN MANSOR, B.C.K., P.K.
(Pegawai Pendidikan Daerah KMY)

Penasihat : AHMADI BIN ABDULLAH
(Timbalan PPD KMY)

Pengerusi : MOHD SUFI BIN HASAN

(Penolong PPD Pendidikan Khas KMY)

Timbalan Pengerusi : LT. KOL. MOHD NAZRI BIN SAAD, PK., PS., PPA.

(Guru Besar SK Padang Lumat)

Naib Pengerusi 1 : NORAZIZAH BINTI YUSOFF
(Penolong PPD Pendidikan Khas KMY)

Naib Pengerusi 2 : NOOR ZAL KAMALIAH BINTI SULAIMAN
(Penolong PPD Pendidikan Khas KMY)

Pengerusi Teknik : YUSNITA BINTI YATIM
(SK Guar Chempedak)

Setiausaha : MOHD SHOKIR BIN SULAIMAN
(SK Padang Lumat)

Bendahari : MOHD ILLYAS BIN ISMAIL
(SK Bakar Arang)

3

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA TUGAS

1. PENGELOLA 1.1 Mengelola keseluruhan kejohanan agar berjalan seperti yang
dijadual.
- SK PADANG LUMAT
2.1 Memastikan peralatan mencukupi dan mengikut spesifekasi.
2/ PEGAWAI TEKNIK 2.2 Menentukan peraturan-peraturan kejohanan dan mengenalpasti trek.
PERTANDINGAN 2.3 Menyediakan borang dan kad teknik yang diperlukan untuk urusan
/ PERALATAN
kejohanan .
- SK GUAR CHEMPEDAK 2.4 Menyerahkan borang keputusan, jam randik, kad teknik gelang/getah

dan Air Horn kepada JK Penjaga Masa, JK Keputusan/Pencatat, JK
Hakim Penamat, Ketua Pegawai Stesen dan Pelepas sebelum
kejohanan bermula.
2.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang ditetapkan oleh PPD.

3. PEGAWAI PELEPAS 3.1 Melepaskan peserta mengikut kategori pada masa dan tempat yang
ditetapkan.
- PPD, PENGETUA, GURU
BESAR

4. HAKIM PENAMAT 4.1 Berada di garisan penamat dan bekerjasama dengan Penjaga Masa/
Keputusan/Pencatat.
- SK KOTA KUALA MUDA (2)
- SK TAMAN INTAN (2) 4.2 Menyemak token dan menentukan peserta yang sampai ke garisan
- SMK MERBOK (1) penamat mendapat kad kedudukan tempat ( 1 – 10 )
- SMK BATU 17 (1)
4.3 Mengarah peserta yang mendapat kad melapor diri kepada
bahagian Keputusan/Pencatat Masa.

4.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

5. PENJAGA MASA 5.1 Berada di garisan penamat dan bekerjasama dengan Hakim
Penamat / Keputusan/Pencatat Masa.
- SK JENIANG PUSAT (1)
- SK SIDAM KIRI (1) 5.2 Memastikan stop watch yang digunakan berfungsi.
- SMK BAKAR ARANG (2) 5.3 Melapor masa( Hantar borang kedudukan dan masa ) peserta
- SMK DULANG (2)
kepada Pencatat Masa./Keputusan
5.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

4

6. PENCATAT MASA 6.1 Berkerjasama dengan Hakim Penamat/Penjaga masa dan
/KEPUTUSAN Keputusan/ Statistik.

- SMK GURUN (2) 6.2 Mencatat nama,masa dan tempat dalam borang keputusan
- SMK TELUK BAYU (2) berdasarkan kad yang dibawa oleh peserta dan menyemak bilangan
- SK GURUN PUSAT (2) gelang/tag.

6.3 Menghantar keputusan kepada JK Keputusan dan Statistik.
6.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

7. PENDAFTARAN 7.1 Menyediakan borang pendaftaran semasa hari pendaftaran dan
memastikan proses pendaftaran teratur dan berjalan lancar.
- SK PADANG LUMAT (2)
- SK HAJI NYAK GAM (2) 7.2 Memastikan peserta melapor /mendaftarkan diri sebelum acara
bermula dan memakai reben mengikut warna yang telah ditetapkan
mengikut kategori masing-masing.

7.3 Memastikan peserta yang mengambil bahagian tidak mempunyai
masalah kesihatan dan berpakaian sukan.

8. BANNER 8.1 Menempah/membuat banner dan memasang sekurang-kurangnya
- SMK PEKULA JAYA sehari sebelum kejohanan.

9. MARSHALL 8.2 Menurunkannya selepas tamat kejohanan dan disimpan di stor
- SK BERAPIT sukan.
- SK PEND. KHAS
- SMK SUNGAI LAYAR (BP) 8.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.
( 8 ORANG MARSHALL)
9.1 Mengatur kedudukan peserta mengikut setiap kategori sebelum
peserta berlepas.

9.2 Memastikan keselamatan peserta dan trek selamat digunakan dan
mengawasi keselamatan peserta semasa di jalanraya dengan
sentiasa memberi arahan supaya peserta berlari mengikut bahagian
tepi jalanraya.

9.3 Melaporkan kepada JK Pertolongan cemas jika berlaku sebarang
kes kemalangan untuk diambil tindakan.

9.3 Berkerjasama dengan pihak keselamatan semasa peserta berada di
jalanraya.

9.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

10. KETUA PEGAWAI STESEN / 10.1 Mengetahui lokasi/stesen yang perlu dijaga.
PEGAWAI STESEN 10.2 Memberi kad/gelang kepada pegawai stesen untuk diberi kepada
peserta (stesen tertentu sahaja).
- SK BAKAR ARANG (4)

5

- SK AMBANGAN HEIGHT (2) 10.3 Menunjuk arah kepada peserta dan memberi bantuan perubatan
- SK BUKIT SELAMBAU (2) jika berlaku sebarang kecederaan kepada pelajar.
- SK GUAR CHEMPEDAK (2) 10.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

11. JURI RAYUAN 11.1 Menerima borang bantahan secara bertulis daripada guru.
- PPD 11.2 Memastikan bantahan adalah mengikut prosedur.
11.3 Menerima atau menolak bantahan mengikut pertimbangan secara
12. KEPUTUSAN/STATISTIK
- SMPKV MERBOK (2) saksama.
- SK TAMAN RIA (2) 11.4 Memberitahu secara bertulis atau lisan kepada pihak yang

membuat bantahan.

12.1 Menerima borang keputusan daripada JK Pencatat
Masa/keputusan untuk disahkan.

12.2 Memasukan senarai nama pemenang mengikut setiap kategori.
12.3 Memberi keputusan yang disahkan kepada Juruacara.
12.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

13. SIARAYA 13.1 Menyedia/memasang/menyimpan P.A sistem di tempat
- SK BATU HAMPAR penyampaian hadiah.

13.2 Menyediakan pembesar suara .
13.3 Memastikan peralatan berfungsi dan mencari peralatan alternatif

jika berlaku sebarang gangguan atau kecemasan pada hari
kejohanan.
13.4 Berkerjasama dengan juruacara dan JK Persiapan Tempat.
13.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

14. PERSIAPAN TEMPAT 14.1 Menyediakan tempat permulaan dan tempat penamat pada hari
kejohanan.
- SK BUKIT BESAR
- SK TELUK WANG 14.2 Menyiapkan tempat untuk JK Pencatat( meja dan kerusi ) dan
- SMK PENGKALAN LEBAI lorong ketibaan peserta mengikut kategori.

MAN 14.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

15. HADIAH/SIJIL 15.1 Menempah dan mengambil hadiah (medal dan hamper) bagi setiap

kategori kejohanan..

- SK BANDAR BARU SUNGAI 15.2 Menyediakan sijil untuk para pemenang.

LALANG 15.3 Menyusun hadiah dan sijil dan menyelaras/berkerjasama dengan
- SMK TAMAN RIA Juruacara semasa penyampaian hadiah.

15.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

6

16. DOKUMENTASI /JURUFOTO 16.1 Mengambil gambar semasa hari kejohanan.

16.2Mengumpul sebarang maklumat yang perlu mengenai kejohanan

- SMK SUNGAI LAYAR (BD) untuk didokumentasikan.
- SMK BANDAR PUTERI JAYA 16.3Menyerahkan bahan yang siap didokumentasikan kepada PPD dan

sekolah pengelola untuk simpanan.

16.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

17. JURUACARA MAJLIS 16.1 Mengendalikan upacara penyampaian hadiah.
PENUTUPAN 16.3 Berkerjasama dengan JK Siaraya, Hadiah dan Keputusan / Statistik
16.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.
- SK GUAR CHEMPEDAK
- SK TAMAN RIA

18. MAJLIS PENUTUPAN 18.1 Menyediakan tempat dan kerusi untuk majlis penutup.

18.2 Memastikan pemenang acara bersedia untuk tampil menerima

- SMK KOTA KUALA MUDA hadiah semasa acara penyampaian.
- SK SERI PINANG
18.3 Mengatur dan menentukan masa, susunan acara majlis perasmian

dan penutupan.

18.4 Menentukan kelengkapan dan penyelarasan majlis perasmian

penutupan.

18.5 Memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar.

19. PERTOLONGAN CEMAS 19.1 Menyedia tempat rawatan pada hari kejohanan.
- SMK TUNKU ISMAIL 19.2 Menyediakan petugas dan ubat-ubatan.
- SK SUNGAI PETANI 19.3 Menghubungi pihak berkuasa kesihatan jika berlaku sebarang

kecederaan yang serius kepada peserta.
19.4 Sentiasa berhubung dengan Marshal dan Pegawai Stesen jika

berlaku kemalangan kepada peserta semasa di trek dan
menyediakan pengangkutan jika perlu.
19.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

7

20. KAWALANKESELAMATAN / 20.1 Mengawal keselamatan / disiplin murid sebelum kejohanan bermula
DISIPLIN dan semasa penyampaian hadiah.

- SK SUNGAI LAYAR (2) 20.2 Memastikan keselamatan murid semasa berlari di trek
- SK KHIR JOHARI (1) 20.3 Mengatur kedudukan peserta mengikut setiap kategori sebelum
- SMK BUKIT SELAMBAU (1)
peserta berlepas dengan bantuan JK Marshall
20.4 Memastikan tiada kenderaan yang keluar masuk ke kawasan

sekolah semasa peserta hendak dilepaskan dan semasa peserta
sampai.
20.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

21. BACAAN DOA 21.1 Menyediakan pembaca doa untuk majlis penutupan dan
- SK KAMPONG PASIR menyediakan skrip bacaan doa.

22 BROSUR 22.1 Merekacipta dan menguruskan brosur.
22.2 Mengedarkan brosur untuk setiap sekolah pada hari kejohanan.
- SK BANDAR LAGUNA
MERBOK 23.1 - Memastikan kebersihan tempat kejohanan sebelum dan selepas,
berada dalam keadaan bersih.
23. KEBERSIHAN
24.1 Mencari tajaan / sumbangan bagi kejohanan.
- SJKC LIN KHAY 24.2 Menyediakan cenderahati perasmi.
- SJKC CHUNG HWA
25.1 Membuat tempahan makan dan minum peserta, pegawai dan VIP.
24. PENAJAAN / SUMBANGAN / 25.2 Mengagih makanan kepada peserta dan pegawai.
CENDERAHATI PERASMI 25.3 Menyediakan ruang makan VIP / Perasmi.

- SK BUKIT KIARA

25. MAKAN DAN MINUM

- SK BEDONG (2)
- SJKT MAHAJOTHI (2)

8

8. LAPORAN / IMPAK
Tarikh : 1 Jun 2022
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Padang Lumat, Guar Chempedak,Kedah

PENDAHULUAN
Aktiviti Merentas Desa Pendidikan Khas ini dilaksanakan untuk MBPK di daerah Kuala
Muda Yan. Inisiatif penganjuran program ini adalah untuk membuka ruang kepada
murid-murid berkeperluan khas khususnya di daerah Kuala Muda Yan menonjolkan
bakat individu. Selain itu, pelaksanaan program ini juga dapat mempelbagaikan aktiviti
sukan yang boleh disertai oleh murid berkeperluan pendidikan khas.
RASIONAL
Program ini, merupakan satu aktiviti yang dirangka bertepatan dengan mata pelajaran
yang diikuti murid-murid berkeperluan khas di sekolah. Program ini juga dilihat mampu
meningkatkan bakat dan kebolehan murid dalam bidang sukan olahraga. Selain itu,
pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas boleh meningkatkan tahap kecergasan
dan kesihatan diri serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
berkeperluan pendidikan khas.

9

MATLAMAT
Melahirkan murid berkeperluan khas yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan
juga boleh menambah minat murid dalam bidang sukan dan aktiviti yang bersifat
fizikal. Inspirasi melaksanakan program seumpama ini adalah berlandaskan kepada
matlamat bahawa murid berkeperluan khas juga berupaya cemerlang dalam olahraga
serta menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup sihat dalam kalangan murid.

OBJEKTIF
I. Memberi pengalaman baru kepada murid dalam aktiviti kecergasan.
II. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas.

III. Menjadi inspirasi kepada murid dalam menjana kreativiti untuk memahami isi
pengajaran dan pembelajaran.

IV. Memupuk persaingan yang sihat dalam kalangan murid berkeperluan
pendidikan khas.

10

KEPUTUSAN
11

KEKUATAN PROGRAM/ PROJEK /AKTIVITI

• Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan MBPK
• Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
• Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu

pasukan.
• Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.
• Menggilap bakat istimewa pelajar di dalam bidang sukan untuk diserlahkan
• kepada Peringkat yang lbih tinggi.

KELEMAHAN PROGRAM/ PROJEK /AKTIVITI

• Persiapan penganjuran Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat
Daerah Kuala Muda Yan dilihat agak tergesa-gesa sehingga menyebabkan
MBPK dilihat kurang bersedia dari segi mantal dan fizikal untuk bersaing secara
optimum dalam acara merentas desa akibat kekurangan Latihan.

• Masa mula larian pada jam 7.30 pagi adalah terlalu awal bagi setiap sekolah
untuk menguruskan pengangkutan MBPK dari sekolah ke tempat kejohanan.
Ini menyebabkan tentatif program tergendala dari jadual asal kerana
menunggu semua peserta sampai.

• Kuota penyertaan yang terhad kepada 2 orang murid bagi setiap kategori
menyebabkan ramai murid yang berminat dan berbakat di sekolah tidak dapat
menyertai kejohanan peringkat daerah.

12

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM/ PROJEK /AKTIVITI

• MBPK perlu diberi peluang dan masa yang cukup bagi menjalani Latihan yang
konsistan untuk melatih stamina bagi larian jarak jauh yang memerlukan
ketahanan otot serta stamina yang tinggi. Ia penting bagi mengelakkan
kecederaan serius akibat kurang Latihan.

• Penganjur perlu mengambil kira faktor kesesakan lalu lintas dan jarak sekolah-
sekolah yang teletak jauh dari tempat kejohanan sebelum menetapkan masa
bermula larian.

• Penambahan kuota penyertaan bagi setiap kategori amat perlu bagi
meningkatkan penyertaan serta penglibatan MBPK di peringkat daerah.

PENUTUP / REFLEKSI DAN IMPAK PROGRAM

Alhamdulillah Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala
Muda / Yan bagi tahun 2022 ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak dan
semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kejohanan merentas desa kali ini. Tahniah juga kepada semua MBPK yang Berjaya
memenangi hadiah dan medal dlam kejohanan ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………. ………………………………
(MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH) ()
SMK Bandar Puteri Jaya

13












Click to View FlipBook Version