KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 TUTORIAL PEMBINAAN LAMAN WEB STATIK PROFILE / PORTFOLIO MENGGUNAKAN CANVA LANGKAH 1: BUKA CANVA Buka halaman Canva melalui link https://www.canva.com/ dan sila login menggunakan akaun Gmail anda yang berdaftar atau mana-mana pilihan lain seperti di bawah. Klik sign up untuk daftar akaun baru. LANGKAH 2: BINA DESIGN Buat carian template website / mobile website di ruangan carian yang disediakan ataupun anda boleh klik pada butang . Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 LANGKAH 3: PILIH TEMPLATE Anda boleh mulakan laman web anda dengan merekabentuk sendiri laman web anda ataupun lebih mudah dengan memilih template sedia ada yang bersesuaian dengan kehendak anda. Sila klik ikon Templates dan buat carian PROFILE WEBSITE di ruangan carian. Anda akan temui pelbagai jenis template yang percuma ataupun berbayar. Untuk yang berbayar, anda perlu menaiktaraf akaun Canva anda kepada PRO. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 LANGKAH 4: TETAPKAN TAJUK LAMAN WEB Sila pilih tajuk untuk laman web anda yang relevan dan ringkas. Tajuk laman web ini akan dipaparkan apabila pengguna membuka link laman web anda. LANGKAH 5: TENTUKAN BILANGAN DAN TAJUK HALAMAN Jika anda memilih untuk membina laman web Profile, anda perlu mempertimbangkan beberapa asas halaman yang perlu ada. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 Sebagai garis panduan pemula, anda boleh bina halaman berikut: 1. Hero / Main / Home section. Bahagian ini ialah perkara pertama yang dilihat pengguna apabila mereka memasuki portfolio anda. Ia dipaparkan di bawah logo dan menu anda.Ia juga membantu pembaca memahami perkara yang anda tawarkan. Ia selalunya mengandungi butang seperti "HUBUNGI SAYA", "BOOK A PRODUCT" atau yang sewaktu dengannya. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 2. About me section. Memaparkan penerangan ringkasan berkaitan anda, produk ataupun sesebuah organisasi. Ianya membantu pembaca memahami perkara yang anda tawarkan, minati mahupun perkara yang anda benar-benar mahir. P/s: Pastikan ia pendek dan ringkas. 3. Projects / Products / Services section. Senarai projek, produk ataupun perkhidmatan yang anda tawarkan. Tambahkan butiran pada setiap projek, produk ataupun perkhidmatan yang anda tawarkan. Anda boleh tambahkan gambar yang berkaitan sebagai bukti yang kukuh. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 4. Contact me section. Beritahu pembaca bagaimana dan di mana mereka boleh berhubung dengan anda. Tambahkan butiran hubungan anda dan saluran hubungan lain seperti profil Facebook anda, Instagram, Youtube dan sebagainya. ** Anda boleh menambah section lain mengikut keperluan. LANGKAH 6: CERIAKAN LAMAN WEB ANDA DENGAN FUNGSI ELEMENTS Anda boleh memasukkan pelbagai elements ke dalam halaman anda. Sila klik ikon Elements dan klik elemen pilihan anda. Antaranya: ● Lines & Shapes ● Graphics ● Stickers ● Photos ● Videos ● Audio ● Charts ● Tables ● Frames ● Grids Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 LANGKAH 7: PELBAGAIKAN IMAGE, VIDEO DAN AUDIO DENGAN FUNGSI UPLOADS Anda boleh memasukkan image, video dan audio pilihan anda dari simpanan luar selain daripada yang tersimpan dalam Canva melalui fungsi Uploads. Canva juga menyediakan fungsi rakaman video sendiri secara terus menggunakan webcam dari laptop / PC Desktop anda. LANGKAH 8: MASUKKAN TULISAN MENGGUNAKAN FUNGSI TEXT Fungsi Text adalah memudahkan anda menaip ayat yang ingin dimasukkan ke halaman anda. Di Canva, anda hanya perlu klik mana-mana format text yang tersedia dan ubah kepada ayat anda. Terdapat juga template Text menarik yang anda boleh gunakan mengikut kesesuaian tanpa perlu menjadi pakar. Setelah text dimasukkan ke dalam halaman, anda boleh mengubah format text seperti jenis font, saiz, warna, ketebalan, Italic, effects, dan juga animate. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 LANGKAH 9: MASUKKAN AUDIO / VIDEO SEKIRANYA PERLU Pada bahagian ini, anda boleh memilih pilihan audio dan video yang disediakan oleh Canva ataupun anda boleh merakam video anda sendiri dengan menekan butang . LANGKAH 10: MENERBITKAN LAMAN WEB YANG TELAH SIAP SEBAGAI WEBSITE. Laman web yang telah siap perlu diterbitkan bagi membolehkan pengguna luar mengakses laman web anda. Sila klik pada butang seperti di rajah bawah. Seterusnya pilih ikon dan sila pilih web style yang anda kehendaki. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 Laman web anda sedia untuk di akses. Anda boleh salin link yang diberikan di bahagian URL pada browser anda dan share kan kepada sasaran pengguna anda. Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 TIPS 1. Senarai link stock photos yang cantik & PERCUMA: ● http://www.techandall.com/stockphotos/ ● https://stocksnap.io/ ● http://picjumbo.com/ 2. Menjadikan latar imej transparent dengan menggunakan platform https://www.remove.bg/ 3. Dapatkan pelbagai ikon dan sticker menarik di https://www.flaticon.com/ 4. Pendekkan URL anda dengan menggunakan platform https://bitly.com/ 5. Dapatkan gambar beranimasi di https://giphy.com/ 6. Info berkaitan Canva hacks ada di https://sifucanva.com/3-canva-hacks-yang-bakal-jimatkan-masa-korang/ Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 SENARAI AKTIVITI AKTIVITI 1: SILA KUMPULKAN BAHAN SEPERTI IMAGE, AYAT COPYRIGHT ATAU DESKRIPSI YANG BERKAITAN, MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI SERTA LINK-LINK KE MEDIA SOSIAL BERKAITAN SEPERTI FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, WHATSAPP SERTA TELEGRAM UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM HALAMAN WEB ANDA. MASUKKAN KESEMUA MAKLUMAT DI DALAM SATU FOLDER DAN NAMAKAN FOLDER TERSEBUT SEBAGAI SUMBER. AKTIVITI 2: MULA MEMILIH TEMPLATE ATAU REKA SENDIRI LAMAN WEB ANDA DENGAN MENETAPKAN LAYOUT YANG BETUL. SILA RUJUK NOTA PENGENALAN LAMAN WEB. PASTIKAN ELEMEN BERIKUT DIMASUKKAN KE DALAM LAMAN WEB ANDA: ● PAGE NAVIGATOR ● CONTENT ● FOOTER AKTIVITI 3: MASUKKAN LINK KE SETIAP ELEMEN YANG MENGANDUNGI PAUTAN KE HALAMAN BERIKUTNYA ATAU AKTIVITI SETERUSNYA. MENGGUNA PAKAI FITUR TAMBAHAN DALAM ELEMEN MORE SEPERTI EMBED, YOUTUBE, DAN LAIN-LAIN Copyright © 2023| Madam Mizan
KURSUS CANVA WEB 28.10.2023 AKTIVITI 4: MEMBINA BORANG YANG BERSESUAIAN DAN MASUKKAN KE DALAM LAMAN WEB MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE FORM ATAU TYPE FORM. RUJUKAN https://www.w3schools.com/howto/howto_website_create_portfolio.asp https://www.canva.com/ https://obsesikubuku.wordpress.com/2015/03/02/5-sebab-kenapa-anda-perlu-belajar -canva-untuk-media-sosial/ https://sifucanva.com/3-canva-hacks-yang-bakal-jimatkan-masa-korang/ Copyright © 2023| Madam Mizan