KONSEP KENDIRI
DR SALINA BINTI MOKHTAR
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
KONSEP KENDIRI SECARA UMUM
• Terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang
khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
• Sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan
individu yang lain sejak dari bayi lagi (Stewat & Friedman).
• Integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang membezakan
dirinya daripada individu lain.
KONSEP KENDIRI ROGERS
• Konsep kendiri terbentuk daripada perasaan penerimaan orang lain
terhadap dirinya dan bagaimana layanan yang diperoleh daripada
keluarga, masyarakat dan persekitaran.
• Menurut Rogers, dalam diri setiap individu terdapat diri unggul iaitu
bentuk atau konsep kendiri yang amat diingini oleh seseorang.
• Diri unggul ini mempunyai elemen seperti persepsi dan makna yang
relevan pada dirinya serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
SUMBER KONSEP KENDIRI
Kasih sayang atau sokongan
1 yang diterima daripada
persekitaran.
2 Kemampuan dan
keupayaan diri
Penerimaan keluarga dan
3 masyarakat sekitar
terhadap dirinya
KAITAN PERSONALITI DENGAN KONSEP
KENDIRI
Personaliti Pemikiran Berfikir
merupakan sifat- Berperasaan
sifat atau ciri-ciri KONSEP KENDIRI
yang dimiliki POSITIF/NEGATIF Bertindak
Cara berfikir dan Secara serentak
beremosi yang
membolehkan
dirinya dibezakan
dengan individu
lain.
Tingkah laku Perasaan
JENIS KONSEP KENDIRI
Positif Negatif
JENIS KONSEP KENDIRI
KONSEP KENDIRI POSITIF KONSEP KENDIRI NEGATIF
Personaliti yang seimbang dan harmonis Tidak seimbang dan punyai inferiority complex
Kenal potensi, kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Jujur Tidak yakin kebolehan diri, bergaul dgn kanak-kanak yang
dan tidak hidup dlm penafian. lebih muda@kurang bijak drpnya.
Harga diri rendah, hanya cuba perkara yang senang
Sayang dan terima diri. Berusaha tingkatkan dan kerana takut gagal.
kembangkan aspek diri Cepat putus asa, tidak puas hati dan menarik diri.
Berfikiran positif, bertanggungjawab terhadap pilihan dan Pasif, tidak bersedia bersosial/bekerjasama dgn orang lain.
Tindakan yang dibuat.
Tenang dan bersedia menghadapi cabaran.
Bertimbang rasa dan berfikiran terbuka Bertanggapan buruk dan fikiran sempit
Bersedia menerima nasihat, kritikan dan pandangan Tidak gembira, muram, mudah tersinggung pada nasihat
Dah bergaul dengan orang lain , mesra dan kritikan.
Tidak diterima rakan sebaya
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KONSEP KENDIRI
FAKTOR MODEL
• Model ialah individu yang diikut oleh kanak- kanak tersebut seperti ibu bapa, rakan
sebaya dan orang dewasa daripada pelbagai aspek dalam kehidupan mereka.
• Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat bimbingan yang betul daripada golongan ini
supaya konsep kendiri negatif dapat dibentuk dalam diri mereka.
• Jika model mereka bersifat negatif, maka kanak-kanak tersebut juga akan mengikut
segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh model mereka.
• Justeru, amat penting sekali kanak-kanak mendapat didikan yang betul dan sempurna
supaya konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri mereka.
FAKTOR PERSEKITARAN
• Seperti budaya masyarakat setempat, persepsi masyarakat dan peranan
media massa juga merupakan elemen yang penting dalam pembentukan
sesuatu konsep kendiri.
• Budaya masyarakat amat penting dalam pembentukan konsep kendiri
kerana kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam masyarakat.
• Oleh itu, sudah tentu berlakunya proses asimilasi tabiat budaya di dalam
diri kanak-kanak tersebut.
FAKTOR BAKA
• Baka yang diwarisi oleh ibu bapa akan membentuk konsep kendiri kanak-
kanak tersebut.
• Oleh itu, bukan sahaja rupa paras sahaja yang akan diwarisi oleh ibu bapa,
akan tetapi perangai ataupun tabiat ibu bapa tersebut juga akan
mempengaruhi oleh kanak-kanak.
• Oleh yang demikian, amat penting sekali ibu bapa untuk mengawal emosi
dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik terutamanya
ibu ketika mengandung kerana segala perbuatan, pemakanan dan tingkah
laku ibu akan turun kepada janin di dalam kandungannya.
KEPERCAYAAN KEPADA NILAI-
NILAI KEPERLUAN
• Seperti keselamatan, kasih sayang dan penghormatan diri .
• Nilai kasih sayang amat penting sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam
membentuk konsep kendiri dalam dirinya.
• Jika kasih sayang tidak diberikan secukupnya, kanak-kanak tersebut akan
membesar di dalam suasana yang serba kekurangan.
• Keselamatan juga penting bagi kanak-kanak kerana mereka masih kecil dan
tidak dapat membezakan mana perkara yang bahaya dan tidak bahaya.
• Oleh itu, amat penting sekali bagi ibu bapa serta guru untuk menjaga
keselamatan kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat membentuk konsep
kendiri yang positif.
KONSEP HELAH BELA DIRI
• Satu proses yang dilakukan oleh manusia secara sedar ataupun
tidak sedar bertujuan mempertahankan ego, ancaman, dan
kebimbangannya.
• Kebiasaannya, helah ini digunakan oleh individu yang sedang dalam
kerisauan.
• Pelbagai jenis helah bela diri:
HELAH BELA DIRI
1. HELAH BELA DIRI ASAS
2. HELAH BELA DIRI MELIBATKAN
PENIPUAN DAN GANTIAN
HELAH BELA DIRI ASAS 1 PENAFIAN
2
PENARIKAN
5
REPRESI
SUPRESI
43
KEAGRESIFAN
PENAFIAN
• Merupakan satu bentuk helah bela diri yang menafi dan menolak realiti.
• Proses ini berlaku apabila individu tidak dapat menerima kenyataan.
• Sebagai contoh seorang yang didapati mengidap penyakit barah akan
menafikan perkara tersebut dengan mengatakan laporan doktor itu
salah.
REPRESI
• Satu tindakan untuk mengatasi perasaan sedih atau kecewa dengan
mengalihkan perasaan tersebut daripada kesedaran dan mempercayai
bahawa perkara tersebut tidak wujud dan tidak berlaku.
• Menurut Freud, tindakan ini ialah seperti memendamkan fikiran, keinginan
dan konflik kepada alam yang bawah sedar.
• Contohnya seseorang yang kehilangan seseorang yang disayanginya akan
mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap mengenainya seperti ingin
membuang perasaan sedih tersebut daripada darinya.
• Apabila seseorang individu membenamkan emosi dalam dirinya, mereka
akan mengalami tekanan yang akan mengganggu emosi diri mereka sendiri.
KEAGRESIFAN
• Tindakan untuk meluahkan rasa kecewa secara agresif.
• Mereka akan mencederakan dan memberi ancaman untuk membendung
kekecewaan.
• Contohnya seseorang kanak-kanak akan meraung dengan kuat kepada
ibunya jika tidak dibelikan mainan.
SUPRESI
• Proses mental secara sedar untuk elak drpd fikir masalah.
• Tidak benarkan peristiwa sedih penuhi ruang mental.
• Cth, Gagal periksa maka isi masa dgn bersenam.
PENARIKAN
• Sengaja tarik diri drpd situasi yg kurang menyeronokkan.
• Cth,Tarik diri hadir majlis keramaian utk redakan rasa bimbang dan
duduk di rumah shj.
1 FANTASI 5 PEMBENTUKAN
HELAH BELA REAKSI
DIRI
MELIBATKAN 3 RASIONALISASI 7 IDENTIFIKASI
PENIPUAN
DAN 9 SUBLIMASI
GANTIAN
4 PINDAH 8 KOMPENSASI
GANTIAN
2 REGRESI 6 PROJEKSI
FA N TA S I
• Satu situasi yang membuatkan seseorang individu membentuk satu
fantasi yang lebih selesa dalam fikirannya untuk melupakan segala
masalah.
• Fikiran yang dibentuk adalah lebih selesa daripada keadaan sebenar.
• Contohnya seseorang yang miskin akan berfantasi untuk menjadi
seorang yang kaya.
REGRESI
• Berlaku apabila seorang individu kembali kepada jenis tingkah laku yang
terdahulu yang menjadi kebiasaan kepadanya semasa proses
perkembangan dahulu.
• Sebagai contoh, seorang pelajar akan menangis jika tidak mendapat
perhatian. Perbuatan tersebut adalah sesuatu yang dilakukan semasa
kecil dahulu.
RASIONALISASI
• Memberikan penerangan atau alasan yang kelihatan munasabah dan logik
terhadap sesuatu tingkah laku untuk melindungi atau menyembunyikan
motif yang sebenar.
• Rasionalisasi juga sering digunakan untuk mempertahankan ego seseorang.
• Secara kesimpulannya, rasionalisasi ialah penjelasan atau sebab satu-satu
situasi itu tidak dapat diterima.
• Sebagai contoh : seorang murid yang gagal dalam peperiksaan akan
memberikan alasan bahawa gurunya bersikap pilih kasih.
PINDAH GANTIAN
• Satu proses yang berlaku apabila seseorang individu memindahkan rasa
kecewanya kepada seseorang individu yang lain.
• Pemindahan memerlukan seseorang individu yang dapat menerima
kekecewaan tersebut dari individu lain.
• Biasanya orang yang menjadi mangsa terdiri daripada “inferior” yang
dijangka tidak bertindakbalas terhadapnya.
• Sebagai contoh seseorang guru yang sedang dalam keadaan marah akan
memindahkan rasa marah tersebut kepada murid-muridnya.
PEMBENTUKAN REAKSI
• Satu bentuk helah bela diri bagi mempertahankan diri daripada
sesuatu ancaman dengan memperlihatkan satu reaksi yang
bertentangan dengan reaksi tersebut.
• Sebagai contoh seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan
akan ketawa untuk menyembunyikan perasaan getar tersebut.
PROJEKSI
• Satu tindakan untuk seseorang individu membalikkan konflik yang
terdapat dalam dirinya kepada orang lain.
• Seseorang akan berusaha untuk meletakkan kesalahan tersebut di atas
bahu orang lain dengan dakwaan individu tersebut juga bersalah.
• Pandangan orang ramai akan dipesongkan agar kelemahan dan keaiban
dirinya dapat dilindungi.
• Contohnya seorang pelajar yang lemah dalam peperiksaan akan meniru
dengan menganggap pelajar lain juga akan meniru.
IDENTIFIKASI
• Berlaku apabila seseorang cuba untuk melindungi kelemahan dirinya
dengan menyamakan dirinya dengan orang yang mempunyai kelebihan.
• Kaedah ini merupakan kaedah penyesuaian yang sesuai.
• Sebagai contoh seorang pelajar akan berkawan rapat dengan kumpulan
sorak sekolah untuk menunjukkan pelajar itu juga popular.
KOMPENSASI
• Menggunakan aktiviti lain yang hampir sama untuk
menggantikan yang lain.
• Contohnya seorang individu yang lemah dalam akademik akan
menggunakan kelebihannya dalam bidang sukan untuk
mendapat perhatian daripada guru dan orang lain.
SUBLIMASI
• Merupakan helah bela diri yang paling sihat.
• Ia adalah satu cara untuk individu menyalurkan kekecewaannya kepada
saluran yang dapat menerima dan yang memuaskan individu tersebut dari
segi sosial.
• Keinginan tersebut dapat dipuaskan melalui aktiviti yang diterima oleh
masyarakat.
• Sebagai contoh seseorang ibu yang kematian anak akan mengambil anak
angkat dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak angkat
tersebut.
PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN KENDIRI MURID
• Ambil perhatian tentang perbezaan • Merancang aktiviti pelajar yang berpusatkan
murid. murid.
• Memperbetulkan tanggapan yang salah. • Meneroka kebolehan dan bakat setiap murid.
• Bantu dalam membentuk konsep • Memberi sokongan dan dorongan
kendiri yang positif.
• Membimbing dan menasihati
• Peka dengan kebolehan dan minat
setiap murid. • Membantu membina watak kanak-kanak yang
sihat dalam semua perkembangan.
• Komunikasi dan interaksi yang baik
dengan murid
• Tauladan yang baik dan menjadi model
SEKIAN,TERIMA KASIH.