The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FESTIVAL GALA KESENIAN MALAYSIA PERTANDINGAN KOIR DAN TEATER SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erphcassendra, 2023-08-22 08:49:47

FESTIVAL GALA KESENIAN MALAYSIA 2023

FESTIVAL GALA KESENIAN MALAYSIA PERTANDINGAN KOIR DAN TEATER SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023

TARIKH: 24 OGOS 2023 (KHAMIS) MASA: 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SURIA PERDANA, JABATAN KASTAM DIRAJA SANDAKAN festival gala kesenian malaysia MAJLIS PERASMIAN PENUTUPA N


Masa Perkara 8.00 Pagi Ketibaan Tetamu Undangan dan Pendaftaran 8.45 Pagi Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan 9.00 Pagi Ketibaan Perasmi Nyanyian Lagu : ‘Negaraku’ dan ‘Sabah Tanah Airku’ Tarian Sambut Tamu (5 minit) Bacaan Doa Ucapan Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Ucapan Perasmian Penutupan Gimik Perasmian Persembahan 1 : Nyanyian Solo Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan Persembahan 2 : Dikir Barat Tayangan Video Top 5 (Koir) Tayangan Video Top 5 (Teater) Penyampaian Sijil Penyertaan dan Pemenang Pertandingan Penyampaian Cenderamata Perasmi Tayangan Video Johan (Koir) Tayangan Video Johan (Teater) Sesi Bergambar Jamuan 1.00 Petang Bersurai ATURCARA FESTIVAL GALA KESENIAN MALAYSIA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023


SEKAPUR SIREH UCAPAN ALUAN PUAN HAJAH MUNAH BIN HAJI NASRI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam PPD Sandakan Pemangkin Transformasi. Yang Berbahagia Tuan Haji Raisin bin Saidin, (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) Yang Dihormati, Wakil-wakil PPD daerah seluruh negeri Sabah. Pengetua Cemerlang, Pengetua-pengetua, Guru Besar Cemerlang, Guru - Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, murid-murid, tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Pada kesempatan ini, saya mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, khususnya pihak jawatankuasa Pelaksana mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, kerana sudi bertandang ke Sandakan bagi menghadiri Program Festival Gala Kesenian Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2023. Kedatangan tuan telah memberikan semangat dan aura positif kepada PPD Sandakan dalam menggalas tanggungjawab sebagai pengelola Festival Gala Kesenian peringkat Negeri Sabah bagi tahun ini.


Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Festival Gala Kesenian Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah 2023telah diadakan dengan jayanya bermula 14 Julai yang lalu yang melibatkan dua pertandingan iaitu pertandingan koir dan teater yang melibatkan peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Hari ini, kita berkumpul dalam majlis untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada bakat-bakat muda dalam bidang kesenian. Program kesenian seperti ini menjadi peluang yang amat berharga bagi kita untuk menyaksikan bakat terunggul anakanak dalam membudayakan seni budaya bangsa agar tidak hilang ditelan arus pemodenan. Malah, festival kali ini berperanan penting dalam memupuk minat serta bakat anakanak muda khususnya dalam kalangan pelajar dan juga masyarakat setempat. Secara amnya, aktiviti kesenian harus dipelihara seutuhnya, dihargai, dan dibudayakan dalam kalangan Masyarakat. Hadirin yang dihormati, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat kerana telah merangka, merancang dan melaksanakan pelbagai acara demi menjadikan festival ini satu program yang mendatangkan impak positif. Usaha dan kesungguhan kalian adalah kunci kejayaan festival kali ini. Semangat, kerjasama dan komitmen membuktikan bahawa kita mampu untuk membawa perubahan dalam masyarakat pada masa hadapan khususnya dalam bidang kesenian. Kepada para guru, ucapan terima kasih atas dedikasi semua kerana menyokong program ini dan berusaha membimbing serta memotivasikan para peserta sepanjang program ini. Tidak dapat kita nafikan bahawa aktiviti kesenian mampu menjadi alat untuk membentuk Anak yang Baik lagi Cerdik seperti yang diinginkan oleh KPM. Guru-guru berperanan mencungkil bakat anak-anak di sekolah. Guru bukan sahaja berketerampilan dalam menyampaikan ilmu namun kepakaran mereka dalam arena seni juga tidak wajar dikesampingkan.


Sokongan ibu bapa dan keluarga tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit kepada anak-anak amat kami hargai kerana pengorbanan dan penat lelah kalian berbalas dengan kecemerlangan anak-anak yang terlibat dalam festival kali ini.. Marilah kita seiring sejalan meneruskan semangat anak-anak kita untuk melangkah jauh ke hadapan demi melihat aktiviti kesenian dan budaya bangsa kekal utuh sampai bila-bila. Akhir kata, semoga Festival Gala Kesenian Malaysia ini menjadi titik tolak bagi lebih banyak lagi acara yang bertemakan kesenian dan budaya dapat dijalankan oleh pelbagai pihak. Sekali lagi, tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga pengalaman berharga ini akan terus menjadi sumber inspirasi untuk kita semua dalam usaha melestarikan seni dan budaya tanah air tercinta. Sekian, terima kasih.


SEKAPUR SIREH UCAPAN ALUAN PERASMI YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI RAISIN BIN SAIDIN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Puan Hajah Munah binti Haji Nasri, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Yang Dihormati Wakil-wakil Pegawai Pendidikan Daerah seluruh negeri Sabah, Pengetua- pengetua Cemerlang, Pengetua-pengetua Guru Besar-Guru Besar Cemerlang , Guru Besar-Guru Besar , Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Pelajar-pelajar tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ‘ Salam Malaysia Madani’ ‘Salam Sepakat Sabah Hebat’ Saya ingin mengucapkan tahniah dan Syabas kepada pihak penganjur Festival Gala Kesenian Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah 2023, serta barisan ahli jawatankuasa pelaksana atas kelancaran penganjuran program kali ini. Semua ini tentu sahaja dapat direalisasikan dengan adanya sokongan padu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan terutamanya Puan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Puan Hajah Munah binti Haji Nasri. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan PPD Sandakan yang telah berusaha keras dalam menyusun dan melaksanakan program ini dengan jayanya. Semoga usaha ini berterusan dalam kita menyokong pembangunan potensi dan bakat para pelajar kita dalam bidang kesenian.


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, dapat kita bersamasama hadir dalam Majlis Perasmian Festival Gala Kesenian Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah 2023 pada kali ini. Acara ini merupakan wadah untuk membentuk generasi Anak Bijak lagi Cerdik. Program kesenian sebegini diadakan bagi menyahut saranan KPM terhadap elemen Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) yang menjadi wadah untuk meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid. Festival ini sebagai serampang dua mata untuk mencungkil bakat dan menyemai minat anak-anak generasi muda dalam mengenali dan mencintai aspek kesenian. Pertandingan kesenian sebegini menjadi platform yang amat bererti dalam usaha kita untuk membentuk generasi ABC. Besarlah harapan saya agar acara seperti ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang dan menggalakkan lebih ramai lagi anak muda untuk menghayati nilai-nilai kesenian. Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pihak penganjur, guru-guru pengiring , para peserta serta tuan-tuan dan puan-puan yang turut menyokong dan menyumbang tenaga untuk menjayakan acara sepanjang festival ini diadakan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam program kali ini. Semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang perjalanan Festival Gala Kesenian ialah satu contoh yang baik untuk kita semua hayati dan teladani. Terima kasih atas peranan penting guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam membimbing, memberi dorongan, dan membentuk generasi muda yang akan mengangkat seni budaya bangsa. Anda adalah insan yang berbakat yang akan membuka peluang untuk anak-anak ini berkembang menjadi individu yang cemerlang pada masa hadapan. Seterusnya, penghargaan juga ingin saya sampaikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Festival Gala Kesenian Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah 2023. Akhir kata, semoga program seumpama ini akan menjadi titik permulaan bagi lebih banyak lagi acara yang akan diadakan demi menyemarakkan seni budaya di negara kita.


Bagi mengakhiri ucapan saya pada hari ini, maka "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dengan rendah hati merasmikan Festival Gala Kesenian Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah 2023. Semoga majlis ini menjadi simbol kebersamaan, ukhuwah, dan kesatuan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya, etnik dan latar belakang untuk hidup bersama sebagai satu keluarga besar. Sekian, terima kasih.


MATLAMAT Penglibatan murid-murid dalam pertandingan ini memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, pertandingan ini membantu meningkatkan ilmu pengetahuan, peragaan bakat dan memupuk penghargaan terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. OBJEKTIF Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar pada peringkat kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah dan menyerlahkan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan; Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid. Memastikan semua program yang dirancang selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Negeri untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). 1. 2. 3. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN Koir Sayembara Teater 1. 2.


JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT YBhg TUAN HAJI RAISIN BIN SAIDIN Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah PENGERUSI ENCIK MUDDIN BIN BETING Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah TIMBALAN PENGERUSI PUAN HAJAH MUNAH BIN HAJI NASRI Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan NAIB PENGERUSI ENCIK RUSLAN BIN MADISAL Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah SETIAUSAHA ENCIK MARIOUS BIN BONGKULOH Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah PENOLONG SETIAUSAHA CIK RAMLAH BINTI RAMLI Penolong Pengarah Bakat (Kokurikulum) BENDAHARI DATIN AIDAH BINTI MURSHID Ketua Pembantu Tadbir PENYELARAS PROGRAM PUAN ROSLINAH IMRAN Penolong Pengarah Bakat (Kesenian)


AHLI JAWATANKUASA KERJA PELAKSANA AJK Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Pegawai Teknikal Negeri ENCIK MOHAMMAD SYUAIB SAMIJAN Pegawai Teknikal Teater Negeri Sabah Sekolah Menengah ABSALOM ABELL DOUSIP Pegawai Teknikal Teater Negeri Sabah Sekolah Rendah PUAN JENIFER MATIL Pengerusi Teknikal Pertandingan Koir Peringkat Negeri Sekolah Menengah (SMK Ranau, Ranau) ENCIK RONAIL JULIUS GIDONG Pengerusi Teknikal Pertandingan Koir Peringkat Negeri Sekolah Rendah (SK Kepayan, Kota Kinabalu) PENASIHAT ENCIK MUDDIN BIN BETING Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah PENGERUSI PUAN HAJAH MUNAH BIN HAJI NASRI Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan TIMBALAN PENGERUSI ENCIK ROSMAN BIN HAJI IDRIS Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan


NAIB PENGERUSI ENCIK FAZMAN BIN MOHD. YATIM Pengetua SMK Libaran, Sandakan SETIAUSAHA ENCIK JUNAIDI BIN HAJI JAYARI Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan NAIB SETIAUSAHA I ENCIK AHMAD YUSSOF BIN MOHAMAD Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan NAIB SETIAUSAHA II ENCIK ANUAR BIN YASIS Penolong Kanan Kokurikulum SMK Libaran, Sandakan BENDAHARI Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan PENYELARAS PEGAWAI TEKNIKAL DAERAH PUAN HASNIA BAKRE SMK Elopura, Sandakan PEGAWAI TEKNIKAL TEATER DAERAH ENCIK ERHAN JUMATIL Sekolah Rendah dan Menengah SMK St Mary, Sandakan PEGAWAI TEKNIKAL KOIR DAERAH CIK VANESSA WILLIAM Sekolah Rendah dan Menengah SM St Mary, Sandakan JAWATANKUASA ICT PPD SANDAKAN TUAN HAJI AZLAN BIN BUDUN Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PUAN NORAYUNI BINTI JAAFAR Penyelarasan Unit Pengurusan Teknikal ICT


URUSETIA EN. JUNAIDI B. HJ. JAYARI EN. FAZMAN MOHD YATIM EN. ANUAR BIN YASIS EN. ANUWAR BIN ABDUL AMIT PN. HAMIDAH BINTI SUPARTI EN. CHIN WEI MING PN. HASNIA BAKRE EN. ERHAN JUMATIL CIK VANESSA WILLIAM - Pengetua SMK Libaran - PK Kokum SMK Libaran - PK Pentadbiran SMK Libaran - PK HEM SMK Libaran - Ketua Bidang Bahasa SMK Libaran - SMK Elopura - SM ST Mary - SM ST Mary FLOOR MANAGER GURU BESAR SK MERPATI & PENYELARAS PT DAERAH (KESENIAN) PROTOKOL SMK PEREMPUAN SAMBUTAN VIP GURU BESAR SK TINUSA PENGURUS PEMBACA DOA ENCIK BISTARI BIN ASOI GURU BESAR SK SRI MELANTA JAYA PENGURUSAN DEWAN PENGETUA SMK MERPATI TEKS UCAPAN VIP (PPD & PERASMI) PENGETUA SMJK TIONG HUA KEBERSIHAN EN. ANUAR BIN YASIS - SMK Libaran KEHADIRAN MURID EN ANUWAR BIN ABDUL AMIT - SMK Libaran PUBLISITI / BANNER GURU BESAR SK TAMAN RIMBA EN. ISMAIL BIN MUSTAFA CIK NURUL AMIRAH NABILAH BINTI BAHARUDIN


PENDAFTARAN (QR CODE) CIK MASNI USMAN - SMK Libaran BUKU PROGRAM / FLIP BOOK PN CASSENDRA MARCELLA GINSON CIK FATIN AMIRA BINTI FAUZI - SMK Libaran HIASAN PENTAS GURU BESAR SK TAMAN RIMBA PN. SITI SUHANA BINTI ALIDIN PN. SITI ZUBAIDAH BINTI MUHAMAD PN. HASNAH BINTI HUSIN JAMUAN VIP PENGETUA SMK MUHIBBAH JAMUAN PENGETUA SMK MERPATI P/A SISTEM GURU BESAR SK TINUSA PERALATAN GURU BESAR SK MERPATI GIMIK (MONTAJ) & PENGUMUMAN KEPUTUSAN (VIDEO PN NORAYUNI BINTI JAAFAR - Unit ICT PPD Sandakan EN FAIZUL BIN LIAN. - Unit ICT PPD Sandakan PN ANI NORHASYIMA BINTI INDRA BANGSAWAN - UPTICT PPD Sandakan PN SALMAH BINTI DIMIN. - UPTICT PPD Sandakan EN. FAKHRUL RADI BIN RAZALI - SMK Libaran EN. YEE TZEPIRNG - SMK Libaran PERSEMBAHAN DIKIR BARAT SMK LIBARAN PERSEMBAHAN LAGU SOLO SMK ELOPURA


PENGACARA MAJLIS EN. MOHD. RAHMAT BIN MOHD. SALEH PN. ROSIDAH BINTI RUSILIM - SMK Libaran HADIAH PENGETUA SMK TAMAN FAJAR SIJIL PPD SANDAKAN FOTOGRAFI EN. CHIN WEI MING - SMK LIBARAN VIDEOGRAFI & LIVE STREAMING - PENGETUA SMK BATU SAPI - PENGETUA SMK ELOPURA DOKUMENTASI PN. FARAWAHIDAH BINTI MOHAMMAD - SMK LIBARAN PENGADIL / JURI PT DAERAH (KOIR & TEATER) PT NEGERI (KOIR & TEATER)


PPD Nama Sekolah Penampang Kota Kinabalu Tuaran Beluran Semporna Ranau Telupid/Tongod Pitas Kota Belud Sandakan Kota Marudu Keningau PPD Kunak Tawau Tambunan Papar SMK Datuk Peter Mojuntin SMK Bandaraya Kota Kinabalu SMK Sungai Damit SMK Beluran II SMK Tagasan SMK Matupang Jaya SMK Telupid SMK Pinggan-Pinggan SMK Tambulion SMK Muhibbah SMK Tandek SMK Keningau SMK Madai Kunak SMK Pasir Putih SMK St. Martin SMK ST Joseph Papar PENYERTAAN Koir Sekolah Menengah


PPD Nama Sekolah Penampang Kota Kinabalu Tuaran Beluran Lahad Datu Semporna Pensiangan Ranau Telupid/Tongod Pitas Kota Belud Sandakan Kota Marudu Keningau PPD Kunak Tawau Tambunan Papar SK Babagon SK Kepayan SK Kelawat Tuaran SK Sungai Nafas SK Jeroco SK Kampung Simunul Semporna Sabah SK Tetagas Nabawan SK Pekan Ranau SK Pekan Telupid SK Salimpodon Darat SJK (C) Chung Hwa, Kota Belud SK Sungai Padas SK Panaitan SK Luangan SK Kg Selamat SK Holy Trinity SK Kerokot SK Sabandil PENYERTAAN Koir Sekolah Rendah


Tajuk Nama Sekolah Jalur Keramat Wira Tidak Didendang Boneka Hidup Bukan Gila Budi Baik (Pemberian) Cakna Indah Ina Kolej Vokasional Keningau, Keningau SMK Tongod, Telupid SMK Nabawan II, Nabawan/Pensiangan SMK Lohan, Ranau SM All Saints, Kota Kinabalu SMK Abdul Rahim, Kudat SMK Elopura 2, Sandakan SMK Kota Marudu II, Kota Marudu PENYERTAAN Sayembara Sekolah Menengah Sayembara Sekolah Rendah Tajuk Nama Sekolah Gajah Putih Kerana Kasih Perhentian Bas Tak Seindah Namamu Bebas Putus Sudah Kasih Sayang SK Sungai-Sungai, Beluran SK Togop Darat, Ranau SK Tanjung Aru II, Kota Kinabalu SK St. Peter, Kudat SK Mawar, Sandakan SK Balung, Tawau


SEKALUNG PENGHARGAAN Pengarah JPN Sabah Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sektor Pembangunan Murid, PPD Sandakan Semua PPD Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sandakan Semua PGB AJK Induk & Pengelola Komuniti NGO Semua Pelajar dan Semua Individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini


Click to View FlipBook Version