The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bobasayang123, 2021-08-15 10:56:02

TOKOH IMAM MALIK

TOKOH IMAM MALIK

NAMA: SITI NURUL QHYAIDA BINTI KASIM
KELAS: 4 SAINS

• Nama sebenarnya ialah Malik bin BIODATA IMAM MALIK
Anas bin Malik bin Amar Al-Harith

• Beliau dilahirkan di Kota Madinah
pada tahun 93 Hijrah bersaman 713
Masihi.
• Imam Malik merupakan seorang
pengasas Mazhab Maliki.
• Kuniyah : Abu Abdullah

• Beliau wafat pada tahun 179 H dalam
usia 87 tahun.









MAZHAB MALIKI :

Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian
Afrika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut
ketiga teramai iaitu lebih kurang 15% daripada Muslim.

Mazhab ini berpegang kepada:

1. Al-Quran

2. Hadis Rasulullah yang dikategorikan sah

3. Ijmak' ahlul Madinah. Kadangkala menolak hadis
yang bertentangan atau yang tidak diamalkan oleh
ulama Madinah

4. Qiyas
5. Istilah

IMAM MALIK DIHUKUM OLEH GABENOR.

Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun
147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talaq yang cuba
dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika
itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada
pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talaq ke atas isterinya.
Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin,
pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa
mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa
talaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaqnya).

Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang
bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini
amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang
kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.

Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah
tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang
tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak
secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan
betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan
ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan
beliau terhadap Allah s.w.t.

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau
kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau
meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awal tahun 179H/796M.
Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah
‘Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn
Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan
Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).

KATA-KATA MUTIARA DARI IMAM MALIK :

“ Sesungguhnya ilmu ini adalah daging
dan darahmu, dan pada hari kiamat kelak
kamu akan ditanya tentangnya. Maka
perhatikanlah dari siapa kamu
mengambilnya.” – Imam Malik bin Anas

SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version