1
ISI KANDUNGAN 1.0 TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA 1.1 ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD 1.2 AWANG HAD SALLEH 1.3 UNGKU AZIZ 1.4 AMINUDDIN BAKI 1.5 TAN SRI DR. HAILI BIN DOLHAN 2.0 TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA 2.1 JOHN DEWEY 2.2 AL-GHAZALI 2.3 IBNU KHALDUN 2.4 MARIA MONTESSORI 2.5 HAJI ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM AMRULLAH (HAMKA) 2
1.0 TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA 1.1 ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD DITULIS OLEH : NUR ATIE YUSMA BINTI MOHAMAD YUSOF Latar Belakang Tokoh Za'ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 November 1895 di Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Bapanya bernama Ahmad bin Ibrahim berketurunan Bugis, sementara ibunya bernama Intan Awaluddin dari suku Minangkabau. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Pada 10 Januari 1910, beliau meneruskan pengajiannya di St. Paul Institution, Seremban. Za ba mendapat biasiswa sebanyak RM55.00 sebulan dari kerajaan Negeri Sembilan ketika itu. Pada akhir 1915, beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Lumpur dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Beliau menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Pada tahun 1947, beliau bertugas sebagai pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), London. Beliau bersara pada tahun 1951 dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura selama enam tahun (1953-1958). Za'ba dianugerahkan gelaran pendeta oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS '50) berupa songkok. Anugerah ini disampaikan oleh Cikgu Muhammad Noor bin Ahmad, naib pengerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya ketiga di Johor Bahru pada 16-21 September 1956. Penglibatan Za'ba dalam bidang pendidikan bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru sementara di sekolah lamanya iaitu sekolah St. Paul, Seremban selepas tamat persekolahan. Beliau kemudiannya menjadi guru sementara di kampungnya di Batu Kikir. Zaba kemudiannya memohon untuk menjadi guru di Johor Bahru, kerana beliau mempunyai kelayakan Senior Cambridge dan diterima mengajar di Bukit Zaharah Government English School pada tahun 1916 sebelum ditukarkan ke Johor Government English School yang sama tarafnya dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada masa itu. Sekolah ini hanya mengajar anak orang Melayu golongan atasan di Johor. Kerjaya Za'ba berkembang pesat apabila beliau menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1918. Beliau mengajar dan menjadi penyelia bagi pelajaran Bahasa Melayu ketika itu. Penglibatannya dalam bidang pendidikan seterusnya berkembang seperti berikut: 3
(a) 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar. (b) 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (c) 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. (d) 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942 (e) 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951 (e) 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959. Semasa bertugas di Sultan Idris Training College (SITC), penulisannya tentang pendidikan dan bangsa Melayu dan pelbagai kritikan yang lain disampaikan dalam akhbar seperti Lembaga Melayu dan Utusan Melayu. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun. Sumbangan Za'ba dalam Kemajuan Bahasa Melayu Aspek Tatabahasa Za'ba meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat bahasa Melayu. Beliau menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu kata nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. Golongan utama itu pula dipecahkan lagi kepada subgolongan. Contohnya, di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Membahagikan Kata Sifat kepada 'Sifat Nama' dan 'Sifat Kata'. Za'ba meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat. Istilah sekarang bagi sifat nama ialah adjektif dan sifat kata ialah adverba. Menggolongkan Ayat Bahasa Melayu kepada Ayat Selapis, Ayat Berlapis, Ayat Berkait serta Ayat Bercampur. Ayat pula terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Selain itu, Za'ba juga memperkatakan aspek ragam ayat dengan memperkenalkan istilah ayat bangun membuat bagi 'ayat aktif dan ayat bangun ena buat bagi ayat pasif. 4
1.2 AWANG HAD SALLEH DITULIS OLEH : MUHAMMAD AFIQ SYUKRI BIN SAIFUL BAHRI Awang Had Salleh dilahirkan di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 24 Jun 1934. Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betong, sebuah sekolah rendah di tempat asalnya. Beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949. Pada tahun 1950, beliau dilantik menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah dan kemudiannya guru di Sekolah Melayu Derga, Kedah. Pada tahun 1951 hingga 1954, Awang Had Salleh menyambung pengajiannya Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Selepas tahun 1954 schingga 1957, beliau menyertai Maktab Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru. Seterusnya sepanjang tahun 1957 hingga 1959, beliau bertugas sebagai guru bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah. Beliau menjadi Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) di Alor Setar pada tahun 1959 hingga 1961. Beliau diterima masuk ke Universiti Malaya pada tahun 1961 dan memperoleh ijazah sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) pada tahun 1964. Pada sesi Akademik 1963/1964, beliau bergerak aktif sebagai Yang Dipertua Persatuan hasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Setelah tamat pengajian, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur sehingga tahun 1974. Beliau seterusnya menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974. Dalam tempoh tersebut, Awang telah berjaya memperoleh ijazah Sarjana Pendidikan lari Universiti Malaya pada tahun 1967 dan ijazah kedoktoran dalam bidang ndidikan dan Sosiologi dari Universiti Stanford, California dan juga dalam sidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan dari Universiti Lancaster, United Kingdom. Beliau terus berkhidmat di Universiti Malaya bagai pensyarah sehingga tahun 1975. Karier dan kecemerlangan Awang terserlah apabila beliau dilantik sebagai Imbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya. Seterusnya, da tahun 1978 hingga 1980, beliau menabur bakti sebagai Pengarah Institut Teknologi Mara (sekarang dikenali UiTM), sehinggalah beliau kemudiannya dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1980 hingga 1984. Kemuncak kegemilangan beliau dalam dunia pendidikan dicapai pada tahun 1984 apabila Awang Had Salleh telah menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Jawatan ini dipegang beliau sehingga tahun 1989. Sejak 1996 - 2013, beliau merupakan 5
Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Awang Had Salleh meninggal dunia pada 1 Julai 2013 semasa berusia 79 tahun akibat komplikasi paru-paru. Dalam bidang akademik, beliau adalah penerima Honorary Doctorate of Laws (1986) dari Brock University, Canada. Pada bulan Ogos 1994, Awang Had mendapat pengiktirafan tertinggi dalam bidang akademik apabila dianugerahi Profesor Emeritus oleh Universiti Utara Malaysia. Beliau juga penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada bulan Julai 1999. Awang Had Salleh dianugerahkan sebagai Tokoh Kepimpinan 2006 pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-35 oleh YAB, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Sumbangan Awang Had Salleh Menghasilkan Penulisan Berkualiti dalam Bidang Sastera dan Budaya. Pada tahun 1966 beliau menghasilkan dua buah karyanya yang ulung iaitu kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975. Antologi cerpen beliau yang terkenal seperti Angin Retak, Tinta Pena dan Dongeng Merdeka. Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Memegang Jawatan Akademik Tertinggi di Pelbagai Universiti Dalam Negara. Bermula sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Universiti Malaya pada tahun 1975, kemudian dilantik sebagai Pengarah Institut Teknologi MARA pada tahun 1978 hingga 1980, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1980 hingga 1984, dan menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia dari tahun 1984 hingga 1989. Beliau merancang dasar pentadbiran universiti berkenaan sehingga kini seperti etika pelajar berpakaian kemas dan rapi di UUM sehingga sekarang. Pada tahun 1988 hingsa 1989 juga, beliau dilantik pula sebagai Penasihat Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan dari tahun 1989 hingga 1990, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1996 dilantik pula sebagai Pro-Canselor UPSI sehingga tahun 2013. Menghasilkan Buku-buku Teks Sekolah dan Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Awang Had Salleh juga dikenali kerana sumbangannya yang begitu banyak dalam menghasilkan buku-buku teks rujukan pelajar di pelbagai peringkat seperti prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Antara bukunya tersebut seperti buku Bahasa Malaysia pendekatan baharu / oleh Awang Had Salleh, Haji Mokhtar Mohd. Dom & Haji Abdul Razak Hamid : Fajar Bakti, 1978., Bimbingan bahasa Malaysia yang berkesan / wang Had Salleh & Abdul Samat Salleh: Fajar Bakti, 1975, Pelajaran dan persuruan Melayu di Malaya zaman British : DBP, 1974., Teman Pelajar Bahasa Malaysia KBSM / Awang Had Salleh & Abdul Razak Abu, 1997. 6
Menghasilkan Penulisan dan Laporan Khusus dalam Bidang Pendidikan dan Sosial dalam Negara Seperti Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia pada Tahun 1982. Beliau bertugas sebagai pengerusi laporan tersebut dan salah satu dapatan tersebut mendapati bahawa terdapat kelemahan dalam kalangan pelajar menggunakan bahasa Melayu daripada aspek morfologi, sintaksis dan semantik. Antara karya lain beliau yang utama ialah Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British: Dengan Rujukan Khas Kepada Sultan Idris Training College (1974), Malay Secular Education and Teacher Training in British Malaya: With Special Reference to The Sultan Idris Training College (1975), Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah (1980). Terlibat Aktif dalam Pelbagai Jawatankuasa Tentang Kemajuan Pendidikan dan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan. Awang Had Salleh merupakan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (1963 - 1964), Presiden Malaysian Association for Education (PERPEMA) (1975), Ahli Lembaga Jawatankuasa Istilah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1967 - 1969), kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa tersebut pada tahun 1975 hingga 1978. Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia (1993 - 1999), Karyawan Tamu Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (1995). 7
1.3 UNGKU AZIZ DITULIS OLEH : NUR AQILAH AMANI BINTI BADRUL HISHAM Latar Belakang Tokoh Profesor Diraja Ungku Aziz dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922. Beliau mempunyai darah kerabat diraja Johor menerusi bapanya Leftenan Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid yang pernah berkhidmat bersama Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ/JMF). Bapanya berdarah campuran Melavu dan Turki sementara bondanva Hamidah Abdullah adalah orang Inggeris. Profesor Diraja Ungku Aziz adalah lulusan dari Kolej Inggeris di Johor Bahru dan Sekolah Melayu di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Singapura di Kolej Raffles pada tahun 1951. Profesor Ungku Aziz mendapat ijazah doktor falsafah di Universiti Waseda (Tokyo, Jepun) pada tahun 1964. Profesor Diraja Ungku Aziz memulakan kerjaya beliau dalam pentadbiran negeri Johor. Dari 1952 hingga 1961, beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura). Beliau bercuti selama setahun apabila beliau mengetuai Majlis Bahasa dan Sastera Malaysia. Selepas tamat pengajian dari Universiti Malaya di Singapura, Ungku Aziz menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951. Bagaimanapun, beliau ditawarkan oleh Universiti Malaya Singapura sebagai pensyarah ekonomi dari tahun 1952 hingga 1961. Pada tahun 1961, Ungku Aziz kembali ke Tanah Melayu dan berkhidmat sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada Oktober 1968, beliau dilantik sebagai Naib Cancelor Universiti Malaya Kuala Lumpur bag menggantikan Dr J. H. E Griffiths dan berkhidmat selama 20 tahun. Dari tahun 1962 hingga 1965, beliau merupakan seorang Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Canselor. Profesor Diraja Ungku Aziz berkhidmat dari tahun 1968 sehingga tahun 1988. Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan monograf mengenai masalah sosial dan ekonomi di Malaysia. Beliau juga merupakan perunding untuk PBB Pertubuhan khusus ILO, UNESCO, Suruhanjaya Ekonomi PBB untuk Asia dan Timur Tengah. 8
Ungku Aziz mash lagi mengerahkan tenaganya untuk negara. Beliau telah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat dan terus terlibat di dalam banyak institusi kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Ungku Aziz telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan kepujian. Beliau dianugerahkan 'Profesor Diraja' pada 17 Jun 1978, oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang dianugerahkan gelaran tersebut. Antara anugerah dan kepujian lain yang diterimanya adalah seperti Ordre des Arts et des Lettres (Perancis), the Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (Malaysia) dan banyak lagi. Beliau merupakan tokoh besar yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau meninggal dunia pada 15 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Sumbangan Tokoh Menekankan Kepentingan Pendidikan kepada Bumiputera yang Miskin sebagai Agen Perubahan Ekonomi Dari sudut pendidikan, Ungku Aziz mengutamakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin di luar bandar. Pendidikan boleh menjadi mobiliti sosial tepada mereka dan keluarga, mengangkat mereka daripada kemiskinan ke kehidupan senang dan mampu bersaing di pasaran kerjaya malah dalam bidang sains dan teknologi dan sektor korporat. Mementingkan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Ungku Aziz merupakan penggerak penting dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 1956 di Johor Bahru dan Singapura. Dalam kongres kedua Dada 1954, nama Balai Pustaka dicadangkan ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP juga dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Tindakan beliau ini amat penting kerana Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran dan dijangka segala urusan menjadi lebih lancar dan mudah. Pembabitan aktif dalam kongres ketiga itu menjadi antara asas beliau dilantik oleh kerajaan sebagai Pengarah pertama DBP. Ketika itu jawatan Ketua Pengarah belum wujud. Pada 1970-an, sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu pada peringkat pendidikan tinggi, Ungku Aziz menggerakkan langkah pelaksanaan bahasa Melayu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau dibantu oleh Profesor Dr. Asmah Haji Omar dalam perancangan dan pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan di universiti itu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pelbagai bidang dimulakan dan dipesatkan. Mengasaskan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya yang Member Peluang Bumiputera dalam Bidang Sains dan Teknologi Pada 1971, bellau mengasaskan Pusat Asasi Sains di Malaysia bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur, yang membuka peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar yang miskin untuk menceburi bidang sains dan teknologi seperti bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan. 9
1.4 AMINUDDIN BAKI DITULIS OLEH : NOOR HUSNA ATHIRAH BINTI MAT ZAIN Latar Belakang Tokoh Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Kg. Batu Sembilan, Chemor, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik yang mempunyai guru yang berkemahiran tinggi. Aminuddin Baki belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941 (IAΒ, ΚΡΜ, 2018). Beliau digelar sebagai 'Bapa Pendidikan Moden Malaysia' (The Father of Modern education in Malaysia). Aminuddin Baki menunjukkan kepimpinan beliau dengan terlibat dalam aktiviti kepimpinan pelajar. Beliau mendapat inspirasi daripada Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada 11 Februari 1946, persatuan ini diubah menjadi kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu. Aminuddin Baki telah dilantik sebagai setiausaha persatuan ini. Di samping itu, pada bulan April 1946, beliau menubuhkan persatuan pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) vang bertujuan menyatukan pelajar-pelajar di negeri Perak. Cogan kata PERMI pelajar Terus Belajar' merupakan asas perjuangan PERMI bagi membentuk pemimpin masa hadapan. Pada bulan Oktober 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, di Singapura. Pergolakan politik negara dengan idea penubuhan Malayan Union telah menyemarakkan semangat juang pelajar Melayu ketika itu. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada Persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung GPMS) pada 15 Ogos 1948. GPMS ditubuhkan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan pelajar Melayu dan memperbaiki keadaan sosial dan akademik pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan pada masa itu. Pada bulan Oktober 1949, Aminuddin ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A). Pada masa yang sama, beliau telah mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo - Malay Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau telah lulus dalam pengajian di Universiti Malaya, Singapura. Beliau terus bergiat aktif dalam 10
GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan tersebut. Selepas menamatkan pelajarannya di Singapura, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, Aminuddin Baki telah berkhidmat di Sekolah Anderson, Ipoh. Beliau merupakan seorang guru yang cemerlang. Hal ini telah menyebabkan beliau dianugerahkan Queen's Scholarship dan kemudiannya Queen's Fellow untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London. Perjalanan beliau ke London adalah dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952 dari Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang dari London, beliau ditawarkan pula jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia yang muda iaitu 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang. Pada ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Penasihat Pelajaran atau dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan sekarang. Aminuddin Baki boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan Arab. Pada 26 November 2015, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran secara anumerta (selepas kematian) Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Aminuddin Baki yang membawa gelaran "Datuk Seri" sempena hari keputeraan baginda. Sumbangan Tokoh Bapa Pendidikan Malaysia Aminuddin Baki seorang tokoh pendidikan dan pejuang bahasa Melayu yang unggul sehingga dikenali sebagai 'Bapa Pendidikan Malaysia'. Beliau terkenal dengan penulisan esei kritikan yang lantang dan berani. Melalui catatan bertajuk 'Anak Kandung, Anak Angkat' yang tersimpan di Arkib Negara. Catatan bertulisan jawi beliau tersebut menggambarkan pandangannya terhadap survival nasib bangsa Melayu. Beliau memberikan peringatan kepada masyarakat Melayu supaya menjaga hak dan harta pusaka mereka dengan baik agar tidak tergadai di tangan penjajah dan kaum pendatang. Mempelopori Sistem Peperiksaan Awam Sistem peperiksaan awam ini telah diselaraskan untuk semua murid di negara kita. Aminuddin Baki merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan rantaian peperiksaan awam yang selaras di negara ini seperti peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963 bagi menyelaraskan hal ehwal peperiksaan tersebut. 11
Memperkenalkan Mata Pelajaran Sejarah Islam Aminuddin Baki telah memperkenalkan mata pelajaran Islam kepada guru- guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Beliau berusaha mendekatkan pemikiran guru-guru pelatih tentang soal ketuhanan dan falsafah Islam dalam pendidikan dan kerjaya keguruan. Melalui teknik dan pendekatan serta hujah-hujah yang bernas melalui pengetahuan keislamannya, beliau telah berupaya membuka minda dan cara berfikir pelajar-pelajar. Mencadangkan Diwujudkan Sekolah Kebangsaan Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Aminuddin Baki adalah sebuah sekolah yang menggabungkan semua kaum dan bangsa di bawah satu bumbung yang sama. Aminuddin sangat tidak bersetuju dengan sekolah vernakular yang terhasil daripada dasar pecah dan perintah pada zaman British. Aspirasinya untuk melihat sistem pendidikan yang melibatkan kanak-kanak pelbagai bangsa belajar di bawah satu bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu (The National School of Malaya). Cadangan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif, berkesedaran tinggi tentang perpaduan serta keharmonian kaum serta keilmuan yang tinggi dan mempelopori sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai misi dan visi. Mewujudkan Aliran Sains di Peringkat Sekolah Menengah Aminuddin Baki berusaha mewujudkan aliran sains di sekolah menengah beraliran Melayu bagi mempertingkatkan bilangan lulusan dalam kalangan orang Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti. Hasilnya, beliau berjaya melahirkan graduan Melayu daripada aliran Melayu dan aliran sains yang sebelum ini ketinggalan dalam sistem pendidikan penjajah. Terlibat dalam Penyediaan Penyata Razak (1955) dan Penyata Rahman Talib (1960) Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak. Beliau membangkitkan usul menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib. Menerbitkan 'Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin Baki 1962' Penyata ini merupakan hasil siasatan sebuah jawatankuasa yang dibentuk pada 20 Februari 1961 oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Encik Abdul Rahman bin Talib. Jawatankuasa yang diketuai oleh Aminuddin Baki menyiasat kelemahan pelajar-pelajar Melayu dalam pelajaran selepas merdeka terutamanya dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan. Dapatan penyata tersebut menunjukkan bahawa kemunduran pelajar-pelajar Melayu disebabkan sistem dan sukatan pelajaran penjajah Inggeris yang tidak sesuai digunakan. Penyata tersebut mencadangkan satu kajian perlu dilakukan selaras dengan perubahan kaedah pengajaran, pembelajaran dan kemajuan yang telah dicapai dalam dunia pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan. 12
Bertanggungjawab Memperkenalkan 'Gerakan Obor' Mulai 1964 Program ini diperkenalkan selepas tiga tahun beliau menjadi Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia. Gerakan obor merupakan siri ceramah beliau yang pertama hingga ketiga yang disiarkan menerusi Radio Malaysia. Aminuddin Baki menyuntik semangat anak bangsa supaya perlu bersemangat gigih dalam memajukan pelajaran dan terus mengejar ilmu. 13
1.5 TAN SRI DR. HAILI BIN DOLHAN DITULIS OLEH : NAURAH NAJIHAH BINTI MOHD AINUDDIN Latar Belakang Tokoh Tan Sri Dr Haili bin Dolhan merupakan anak kelahiran Sibu, Sarawak. Beliau dilahirkan pada 16 September 1952. Beliau bersekolah rendah di S.K Merpati Jepang, dan sekolah menengah pula di SMK Green Road, Kuching, Sarawak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Geografi, dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Durham, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan) Perancangan Sumber Manusia, dari Universiti Birmingham, United Kingdom. Tan Sri Dr Haili bin Dolhan mula terlibat dalam profesion keguruan pada 23 Jun 1970 di SMK Matu/Daru, Sarawak. Keseluruhannya beliau telah bertugas di 10 buah sekolah di sekitar Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan kerana pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti guru, guru penolong kanan, pengetua, memegang jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta Timbalan Ketua Nazir Sekolah Negeri Sarawak sehingga tahun 2005. Pada peringkat persekutuan pula, Tan Sri Dr Haili bin Dolhan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) serta jawatan terakhir beliau ialah sebagai Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebelum dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada 26 November 2013. Kecemerlangan dan ketokohan membolehkan beliau dianugerahi pelbagai pingat dalam perkhidmatan seperti Anugerah Tokoh Guru Sarawak 2014. Anugerah tertinggi yang diterima beliau ialah Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (2016) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Kerajaan Persekutuan. 14
Sumbangan Tokoh Bertanggungjawab dalam Perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) beliau terlibat aktif dalam Pelan Pendidikan yang bertujuan merealisasikan satu sistem pendidikan baharu Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Ini merupakan satu pandangan ke hadapan kerana berlakunya perubahan standard pendidikan antarabangsa yang meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Perkhidmatan Guru di Malaysia Sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), beliau bertanggungjawab dalam memastikan hal ehwal perkhidmatan guru di Malaysia seperti aspek pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib ke atas guru dan anggota kumpulan sokongan dalam perkhidmatan pendidikan dilaksanakan sebaiknya. Bertanggungjawab Mengawal Selia Kualiti Latihan Perguruan di Institut Pendidikan Guru Seluruh Malaysia Sebagai rektor IPGM, beliau bertanggungjawab dalam memastikan urus tadbir kampus-kampus IPG di seluruh negara berjalan dengan lancar dan mampu melatih guru-guru berkualiti untuk memenuhi keperluan unjuran guru terlatih dalam negara. 15
2.0 TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA 2.1 JOHN DEWEY DITULIS OLEH : NUR ATIE YUSMA BINTI MOHAMAD YUSOF Latar Belakang Tokoh John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermon, Amerika Syarikat. Bapanya bernama Archibald Dewey dan ibunya bernama Lucina Artemisia Rich. Dewey memasuki sekolah umum Burlington pada masa kecil. Oleh sebab kecerdasannya dalam pelajaran, pada umur 15 tahun, beliau diterima memasuki Universiti Vermont dan mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1879. John Dewey memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik setelah mendapat tawaran oleh sepupunya supaya menjadi guru di Pennsylvania, Amerika Syarikat selama 2 tahun. Beliau kemudiannya kehilangan pekerjaan tersebut setelah sepupunya meletakkan jawatan sebagai pengetua di situ. Namun, beliau terus mengajar di sekolah persendirian di Vermont. Oleh sebab minat beliau yang tinggi dalam bidang falsafah dan psikologi, beliau kemudiannya memasuki Universiti John Hopkins di Maryland dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1884. Pada tahun yang sama beliau menjawat jawatan sebagai pembantu profesor di Universiti Michigan. Pada tahun 1888, Dewey menjadi Profesor Falsafah di Universiti Minnesota selama setahun. Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke Universiti Michigan dan mengajar di sana selama 5 tahun. Kerjaya pendidikannya terus berkembang. Pada tahun 1894, Dewey menjadi ketua jabatan falsafah di Universiti Chicago sehingga tahun 1904 serta menjadi pengarah di sekolah pendidikan di universiti tersebut selama 2 tahun. Pada tahun 1904, beliau menjadi profesor Falsafah di Universiti Columbia. Pada tahun 1930, Dewey telah bersara daripada kerjaya keguruannya dengan dikurniakan Profesor Emeritus dari Universiti Columbia. John Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952 di New York ketika berumur 92 tahun. Sumbangan Tokoh Menulis Buku dalam Pelbagai Bidang Pendidikan Buku-buku Dewey yang terkenal adalah seperti My Pedagogic Creed (1897), The Primary-Education Fetich (1898), The School and Society, The Child and the Curriculum Democracy and Education Schools of Tomorrow (1915), Experience and Education (1938) dan lain-lain. Beliau menegaskan bahawa sekolah merupakan istitusi berlakunya reformasi sosial. Prinsip pendidikannya adalah mempercayai bahawa setiap kanak-kanak harus diberikan peluang yang mencukupi dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar harus disedarkan tentang keupayaan sendiri dan potensi untuk berbakti kepada masyarakat. 16
Bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Eksperimen (Laboratory Schools) di Universiti Chicago pada tahun 1894.Sekolah ini berperanan menjalankan kajian eksperimen atau praktikal tentang pendidikan rendah yang lebih pragmatik. Hal ini demikian kerana Dewey mendokong teori Pragamtisme dalam pendidikan serta reformasi pendidikan yang menyeluruh. Merupakan Presiden American Psychological Association (APA) pada 1999 dan American Philosophical Association pada 1905.Persatuan ini bertujuan bertukar pandangan antara ahli falsafah, menggalakkan karya kreatif dan penulisan akademik dalam falsafah, menjadi garis panduan penulisan profesional dalam falsafah dan psikologi serta menjadikan bidang safah dan psikologi sebagai cabang disiplin ilmu. Memperkenalkan Teori Pragmatisme dalam Falsafah Pendidikan beliau terkenal kerana memperkenalkan pendidikan progresif berdasarkan pengalaman pembelajaran sebagai sesuatu yang berharga. Teori Pragmatisme ini menekankan keperluan "learning by doing dan pengetahuan sedia ada dalam pembelajaran murid. Menurut beliau, murid belajar dengan lebih bermakna melalui pendekatan hands-on. Pelajar perlu mengadaptasi dengan persekitarannya dengan baik. Beliau menolak pendekatan teori Behaviourisme rana beranggapan teori ini tidak memadai untuk menerangkan proses pembelajaran murid yang lebih kompleks. Beliau menganggap pelajar adalah individu yang aktif dalam pembelajaran. Menekankan Interdisciplinary Curriculum, atau Kurikulum yang Menghubungkan Pelbagai Mata pelajaran dalam Proses Pembelajaran . Pelajar bebas bergerak dalam persekitaran bilik darjah progresif. Falsafah beliau ini mempengaruhi model pembelajaran eksperimen seperti pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning), kemahiran penyelesaian masalah (Problem Solving Skills) seperti yang dijalankan pada masa kini di bilik darjah. 17
2.2 AL-GHAZALI (HUJJATUL ISLAM) DITULIS OLEH : MUHAMMAD AFIQ SYUKRI BIN SAIFUL BAHRI Nama Imam Al-Ghazali sememangnya tidak asing lagi dalam lembaran sejarah Islam. Ketinggian ilmu yang dimilikinya menjadi ia sangat dikenali dan digelar Hujjatul Islam (pembela Islam) iaitu satu penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujahnya dalam membela agama Islam. Beliau turut dikenali dengan panggilan Algazel oleh masyarakat di barat. Beliau juga masyhur dengan bait-bait nasihat dan buku-buku karangannya yang menjadi rujukan hingga ke hari ini. Latar Belakang Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau dilahirkan pada tahun 450H bersamaan 1058M lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya, Ghazalah yang terletak di pinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi (Iran). Bapanya merupakan seorang tukang tenun kain daripada bulu kambing biri-biri atau dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal. Beliau juga digelar Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Pendidikan Al-Ghazali adalah seorang tokoh ulama yang tinggi ilmunya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu fikah. beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran Al-Asyaari atau Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama suf. Bapanya meninggal dunia semasa Al-Ghazali dan saudaranya Ahmad mash kecil namun sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkannya kepada sahabatnya yang miskin seorang guru dan ahli tasawwuf untuk pembelajaran kedua anaknya itu. Sahabat bapanya itu telah mendidik mereka berdua menulis dan kemudiannya menasihatkan Al Ghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi untuk menyambung pelajaran di sebuah madrasah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam al-Mulk. AI-Ghazali telah belajar ilmu figh daripada seorang alim yang bernama Al-Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani. Beliau juga telah mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab, serta telah berjaya menghafal isi al-Quran. Al-Ghazali kemudian ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili (469H) dan 18
kemudiannya berkahwin di sana sebelum pulang ke Tusi. Beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj, seorang suf terkenal. Seterusnya, Al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur (471H) dan belajar dengan Abu Alma' li Diyaauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Pelbagai cabang ilmu telah dipelajari daripadanya iaitu ilmu agama seperti fikah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehinggalah beliau memperoleh ilmu tentang pelbagai mazhab, perbezaan pendapat masing-masing dan beliau dapat menolak tiap-tiap aliran yang dianggap salah dan intelektualnya yang tinggi berupaya mengimbangi keilmuan gurunya itu. Beliau mula mengarang buku-buku dalam pelbagai bidang dan antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al-Mankhul. Beliau kemudiannya sebagai pengetua di Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad. Pada usianya baru 33 tahun. beliau diberi kepercayaan penuh menjadi ulama yang disegani di ibu kota kerajaan. Kemasyhuran beliau sebagai ulama, guru serta pemidato yang petah berucap tersebar dengan pantas. Kuliahnya semakin menarik perhatian para pelajarnya termasuklah beratus-ratus orang kenamaan dan terhormat turut menghadirinya. Sekitar 1095M, Imam Al-Ghazali meninggalkan kariernya dan Baghdad dikatakan untuk menunaikan haji di Mekah. Tokoh hebat itu meninggalkan segala kekayaan dan kariernya yang berada di puncak serta mewakafkan sebahagian hartanya dan sebahagian lagi untuk bekalan berkelana di Damsyik dan Jerusalem serta melawat Mekah. Jasa dan Sumbangan Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam. Beliau juga telah mengkaji pemikiran dan falsafah Yunani dan mengkritik hingga berjaya melemahkan pengaruh Yunani dalam alam pemikiran Islam. Beliau juga berjaya menghidupkan semula fahaman Islam dan meninggalkan taklid yang membuta tuli kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan sunah Rasulullah SAW. Beliau banyak menumpukan kepada usaha mengkaji hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih dengan cara sistematik. Namun, usaha murninya itu tidak sempat dihabiskan kajiannya. Antara sumbangan/jawatan Al-Ghazali ialah: (i) Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al-Mulk (ii) Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad dan Cawangan Naisabur (iii) Pendokong fahaman al-Asya'irah atau dikenali dengan nama mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama' ah (iv) Menolak fahaman ahli falsafah yang bertuhankan akal yang meresap dalam Ilmu Kalam (v) Pelopor / Mursyid kepada golongan suf (vi) Penulis : menghasilkan banyak kitab/karya dalam pelbagai bidang ilmu termasuk dalam bidang falsafah, mantiq, tasawuf, akhlak, kenegaraan. 19
Karya dan Penulisan Imam al-Ghazali Sepanjang hayatnya, Al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang antaranya Ihya' Ulum al-Din, Bidayah al-Hidayah, Mizan al-A 'mal (Timbangan Amal), Minhaj al-Abidin, Al-Mustasfa Min Usul al-Figh, Al-latisad Fi al-l'tiga dan lain-lain. Al-Ghazali meninggal dunia di Tusi pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111M. 20
2.3 IBNU KHALDUN DITULIS OLEH : NUR AQILAH AMANI BINTI BADRUL HISHAM Ibnu Khaldun seorang cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke- 14 merupakan pakar dalam pelbagai bidang antaranya sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi dan falsafah. Ibnu Khaldun dikatakan telah menghasilkan biografinya sendiri dengan baik bermula zaman kanak-kanaknya sehinggalah hampir penghujung hayatnya. Beliau merupakan sarjana Islam yang disegani seluruh dunia sehingga kini melalui peninggalan karya agungnya, al-Muqaddimah. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial. Latar Belakang Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad yang dilahirkan Tunisia pada 1332 Masihi dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Sejarawan Islam in berasal dari keluarga berada dan terpelajar yang membolehkannnya mendapatkan pendidikan yang terbaik. Pendidikan Guru pertamanya ialah bapanya sendiri yang mengajarnya tentang fiqh dan bahasa Arab. Ibnu Khaldun sudah dididik membaca al-Quran sejak kecil dan turut mempelajari himpunan hadis yang diiktiraf oleh Mazhab Maliki, asas akidah Islam, asas fiqh dan elemen tasawuf. Ibnu Khaldun mempelajari dan menghafal al-Quran di bawah tunjuk ajar Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunya Muhammad Ibni Sahr, manakala guru-guru Ibnu Khaldun dalam bidang hadis dan fiqh pula termasuklah Shams al-Din Muhammad al-Jabir dan Abd al-Salam al Hawwari. Beliau turut menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun lagi seperti ilmu logik, matematik, falsafah sains tabii dan metafizik. Selain itu, ilmu bahasa, biografi, sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga turut dipelajarinya. Penulisannya agak matang walaupun menulis ketika masih remaja dan ketika berusia 18 tahun, beliau terpaksa berhenti belajar akibat Tunisia ditimpa wabak taun (749H) dan kemudian kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya. Ilmuan terkemuka ini mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Keupayaannya memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi sangat dikagumi. Antara jawatan penting Ibnu Khaldun dalam negara: 21
(i) Berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah. (ii) Dilantik meniadi duta besar, menteri dan ahli majlis penasihat sultan (iii) Dilantik menjadi kadi di Mesir. (iv) Diberikan gelaran Waliyuddin oleh Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burquq (v) Guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. (vi) Dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Meskipun terkenal sebagai ahli sosiologi dan juga sejarah, Ibnu Khaldun turut menyumbang kepada bidang pendidikan. Pandangannya berkaitan pendidikan adalah hasil pengalaman dalam menuntut ilmu sehinggalah menjadi ilmuan yang dikenali. Buktinya kitab al-Muqaddimah yang dihasilkan menjadi rujukan penting sehingga ke hari ini dan sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (Abidin, 2017). Perincian karya agung Ibnu Khaldun Al- Muqaddimah: (i) Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar (Karya pertama Ibnu Khaldun) yang mempunyai tujuh jilid. (ii) Peringkat awal penulisan Muqaddimah sebagai penulisan mengenai sejarah orang Arab dan Barber tetapi turut mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi. (iii) Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Muqaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat. (iv) Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi. Ketinggian ilmunya terbukti dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ideanya berkaitan dengan peranan kerajaan diguna pakai sehingga ke hari ini yang mana baginya tugas kerajaan hanva terhad kepada: (i) Mempertahankan rakyatnya daripada keganasan (ii) Melindungi harta persendirian (ili) Menghalang penipuan dalam perdagangan dan (iv) Mencetak dan menguruskan penghasilan wang (v) Melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini. 22
2.4 MARIA MONTESSORI (ITALI) DITULIS OLEH : NOOR HUSNA ATHIRAH BINTI MAT ZAIN Maria Montessori merupakan pendidik dan doktor yang merupakan pengasas kepada model pendidikan montessori menggunakan kaedah yang pada awalnya untuk kanak-kanak istimewa (kategori terencat akal) dan menerapkannya kepada kanak-kanak biasa apabila mendapati ia berkesan dalam membantu perkembangan mereka Model ini telah digunakan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan disesuaikan supaya seiring dengan kriteria kurikulum tempatan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Latar Belakang Maria Montessori lahir pada 31 Ogos 1870 di Chiaravalle (Ancona), Itali. Ayahnya Alessandro Montessori bekerja sebagai pegawai Kementerian Kewangan di sebuah kilang tembakau yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Ilunya, Renilde Stoppani seorang yang berpendidikan tinggi dan merupakan cucu kepada ahli geologi dan ahli paleontologi Itali, Antonio Stoppani. Pendidikan Maria telah mendapat pendidikan di University of Rome La Sapienza Medical School dan merupakan siswazah wanita pertama yang menerima ijazah dari universiti tersebut. Beliau merupakan ahli kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan berminat untuk mengajar kanak-kanak istimewa (terencat akal) dan kanak- kanak yang tidak mampu belajar (uneducable) di Rom. Kerjaya Wanita hebat ini merupakan seorang pendidik berbangsa Itali, saintis, pakar perubatan dan ahli falsafah. Beliau juga seorang humanis yang menyokong gerakan kewanitaan dan merupakan pendidik awal kanak-kanak yang telah dicalonkan untuk menerima 'Hadiah Nobel Keamanan. Pada peringkat awal. kerja-kerja beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial yang kemudiannya berkembang merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh ke atas pendidikan (pendidikan untuk keamanan). Selama 40 tahun beliau mengembara ke serata dunia, memberi kuliah, penulisan dan menguruskan program latihan dan kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. 23
Jasa dan Sumbangan Pada tahun 1899, Maria terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak istimewa di Rom. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun bersama rakan- rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Beliau membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak serta menjalankan uji kaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa apabila mula melihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang diperkenalkannya kepada kanak-kanak istimewa tersebut. Maria berkeyakinan bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal. Bagi Maria, pendidikan seharusnya tidak hanya menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru dan mencari potensi yang terdapat pada seseorang manusia. Maria Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau dikenali Rumah Kanak-Kanak yang pertama, di Rom (1907). Kaedah Montessori mengalami turun naik dari segi sokongan sehinggalah pada 1960, Nancy McCormick Rambusch telah mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan mengasaskan Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1960. Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana keengganan untuk berkompromi dengan pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau kemudiannya berpindah ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga tahun 1936 dan berpindah pula ke Belanda sehingga tahun 1939. Semasa persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana selama tempoh peperangan. Kaedah Mengajar Maria Montessori Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka antaranya: i) semua kanak-kanak mudah untuk menerima pembelajaran (ii) semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif (iii) semua kanak-kanak ingin belajar (iv) semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja (v) semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan (vi) semua kanak-kanak ingin berdikari Penerbitan hasil kajian dalam jurnal AS, Science (29 September 2006) tentang keberkesanan kaedah pengajaran Montessori menunjukkan kanak kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan kemahiran akademik di "Montessori Children" berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama Pendidikan Montessori menggalakkan 24
kemahiran sosial dan akademik yang sama atau lebih dari yang digalakkan dari kawasan atau sekolah berlainan. Kaedah Montessori dalam pendidikan yang berasaskan pengalaman beliau ini telah dipraktikkan dengan jayanya ke atas kanak-kanak dan agak popular di serata dunia termasuklah Malaysia. Di Malaysia, tadika yang mengaplikasikan kaedah ini berbeza dengan tadika biasa yang mana pembelajaran mereka lebih fleksibel dan anjal kerana lebih memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa terikat kepada jadual waktu dan peraturan tadika. Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat yang autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup (Rohaty Mohd Majzub, 2012). Kelebihan pendidikan Montessori ini membolehkan kanak-kanak pandai bersosial dan juga lebih kreatif kerana telah didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak- kanak serta mampu memberikan keseronokan kepada kanak-kanak. Emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri. Montessori menghabiskan sisa hidup beliau di Belanda, yang mana menjadi ibu pejabat kepada Association Montessori Internationale (AMI). Maria Montessori meninggal dunia di Noordwijk, Netherland pada tahun 1952. 25
2.5 HAJI ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM AMRULLAH (HAMKA) DITULIS OLEH : NAURAH NAJIHAH BINTI MOHD AINUDDIN HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amullah juga dikenali sebagai Buya Hamka atau Pak Hamka merupakan penulis dan ulama terkenal Indonesia yang menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam pelbagai genre dan bidang ilmu meskipun tidak mendapat pendidikan tinggi secara formal dan hanya berbekalkan pengalaman hidup. Hamka juga merupakan seorang ulama, politikus dan pendidik yang amat disegani bukan sahaja di Indonesia malahan masyarakat di Asia Tenggara. Latar Belakang Hamka dilahirkan di Nagari Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908. Ayahnya dikenali sebagai Haji Rasul atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) dan ibunya bernama Siti Shafiyyah. Panggilan Buya atau Ayah diperolehi ketika hayatnya merupakan panggilan penghormatan masyarakat Minangkabau yang berasal daripada bahasa Arab. Hamka berkahwin dengan Siti Raham binti Endah Sutan selama 43 tahun sebelum isterinya meninggal dunia pada tahun 1972 dan memiliki 10 orang anak. Setelah kematian isterinya, Hamka kemudiannya berkahwin dengan Hajjah Siti Khadijah. Pendidikan Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2 serta dikatakan belajar di sekolah kampung SMKA Sultan Muhammad (belajar Sains Umum, literasi, numerasi) pada sebelah pagi dan belajar di Sekolah Diniyah pada sebelah petang. Ketika berumur 10 tahun pula, ayahnya membuka Thawalib iaitu sekolah fardhu ain di mana beliau belajar dan menguasai bahasa Arab dan tidak lagi menghadiri kelas di sekolah kampung. Beliau juga menjadikan cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya dan banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik seta menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan kepada bahasa Arab. Dikatakan perceraian kedua ibu bapanya kemudiannya menjadikan beliau budak nakal dari hari ke hari dan menimbulkan kemarahan bapanya. Beliau lebih lebih suka mengikut kata hatinya dalam mencari ilmu dan pengalaman. 26
Seawal usia 16 tahun beliau telah berhijrah dan menuntut pelbagai bidang ilmu di Tanah Jawa dan tinggal bersama bapa saudaranya serta mendapat peluang untuk mengikuti perbincangan dan latihan yang dianjurkan oleh gerakan-gerakan Islam, Muhammadiyah dan Sarekat Islam. Selain belajar dengan pergerakan Islam, beliau juga mengembangkan pandangannya tentang gangguan terhadap kemajuan Islam oleh pengkristianan dan komunisme. Ketika di Jawa, beliau aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan agama serta beliau belajar dengan Bagoes Hadikoesoemo, HOS Tjokroaminoto, Abdul Rozak Fachruddin dan ramai lagi tokoh-tokoh lain. Beliau telah mula berdakwah dan pernah merantau hingga ke Mekah untuk mendalami ilmu agama dan bahasa Arab serta berkesempatan menunaikan haji. Kerjaya dan Bidang Politik Selepas pulang dari Mekah, Hamka menjadi guru agama di Medan (1927) dan Padang Panjang (1929), Indonesia. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang (1957-1958) dan kemudiannya dilantik sebagai Rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustapo, Jakarta. Seterusnya beliau dilantik pula menjadi Pegawai Tinggi Agama (1951-1960) oleh Menteri Agama Indonesia. Ulama tersohor in mempunyai pelbagai jenis kepandaian dan kemahiran seperti mengarang, berkhutbah, ceramah, member syarahan dan kuliah subuh, membaca buku, tilawah al-quran serta sering kali menjadi pakar rujuk mengenai masalah keluarga dan urusan peribadi. Hamka juga merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Jasa dan Sumbangan Selain merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, antara penglibatan dalam bidang Politik dan Agama Hamka seperti: (i) Anggota parti politik Sarekat Islam Indonesia (1925) (ii) Menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan yang bertujuan untuk menentang kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia selain menyuarakannya melalui pidato dan syarahannya (1945) (iii) Ketua Front Pertahanan Nasional, Indonesia (1947) (iv) Anggota Konstituante Masyumi dan meniadi pemidato utama Pilihan Raya Umum 1955 beliau menjadi sebelum diharamkan oleh pemerintah Indonesia (1960) (v) Penglibatannya yang aktif dalam bidang politik sehingga berlaku salah faham dan dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro- Malaysia (1964-1966) (vi) Setelah dibebaskan menjadi ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia 27
(vii) Hamka juga aktif dalam gerakan Islam seperti pertubuhan Muhammadiyah iaitu bermula tahun 1925 bagi menentang khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat. Hamka merupakan aktivis politik dan penulis terkenal di nusantara termasuklah Malaysia dan Singapura. Penulisannya mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk falsafah, kesusasteraan, agama, tafsir, biografi, sejarah, sosiologi dan politik sama ada Islam atau barat. Darah seni yang diwarisi daripada ibunya menjadikan Hamka terkenal sebagai sasterawan terkemuka. Ilmu seni yang mengalir dalam darahnya diungkap dalam susunan pidatonya, tulisan ilmiah, tafsir al-Azhar, dan cerita-cerita rekaan beliau. Antara karya Hamka yang terkenal dan diulang cetak ialah Tafsir al-Azhar, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Anugerah yang diperoleh oleh Hamka antaranya Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir (1959), Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta (1960) dan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974). Anak yang dikatakan pada awalnya menjadi nakal kerana terkesan dengan perpisahan ibu bapanya in berakhir dengan menjadi seorang yang dikenang kerana ketinggian ilmu dan sumbangannya meskipun beliau telah lama tada. Buya Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 pada usia 73 tahun namun namanya tetap meniti di bibir rakyat Indonesia sehinggalah ke hari ini. 28
29