The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muziahmuhammad, 2021-11-15 03:26:03

PRINSIP DAN AMALAN PENGANGKUTAN LOGISTIK

NOTA LOGISTIK

Keywords: PENGANGKUTAN LOGISTIK

PENGENALAN KEPADA PRINSIP DAN
AMALAN PENGANGKUTAN

PENGENALAN KEPADA PRISIP DAN AMALAN PENGANGKUTAN

 Mendefinisikan pengangkutan.
 Menerangkan prinsip pengangkutan.
 Skala ekonomi
 Jarak ekonomi
 Menerangkan amalan pengangkutan
 Utiliti tempat
 Utiliti masa
 Menerangkan ciri-ciri perkhidmatan yang mempengaruhi khidmat pelanggan.
 Menerangkan perhubungan di antara pengangkutan dan aktiviti logistik/rantaian bekalan.
 Kos pengangkutan dalam aktiviti logistik
 Kesan aktiviti logistik
 Peranan pengangkutan dalam kualiti perkhidmatan.

















CIRI-CIRI PERKHIDMATAN YANG
MEMPENGARUHI KHIDMATA PELANGGAN



CIRI-CIRI PERKHIDMATAN PELANGGAN
YANG BAIK

 Perkhidmatan konsisten dari segi kualiti dan piagam yang ditetapkan.

 Perkhidmatan yang responsif – cepat memberi respon kepada urusan pelanggan.

 Perkhidmatan menepati piawai masa yang ditetapkan dalam piagam.

 Menyampaikan perkhidmatan dan maklumat yang tepat dan betul untuk
memudahkan urusan pelanggan.

 Kakitangan yang kompeten dan berkemahiran dalam menjalankan tugas masing-
masing.

 Arahan, borang dan panduan perkhidmatan mudah difahami dan tidak mengelirukan
pelanggan.

 Perkhidmatan yang mesra dan saksama kepada pelanggan tanpa mengira pangkat
dan kedudukan.

 Mendengar, memahami dan melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat.

 Sediakan ruang menunggu yang selesa, tempat duduk dan kaunter perkhidmatan
yang mencukupi serta tandas awam yang bersih.

 Sediakan kemudahan sokongan pelanggan seperti kantin, telefon awam, tempat
riadah kanak-kanak dan mesin ATM.

HUBUNGAN ANTARA PENGANGKUTAN &
LOGISTIK / AKTIVITI RANTAIAN BEKALAN













PERANAN PENGANGKUTAN DALAM
KUALITI PERKHIDMATAN (tambahan…)

 1. Mengelakkan Keadaan Lebihan dan Kurangan
Membantu menghantar barang-barang dari tempat yang mempunyai
lebihan ke tempat yang memerlukannya. Penawaran dan permintaan
barang-barang dapat di selaraskan dan harga dapat di stabilkan.
Keperluan dan kehendak manusia di merata-rata tempat dapat
dipenuhi.
 2. Mengurangkan Kos Penyimpanan Stok

Peniaga tidak perlu menyimpan stok yang banyak di gudang.
Kekurangan bekalan dapat di atasi dalam masa yang singkat dengan
adanya sistem pengangkutan yang baik. Belanja gudang seperti
sewa, insurans, dan upah juga dapat dijimatkan.

3. Menggalakkan Pengeluaran Secara Besar-besaran
Perluasan pasaran akan meningkatkan pengeluaran
secara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-
besaran ini akan mengurangkan kos seunit keluaran. Hal
ini menguntungkan peniaga.

4. Memperluas Pasaran dan Menggalakkan Perniagaan
Antarabangsa
Sistem pengangkutan yang berkesan dan murah
mebolehkan barang-barang diankut ke tempat yang
jauh dengan segera. Hal ini dapat meluaskan pasaran
dan menambahkan aktiviti perniagaan dalam negeri dan
antarabangsa.

5. Mengelakkan Pembaziran
Barang-barang lekas busuk seperti ikan, sayur-sayuran
dan buah-buahan dapat dipasarkan dengan segera. Hal
ini dapat mengelakkan pembaziran.

 6. Membantu Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan Negara
Sistem pengangkutan yang baik menggalakkan pertumbuhan aktiviti perkilangan, perlombongan, dan
pertanian. Hai ini mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran serta meningkatkan
pendapatan negara.

 7. Memudahkan Pergerakkan Tenaga Buruh
Buruh dari satu tempat boleh dibawa ke tempat yang lain. Hal ini dapat mengurangkan pengangguran dan
mengelakkan pembaziran tenaga buruh. Sistem pengangkutan yang cekap dapat mengatasi masalah
kekurangan buruh dalam negara dengan membawa buruh dari negara luar.

 8. Menggalakkan Pengaliran Modal dan Industri Pelancongan
Sistem pengangkutan yang cekap dan efisyen dapat meningkatkan pelaburan dalam negara. Industri
pelancongan juga dapat ditingkatkan apabila pengangkutan bertambah baik. Hal ini dapat meningkatkan
peluang pekerjaan pendapatan negara.

 9. Mempelbagaikan Pilihan Pengguna
Pengangkutan yang berkesan dan cekap dapat meningkatkan aktiviti import dan eksport dan ini dapat
meningkatkan pilihan pengguna. Pengguna bukan sahaja dapat menikmati barang dari dalam negara,
tetapi juga menikmati pelbagai jenis dan jenama barang-barang yang diimport.

Disediakan oleh:
 MOHD AZUAN BIN ALI
 IDA HARIANTI BINTI HASAN @ TALIB
 MUZIAH BINTI MUHAMMAD


Click to View FlipBook Version