The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kem kepimpinan peningkatan sakhsiah dan kecemerlangan 2016

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smarinam, 2016-08-17 20:44:27

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Kem kepimpinan peningkatan sakhsiah dan kecemerlangan 2016

SK KEDAI BULOH KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN PENINGKATAN SAKHSIAH DAN

KECEMERLANGAN
PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS

BIMBINGAN
2016

1.0 PENGENALAN
Kem ini dianjurkan oleh Unit Disiplin dan Pengawas serta Pusat Sumber SK Kedai

Buloh sebagai sebahagian daripada aktiviti yang telah ditetapkan di dalam takwim tahunan
sekolah 2016. Program ini akan melibatkan 40 orang bakal pengawas sekolah , 40 orang murid
bakal Pengawas PSS dan 18 orang pengawas bimbingan bagi sesi 2016. Tujuan utama
penganjuran program ini ialah memberi pendedahan pengendalian tugas serta melatih murid
sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab dan berwibawa. Selain itu, program ini
dijalankan sebagai panduan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang Pengawas sekolah , pengawas PSS dan juga pengawas bimbingan

Oleh yang demikian, program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam
kepimpinan, pengetahuan dan semangat kerjasama di antara Pengawas sekolah dan pengawas
PSS. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para pengawas
untuk menyumbangkan pendapat, idea dan hasil kreativiti mereka kepada sekolah, serta sesama
rakan sejawat. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang
dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama
sekolah .

2.0 TEMA
“ Pengawas Proaktif Pemangkin Kecemerlangan Sekolah ”

3.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman serta kelulusan daripada pentadbir SK Kedai Buloh
mengenai penganjuran Kem Kepimpinan bagi Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS dan
pengawas bimbingan peringkat sekolah. Program ini diharap dapat membentuk Pengawas
sekolah , pengawas PSS dan pengawas bimbingan SK Kedai Buloh yang berwibawa,
bertanggungjawab serta berdedikasi dalam menjalankan tugas.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan jati diri .
4.2 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang

mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.3 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Menyemarakkan komitmen yang tinggi dalam diri setiap pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0 ANJURAN

Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah , Pusat Sumber Sekolah serta Unit Bimbingan dan
Kaunseling.

6.0 SASARAN
40 orang pengawas sekolah , 40 orang Pengawas PSS dan 18 orang pengawas bimbingan sesi

2016 dari tahun 3, 4 & 5.
*Senarai nama dilampirkan di lampiran 1

7.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN
21 Januari 2016 (Khamis)

8.0 TEMPAT KEM DILAKSANAKAN CADANGAN TARIKH
21 Januari 2016
Dewan Terbuka Sri Buloh 24 Januari 2016

9.0 PERANCANGAN AKTIVITI

BIL. AKTIVITI
- Ceramah kepimpinan dan cabaran masa

1. kini
- Amali Tugasan

2. - Penyampaian Watikah

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Tuan Manaf b Tuan Mamat
Naib Pengerusi Guru Besar
Tn Hj Rashidi b Muda
Penyelaras Program PK Kurikulum
Setiausaha Puan Suriati bt Mahmud
Bendahari GPK HEM
Ahli Jawatankuasa Tn Hj Abdullah b Abas
GPK Kokurikulum
En Dzulhaimi b Muda
GPK Pend. Khas
YM Che Ku Mat b Che Ku Ibrahim
Ketua Unit Disiplin dan Pengawas
Pn Sh Marina bt Syed Muhammad
Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas
Pn Nur Syella Afika Moo bt Abdullah
AJK Unit Disiplin & Pengawas
Semua ahli Jawatankuasa Unit Disiplin dan Pengawas
Sekolah ,AJK PSS dan BimbingaN

11.0 JAWATANKUASA KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH , PENGAWAS PSS
& PENGAWAS BIMBINGAN

Penyelaras Program YM Che Ku Mat b Che Ku Ibrahim
Dokumentasi
En Alias b Jusoh ( Photografi)
AJK En Mohd Souffi b Ismail (Laporan)
Pn Nur Syella Afika Moo bt Abdullah

En Md Rani b Awang
En Amir Fuhairah b Mahamud
En Md Dzahir b Ariffin
En Mohd Syukri b Salam
En Rani b Sulong
En Mohd Zainuddin b Jusoh
Pn Sh Marina bt Syed Muhammad
Pn Che Zuwariyah bt Ramly
Pn Latifah bt Yusof
Pn Zaliha bt Mamat

12.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

Bil. Tugasan AJK Butiran Tugas
1. Penyelaras - YM Che Ku Mat b Che Ku - Memastikan perjalanan kem berjalan

Setiausaha / Ibrahim dengan lancar
2. Penolong - Memberi taklimat kepada murid
- Pn Sh Marina bt Syed - Menyediakan kertas kerja & buku
Setiausaha Muhammad
3. Urusetia program
- Pn Nur Syella - Mencatat minit mesyuarat
4 Dokumentasi - Pn Zaliha bt Mamat - Menyediakan surat pengesahan dan
- En Dzahir b Ariffin
Pengacara surat bagi ibu bapa murid
4 - En Alias( Photografi) - Makluman kepada peserta
- En Mohd Souffi (Laporan) - Penyediaan fail
Majlis - Pn Nur Syella - Mengambil gambar & rakaman yang
Penyediaan
5 - YM Che Ku Mat b Che Ku sesuai sepanjang kem
tempat Ibrahim - Membuat dokumentasi & menulis
6 Makanan
7 Watikah - En Md Rani b Awang laporan akhir kem
8 Amali - En Alias b Jusoh
- Pn Sh Marina bt Syed - Mengendali program ceramah

Muhammad - Menyediakan tempat yang kemas dan
- Pn Latifah bt Yusof peralatan yang mencukupi

- En Mohd Syukri b Salam - Menguruskan penyediaan makan
tengah hari untuk peserta
- En Amir Fuhairah b
Mahamud - Menyediakan watikah untuk
disampaikan kepada peserta
- Semua ajk
- Melatih murid bertugas mengikut
bidang

13.0 SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh bersama kutipan duit dari murid
2. Bantuan Ko Kurikulum (sahsiah)

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Item Bilangan RM5.00 x 98 orang Jumlah
RM100 x 2
1-Makan dan minum pseserta 98 orang RM490.00
2- Bayaran fasilitator 2 orang RM200.00

RM690.00

15.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat berterusan
kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber dan
Pengawas Bimbingan SK Kedai Buloh. Menyedari pentingnya keterampilan pengawas umumnya
dalam membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar SK Kedai Buloh, diharapkan kem
ini akan membantu pengawas dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program
ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua
pegawas sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah
yang semakin mencabar .

........................................................................
Disediakan oleh:
(PN SH MARINA BT SYED MUHAMMAD
Setiausaha Badan Disiplin

.................................................................
Disemak oleh;
(CHE KU MAT B CHE KU IBRAHIM)
Penyelaras Program

................................................................
Disahkan oleh;
(TUAN ABDUL MANAF B TUAN MAMAT)
Guru Besar


Click to View FlipBook Version