The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bil. Mesyuarat : 1/Tahun 2022
Tarikh : 14 Jun 2022 ( Selasa )
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Besar PPD Kinta Utara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORSYILA BINTI MAZLAN Moe, 2023-11-25 02:36:22

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH SEKOLAH RENDAH BIL.1/2022 DAERAH KINTA UTARA

Bil. Mesyuarat : 1/Tahun 2022
Tarikh : 14 Jun 2022 ( Selasa )
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Besar PPD Kinta Utara

1 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH SEKOLAH RENDAH BIL.1/2022 DAERAH KINTA UTARA Bil. Mesyuarat : 1/Tahun 2022 Tarikh : 14 Jun 2022 ( Selasa ) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Besar PPD Kinta Utara Pengerusi : Encik Mohd Hazawawi bin Yusof Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara Kehadiran : Seperti Lampiran. I PERUTUSAN PENGERUSI 1. Kata Alu- aluan 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dengan ucapan terima kasih. 1.2 Pembentangan MJKD kali ini akan akan distrukturkan semula. Para Guru Besar merupakan ‘Leaders Lead, Leaders Learn’ dalam kalangan warga pendidikan. Akan berlaku perkongsian amalan terbaik antara sekolah yang boleh diutarakan dalam mesyuarat ini. Jika isu itu ada persamaan, boleh dikongsi verifikasi atas isu yang wujud untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing. 1.3 Peringatan tentang isu yang telah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini telah diambil tindakan oleh pihak sekolah dan telah diselesaikan. 1.4 Pengerusi memaklumkan mesyuarat pada kali ini tidak lagi berbentuk “output presentation” atau pembentangan data semata-mata tetapi akan berfokus kepada outcome presentation. Makluman II PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil. 3/2021 pada 26 Januari 2021 telah disahkan.


2 III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2.1 Tiada perkara berbangkit 2.2 Semua maklum balas selesai (10/10) IV PEMBENTANGAN DAN SESI DIALOG 3. Status Semasa 3.1 Status semasa berkenaan sumber guru yang ada di Kinta Utara: 3.1.1 Status semasa sehingga 13 Mei 2022 - Di Kinta Utara, ada sejumlah 4407 orang guru daripada pelbagai gred dan jawatan. Ramai guru gred DG44 dan gred DG 48 yang merupakan golongan penggerak dan pembimbing. Pengerusi berharap lebih ramai Guru Besar gred DG52 dan gred DG54 pada masa akan datang. Makluman 3.1.2 Berdasarkan sumber guru yang ada di sekolah sekarang, pihak pengurusan sekolah perlu membuat analisis yang merangkumi beberapa elemen untuk diamalkan di sekolah dan bukan dilihat sebagai berasingan. Faktor-faktor tersebut yang akan mempengaruhi kecemerlangan kurikulum. Makluman 3.1.3 Pengerusi meminta para Guru Besar memikirkan tentang kepimpinan gred DG44 dan gred DG48 yang ada sekarang supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan. Guru Besar gred DG48 diminta dapat menjadi mentor dan pembimbing bagi menggerakkan Guru Besar gred DG44 serta Guru Besar lain dalam daerah Kinta Utara. Tindakan: Guru Besar DG48 3.1.4 Status semasa menunjukkan bilangan Guru Cemerlang sekolah rendah gred DG48 hanya ada 2 orang, Pengerusi


3 meminta agar pihak pentadbir menyebarluaskan makluman tentang keperluan Guru Cemerlang di daerah kita kepada guru di sekolah masing-masing dan menggalakkan guru memohon supaya kualiti kurikulum akan meningkat hasil perkongsian amalan terbaik dalam kalangan Guru Cemerlang di daerah. Tindakan: Guru Besar 3.2 Status semasa nisbah guru dan murid Sekolah Rendah di Kinta Utara: 3.2.1 Nisbah antara guru dan murid di Sekolah Rendah daerah Kinta Utara yang disarankan sehingga 13 Mei 2022 ialah 1:13. Namun, purata murid di dalam kelas di Daerah Kinta Utara ialah 1:32. Nisbah ini sangat besar dan pihak PPD telah mencadangkan kepada KPM untuk membina dua buah sekolah lagi di Daerah Kinta Utara bagi menampung lebihan murid di sekolah-sekolah yang berkepadatan tinggi. Makluman 3.3 Pengoperasian Standard 1 SKPMg2 2021 (Sekolah Rendah) - Sekolah perlu mencapai tahap kualiti yang disasarkan dan mempunyai eviden yang menyokong pencapaian tersebut. Terdapat 4 buah sekolah rendah yang mencapai skor 100%. Perkongsian Guru Besar yang mendapat 100% SKPMg2 Standard 1: 3.3.1 SJKC Hing Hwa - Pn Wong Mei Ling Guru Besar membuat Kajian Keperluan di sekolah, mendapat sokongan kuat daripada Lembaga Pengurus Sekolah dan mempunyai “Teamwork” yang baik dalam kalangan guru di sekolah merupakan kekuatan kepada Guru Besar untuk membuat penentuan hala tuju sekolah. Hal Ini memberi ruang kepada Guru Besar untuk memberi komitmen yang baik dalam menyusun sumber dengan cemerlang. Makluman 3.3.2 SK Rapat Setia - Pn Nor Hizan binti Abd Jalil Guru Besar Menyediakan Jadual pencerapan bagi guru-


4 guru. Fasa 1 guru membuat penilaian kendiri. Bulan Mei hingga Jun pencerapan PdPc dilaksanakan. Penambahbaikan dilakukan semasa PdPc guru. Pencerapan Fasa 2 pada bulan Julai hingga September. Penyerahan borang keberhasilan pula dibuat pada bulan Oktober. Makluman 3.3.3 SK Sri Klebang Guru Besar membuat perjumpaan berkala dan berbincang tentang pengajaran dan pemudahcaraan bersama penolong-penolong kanan dan pemantauan kepada guruguru bagi memastikan segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Makluman 3.4 Rumusan PAJSK Sekolah Rendah menunjukkan GPS Kokurikulum Daerah Kinta Utara adalah 2.71 (57.25%) dan secara puratanya, Daerah Kinta Utara berada pada Tahap C. Makluman


5 3.5 Data Kehadiran Murid Sekolah Rendah bagi 3 bulan pertama (rujuk data) 4. Isu Semasa dan Pencapaian yang dikesan 4.1 PBD - IMPAK CUP 2 & CUP 3 : Murid yang dikategorikan sebagai belum menguasai dan dikesan semasa CUP 2 dapat menguasai Tahap Penguasaan 3 selepas pelaksanaan CUP 3 dengan jurang penurunan yang tinggi. Makluman 4.2 Pihak sekolah perlu melaksanakan PBD dan penjaminan kualiti di sekolah dengan betul serta membuat tindak susul agar dapat memberi impak yang lebih besar kepada kemenjadian murid. Tindakan: Guru Besar


6 4.3 Senarai Sekolah PLaN Daerah Kinta Utara BIL KOHORT 1 (2020) BIL KOHORT 2 (2022) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. SK Rapat Jaya SK Pengkalan Pegoh SK Kuala Pari SK Guru Kalgidar SJKC Jelapang SJKC Tat Choi SJKC St.Michael All Angel SJKC Bukit Merah SJKC Tanah Hitam SJKC Gunung Hijau SJKC Yit Chee SJKT Kg Simee SJKT Methodist Ipoh SJKT Perak Sangetha Sabah SJKT Ladang Chemor SJKT Kerajaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. SK Seri Tanjung SK Pos Raya SK Cator Avenue SK Manjoi 2 SK Buntong SK Syed Idrus SK Pengkalan SK Dato’ Panglima Kinta SK Methodist Tanjong Rambutan SK Seri Kepayang SK Tasek SJKC Perak SJKC Phui Ying SJKC Min Tet SJKC Guntong SJKC Kg Tawas SJKT Taman Desa Pinji SJKT Menglembu SJKT Klebang 4.3.1 16 Sekolah PLaN Kohort 1 tidak melaksanakan program CUP 3 tetapi ada impak keberhasilan pencapaian murid dalam pelaksanaan program PLaN. Makluman 4.3.2 Sekolah PLaN Kohort 2 telah diumumkan dan baru mula mendapat penataran tetapi belum memulakan program di sekolah. Makluman 4.4 Isu, Intervensi dan Sasaran kepada Guru 4.4.1 Isu guru : Guru masih terikat dengan cara tradisional dalam PdPc dan tiada penggunaan kaedah pembelajaran terbeza. Makluman


7 4.4.2 Intervensi : Guru Besar perlu memaklumkan kepada guru untuk membudayakan PdPc berfokus dan terbeza sekurang-kurangnya 4/5 waktu dalam seminggu bagi setiap kelas. Bimbingan berkala dari SISC+ dan pegawai sektor pembelajaran akan diberikan. Tindakan: Guru Besar,SISC+ dan Sektor Pembelajaran 4.4.3 Sekolah yang menunjukkan keberhasilan yang tinggi dan pengurangan TP1 dan TP2 yang besar akan menjadi sekolah mentor. Menggunakan konsep school bearingIntellectual Discourse untuk menggerakkan SLT dan guruguru. Tindakan: Guru Besar 4.4.4 Sasaran - Semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik boleh menguasai PdP Terbeza secara total dengan merujuk buku panduan MoLIB. Makluman 4.5 Isu, Intervensi dan Sasaran kepada Murid 4.5.1 Isu Murid: Murid kurang menguasai kemahiran asas 3M dan pencapaian Tahap Penguasaan PBD berada pada tahap kurang memuaskan iaitu TP1 dan TP2. Makluman 4.5.2 Cadangan Intervensi : Penggunaan modul pendekatan berfokus dan terbeza dengan bimbingan guru mata pelajaran sepenuhnya serta penglibatan murid disediakan kepada 3 aras (aras asas, aras sederhana dan aras tinggi) mampu mengurangkan isu kemahiran asas 3M. Makluman 4.5.3 Sasaran - Pengurangan sekurang-kurangnya 50% pencapaian TP1 dan TP2 daripada Data Tahun 2021. Makluman


8 4.5.4 Cadangan Penambahbaikan serta keutamaan Kepada Murid - Milestone pengurangan 50% perlu disokong dengan Kekerapan Kunjung Bantu atau Bimbingan PPD, mengadakan Dialog Prestasi, PLC dan Intellectual Discourse serta pemilihan Sekolah Mentor sebagai perkongsian amalan terbaik. Tindakan: Sektor Pembelajaran dan Guru Besar 4.6 Tinjauan Tahap Penguasaan Guru Besar Tentang PBD Berdasarkan dapatan, Tahap Penguasaan Guru Besar tentang PBD adalah berada pada aras memuaskan kerana banyak aspek penting tentang PBD dalam kefahaman dan amalan Guru Besar. Makluman 5. Pelaporan Pemulihan Khas 5.1 Status semasa data murid Pemulihan Khas berakhir 30 April 2022: Enrolmen murid : 53 103 Jumlah keseluruhan murid pemulihan - 3,826 (7.2%) (Jumlah ini tidak termasuk murid Tahun 1 daripada 14 buah sekolah yang tidak mengisi maklumat berkenaan) Daripada jumlah tersebut: 2,789 (73%) - Sekolah Kebangsaan (SK); nisbah 1 guru 44 murid 743 (19.4%) - SJKC; nisbah 1 guru 21 murid 294 (7.6%) - SJKT; nisbah 1 guru 21 murid 5.1.1 Murid-murid ini perlu dikenal pasti dan dikumpulkan mengikut penguasaan konstruk agar memudahkan urusan menjalankan intervensi. Satu mekanisme atau strategi untuk meningkatkan konstruk murid perlu diambil oleh pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini. Tindakan: Guru Besar


9 5.2. Bilangan murid pemulihan khas Tahun 6 seramai 82 orang telah memberikan persoalan tentang bagaimanakah senario SPM 2027 jika kumpulan murid tidak dapat dipulihkan dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah mulai tahun 2023. 5.2.1 SK Cator Avenue mencadangkan pembentukan jawatankuasa pemulihan khas atau task force untuk merancang intervensi dan memilih kaedah terbaik menangani masalah murid tidak menguasai 3M. Tindakan: MGB dan Pegawai Pemulihan Khas 5.3 Cadangan dan intervensi (Way Forward PPD) ialah mengadakan Program Bestari 3M yang mensasarkan 82 orang murid tahun 6 yang masih dalam kelas pemulihan khas. Program ini akan dijalankan oleh Panitia Pemulihan Khas Daerah dengan KPI, tiada lagi murid berstatus pemulihan khas sebelum ke sekolah menengah 2023. Tindakan: Panitia Pemulihan Khas Daerah 5.4 Milestone untuk mencapai KPI Pemulihan Khas perlu disemak 3 bulan sekali. KPI yang disasarkan ialah 95% dan setiap 3 bulan KPI perlu mencatatkan pengurangan sebanyak 1.2%. Sekolah perlu meletakkan KPI pemulihan khas sekolah masing-masing bagi menyokong pencapaian KPI Daerah ini. Tindakan: Guru Besar 5.5 Berdasarkan laporan Pengoperasian SKPMg2 3.1.2.2 tahun 2021 di 31 Sekolah Fokus Prestasi Pemulihan Khas Kinta Utara, terdapat sekolah yang masih rendah pencapaiannya. Pengerusi mendapatkan maklumat perancangan Guru Besar untuk memastikan pencapaian sekolah meningkat. 5.5.1 SJKC Pasir Pinji 2 - Sekolah melaksanakan LADAP kepada guru-guru untuk meningkatkan kompetensi mereka. Guru juga diminta menjalankan Pembelajaran Terbeza dan Modular di dalam kelas.


10 Makluman 5.5.2 SJKC Yit Chee - Hanya terdapat 13 orang guru di sekolah ini.Guru Besar dan Penolong Kanan akan memberi bimbingan secara individu kepada guru yang mempunyai masalah. Makluman 5.6 Rumusan dan tindakan: 5.6.1 Tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah: Mengenalpasti pasti kekuatan dan kelemahan murid pemulihan khas untuk menjalankan intervensi dan ujian pelepasan berkala mengikut penguasaan kemahiran semasa murid serta mengadakan program khas kepada mantan-mantan murid pemulihan khas. Tindakan: Guru Besar 5.6.2 Tindakan yang perlu diambil oleh MGB Mengukuhkan Peranan Panitia Pemulihan Khas Daerah dengan merancang aktiviti Pemulihan Khas melalui kelompok yang telah ditentukan dalam Daerah Kinta Utara. Tindakan: MGB 5.6.3 Tindakan yang perlu diambil oleh PPD Memantapkan sokongan profesional PPD: i. Kunjung Bantu & Bimbingan Pengurusan Pemulihan Khas. ii. Meningkatkan kompetensi Guru Pemulihan Khas dalam merancang dan melaksanakan gerak kerja yang berfokus dan berimpak tinggi. Tindakan: Pen. PPD Pemulihan Khas


11 V. HAL-HAL LAIN 6. Makluman Isu Semasa daripada Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, En. Zaherin bin Rahmat 6.1 Program Jom ke Sekolah akan dilancarkan di peringkat negeri oleh JPN di SMK Bandar Baru Putra. 6.2 Sistem E-Kehadiran secara luar talian telah dibangunkan untuk diisi oleh pihak sekolah sebagai satu langkah bagi PPD menyusun intervensi di peringkat sekolah dan daerah. Daripada sistem ini, sekolah boleh fokus kepada kelas-kelas yang menghadapi masalah kehadiran. 6.3 Pelantikan Ketua kelompok, pengerusi atau pengelola program akan diselaraskan supaya tiada pertindihan tugas dan diseimbangkan antara semua kelompok dan sekolah. Buku Pengurusan Kokurikulum telah diberikan kepada semua PK Kokurikulum Sekolah semasa Taklimat Pengurusan PK Kokurikulum pada 13 Jun 2022 di SMK Jelapang Jaya, supaya dapat dirujuk tentang semua urusan Kokurikulum di sekolah. Makluman 7. Makluman Isu Semasa daripada Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Pn. Siti Rahayu binti Ramlee 7.1 Sistem e-gtukar dibuka sepanjang tahun untuk diisi oleh para guru yang ingin memohon pertukaran. 7.2 Bagi kes sekolah yang ada gurunya mengerjakan haji bagi tahun ini, mohon pihak sekolah buat segera permohonan guru ganti. Tindakan perlu disegerakan kerana ada guru Mystep yang masih boleh mengisi kekosongan yang berkenaan. Ini termasuklah untuk guru ganti sakit, guru cuti bersalin, dan kekosongan guru.


12 7.3 Status PBPPP - Puan Timbalan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang menilai kerana sehingga tarikh ini, Kinta Utara telah capai 100% pengisian fasa 1. 7.4 Perjumpaan profesional bersama Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Yang Berusaha Encik Aznan bin Haji Alias akan diadakan pada 15 Jun 2022 di SMK Yuk Choy. Kehadiran semua Guru Besar adalah wajib dengan etika pakaian yang telah ditetapkan iaitu “lounge suit” hitam serta bertali leher merah untuk lelaki dan bertudung merah untuk perempuan. 7.5 Hari Guru Peringkat Daerah akan diadakan pada 27 Jun 2022 di MH Hotel. Semua Guru Besar dikehendaki hadir mengikut ketetapan masa yang akan diberitahu secara rasmi. 7.6 Program pembangunan guru baharu sedang diadakan bermula 14 hingga 15 Jun 2022 di Dewan SMKJelapang Jaya. Semua guru baharu telah dipanggil untuk mengikuti program ini namum ramai guru tersebut terdiri daripada guru sekolah menengah. 7.7 Potret gambar pengarah dipanjangkan kepada semua sekolah di Kinta Utara. Pihak sekolah boleh mula mengambilnya daripada En. Hasri bin Md. Ishak, Penolong PPD Pendidikan Swasta merangkap Pegawai Perhubungan PPD bermula hari ini. Satu sekolah akan menerima satu poster. 7.8 Puan Timbalan memaklumkan bahawa kunjung bantu dan pemantauan daripada pihak Pengurusan Sekolah dibuat dari semasa ke semasa yang memberi penekanan kepada isu kehadiranguru dan AKP (semakan GB) serta semakan jadual waktu kelas dan guru. Makluman


13 8. Makluman Isu Semasa daripada Yang Menjalankan Tugas Timbalan Sektor Pembelajaran, En. Jamaludin bin Abu Kassim 8.1 Pelantikan Ketua Panitia Daerah - Surat pelantikan daripada PPD akan diberikan pada akhir sesi mesyuarat hari ini kepada Guru Besar yang berkenaan. Pelantikan sebagai Ketua kelompok dan Ketua Panitia akan diselaraskan dengan program bawah seliaan Sektor Pembangunan Murid (KOKO) supaya tiada agihan tugas dan tanggungjawab yang berlapis dan tidak seimbang dalam kalangan kelompok. 8.2 Kehadiran MJKD - mohon para Guru Besar menyemak semula kehadiran manual yang disediakan dan tetap mendaftar secara atas talian (QR Kehadiran) supaya boleh diselaraskan dengan penulisan minit. Makluman 9. Cadangan daripada Guru Besar SK Cator Avenue, Encik Ahmad Zahudi bin Abdul Aziz. Pelantikan Ketua Kelompok atau Panitia sewajarnya mengikut kemampuan atau kepakaran yang ada di sesuatu sekolah bagi menghasilkan kerja yang lebih efisyen. Tindakan: Sektor Pembelajaran 10. Puan Hjh. Azizah binti Salleh, Guru Besar SK Sri Kinta memohon kerjasama PPD membantu mengenal pasti penyelia syarikat pembersihan SK Sri Kinta kerana syarikat tidak pernah membuat claim bayaran sejak mula beroperasi pada 1 April. Pekerja dibekalkan tidak mencukupi iaitu 4/5 orang. 3 orang tukang cuci (P) dan seorang tukang kebun yang telah berusia 67 tahun dan mempunyai penyakit jantung. Seorang tukang cuci telah berusia 60 tahun tidak boleh membuat kerja berat.Peralatan untuk pembersihan juga tidak dibekalkan. Tindakan: Pn. Nooraisah bt. Zulkifly ,Penolong Pegawai Tadbir


14 11. Peringatan daripada Pegawai SISC+ Bahasa, Pn Jayanthi Program HIP di sekolah adalah proses penggunaan Bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dalam kalangan warga sekolah. Penyelaras program mestilah terdiri daripada Panitia mata pelajaran lain manakala Panitia Bahasa Inggeris hanyalah sebagai penyokong. Makluman VI PENUTUP Pengerusi membacakan rumusan mesyuarat dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Besar. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Urus Setia, Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara 14 Jun 2022


15 LAMPIRAN KEHADIRAN MJKD SR BIL 1 / 2022 Hadir : 1 2 Tuan PPD Daerah Kinta Utara Pengerusi Mesyuarat (TUAN MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF) Timbalan PPD Sektor Perancangan (ENCIK ZULKAFLI BIN MOHAMED MOKHTAR) 3 Timbalan PPD Sektor Pembelajaran (ENCIK JAMALUDDIN BIN ABU KASSIM) Menjalankan Tugas 4 5 Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah (PUAN SITI RAHAYU BINTI RAMLEE) Timbalan PPD Pembangunan Murid (ENCIK ZAHERIEN BIN RAHMAT) 6 SIP+ (ENCIK FAZUL BIN YUSOF) 7 SIP+ (PUAN AZARINA BINTI ALIAS) 8 SIP+ (ENCIK MAHBUD BIN ABD FATAH) 9 SIP+ (PUAN ZURAIDA BINTI AHMAD KHULAIMI) 10 Guru Besar SK Wira Jaya (PUAN CHE ROSNANI BINTI ISMAIL) 11 Guru Besar SK Tasik Damai (PUAN FARIDATULHANUM BINTI HAMZAH) 12 Guru Besar SK Tasek Dermawan (PUAN NORZIE BIN ABDUL AZIZ) 13 Guru Besar SK Tasek (PUAN FATIMAH BINTI YAHAYA) 14 Guru Besar SK Tarcisian Convent (PUAN HALIMATUS SADIAH BINTI MOHD SHARIF) 15 Guru Besar SK Tanjong Rambutan (EN JASMANEY BIN SAIDIN) 16 Guru Besar SK Tanah Hitam (PUAN NOOR HAYATI BINTI ABD RAHMAN)


16 17 PK Pentadbiran SK Tambun (PUAN FADZILAH BT ZULKAFLI) Wakil 18 Guru Besar SK Taman Bersatu (PUAN ANIZA BT ZAKARIA) 19 Guru Besar SK Syed Idrus (PUAN FAUZIAH BINTI ZUN) 20 Guru Besar SK Sungai Raya (PUAN RUSUHAIZA SULAIMAN) 21 Guru Besar SK Sungai Rapat (PUAN SITI ROHAYAH BINT HAJI AHMAD) 22 Guru Besar SK St Michael (ENCIK TAN KOK LEONG) 23 Guru Besar SK Sri Kinta (PUAN HJH AZIZAH BT SALLEH) 24 Guru Besar SK Simpang Pulai (ENCIK MOHD SHARIMAN BIN IDRIS) 25 Guru Besar SK Silibin (ENCIK JALALUDIN BIN ISMAIL) 26 Guru Besar SK Sg Rokam (ENCIK YUSRI BIN MOHAMAD ABDUL) 27 Guru Besar SK Seri Tanjung (ENCIK ZULFIKRI B MAT HANIF) 28 Guru Besar SK Seri Mutiara (PUAN NORAINI BINTI ABDUL RAZAK) 29 PK Pentadbiran SK Seri Kepayang (PUAN JULIANA BINTI WAHID) Wakil 30 Guru Besar SK Seri Kelebang (ENCIK AHMAD AZAHAR BIN SHAHARUDIN) 31 Guru Besar SK Seri Ampang (ENCIK BADRUL HISHAM YUSOFF) 32 Guru Besar SK Rapat Setia (PUAN NOR HIZAN BINTI HJ ABD JALIL) 33 Guru Besar SK Rapat Jaya (PUAN NASEHA BINTI AHMAD)


17 34 Guru Besar SK Raja Perempuan (PUAN MUSZALIPAH BINTI AHMAD YAHYA) 35 Guru Besar SK Raja Dihilir Ekram (ENCIK FADZIR BIN SHAHARUDDIN) 36 PK Pentadbiran SK Raja Chulan (PUAN NUR FARAHIYAH BT ABD HAMID) Wakil 37 Guru Besar SK Pusing (ENCIK AZMI BIN MAT ADAM) 38 Guru Besar SK Pos Raya (ENCIK MEGAT MOHAMAD KASIM BIN MEGAT ARIFIN) 39 Guru Besar SK Pinji (ENCIK YUSOF B YEOP YUNUS) 40 Guru Besar SK Perpaduan (PUAN ROKIAH BT BAKAR) 41 SK Perempuan Methodist (PUAN PEGGY WONG ) 42 Guru Besar SK Pengkalan Pegoh (ENCIK HASRI BIN YONG) 43 Guru Besar SK Pengkalan (PUAN SURYATI OTHMAN) 44 Guru Besar SK Pendidikan Khas Ipoh (PUAN RAFIDAH BINTI ABDUL AZIZ) 45 Guru Besar SK Pasukan Polis Hutan (PUAN HJH ASIAH BT MOHAMAD SANI) 46 Guru Besar SK Pakatan Jaya (PUAN NORHAN BIN SUID @ SHUIB) 47 Guru Besar SK Methodist Tg Rambutan (ENCIK AZMAN BIN TAHIR) 48 Guru Besar SK Methodist ACS (ENCIK CHAN YEW KONG) 49 Guru Besar SK Meru Raya (PUAN FARASMINI BINTI OMAR) 50 Guru Besar SK Marian Convent (PUAN HINDON BINTI WAHID)


18 51 Guru Besar SK Manjoi Satu (PUAN NORMAH BINTI ISMAIL) 52 PK Pentadbiran SK Manjoi Dua (PUAN ROHANI BT MAT ZAMAN) Wakil 53 Guru Besar SK La Salle (PUAN NORHISHAM ABD SHUKOR) 54 Guru Besar SK Kuala Pari (PUAN AZIMAH BINTI MOHD ZAIN) 55 Guru Besar SK Klebang Jaya (ENCIK MUHAMAD KASIM BIN MAT RADZI) 56 Guru Besar SK Kampong Pasir Puteh (PUAN AMNAH BINTI JALALUDIN) 57 Guru Besar SK Jelapang Jaya (PUAN NOR ASIAH BINTI AHMAD) 58 Guru Besar SK Jelapang (ENCIK NOOR AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN) 59 Guru Besar SK Jati (ENCIK ARZUANG BIN MAMAT) 60 Guru Besar SK Jalan Pegoh (ENCIK KAMSON BIN MISNI) 61 Guru Besar SK Jalan Panglima Bukit Gantang (PUAN SITI ZAUYAH BINTI ABD.HAMID) 62 Guru Besar SK Ho Seng Ong Methodist (ENCIK AHMAD KHAIRI BIN CHE ZABERI) 63 Guru Besar SK Haji Mahmud (ENCIK IBRAHIM BIN PUTEH) 64 Guru Besar SK Guru Kalgidhar (ENCIK CHRISTOPHER LOUIS) 65 Guru Besar SK Dato’ Ahmad Said Tambahan (PUAN NOORHAYATI BINTI SAHA@SAHARUDDIN) 66 Guru Besar SK Dato' Panglima Kinta (PUAN NOR AZETI BINTI FADZIL) 67 Guru Besar SK Coronation Park (ENCIK FAZLI BIN MOHD ZAIRY @ KHAIRI)


19 68 Guru Besar SK Convent (PUAN ASLINDA BINTI SAARI) 69 Guru Besar SK Chepor (PUAN NORZILAH BINTI MOHD TAIB) 70 Guru Besar SK Cator Avenue (ENCIK AHMAD ZAHUDI BIN ABDUL AZIZ) 71 Guru Besar SK Buntong (DR INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU) 72 Guru Besar SK Bandar Baru Putera (ENCIK ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLI) 73 Guru Besar SJKT Tanjong Rambutan (PUAN SUNTHARI A/P SHANMUGADASS) 74 Guru Besar SJKT Taman Desa Pinji (PUAN JOTHY A/P MARUTHAN) 75 Guru Besar SJKT St Philomena Convent (PUAN SUNDI @ SANDI A/P ARUMUGAM) 76 PK Pentadbiran SJKT Perak Sangeetha Sabah (ENCIK SHANMUGAM A/L SUBRAMANIAM) Wakil 77 Guru Besar SJKT Methodist (ENCIK VEJAYAN A/L SINNAPAIAN) 78 Guru Besar SJKT Menglembu (PUAN KOGILAVANEE A/P MUNIANDY) 79 Guru Besar SJKT Ladang Strathisla (PUAN MARIAYEE A/P SUBRAMANIAM ) 80 Guru Besar SJKT Ladang Chemor (PUAN KARPPAGAVALLI A/P NADESAN) 81 Guru Besar SJKT Ladang Changkat Kinding (PUAN SARAH ANBUMALAR A/P PAKIANATHAN) 82 Guru Besar SJKT Klebang (PUAN PATHMANI DORAISINGGAM) 83 Guru Besar SJKT Kerajaan (ENCIK G.VALLIAPPAN) 84 Guru Besar SJKT Kampung Simee (ENCIK JAYA KUMAR SABAPATHY)


20 85 Guru Besar SJKT Gunong Rapat (PUAN MARIAMAL SURINARAYANAN) 86 PK Pentadbiran SJKT Chettiars (PUAN NALLINA A/P RAMAKRISHNAN) Wakil 87 Guru Besar SJKC Yuk Choy (ENCIK TAN CHEE MING) 88 Guru Besar SJKC Yuh Hua (LOH MEE WAN) 89 Guru Besar SJKC Yit Chee (CHOONG YIEN KEONG) 90 Guru Besar SJKC Wan Hwa 2, (HOW CHOON FAH) 91 Guru Besar SJKC Wan Hwa 1, (FONG SOOK FUN) 92 Guru Besar SJKC Tat Choi (LOOI TIN HOONG) 93 Guru Besar SJKC Tanah Hitam (LEE HAW KIN) 94 Guru Besar SJKC St Michael & All Angels (LEOW CHAI KUAN) 95 Guru Besar SJKC Sam Tet (ENG LEE WAH) 96 Guru Besar SJKC Sam Chai (PANG HEAN HOCK) 97 Guru Besar SJKC Poi Lam (HUI SING MUN) 98 Guru Besar SJKC Perak (PUAN CHAI SOO BEE) 99 Guru Besar SJKC Pei Cheng (CHEAH KIT JENG) 100 Guru Besar SJKC Pasir Pinji 2 (CHAN SIEW YOON) 101 PK Pentadbiran SJKC Pasir Pinji 1 (PUAN CHAI LAI YIN) Wakil


21 102 Guru Besar SJKC Papan (PUAN LEE SUET MEI) 103 Guru Besar SJKC Min Tet (HO PAK YOON) 104 Guru Besar SJKC Min Sin (NG KIT CHEE) 105 Guru Besar SJKC Lahat (LAU WENG HENG) 106 Guru Besar SJKC Kuala Kuang (WONG TENG YEE) 107 Guru Besar SJKC Kg Tawas (LAI AH ENG) 108 Guru Besar SJKC Jelapang (OH KING CHONG) 109 Guru Besar SJKC Hing Hwa (WONG MEI LENG) 110 Guru Besar SJKC Guntong (ONG YEW GUAT) 111 Guru Besar SJKC Gunong Rapat (WOO YEE CHING) 112 Guru Besar SJKC Gunong Hijau (SEOW CHEE YUAN) 113 Guru Besar SJKC Chung Tack (CHEAH KOOI KIM) 114 Guru Besar SJKC Chung Shan (ONG SIEW YOKE) 115 Guru Besar SJKC Chong Hwa (LIM TENG SEONG) 116 Guru Besar SJKC Changkat Kinding (FU LEE KUAN) 117 Guru Besar SJKC Bukit Merah (OW KEE HUAH) 118 PK HEM SJKC Bercham (CHAN CHEE SIANG) Wakil


22 119 Guru Besar SJKC Bandar Seri Botani (TAN LEE WAH) 120 Guru Besar SJKC Ave Maria Convent (HO YIN FUN MARY) 121 Guru Besar SJKC Phui Ying (WONG BEE LEI) Turut Hadir 122 Pegawai SISC+ (PUAN HJH. NORHAINI BINTI ABDUL AZIZ) 123 Pegawai SISC+ (TUAN HJ. AHMAD SALEHIN BIN SHAARI) 124 Pegawai SISC+ (TUAN HJ. JAMALUDDIN BIN YAHAYA) 125 Pegawai SISC+ (PUAN BONSU AMIN BINTI SAHIMAN) 126 Pegawai SISC+ (PUAN JULIANA BINTI SHAHARUM) 127 Pegawai SISC+ (PUAN RA’BANIAH NOR BINTI HAMDAN) 128 Pegawai SISC+ (PUAN HATIMAH BINTI MAT) 129 Pegawai SISC+ (PUAN NORSYILA BINTI MAZLAN) 130 Pegawai SISC+ (PUAN VIJAYALACHEMY A/P SUBRAMANIAM) 131 Pegawai SISC+ (PUAN JULIANA BINTI ALI) 132 Penolong PPD Pemulihan Khas (PUAN AZLINA BINTI IBRAHIM LASTAR) 133 Penolong PPD Pemulihan Khas (ENCIK MOHD MUBARAK BIN HJ HUSIN) 134 Penolong PPD Pemulihan Khas (ENCIK MOHD ERUAN NORDIN BIN MAHAMAT BAHARUDDIN)


23 135 Penolong PPD Pendidikan Khas (ENCIK MOHD SYUKRI BIN ABDUL RAHMAN) 136 137 138 139 140 Penolong PPD Pendidikan Khas (PUAN LEE WAI YIN) Penolong PPD Pendidikan Islam (PUAN RAIHAN HAMIZA BINTI JALALUDIN) Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan (PUAN MAIZATUL SAFINA BINTI ZAINUDDIN) Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan (CIK IRMA BINTI ZAHARUDDIN) Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan (ENCIK ZULHUSNI BIN SALLEH)


Click to View FlipBook Version