buletin PUSAT TAMHIDI USIM e1 Januari 2023 – 15 Julai 2023
ISI K A N D U N G A N • Sidang Editorial . . . . . 1 • Aluan Dekan Pusat Tamhidi . . . . . 2 • Visi, Misi & Objektif Pusat Tamhidi . . 2 • Organisasi Staf 2023 . . . . . 3 • Organisasi SPT 2022/2023 . . . . . 5 • Fakta & Angka • Hal-Ehwal Staf • Hal-Ehwal Pelajar • Aktiviti Promosi • Galeri SIDANG E D I T O R I A L Sidang editorial ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menghasilkan e-buletin pada kali ini. Dengan izin-Nya dan sokongan dari staf pentadbiran, Jawatankuasa Pusat Tamhidi 2023 dan juga Sekretariat Pusat Tamhidi 2022/2023, e-buletin ini dapat dihasilkan. Matlamat utama adalah untuk tujuan dokumentasi program sebagai rujukan pada masa hadapan. Untuk edisi kali ini, ianya melibatkan program dari Tarikh 1 Januari 2023 sehingga 15 Julai 2023. Diharapkan agar e-buletin ini memberi manfaat kepada semua warga Tamhidi dan menjadi pemangkin agar lebih banyak lagi programprogram dapat dilaksanakan di Pusat Tamhidi. Jawatankuasa Web dan Info Digital Pusat Tamhidi 2023 Cik Laila Pn. Khadijah En. Shukri Dr. Haslinawati Dr. Ummu-Hani
” “ Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam e-buletin Pusat Tamhidi USIM untuk edisi kali ini. ALUAN D E K A N Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Web dan Info Digital 2023 kerana berjaya menyiapkan e-buletin ini dengan jayanya. Dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi akhirnyay usaha murni yang telah dirancang berjaya direalisasikan. Usaha ini secara tidak langsung telah membuktikan kesungguhan warga Pusat Tamhidi dalam menghasilkan dokumentasi yang berkualiti sebagai rujukan pada masa hadapan. Semoga penghasilan e-buletin ini akan dijadikan salah satu wadah dalam menyampaikan maklumat kepada seluruh warga USIM dari semasa ke semasa. Akhir kalam, semoga Pusat Tamhidi USIM terus mengorak langkah dalam apa jua bidang sehingga ke peringkat antarabangsa. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh M I S I V I S I O B J E K T I F Menjadi Pusat Pra-university yang unggul untuk memartabatkan ilmu dan melahirkan insan yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak dalam pelbagai bidang professional yang menepati kehendak fakulti melalui proses pengajaran dan pembelajaran berkualiti. • Menyediakan calon pelajar yang holistic dan berdaya saing bagi kemasukan ke program ijazah Sarjana Muda di USIM • Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyokong Hasrat universiti untuk memartabatkan ilmu Naqli dan Aqli yang relevan dengan kehendak sejagat. • Memantapkan Tamhidi sebagai pusat persediaan yang efisien dan berkualiti untuk mencapai objektif pendidikan pusat. Prof. Madya Chm. Dr. Juliana binti. Jumal Dekan Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia
4 PENTADBIRAN PROF. MADYA DR. JULIANA BT. JUMAL DEKAN ENCIK MOHD NASER B. MOHD SABRI TIMBALAN DEKAN Cik Noorfazira PENOLONG PENDAFTAR KANAN PENOLONG PENDAFTAR Encik Mohd Zaini Puan Nur Furqan PEMBANTU TADBIR (P/O) KANAN (KUP) PENOLONG PEGAWAI TADBIR (KESETIAUSAHAAN) PENOLONG PEGAWAI SAINS Puan Rabiatul Suria Puan Norfiza PEMBANTU TADBIR KANAN PEMBANTU MAKMAL Encik Faiz (Kimia) Puan Wahida (Biologi) Puan Fatihah (Fizik) Encik Junisam PEMBANTU OPERASI Encik Azmil PEMBANTU TADBIR (P/O) Puan Hanim O RGANISASI S T A F T A M H I D I
AKADEMIK PENYELARAS TAMHIDI KLUSTER SAINS Puan Zunaidah (Perakaunan) Puan Alifah (Perakaunan) Puan Khadijah (Biologi) Puan Nurasyikin (Biologi) Puan Norhakimah (Biologi) Puan Halimaton (ICT) Puan Aiza (ICT & Matematik) Puan Khairunnisa (Matematik) Encik Naqiudin (Matematik) Dr. Norlaili (Matematik) Dr. Idayu (Matematik) Puan Latipah (Kimia) Encik Afif (Kimia) Dr. Jannah (Kimia) Dr. Huda (Kimia) Puan Husna (Fizik) Prof. Dato’ Dr. Ridza (Fizik) Cik Siti Fazilah (Fizik) Cik Laila (Fizik) Dr. Haslinawati (Fizik) Dr. Liyana (Pengkomputeran) Enci Raimizar (English) Puan Haslinda (English) Puan Afiedah (English) Puan Junaidah (English) Puan Safiah (English) Puan Safura (English) Puan Siti Rubaini (Kimia) Puan Azniwati (Syariah) Puan Rosmarini (Undang-Undang) Dr. Maizatul (Undang-Undang) Encik Shukri (Bahasa Arab) Encik Hazwan (Bahasa Arab) Puan Khadijah (Bahasa Arab) Dr. Ummu Hani (Bahasa Arab) PENYELARAS TAMHIDI SYARIAH & UNDANG-UNDANG PENYELARAS TAMHIDI PERAKAUNAN & MUAMALAT PENYELARAS BAHASA INGGERIS PENYELARAS BAHASA ARAB PENYELARAS KUALITI Puan Lakirina (Perakaunan) Puan Azlina (Bahasa Inggeris) Encik Asyraf (Bahasa Arab) Puan Amanina (Matematik) PENSYARAH / GURU TAMHIDI / GURU BAHASA Encik Sanusi (Syariah) Encik Wan Amir (Syariah) Puan Rasmina (Syariah) Puan Shahirah (English) Puan Azizah (English) Cik Afzan (English) 5
6 O R GANIS AS I S E K R E T AR IAT P E L A J A R T A M H I D I
7 JUMLAH PELAJAR SESI AKADEMIK 2022/2023 FAKTA A N G K A • TAMHIDI PERUBATAN, PERGIGIAN & SAINS • TAMHIDI SAINS FIZIKAL & TEKNOLOGI • TAMHIDI SYARIAH & UNDANG-UNDANG • TAMHIDI PERAKAUNAN & MUAMALAT
HAL - EHWAL S T A F P U S A T T A M H I D I PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI DEKAN DAN TIMBALAN DEKAN PUSAT TAMHIDI STAF BAHARU PUSAT TAMHIDI 3 Januari 2023 – Seluruh warga Pusat Tamhidi mengucapkan selamat datang kepada Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar Kanan dan Puan Nurfurqan Amir Hamzah, Pembantu Tadbir Kanan ke Pusat Tamhidi mulai 3 Januari 2023 susulan penstrukturan dan penjajaran semula Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) oleh Pengurusan Universiti. Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar Kanan Puan Nurfurqan Amir Hamzah, Pembantu Tadbir Kanan
LAWATAN STAF PUSAT TAMHIDI KE KOMPLEKS NASYRUL QURAN 26 Januari 2023 - Bersempena dengan Program Quranic Arts Festival anjuran Nasyrul Quran, Pusat Tamhidi telah mengambil peluang untuk menganjurkan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya. Berobjektifkan untuk memberi peluang kepada semua staf Pusat Tamhidi untuk melihat pameran Mushaf Al- Quran dari seluruh pelusuk dunia, program ini telah mendapat respon yang memberansangkan di kalangan staf Pusat Tamhidi. Memilih tarikh 26 Januari 2023, seramai 28 orang kakitangan Pusat Tamhidi telah menyertai lawatan ini. Banyak bahan pameran yang dapat menambah ilmu di kalangan staf. Antara yang menarik ialah: Mushaf Quran dari seluruh dunia, Mushaf Quran Uthman bin Affan, Pameran Galeri Hiasan Dalaman dari Turki, Iran dan Malaysia, Kain Kiswah Kaabah, Artifak, Replika Pedang dan banyak lagi. Juga terdapat ‘Program Waqaf Al Quran Ke Seluruh Dunia’. Program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menyumbangkan derma untuk waqaf Al-Quran ke seluruh dunia. Atas inisiatif Yayasan Restu untuk menzahirkan bantahan dan sebagai tindakan balas terhadap tindakan ahli politik sayap kanan Sweden yang telah melakukan tindakan keji membakar Kitab Suci Al-Quran di Stockholm baru baru ini. Staf Pusat Tamhidi tidak ketinggalan telah mengambil peluang keemasan dan menyertai proram waqaf Al- Quran ini. Sebanyak 1 juta naskah Al Quran akan diedarkan ke seluruh dunia sebagai menyelar perbuatan membakar Al-Quran hasil dari sumbangan para pengunjung pameran. Tahniah kepada kakitangan Pusat Tamhidi yang telah meyumbang. Diharapkan program lawatan ini dapat memberi dorongan kepada staf Pusat Tamhidi untuk lebih menghayati dan menghargai Al-Quran melalui informasi sejarah dan kesenian Islam.
BENGKEL HALA TUJU PUSAT TAMHIDI 2023 KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK & STAF PENTADBIRAN 31 Januari 2023 - Pusat Tamhidi telah mengadakan Bengkel Hala Tuju bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKP. Penganjuran bengkel ini merupakan satu platform perancangan yang strategik bagi merangka dan memantapkan hala tuju organisasi agar selaras dengan naratif Naib Canselor USIM. Perbincangan dan pembentangan aktiviti sepanjang 2023 turut dilakukan oleh Jawatankuasa yang telah dilantik. 6 Januari 2023 – Tahniah diucapkan kepada stafstaf Pusat Tamhidi yang telah menerima watikah kenaikan pangkat. Staf akademik yang telah menerima kenaikan pangkat ke DG48 berkuatkuasa 6 Januari 2023: 1. Puan Latipah Mohd Noor (S797) 2. Puan Zunaidah Ismail (S807) 3. Cik Nur Afzan Izham (S809) – cuti belajar 4. Puan Lakirina Faidiwati Latif (S813) Staf pentadbiran yang telah menerima kenaikan pangkat ke jawatan Setiausaha pejabat Gred N32 (KUP berkuatkuasa 4 Februari 2023: 1. Puan Rabiatul Suria Badaruddin (S090)
LAWATAN BAHAGIAN MENENGAH PENDIDIKAN MARA (MRSM ULUL ALBAB) PROGRAM PAGI BAROKAH & SIHAT 9 Februari 2023 – Pusat Tamhidi telah menerima kunjungan dari Bahagian Menengah Pendidikan bagi membincangkan peluang dan hala tuju para pelajar MRSM Ulul Albab di USIM. 1 Februari 2023 - JK Sukan & Rekreasi dan JK Barakah Pusat Tamhidi julung kalinya mengadakan program Pagi Barokah & Sihat Tamhidi 2023 di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM dengan kejasama Pusat Sukan & Pusat Islam USIM. Ini bertujuan mengeratkan dan meningkatkan aktiviti sosial dan fizikal dalam kalangan warga staf Tamhidi. Pelbagai aktiviti menarik seperti solat dhuha, solat hajat, sesi tazkirah dan cabutan bertuah. Turut diadakan senaman ringan dan beberapa aktiviti kecergasan bagi menggalakan budaya sukan sihat dalam kalangan staf. BENGKEL SEMAKAN RANGKA KURSUS UNIT BAHASA INGGERIS 13 Februari 2023 – Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan satu bengkel semakan rangka kursus dan telah melaksanakan penambahbaikan rangka kursus bagi subjeksubjek di bawah unit tersebut.
PELANTIKAN SEBAGAI PENASIHAT AKADEMIK DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI BENGKEL ‘TAKLIMAT PROMOSI’ 3 Mac 2023 – JK Promosi telah mengadakan Bengkel Taklimat Promosi 2023, bagi memberi pendedahan dan perkongsian maklumat berkenaan kemasukan ke Pusat Tamhidi. Selain itu, dapat memberi persediaan kepada setiap staf dalam mempromosikan Pusat Tamhidi kepada pelajar-pelajar sekolah. MAJLIS BACAAN SURAH AL-KAHFI, SURAH YAASIN & DOA 17 Februari 2023 - Jawatankuasa Barakah dan Isu Syariah telah mengadakan majlis bacaan surah Al-Khafi, Surah Yaasin dan Bacaan Doa pada setiap pagi jumaat bermula pada 9.30 pagi, bertempat di bilik mesyuarat MPG. Turut diadakan jamuan ringkas sumbangan dari staf sempena meraikan keberkatan hari jumaat. BENGKEL SEMAKAN RANGKA KURSUS BAHASA ARAB 16 Februari 2023 – Bengkel semakan rangka kursus Bahasa Arab telah diadakan pada 16 Februari (Jumaat). Panel penasihat yang diundang ialah Prof. Madya Dr. Hishomudin Ahmad, Timbalan Pengarah CQA dan Puan Nazipah Mat Shaid @ Md. Said, pemangku penyelaras Bahasa Arab FPBU.
MAJLIS PERPISAHAN TS. DR. NOORREZAM YUSOF 11 Mei 2023 - Ucapan penghargaan diucapkan kepada Ts. Dr. Noorrezam bin Yusop diatas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Pusat Tamhidi. Selamat maju jaya dalam perjalanan kerjaya di tempat baharu (UTEM) di samping meluaskan khidmat untuk ummah. STAF TAMHIDI WAKIL E-SPORT MAKSAK KEBANGSAAN TADARUS ALQURAN STAF 23 Mac 2023 – Pada bulan Ramadhan, staf Tamhidi akan melaksanakan sesi tadarus AlQuran. Kali ini diadakan secara hibrid di mana ada yang menyertai secara atas talian melalui Msteams. Tadarus diadakan pada setiap hari bekerja (12.30 tengah hari shingga 1.30 petang) dan hari minggu (7 pagi – 8 pagi). AUDIT PEMANTAUAN SIRIM 6 Mac 2023 – Audit pemantauan ISO 9001:2005 dan Pendidikan Tinggi peringkat Tamhidi, Prasiswazah dan Pascasiswazah dan Penyediaan Perkhidmatan Korporat USIM MS 1900:2014 bagi Skop Perkhidmatan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
BENGKEL PENULISAN RUBRIK BENGKEL MYPORTFOLIO 20 Jun 2023 – JK Kualiti telah menganjurkan bengkel MYPORTFOLIO bagi membantu staf Pusat Tamhidi dalam mengemaskini maklumat di dalam sistem HRMIS. Perkongsian disampaikan oleh Encik Ahmad Asyraf Mat Ali. 19 Jun 2023 – JK Kualiti telah mengadakan satu bengkel penulisan rubrik bagi memberi pendedahan kepada staf akademik berkenaan penyediaan rubrik mengikut standard USIM. Perkongsian disampaikan oleh PM Dr. Ramiaida Darmi, pensyarah FPBU USIM. LAWATAN KE TATI UNIVERSITY COLLEGE, TERENGGANU 8 Jun 2023 – Pusat Tamhidi dan TATI University College (TATIUC) telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan kerjasama antara kedua pihak. Semoga usaha sama ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada anak-anak Terengganu. BENGKEL PEMBINAAN ITEM SIRI I & II 26 Mei 2023 – Jawatankuasa Kualiti telah menganjurkan bengkel pembinaan item soalan pada 12 Mei 2023 secara fizikal, dan pada 26 Mei 2023 secara maya. Bengkel ini diadakan bagi membantu staf akademik untuk membina soalan berkualiti berdasarkan struktur kurikulum yang telah dibina. Ceramah diasmpaikan oleh Dr. Maziahtusima Ishak, pensyarah dari FPBU.
BENGKEL GERAN PENYELIDIKAN 100 TENAGA PENGAJAR TERBAIK E-NILAI 15 Mac 2023 - Ucapan tahniah kepada staf akademik atas pencapaian masing-masing dalam e-Nilai A221. Pusat Tamhidi juga merakamkan tahniah kepada Puan Siti Rubaini dan Puan Norhakimah Dhiauddin atas pencapaian tersenarai dalam 100 tenaga pengajar terbaik markah e-Nilai A221! 19 Jun 2023 – Jawatankuasa e-pembelajaran dan penyelidikan telah menganjurkan bengkel geran penyelidikan untuk staf akademik grd DG. Taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Puteh Behak, pensyarah FPBU. Melalui bengkel ini, dapat membuka peluang kepada lebih ramai guru untuk memohon geran penyelidikan daripada USIM. TALAQQI KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 24 Jun 2023 – Program Talaqqi Kitab Bidayatul Hidayah telah disampaikan oleh Ustaz Sanusi. Program berkala ini turut diadakan pada 27 Januari dan 10 Mac yang lalu, anjuran Jawatankuasa Barakah dan Isu Syariah. MAJLIS PERPISAHAN PUAN HANIM & SELAMAT DATANG PUAN NURHASLINA 24 Jun 2023 – Satu majlis perpisahan diadakan untuk Puan Nurakmar Hanim Mohd Hanapiah yang akan bertukar ke Pusat Penerbit. Tugas beliau sebagai pembantu tadbir akan digantikan oleh Puan Nurhaslina Che Ali, yang berpindah dari Institut Fatwa dan Halal.
ST AF CO NT O H J A N U A R I – J U N 2 0 2 3 ? ?
BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN & PENGUJIAN APLIKASI MY INAQ BUDGET PLANNER 9 Februari 2023 – Pusat Tamhidi telah mengadakan satu bengkel pengurusan kewangan dan pengujian aplikasi my inaq budget planner. Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan para pelajar Tamhidi dengan kaedah pengurusan kewangan islam khusus untuk para pelajar. Beberapa orang pelajar yang terpilih dari setiap program pengajian telah hadir dan turut mempelajari kaedah penggunaan aplikasi My Inaq Budget Planner. 1 5 Pelajar HAL EHWAL BENGKEL ‘MOCK PRESENTATION’ PIITRAM 2023 10 Februari 2023 – Bersempena Pertandingan Inovasi InterAsasi (PIITRAM) 2023 yang akan berlangsung pada 18 Februari 2023, Jawatankuasa e-pembelajaran dan Inovasi Pusat Tamhidi telah menganjurkan bengkel ‘mock presentation’ untuk para peserta membentangkan projek inovasi mereka. Bengkel ini dihadiri kumpulan inovasi dari kalangan staf dan para pelajar.
1 6 TAMHIDI E-SPORTS BATTLE 17 Februari 2023 - Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi Pusat Tamhidi telah menganjurkan pertandingan Tamhidi E-Sports Battle. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menjayakan kejohanan yang berasaskan e-games bagi permainan Playerunknown Battleground (PUBG-Mobile) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk para pelajar di Pusat Tamhidi. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan iaitu seramai 70 orang pelajar bagi kedua-dua permainan yang dipertandingkan. Selain itu, pihak penganjur juga dengan jayanya telah mengadakan liputan secara langsung perlawanan PUBG-Mobile di laman web Facebook Pusat Tamhidi. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Anak Soleh bagi permainan PUBG-Mobile manakala, johan MLBB ialah kumpulan Incognito. Kumpulan-kumpulan yang berjaya meraih tempat pertama di kejohanan ini akan mewakili Pusat Tamhidi sekaligus membawa nama USIM ke temasya Sukan Asasi Malaysia 2023 yang akan berlangsung di UIA Kampus Gambang pada 18 Mac 2023. PROGRAM BANTUAN AWAL PENDIDIKAN KE MENARA GADING 16 Februari 2023 – Seramai 19 orang pelajar Tamhidi dari kategori asnaf menerima bantuan tunai dana kewangan melalui Program Bantuan Awal Pendidikan ke Menara Gading di bawah inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Encik Muhd Fareez Abu, Pengarah Pendidikan Yayasan Prihatin Nasional di Bangunan Canselori USIM. Turut bersama meraikan para penerima ini Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Hubungan Korporat) dan Prof. Madya ChM Dr Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi.
18 Februari 2023 - Pusat Tamhidi USIM melakar kecemerlangan dalam bidang inovasi apabila berjaya merangkul 19 pingat dalam majlis penutup Pertandingan Inovasi InterAsasi (PIITRAM) 2023 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Sebanyak 19 kumpulan dari Pusat Tamhidi telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan 9 kumpulan kategori A: pelajar (sains dan teknologi), 6 kumpulan kategori C: staf (akademik) dan 4 kumpulan kategori D: staf (pentadbiran). Bagi kategoroi pelajar (sains dan teknologi), Pusat Tamhidi telah memenangi 1 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa. ‘SANE’ atau Smart Automatic Nebulizer merupakan hasil kejayaan para pelajar Tamhidi Sains Fizikal & Teknologi, di bawah seliaan Ts. Dr. Noorrezam Yusop, pensyarah subjek pengkomputeran di Pusat Tamhidi. ‘Physics for Prosumers’ merupakan projek para pensyarah unit Fizik yang telah diketuai oleh Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin telah menambat hati para penilai dan pulang bersama pingat emas. Selain itu, projek ‘Tamhidi Timetable System’ atau TTS turut memenangi emas dan anugerah pembentangan terbaik untuk kategori pembentangan secara maya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta! 1 6 USIM RANGKUL 19 PINGAT DI PIITRAM 2023
1 7
1 8
1 9
2 0 PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2023 19 Februari 2023 – Dua kumpulan pendebat Pusat Tamhidi iaitu pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah menyertai Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2023 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pasukan ini dibimbing oleh Puan Norhakimah Dhiaudin. Saringan awal dalam talian bermula daripada 10 sehingga 12 Februari 2023, dan kedua-dua pasukan telah Berjaya memenangi 2 perlawangan dalam peringkat saringan tersebut. Pasukan debat Bahasa melayu telah layak ke pusingan suku akhir secara online pada 11 sehingga 12 Februari 2023. Pelajar didedahkan awal dengan IUPAC Nomenclature, suatu kaedah penamaan sebatian kimia yang seragam dan digunakan oleh saintis sedunia. Ini memudahkan pelajar memahami kandungan kurikulum kursus Kimia Organik yang akan dihadapi selepas peperiksaan pertengahan semester nanti. Pelajar dilihat memberi komitmen yang baik dan bergiat aktif dalam menjawab soalan latihan dan kefahaman yang diberi sejurus selepas seminar berlangsung. Pelajar diberi hidangan minum pagi yang merupakan sebahagian daripada sumbangan daripada Pusat Zakat dan Wakaf USIM. BENGKEL TATANAMA SEBATIAN ORGANIK 4 Mac 2023 - Bengkel Tatanama Sebatian Organik Pusat Tamhidi 2023 telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 350 orang pelajar program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains dan Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi; berserta lima tenaga pengajar kursus Kimia.
2 0 19 Februari 2023 - Pasukan pantun Pusat Tamhidi yang telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 22 pasukan dalam pertandingan Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2023 di Pusat Asasi UiTM Dengkil. Tahniah diucapkan kepada pemantun Nurhafizah Najwa kerana telah menjadi pemantun terbaik dalam pusingan suku akhir pertama menentang pasukan pantun UPM B. Ini merupakan pertandingan yang pertama kali dianjurkan dan pasukan Tamhidi telah dibimbing oleh Puan Amanina Kamarudin dan Puan Safiah Shariff. FESTIVAL PANTUN INTER ASASI 2023 10 Mac 2023 – Usia yang muda bukan penghalang untuk dua bakat muda dari Pusat Tamhidi menyertai pasukan futsal yang majoritinya terdiri dari kalangan pelajar ijazah sarjana muda. Muhammad Safwan Khairudin dan Muhammad Abdul Razak telah terpilih untuk mewakili USIM dalam Kejohanan Futsal Liga IPT 2023. Ternyata para pelajar Tamhidi bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mereka juga aktif dalam bidang kokurikulum seperti sukan. PELAJAR TAMHIDI MEWAKILI USIM KE KEJOHANAN LIGA FUTSAL
2 0 16 Mac 2023 – Majlis Penyerahan Bendera USIM kepada kontinjen Pusat Tamhidi telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Tamhidi dan Pengarah Pusat Sukan USIM. Amanat turut disampaikan kepada semua atlet yang menyertai kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada 17-19 Mac 2023 di Pusat Asasi UIAM, Gambang, Pahang. Selain itu, turut diadakan solat hajat dan bacaan doa selamat bagi memberkati perjalananan pergi dan balik kontinjen, serta mendoakan kejayaan yang akan dibawa pulang nanti. Kontinjen Pusat Tamhidi yang terdiri daripada 118 atlet dan 22 pegawai pengiring , diketuai oleh Puan Aiza Azrin bakal bertanding dalam 9 kategori sukan dalam SAM 2023. MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PUSAT TAMHIDI USIM KE SUKAN ASASI MALAYSIA 2023
2 1 KONTINJEN PUSAT TAMHIDI BAWA PULANG 1 PINGAT EMAS DAN 2 PINGAT GANGSA DI GAMBANG, PAHANG 19 Mac 2023 – Berkat kesungguhan dan latihan berterusan, kontinjen Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2023. Kejohanan telah berlangsung dari 17 hingga 19 Mac 2023 dan dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Sains Islam Antarabangsa (UIAM) Gambang, Pahang selaku tuan rumah pada kali ini. Pingat emas telah diraih oleh saudara Ahmad Azhar Ramli, pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dalam acara olahraga 1500 meter. Manakala pingat gangsa dimenangi oleh atlet berpasukan bola jarring dan juga atlet berkumpulan ping-pong. Kejayaan yang diraih bukan sahaja melakar memori indah, malah telah membakar semangat atlet-atlet yang lain juga. Melalui kejohanan ini juga, bakat para pelajar Tamhidi dalam bidang sukan terserlah dan membuka peluang besar kepada mereka untuk terus cemerlang dalam bidang sukan.
2 0 BENGKEL PENGUKUHAN PRE-CALCULUS 31 Mac 2023 - Bengkel Pengukuhan Pre-Calculus telah diadakan dengan objektif untuk membantu seramai 120 pelajar TSFT dan TPPS terpilih berdasarkan gred yang rendah sewaktu semester 1 2022/2023 dan memerlukan latihan intensif berkenaan subject Pre-Calculus. . Ianya turut disertai oleh 20 orang pelajar lain yang berminat untuk hadir. Bengkel disampaikan oleh Dr, Idayu dan Dr. Laili yang menfokuskan kepada topik pengkamiran dan pembezaan. Melalui bengkel ini, pelajar dapat mengukuhkan teknik dan meningkatkan keyakinan dengan soalan berkaitan Pre-Kalkulus. 19 Mac 2023 – Empat pasukan dari Pusat Tamhidi telah bertanding dalam Kejohanan Pidato dan Debat Piala Naib Canselor edisi ke 16, USIM. Syabas diucapkan kepada Pasukan Debat Bahasa Inggeris kerana telah berjaya mendapat TEMPAT KETIGA dalam kejohanan kali Pasukan debat Bahasa Arab Tamhidi A dan Tamhidi B juga telah berjaya ke peringkat SUKU AKHIR melawan pasukan FPBU dan FPQS A. Pasukan ini telah dibimbing oleh Encik Muhamad Hazwan Abd Rahman dan Encik Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishaq. Para pendebat Tamhidi dari ketiga-tiga kategori (Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris) juga telah dinobatkan sebagai PENDEBAT TERBAIK dalam kebanyakan siri perlawanan peringkat Saringan dan Separuh Akhir. Semoga segala pengorbanan masa,tenaga dan fizikal yang dicurahkan sepanjang tempoh persediaan dan kejohanan menjadi pengalaman berharga bagi para pendebat dan pemidato Tamhidi. DEBAT PIALA NAIB CANSELOR
2 1 SEMINAR MUET 24 Mac 2023 – Menjelang peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang bakal berlangsung pada 1 April 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM, unit Bahasa Inggeris telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar MUET kepada semua pelajar. Seminar ini telah diadakan dalam beberapa sesi iaitu pada 10 Mac, 17 Mac dan 24 Mac 2023. Penceramah bengkel adalah dari kalangan guru Bahasa Pusat Tamhidi yang berpengalaman iaitu Puan Shahrah Sulaiman, Puan Nur Safura Abd Ghaffar, Puan Safiah Sharif, Puan Azlina Mohamed Nor, Encik Raimizar Rahim dan Puan Azizah Abd Majid. Melalui bengkel ini, para pelajar didedahkan dengan format terkini dan teknik-teknik menjawab untuk skor dalam MUET. Selain itu, para pelajar juga turut diberi motivasi agar berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang dalam MUET nanti. 8 April 2023 – Bersempena dengan sambutan hari Nuzul Quran, Pusat Tamhidi dengan kerjasama Pusat Islam telah menganjurkan program Infaq Kasih Ramadhan dan Tutelage Mega Pusat Tamhidi 2023. Diadakan pada 8 April, bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), program ini dimulakan selepas zohor dengan sesi tutelage. Program tutelage ini melibatkan semua staf akademik yang dilantik sebagai mentor. Seterusnya majlis diteruskan dengan perasmian majlis Haflah Al-Quran , bacaan Al-Quran pimpinan oleh dan alunan qasidah oleh kumpulan nasyid Inteam. Pada sebelah petang program diteruskan dengan bicara Quran oleh dan telah diadakan majlis iftar jamaie dan solat berjemaah. PROGRAM INFAQ KASIH RAMADHAN DAN TUTELAGE MEGA PUSAT TAMHIDI
2 1 AGIHAN JUADAH BERBUKA NADI HUFFAZ 13 April 2023 - Sesi agihan juadah berbuka Nadi Huffaz (NAFFDI) dan pemberian saguhati tadarus telah diadakan pada 13 April di Kolej Kediaman 1 (KK1) oleh Prof. Madya Chm. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi kepada hampir 40 orang peserta tadarus NAFFDI. Juadah berbuka tersebut merupakan sumbangan daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM. 14 April 2023 – Pusat Tamhidi telah mengajurkan Majlis Khatam Al-Quran Dan Edaran Iftor kepada staf Tamhidi dan anak-anak yatim Tamhidi pada Jumaat 14 April di Dewan Kuliah Utama,FPQS USIM. Majlis ini merupakan acara kemuncak setelah selesai sesi tadarus Al-Quran staf Pusat Tamhidi sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Antara pengisian majlis adalah ucapan dekan Pusat Tamhidi, bacaan Al-Quran dan doa, tazkirah ringkas, penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Pusat Tamhidi sumbangan dari staf Pusat Tamhidi dan juga penyumbang luar. Sekretariat Pusat Tamhidi turut terlibat menjayakan majlis sebagai ahli jawatankuasa disamping semua tetamu majlis turut diraikan dengan juadah berbuka puasa. MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN EDARAN IFTAR PUSAT TAMHIDI
2 1 TADABBUR & MAJLIS KHATAM ALQURAN NADI HUFFAZ 2022/2023 16 April 2023 - Majlis Khatam al-Quran Nadi Huffaz Tamhidi (NAFFDI) secara atas talian telah diadakan pada hari ahad sebagai penutup kepada program Tilawah Dan Tadarus al-Quran NAFFDI yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Program ini turut diselitkan bersama Siri Tadabbur setiap minggu oleh penceramah jemputan. Tahniah kepada semua pelajar Tamhidi yang telah menghidupkan Ramadhannya dengan al-Quran. semoga setiap detik yang diluangkan menjadi asbab syafaat di akhirat kelak. YALLA… ARABIYYAH! 2023 13 Mei 2023 – Program Yalla... Arabiyyah! merupakan program tahunan anjuran Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (TSU) yang bertujuan untuk mewujudkan suasana berbahasa Arab sebagai bahasa komunikasi di Pusat Tamhidi serta mencungkil bakat dan kreativiti yang ada dalam diri para pelajar. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan video, poster dan kuiz Bahasa Arab, nasyid dan kalam jamaie (choral speaking). Istimewanya Yalla... Arabiyyah! 2023 kali ini dapat diadakan kembali secara fizikal setelah 2 tahun diadakan secara atas talian dan turut menampilkan penyertaan istimewa dari pelajar Genius Insan. Ianya diadakan di Dewan Kuliah Pusat (DKP3), USIM. Tahniah diucapkan kepada Kolej Genius Insan menjuarai Kalam Jamaie dan Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (TSU) yang telah merangkul juara keseluruhan Yalla... Arabiyyah! 2023 dan membawa piala pusingan. Peserta terbaik program kali ini ialah Saudari Afyka binti Rudy dari program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang. Acara perasmian penutup turut dihadiri oleh Dekan Pusat Tamhidi, Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal.
2 1 SAMBUTAN HARI GURU 2023 16 Mei 2023 – Buat julung-julung kalinya, Sekretariat Pelajar Tamhidi dengan Kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar Pusat Tamhidi menganjurkan sambutan hari guru. Ianya bertujuan untuk menghargai jasa guru-guru dan para pensyarah dalam mendidik para pelajar. Meskipun tiada majlis khusus, para pelajar telah mengambil inisiatif untuk menempah banner ucapan, menyediakan prop untuk bergambar dan juga menyediakan hadiah dan kek untuk setiap guru dan pensyarah. Sudah pastinya sambutan ini mencipta kenangan yang indah dan juga mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru/pensyarah Pusat Tamhidi.
25 Mei 2023 – Telah berangsung Majlis Silaturrahim Tamhidi Pasca Aidilfitri 1444H bertempat di perkarangan blok pentadbiran, Pusat Tamhidi dan dihadiri oleh semua staf dan pelajar Tamhidi . Pelbagai juadah telah disediakan seperti sate, apam balik, air balang, kuetiau goreng, macaroni goreng, bubur kacang, lemang dan rendang. Di dalam majlis ini juga turut diadakan sesi penghargaan kepada pensyarah Tamhidi yang telah berpindah, dan sesi penyampaian hadiah pertandingan ‘Tamhidi Video Challenge’ #TVC2023 Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi sumbangan, dan kepada Sekretariat Pelajar Tamhidi yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis. MAJLIS SILATURRAHIM TAMHIDI PASCA AIDILFITRI 1444H #SALAMERAT PEMENANG TAMHIDI VIDEO CHALLENGE (TVC) KATEGORI NAMA PEMENANG VIDEO PANJANG Tempat pertama: Muhammad Muizzuddin Bin Ismail Tempat kedua: Auni Zhafirah Binti Mohd Asnan Tempat ketiga: Mohammad Adib Bin Badruldin Saguhati 1: Ibtisam Binti Taj Rijal Saguhati 2: Muhammad Firdaus Bin Azman VIDEO PENDEK Tempat pertama: Nurul Suraya Binti Zainal Abidin Tempat kedua: Mardhiyyah Binti Azlan Tempat ketiga: Syawal Syuhada Binti Zainal Saguhati 1: Najwa Binti Zulhisham Saguhati 2: Nur ‘Alea Najeeha Binti Zazuli Saguhati 3: Nurhayati Mardhiyah Binti Jamnul Azazi TONTONAN TERTINGGI Muhammad Muizzuddin Bin Ismail VIDEO PILIHAN JURI Muhammad Muizzuddin Bin Ismail
PERTANDINGAN DEBAT PIALA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR AHMAD AZHAR DIPILIH MEWAKILI USIM DI KEJOHANAN ‘VARSITY TRACK & FIELD’ 28 Mei 2023 - Tahniah diucapkan kepada saudari Dini Batrisyia binti Azlan dan saudari Fitrah Khadijah binti Syakirin, dari program Tamhidi Syariah dan UndangUndang diatas kejayaan memenangi Naib Johan dan anugerah Pendebat Terbaik Akhir dalam kejohanan Debat Piala MB Selangor kategori pra-universiti. 28 Mei 2023 – Bakatnya terselah ketika menyertai Tamhidi Sports Carnival pada Oktober tahun 2022, kemudian beliau juga cemerlang di Sukan Asasi Malaysia di Gambang, Pahang. Dengan itu, Ahmad Azhar Ramli, pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi, merupakan satu-satunya pelajar Tamhidi yang dipilih Pusat Sukan USIM ke kejohanan ‘Varsity track & Field’ di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang. Kejohanan yang berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2023 telah melibatkan atlet-atlet dari university seluruh Malaysia.
19 Mei, 26 Mei dan 9 Jun 2023 – Pusat Tamhidi telah menganjurkan beberapa siri taklimat untuk syarat-syarat kemasukan, laluan kerjaya dan panduan pemilihan ke program sarjana muda USIM. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan syarat-syarat kemasukan ke program sarjana muda mengikut program pengajian dan fakulti. Taklimat telah disampaikan oleh wakil dekan/pensyarah dari setiap fakulti dan turut dibantu oleh para pelajar ijazah sarjana muda. Melalui taklimat ini juga, setiap wakil fakulti dapat mempromosikan program pengajian yang ditawarkan, manakala para pelajar Tamhidi dapat menetapkan matlamat mengenai hala tuju mereka selepas tamat program di Pusat Tamhidi dan juga tips ketika ujian temuduga. Dalam slot taklimat yang terakhir, Puan Mazlina Mohamed Tamjid, iaitu Pegawai Kemasukan Program Sarjana Muda telah menyampaikan taklimat mengenai panduan pemilihan menggunakan sistem i-student agar para pelajar mendapat maklumat jelas mengenai kaedah mengisi menggunakan sistem tersebut sebelum tarikh akhir iaitu 27 Jun 2023. TAKLIMAT SYARAT-SYARAT KEMASUKAN, LALUAN KERJAYA DAN PANDUAN PEMILIHAN KE PROGRAM SARJANA MUDA USIM TARIKH PROGRAM FAKULTI/PTj 19 MEI 2023 TAMHIDI SAINS FIZIKAL & TEKNOLOGI (TSFT) (Dewan Auditorium, FPSK) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST) FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB) TAMHIDI PERAKAUNAN & MUAMALAT (TAC) (Kompleks Islam Tuanku Muhriz) FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT (FEM) FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI (FST) FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA (FPBU) 26 MEI 2023 TAMHIDI PERUBATAN, PERGIGIAN & SAINS (TPPS) (Dewan Auditorium, FPSK) FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK) FAKULTI PERGIGIAN (FPg) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST) FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB) TAMHIDI SYARIAH & UNDANGUNDANG (TSU) (Microsoft Teams) FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (FSU) FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA (FPBU) 9 JUN 2023 SEMUA PELAJAR TAMHIDI (Microsoft Teams)
PINGAT ACARA EMAS 4 X 400 meter (Campuran) 4 x 400 m (Wanita) 4 x 100 m (Wanita) 800 m (Wanita) 800 m (Lelaki) 100 m (Wanita) PERAK 200 meter (Wanita) 1500 meter (Lelaki) 400 meter (Lelaki) GANGSA 200 meter (Lelaki) 4 x 400 meter (Lelaki) Lompat jauh (Wanita) PUSAT TAMHIDI RANGKUL 6 EMAS DI KEJOHANAN OLAHRAGA INTER FAKULTI (KOIF) 2023 7 Julai 2023 - Kontijen Pusat Tamhidi melakar kecemerlangan dalam sukan apabila telah memenangi 6 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga Inter Fakulti (KOIF) 2023. Selain itu rekod baru USIM turut tercatat bagi 4 acara kategori 1 iaitu 800 m (L), 800 m (W), 100 m (W) dan 4x100 m (W). Tahniah dan terima kasih di atas usaha gigih yang diberikan oleh para atlet, Sekretariat Pelajar Tamhidi, JK sukan dan rekreasi Pusat Tamhidi, Pusat Sukan dan semua pihak yang terlibat dan hadir memberi sokongan padu kepada semua atlet. ANUGERAH KHAS NAMA ATLET ATLET TERBAIK KATEGORI 1 AHMAD AZHAR RAMLI ATLET TERBAIK WANITA KATEGORI 1 NADHIRAH ABDULLAH OLAHRAGAWATI KOIF NADHIRAH ABDULLAH JUARA KESELURUHAN KATEGORI 1 PUSAT TAMHIDI
MAJLIS APRESIASI PELAJAR TAMHIDI SESI AKADEMIK 2022/2023 7 Julai 2023 - Majlis Apresiasi Pelajar Pusat Tamhidi sesi akademik 2022/2023 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Majlis Apresiasi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana binti Jumal, Dekan Pusat Tamhidi. Majlis apresiasi ini bertujuan meraikan 131 orang pelajar yang telah berjaya memperolehi anugerah dekan (semester 1). Selain dari meraikan kecemerlangan akademik, 23 orang pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, debat, hafazan, khat dan kepimpinan telah dianugerahkan anugerah kokurikulum. YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana turut mengingatkan bahawa pembelajaran di Pusat Tamhidi adalah permulaan untuk melangkah lebih jauh ke alam seterusnya iaitu pengajian di ijazah sarjana muda. Harapan kepada pelajar agar segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba di Pusat Tamhidi menjadi pemangkin untuk pelajar terus mengukir kecemerlangan di fakulti kelak. Semoga anugerah yang diterima dapat membakar semangat semua untuk lebih gemilang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar sesi akademik 2022/2023. Semoga terus berjaya di mana pun anda berada kelak.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH KOKURIKULUM SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2022/2023 NAMA PROGRAM PENGLIBATAN KEJAYAAN UMMU KHAIR BINTI MOHD A'LIM NUR 'AQILAH SOFIYYAH BINTI NURLI SUFFIAN SYAZA AMANI BINTI YUSINI HUDA DINI BINTI HISHAM DINI BATRISYIA BINTI AZLAN AUNI QISTINA BINTI UBAIDILLAH NUR KHAIRUL BARIAH BINTI SAHARUDIN ZULFA AIN AMEERA BINTI ZULKAFRI NURUL HAZIRAH BINTI ZAKARIA SYAFIQAH HANANIAH BINTI NOR MOHD FAISAL TPPS TSU TSFT TSFT TSU TPPS TPPS TSFT TSFT TSFT BOLA JARING SUKAN ASASI MALAYSIA 2023 GANGSA KAMILIA BINTI ROSLAN NUR ALIYAH BINTI MOHAMAD NUR MAISARAH BINTI HAMDAN MUHAMMAD KHAIRIN HAFIZ BIN MOHD MARZUKI MUHAMMAD SUFI DINIY BIN SAMSUDDIN LUQMAN NAIM BIN AZIZI NAJAH UBAIDI BIN KHAIRULFAHMI TSU TAC TSU TSFT TSU TPPS TAC PING-PONG SUKAN ASASI MALAYSIA 2023 GANGSA AHMAD AZHAR BIN RAMLI TSFT OLAHRAGA SUKAN ASASI MALAYSIA 2023 EMAS FITRAH KHADIJAH BINTI SYAKIRIN TSU LIGA HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2022 HAFAZAN (KETIGA KATEGORI JUZUK 1-5) NUR AININ SOFIYA BINTI SAMSUL TAC NAIB JOHAN PERTANDINGAN KHAT FESTIVAL MUSABAQAH ALQURAN KHAT (NAIB JOHAN) DINI BATRISYIA BINTI AZLAN FITRAH KHADIJAH BINTI SYAKIRIN TSU TSU PERTANDINGAN DEBAT PIALA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR 2023 DEBAT BAHASA MELAYU (NAIB JOHAN)
Pelajar LAWATAN 14 Februari 2023 - Pusat Tamhidi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium dan Galeri Bank Negara di Kuala Lumpur. Lawatan ini memberi pendedahan tentang ekonomi Malaysia, peranan Bank Negara Malaysia di dalam pembangunan ekonomi serta landskap kewangan negara sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga kini. Seramai 22 orang pelajar daripada program Tamhidi Sains Fizikal dan 6 staf Tamhidi terlibat dalam lawatan ini. MUZIUM DAN GALERI SENI BANK NEGARA MALAYSIA ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA 9 Mac 2023 - Lawatan pelajar Tamhidi Syariah dan UndangUndang ke Istana Kehakiman Putrajaya.
KILANG JONKER MAMEE HOUSE, MELAKA PUSAT PENYELIDIKAN MARDI, CAMERON HIGHLANDS HOGA GAHARU TEA VALLEY, GOPENG Sekitar lawatan para pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat ke Pusat Penyelidikan MARDI di Cameron Highland, Pahang pada 17-18 Jun 2023. para pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat ke HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng, Perak pada 11 Jun 2023 lawatan para pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat ke kilang perusahaan ‘Mamee Jonker House’ di Melaka pada 27 Mei 2023.
Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan Dr. Haslinawati Mustapha, pensyarah Tamhidi bersama-sama kumpulan penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi telah menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 pada 16 hingga 18 Mac 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Kumpulan ini telah memenangi pingat perak dengan inovasi produk Anatomyapps with 3D hologram. MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2023 INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND DESIGN COMPETITION 2023
PENERBITAN DI DALAM JURNAL NAMA PENULIS TAJUK ARTIKEL JURNAL Asyraf Mat Ali, Mohd Naser Mohd Sabri, Mohamad Hazwan Abdul Rahman, Mohamad Shukri Yazid Platform Bahan Pembelajaran Bahasa Arab Interaktif Dalam Proses P&P: Kajian Awal Keperluan Di USIM Asian Journal of Civilization Studies (AJOCS) Ummu-Hani Binti Abas, Azlan Bin Shaiful Baharum, Abdul Manan Ismail, Mohammad Najib Bin Jaffar, Ahmad Asyraf Bin Mat Ali, Rasmina Binti Hasbullah Analisis Keperluan Pembinaan Rekabentuk Model Bahasa Arab Untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli Journal of Fatwa Management and Research (JFATWA) Nur Ilyana binti Ismarau Tajuddin The Implementations of Technology in Special Education Classrooms Based Project Intern. Journal of Profess. Bus. Review (e-ISSN: 2525- 3654) Nur Ilyana binti Ismarau Tajuddin, Nurul Jannah Abd Rahman Al-Chemy: e-learning Platform for Foundation Students Bulletin of Electrical Engineering and Informatics Nur Ilyana binti Ismarau Tajuddin Analysis of Stock Market Reaction in Malaysia During Covid-19 Pandemic via ARIMA Mekatronika Ummu-Hani Binti Abas, Azlan Bin Shaiful Baharum, Abdul Manan Ismail, Mohammad Najib Bin Jaffar, Ahmad Asyraf Bin Mat Ali, Rasmina Binti Hasbullah Need Analysis of Arabic Language Model Design for Islamic Law International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Ummu-Hani Abas The Linguistic and Semantic Coherence of Surah Al-Fatihah International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences االنزياح الداللي لصيغتي“ أصبح وظل“ في القرآن Abas Hani-Ummu الكريم وعالقته بالسياق Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs إستراتيجية الـخريطة الداللية في تعليم مهارة الكتابة Abas Hani-Ummu لطالب الـمركز التمهيدي بـجامعة العلوم اإلسالمية الـماليزية International Refereed Journal Of Arabic Language & Culture PENERBITAN BUKU NAMA PENULIS TAJUK PENERBIT (ISBN) Bhd.Sdn.Unishams التيسير في البالغة العربية للناطقين بغيره Abas Hani-Ummu (978-967-0060-22-4)
PENERBITAN E-PROSIDING NAMA PENULIS TAJUK ARTIKEL TAJUK BUKU / PENERBIT Mohamad Hazwan Abdul Rahman Online Learning and Teaching Technology Services: USIM’s Experience During COVID-19 Pandemic Frontiers (E-book) Maizatul Farisah Mohd Mokhtar Pterygium Surgery With Fibrin Glue Case Studies in Contemporary Medical Fiqh (Vol III) Maizatul Farisah Mohd Mokhtar Termination of Pregnancy in Mentally Ill Patients Case Studies in Contemporary Medical Fiqh (Vol I) Alifah Hj Hamid Survival of Family Business Partnerships in Malaysia: Governance and Legal Obstacles Finance, Accounting and Law in the Digital Age, Springer NAMA PENULIS TAJUK ARTIKEL NAMA KONFERENS PENERBIT Nur Ilyana binti Ismarau Tajuddin News Analytics to Predict Malaysian Telco Stock Price Performance: Data Visualization ICIM 2023 IEEE PENULISAN BAB DI DALAM BUKU
Tarikh: 13 Januari 2023 Tempat: Dewan Kuliah Pusat 2, Pusat Tamhidi Penceramah: 1. Puan Siti Rubaini Mat, Penyelaras Kluster Sains 2. Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar kanan (Bahagian Kemasukan Pelajar) LAWATAN MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH, KELANTAN AKTIVITI Tarikh: 12 Januari 2023 Tempat: Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Bangunan Canselori Pegawai: Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi LAWATAN DELEGASI MADRASAH ALSAGOFF ALARABIAH, SINGAPURA Tarikh: 13 Januari 2023 (Jumaat) Tempat: Kolej Genius Insan Penceramah: 1. Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini, Guru Tamhidi 2. Dr. Maizatul Farisah, Pensyarah UndangUndang PERBINCANGAN PEMASARAN PROGRAM AKADEMIK USIM BERSAMA STRACOMM Promosi Tarikh: 23 & 30 Januari 2023 Tempat: Dewan Senat Wakil: 1. Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar kanan (Bahagian Kemasukan Pelajar) 2. Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini, Guru Tamhidi LAWATAN SMA ISLAM SABILILLAH BOARDING SCHOOL, INDONESIA
Tarikh: 3 Mac 2023 Tempat: Microsoft Teams Penceramah: Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar kanan (Bahagian Kemasukan Pelajar) BENGKEL TAKLIMAT PROMOSI STAF PUSAT TAMHIDI Tarikh: 9 Februari 2023 Tempat: Dewan Kuliah Pusat (DKP) Penceramah: Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini, Guru Tamhidi LAWATAN SMK AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID (SHAMS) Tarikh: 16 & 17 Mac 2023 Medium: https:edufair.usim.edu.my Pegawai: Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi USIM VIRTUAL EDUFAIR 2023 Tarikh: 10 Februari 2023 Tempat: MIINDA Azkiya’ Banting, Selangor Penceramah: Puan Azniwati Abd Aziz & En. Ahmad Asyraf Mat Ali ZIARAH MAHABBAH KE MAAHAD INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI AL-AZKIYA’, BANTING
Tarikh: 3 April 2023 Tempat: ZOOM Meeting Penceramah: Dr. Norlaili Shafie, Pensyarah Tamhidi TAKLIMAT PROMOSI BERSAMA MAAHAD TAHFIZ PAHANG Tarikh: 26 & 27 Mei 2023 Tempat: Dewan Tuanku Canselor, USIM Wakil: Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini, Guru Tamhidi & beberapa orang pelajar Tamhidi RERUAI TAMHIDI DI KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA 2023 Tarikh: 17 Mac 2023 Tempat: KIBGIM Melaka Penceramah: 1. Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini, Guru Tamhidi 2. Puan Nurfurqan Amir Hamzah, Pembantu Tadbir Kanan TAKLIMAT UPU ANJURAN KELAB IBUBAPA DAN GURU ISLAM MELAKA Tarikh: 13 April 2023 Tempat: SMAP Labu, Negeri Sembilan Penceramah: 1. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi 2. Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar kanan (Bahagian Kemasukan Pelajar) 3. Puan Nurfurqan Amir Hamzah, Pembantu Tadbir Kanan TAKLIMAT PROMOSI DI SMAP LABU Tarikh: 27 Mei 2023 Tempat: Spectrum International School, Cyberjaya Pegawai: Puan Siti Rubaini Mat, Penyelaras Kluster Sains & wakil fakulti/StraComm RERUAI TAMHIDI DI SPECTRUM INTERNATIONAL SCHOOL’S OPEN DAY
20 Mei 2023 – 5 Jun 2023 - Karnival Jom Masuk U 2023 merupakan program tahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penganjuran ini bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program Pendidikan yang ditawarkan oleh institusi Pendidikan tinggi di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Jom Masuk U 2023 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf. STAF PUSAT TAMHIDI SERTAI KARNIVAL JOM MASUK U 2023 ZON PETUGAS PROMOSI MEWAKILI PUSAT TAMHIDI JOHOR (20 & 21 Mei) Cik Noorfazira Zainol Rashid, (Penolong Pendaftar Kanan), Puan Nurasyikin Abd Rahman (Guru Tamhidi) SABAH (27 & 28 Mei) Puan Nurfurqan Amir Hamzah, (Pembantu Tadbir Kanan) En. Afif Arifin (Guru Tamhidi) KEDAH (27 & 28 Mei) Cik Noorfazira Zainol Rashid, (Penolong Pendaftar Kanan) TERENGGANU (3 & 4 Jun) En. Junisam Jurimi (Pembantu Tadbir) Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini (Guru Tamhidi) K. LUMPUR (4 & 5 Jun) En. Mohd Zaini Othman (Penolong Pendaftar Kanan) Cik Siti Fazilah Shaik Mohd Noor (Guru Tamhidi)
8 Jun 2023 - Pusat Tamhidi USIM dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) telah membuka reruai di beberapa buah sekolah bagi memudahkan para pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat syarat-syarat kemasukan dan program-program yang ditawarkan di USIM. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2022! dan terima kasih diucapkan kepada para petugas promosi dan juga pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama di samping dapat mengukuhkan hubungan erat di antara sekolah-sekolah dan USIM. PROMOSI AKADEMIK USIM SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022 SEKOLAH PETUGAS PROMOSI Kolej Genius Insan USIM Dr. haslinawati Mustapha (Pensyarah Tamhidi) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor Dr. Nur Idayu Ah Khaliludin (Pensyarah Tamhidi) Dr. Maizatul Farisah Mohd Mokhtar (Pensyarah Tamhidi) Sekolah Menengah Agama Perseketuan Kajang, Selangor Dr. Nur Ilyana Ismarau Tajuddin (Pensyarah Tamhidi) Dr. Ummu-Hani Abas (Pensyarah Tamhidi) Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin, Klang Puan Lakirina Faidiwati Latiff (Guru Tamhidi) Puan Alifah Hj Hamid (Guru Tamhidi) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang Encik Mohd Naqiudin Che Ibrahim (Guru Tamhidi) Encik Sanusi Shariff (Guru Tamhidi) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh, Johor Puan Nur Khairunnisa Mohd Ngaini (Guru Tamhidi) Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, N. Sembilan Puan Azlina Mohamed Nor (Guru Bahasa) Puan Amanina Kamarudin (Guru Tamhidi) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, N. Sembilan En. Wan Amir Nudin Wan Ishak (Guru Tamhidi) En. Raimizar Rahim (Guru Bahasa) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya Puan Shahirah Sulaiman (Guru Bahasa) Encik Mohamad Hazwan Abdul Rahman (Guru Bahasa) Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu Cik Noorfazira Zainol Rashid (Penolong Pendaftar Kanan) Puan Nurfurqan Amir Hamzah (Penolong Pegawai Tadbir) Sekolah Agama Menengah Salak Tinggi, Selangor Puan Aiza Azrin Mohd Zain (Guru Tamhidi) Puan Siti Khadijah Togin (Guru Tamhidi) Sekolah Menengah Agama Nilai, N. Sembilan Puan Rasmina Hasbullah (Guru Tamhidi) Puan Rosmarini Mat Zain (Guru Tamhidi) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj. Mohd Said, N. Sembilan Puan Haslinda Haron (Guru Tamhidi) Encik Afif Arifin (Guru Tamhidi)
PROMOSI AKADEMIK USIM SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022
Tarikh: 13 Jun 2023 Tempat: Youtube USIMTV & Tiktok USIMOFFICIAL Moderator: Dr. Fauziah Hassan Panel: En. Mohd Naser Mohd Sabri, Timbalan Dekan Pusat Tamhidi PERMOHONAN UPU ONLINE: USIM PILIHAN PERTAMA JOM SETUJU TERIMA TAWARAN KEMASUKAN KE TAMHIDI (ASASI) USIM SYOKNYA BELAJAR DI USIM: USIM PILIHAN KAMI SIRI SIARAN LANGSUNG ANJURAN PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) USIM SEMPENA PERMOHONAN UPU ONLINE Tarikh: 13 Jun 2023 Tempat: Youtube USIMTV & Tiktok USIMOFFICIAL Moderator: Saudara Hafiq Saad Panel: Saudara Naufal Syakirin Shaifullah, Presiden Sekretariat Pelajar Tamhidi Tarikh: 13 Julai 2023 Tempat: Youtube USIMTV & Tiktok USIMOFFICIAL Moderator: Saudara Hafiq Saad Panel: Saudara Naufal Syakirin Shaifullah, Presiden Sekretariat Pelajar Tamhidi
Tarikh: 8 Jun 2023 Tempat: TATI University College (TATIUC) Wakil: 1. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi 2. Puan Siti Rubaini Mat, Penyelaras Kluster Sains 3. Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar kanan (Bahagian Kemasukan Pelajar) 4. Puan Nurfurqan Amir Hamzah, Pembantu Tadbir Kanan LAWATAN KE TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) Tarikh: 16 Jun 2023 Tempat: Dewan Kolej Genius Insan, USIM Wakil: 1. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi 2. Cik Noorfazira Zainol Rashid, Penolong Pendaftar kanan (Bahagian Kemasukan Pelajar) RERUAI TAMHIDI DI KARNIVAL KEUSAHAWANAN KOLEJ GENIUS INSAN, USIM Tarikh: 5 Julai 2023 Tempat: SMKA Putrajaya Pegawai: Puan Safiah Sherif@Sharif CERAMAH & PAMERAN HALA TUJU DI USIM, SMKA PUTRAJAYA Tarikh: 7 Jun 2023 Tempat: SM Imtiaz, Kuala Terengganu Penceramah: 1. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi 2. Puan Siti Rubaini Mat, Penyelaras Kluster Sains JELAJAH PROMOSI PUSAT TAMHIDI DI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ