The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah <br>Nama: Mohamad Auji Nasruddin bin Darliee

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by edrossheikh1234, 2024-05-07 09:29:26

Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2024

Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah <br>Nama: Mohamad Auji Nasruddin bin Darliee

Nama Program : Tarikh : () Tempat :


SALINAN REKOD KUTIPAN DATA NILAM CALON 09


ULASAN BUKU/SINOPSIS 10 Mohamad Auji Nasruddin bin Darliee


SINOPSIS BUKU SI TANGGANG ANAK DERHAKA Buku cerita Si Tanggang Anak Derhaka. Si Tanggang dilahirkan di kalangan keluarga miskin yang tinggal di pinggir pantai, Mereka hidup sebagai keluarga nelayan. Apabila masuk alam remaja, Si Tanggang telah ditangkap oleh dua orang lelaki untuk dijadikan nakhoda kapal. Setelah menjadi nakhoda kapal si tanggang telah menjadi kaya raya dan berkahwin dengan 2 orang puteri raja. Si Tanggang telah membawa isteri-isterinya bersiar-siar menaiki kapal. Setelah sampai ke pinggir pantai penduduk kampung memberi tahu kepulangan Tanggang kepada ibu bapanya. Ibu bapanya sangat gembira, menyediakan makanan dan mendayung sampan ke kapal Si Tanggang. Namun begitu, Si Tanggang menengking ibu bapanya. Ibu si Tanggang menangis sekuat hati. Akhirnya, ribut telah menyebabkan kapal Si Tanggang karam dan menjadi batu. Pengajaran yang terdapat dalam buku ini ialah seseorang anak perlu menghormati kepada ibu bapa yang telah membesarkannya. Manakala nilai murni yang terdapat dalam kisah ini ialah Kasih Sayang. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


SINOPSIS BUKU PENIUP SERULING DI GUNUNG PANTI. Buku Cerita Peniup Seruling di Gunung Panti, menceritakan seorang anak muda yang berrnama Nadim yang pandai bermain seruling. Nadim seorang yang cacat dan memakai tongkat. Nadim sering dibuli oleh kanak-kanak kampung yang lain. Perbuatan kejam kanak-kanak kampung tersebut telah menyebabkannya berasa sedih. Namun begitu, Nadim sangat disayangi oleh ibu bapa dan kakaknya. Ibu bapa dan kakaknya sering memberi nasihat kepada Nadim supaya bersabar. Manakala, kakaknya sering memuji kepandaian Nadim ketika bermain seruling. Suatu hari, Nadim meniup serulingnya dan di dengar oleh kanak-kanak lain. Kanakkanak kampung telah merampas seruling dan melemparnya ke sungai. Akibat terlampau sedih atas perbuatan tersebut Nadim telah membawa diri ke Gunung Panti. Keluarga Nadim berasa sedih atas kehilangan Nadim dan kanak-kanak kampung berasa malu atas perbuatan mereka. Pengajaran yang terdapat dalam buku cerita ini ialah kita janganlah melakukan perbuatan buli kerana perbuatan buli adalah satu jenayah. Manakala, nilai yang terdapat dalam buku cerita Peniup Seruling di Gunung Panti ialah kesabaran. Nadim sabar setiap kali dibuli oleh kanak-kanak kampung.


SINOPSIS BUKU PAK BELALANG YANG BIJAK. Buku cerita ini mengisahkan seorang bapa yang melakukan tipu helah untuk mendapatkan makanan dengan menyorok lembu orang kampung dan mengatakan bahawa dia pandai menilik lembu. Pemilik ternakan tersebut telah berjumpa ternakannya dengan tipu helah pak belaag. Namun begitu, suatu ketika Sultan telah kehilangan emas-emasnya yang telah dicuri oleh 7 orang perompak. Sultan telah mendengar tentang kesaktian Pak Belalang. Pak Belalang tiada kena mencari emas tersebut. Jika tidak dia akan dihukum pancung. Pak belalang telah pulang ke rumah untuk meluahkan kerisauan kepada isterinya. Isteri Pak belalang berkata “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 harus direbus di minyak panas”. 7 perompak mendengarnya terus ketakutan dan menyerah diri kepada pak belalang. Akhirnya Pak Belalang menjadi kaya raya dan tidak miskin lagi. Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah kita janganlah mencuri seperti 7 perompak dalam cerita ini Nilai yang terdapat dalam cerita Pak Belalang ialah mengaku kesalahan. Perompak mengaku kesalahannya kepada Pak Belalang.


SINOPSIS BUKU NAKHODA YATIM Buku Cerita Nakhoda Yatim mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang bernama Yatim. Akibat kemiskinan tersebut telah menyebabkan Muluk pergi ke Kuala Selangor untuk berkerja sebagai pedagang. Tuan Muluk sangat suka dengan Yatim yang jujur dan mengahwinkan Yatim dengan puterinya dan menjadi nakhoda kapal. Suatu hari Yatim berkerjasama dengan seorang pedagang untuk mencari harta karun yang terdapat di sebuah Pulau. Perjanjian mereka harta karun yang dijumpai perlu dibahagikan sama rata. Namun begitu, Yatim telah mengkhianati rakannya dengan membolot semua harta. Apabila berada di ribut berlaku, kapal dan harta karun karam. Berdasarkan cerita ini, kita janganlah tamak harta kerana tamak akan mengakibat kerugiaan. Nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah kejujuran.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version