RESIDENPELAJAR3 “KESELAMATAN KITA, KOMITMEN KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA" ARTIKEL PORTFOLIO ANUGERAH KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN BAGI KETUA PTJ/RP TERBAIK ROSJULIANA HIDAYU BINTI ROSLI PENGETUARESIDENPELAJAR3 NOSTAF: 01404
Sebagai pemimpin, saya sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan di pejabat dan juga di Residen Pelajar 3. Saya berusaha untuk mencipta budaya kerja yang mengutamakan keselamatan dalam kalangan staf dan konsep ‘RP3KU RUMAHKU’ bagi pelajar di RP3. Langkah-langkah proaktif telah diambil untuk memastikan kepatuhan kepada standard keselamatan yang cemerlang, dan saya sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran yang selamat, sihat, dan mesra di RP3.Saya telah mengadakan pelbagai program seperti latihan kebakaran bersama pihak bomba, ceramah tentang langkah-langkah keselamatan dalam keadaan kecemasan dan saya juga telah berjaya melakukan kolaborasi bersama Fakulti Keselamatan dan Kesihatan bagi subjek Ethics and leadership in safety dan juga Kelab OSH di UMPSA malah melebarkan kolaborasi bersama pihak luar seperti Hospital Putrajaya dan sebagainya. Selain itu saya juga telah mengadakan program Open Day di RP3 dan memperkenalkan inisiatif KKP seperti Program Safe Campus, pertandingan poster keselamatan kreatif, cakna keselamatan dan juga kempen serta ceramah berkaitan kesihatan dan keselamatan fizikal dan mental. Usaha-usaha ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pelajar dan kakitangan secara berterusan dan menyeluruh. Saya juga merealisasikan inisiatif pemasangan smart CCTV dengan menggunakan kewangan sendiri pada ketika wabak COVID-19 melanda Malaysia iaitu pada tahun 2020 dan smart CCTV ini masih digunakan sehingga kini dan inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif yang memperkukuhkan keselamatan dan kesihatan penghuni dalam keadaan yang mencabar. Penggunaan Teknologi Smart Phone iaitu pemanfaatan Speed Dial / favourite di telefon mudah alih pelajar dengan menetapkan nombor pengetua dan juga pautan nombor kecemasan pihak keselamatan, sistem aduan dan cadangan yang proaktif dan mesra pelajar turut dibangunkan. Selain dari penglibatan di RP3, saya turut terlibat dengan latihan kebakaran di Pusat Bahasa Moden UMPSA Pekan, menghadiri demonstrasi bomba dan mengikuti program atau ceramah yang diadakan oleh pihak KKP di UMPSA. RP3 mengorak langkah kehadapan dengan membawa kelestarian KKP UMPSA menerusi perkongsiaan pelaksanaan KKP di RP3 dalam Program DISKUSI MADANI 2023 di Kedutaan Education Malaysia Ho Chi Minh City Vietnam.Seterusnya program kesihatan dan keselamatan turut di laksanakan di Little Rose Shelter Vietnam.Berkat konsistensi dalam praktis KKP sebelum ini dengan izin Allah swt RP3 telah menerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hari Kualiti dan Inovasi UMPSA tahun 2019 dan 2020, serta dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Residen Pelajar Terbaik. Hasrat dan perancangan masa hadapan berkaitan pelaksanaan KKP di RP3 yang sedang diterajui adalah dengan merealisasikan Inovasi Smart Drone Wanita, pensijilan dalam latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan bagi pelajar dan juga staf,Penilaian Risiko Keselamatan dan Kesihatan dengan lebih konsisten, penyelidikan dalam bidang KKP yang relevan dan pembangunan berterusan, ONE STOP CENTRE di blok C7 dengan kendalian pelajar-pelajar yang mempunyai pensijilan dalam bidang berkaitan keselamatan dan kesihatan yang menyeluruh dengan usahasama pihak KKP UMPSA. RP3 akan terus mengekalkan kredibiliti sebagai sebuah kediaman yang memegang rekod Sifar Kemalangan dengan mencegah kecederaan dan kemudaratan kesihatan yang secara proaktif dan mengurangkan risiko KKP.”Keselamatan Kita, Komitmen Kita, Tanggungjawab Bersama" Rosjuliana HidayuRosli KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA: PERANAN PENGETUA DALAM MEMBENTUK BUDAYA KESELAMATAN DI RP3 UMPSA (467 patah perkataan)
SKUAD KECEMASAN DAN KESELAMATAN RESIDEN PELAJAR 3 KEFELOAAN “KESELAMATAN KITA, KOMITMEN KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA" 2 0 2 2 - 2 0 2 4
SK U A D KECEMASAN DAN KESELAMATAN RESIDEN PELAJAR 3
KECEMASAN DAN KESELAMATAN PEJABAT RESIDEN PELAJAR 3 SK U A D PUAN SITI SURIYANTI BINTI SAMINGON PUAN SITI HAZWANI BINTI SHUHAIMI MOHAMAD FAZRIL BIN JOHORE
KKP PROGRAM SENARAI PROGRAM DI RESIDEN PELAJAR 3 2 0 2 3
1) Pemeriksaan berkala di RP3 bersama pasukan / skuad keselamatan (KKP) Residen Pelajar 3 2)Latihan Kebakaran dan Keselamatan bersama pihak bomba 3) Ceramah dan perkongsian bersama pihak bomba berkenaan langkah-langkah keselamatan apabila berlaku kecemasan 4) Kolaborasi bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Fakulti Keselamatan dan Kesihatan di UMPSA) pemerkasaan pelajar dalam KKP 5)Open Day RP bersama pihak OSHMO UMPSA 6)Open Day RP bersama pihak jabatan luar (Ceramah Keselamatan) 7)PROGRAM SAFE CAMPUS : A STUDENT PRIORITY 8)Pertandingan Poster Kreatif: Be Alert, Be Aware 9)Kuiz Cakna KKP : We Care, We Safe 10)Tinjauan Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pelajar (BERKALA) 11)Montaj Rasmi KKP RP3 berkaitan ‘Apakah perkara utama /tindakan ketika kecemasan berlaku’ 2) Gotong-royong perdana kelestraian kampus dengan dimulakan perkongsian jika berlaku kecemasan ketika program dijalankan dan saranan keselamatan dan kesihatan 13) Diskusi Madani bersama kedutaan Malaysia di Ho Chi Minh City: To Give Them Hope dimana temubual antara Pengetua dan juga Pengarah kedutaan Malaysia disana berkenaan kawalan keselamatan dan pembangunan mahasiswi di Residen Pelajar. 14) Program ‘RPKU RUMAHKU’ bersama pelajar Diploma dimana saya sebagai pembicara utama dan mengentengahkan isu keselamatan dan kesihatan di RP 15) Program ‘RPKU RUMAHKU’ bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda dimana saya sebagai pembicara utama dan mengentengahkan isu keselamatan dan kesihatan di RP
16) Program Heart to Heart (info kesihatan dan keselamatan serta psikologi kesihatan mental) 17) Program Minda Sihat, Akademik Cemerlang 18) Program ‘Red Forest Hike’ kawalan keselamatan dan latihan diberikan kepada AJK 19)Karnival Wanita peringkat UMPSA( KESELAMATAN DAN KESIHATAN WANITA) 20)Zumba Fitness (Jom Sihat Bersama) 21)Sukan Santai (Sihat Bersama) 22)Memo sokongan (I CARE 4 U) motivasi dan sokongan kasih sayang bagi pelajar yang menghidapi penyakit kanser/ kronik 23) Care for others ( Program kesihatan kolaborasi bersama pihak PKU dan juga HTAA) 24)Pameran Keselamatan dan Taklimat Pengurusan Bencana 25)Taklimat : Kesedaran Awam Bahaya Kebakaran 26) Taklimat: Asas Pertolongan Cemas oleh JPAM 27)Taklimat ringkas KKP oleh skuad KKP RP3 di hari induksi/pendaftaran pelajar
BUKTI YANG MENYOKONG PERKARA 4.2 (II) LAMPIRAN BERGAMBAR RESIDEN PELAJAR 3
Kolaborasi bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Fakulti Keselamatan dan Kesihatan di UMPSA) -Pemerkasaan pelajar dalam KKPLATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN
Kolaborasi bersama Hospital Putrajaya -Unit Kaunseling/psikologiCERAMAH BERKAITAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN YANG MENYELURUH
Pemeriksaan berkala di RP3 bersama pasukan / skuad keselamatan (KKP) Residen Pelajar 3
Open Day RP bersama pihak OSHMO UMPSA Open Day RP bersama jabatan luar (Ceramah Keselamatan) PROGRAM SAFE CAMPUS: A STUDENT PRIORITY Pertandingan Poster Kreatif: Be Alert, Be Aware Kuiz Cakna KKP: We Care, We Safe Tinjauan Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pelajar (BERKALA)
Montaj Rasmi KKP RP3 berkaitan ‘Apakah perkara utama /tindakan ketika kecemasan berlaku’
Gotong-royong perdana kelestraian kampus dengan dimulakan perkongsian jika berlaku kecemasan ketika program dijalankan dan saranan keselamatan dan kesihatan
Diskusi Madani bersama kedutaan Malaysia di Ho Chi Minh City: To Give Them Hope .Temubual antara Pengetua dan juga Pengarah kedutaan Malaysia disana berkenaan kawalan keselamatan dan pembangunan mahasiswi di Residen Pelajar.
Program ‘RPKU RUMAHKU’ bersama pelajar Diploma dimana saya sebagai pembicara utama dan mengentengahkan isu keselamatan dan kesihatan di RP 3 Program ‘RPKU RUMAHKU’ bersama pelajar IJAZAH SARJANA MUDA dimana saya sebagai pembicara utama dan mengentengahkan isu keselamatan dan kesihatan di RP
Program Heart to Heart (info kesihatan dan keselamatan serta psikologi kesihatan mental) PROGRAM MINDA SIHAT, AKADEMIK CEMERLANG
Program ‘Red Forest Hike’ kawalan keselamatan dan latihan diberikan kepada AJK KARNIVAL WANITA PERINGKAT UMPSA (KESELAMATAN DAN KESIHATAN WANITA) ANJURAN RP3
Taklimat ringkas KKP oleh skuad KKP RP3 di hari induksi/pendaftaran pelajar PROGRAM DI LITTLE ROSE SHELTER VIETNAM Bukti gambar: pembelian kit kesihatan dan penerangan berkenaan penjagaan kesihatan di rumah dan juga keselamatan
LATIHAN KEBAKARAN DI PUSAT BAHASA MODEN UMPSA PEKAN
INISIATIF BAHARU DALAM PENGURUSAN KKP
Peningkatan Keselamatan Pencegahan dan Pengurangan Kecelaruan (seperti kecurian dan vandalisme) Penambahbaikan Pengawasan Keselamatan Pengurangan Kos Kecemasan Kesedaran Keselamatan yang Lebih Tinggi Peningkatan Keberkesanan Pengurusan Inovasi dan Pembaharuan SMART CCTV Inisiatif pemasangan CCTV yang dibiayai oleh Pengetua Residen Pelajar 3 (RP3) sendiri pada ketika wabak COVID-19 sehingga kini merupakan satu langkah proaktif yang memperkukuhkan keselamatan dan kesihatan penghuni dalam keadaan yang mencabar. Berikut adalah beberapa manfaat serta implikasi positif yang dapat dikenal pasti dari inisiatif tersebut:
SMART CONTACT Pemanfaatan Speed Dial di telefon mudah alih pelajar nombor Pengetua.Add to emergency contacts.Pautan nombor kecemasan keselamatan. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SMART PHONE SISTEM PENGADUAN DAN CADANGAN Sistem yang memudahkan penghuni untuk melaporkan sebarang masalah keselamatan atau kesihatan serta membuat cadangan untuk penambahbaikan. RP3 REPORT
WE CARE , WE PROTECT Video montaj ‘Emergency Response’ dimainkan sebelum sesuatu program dilaksanakan dan juga poster infografik diedarkan menerusi WhatsApp group atau dimuat naik di platform media sosial seperti Instagram ataupun Facebook. KEMPEN KESEDARAN KECEMASAN DI SETIAP PELAKSANAAN PROGRAM
HOW CAN I HELP YOU? AI RESPONSE UNTUK ADUAN DI RESIDEN PELAJAR 3 AI RESPONSE
PENGLIBATAN DALAM PROGRAM KKP DILUAR PTJ/RP
DISKUSI MADANI ANTARABANGSA Program bersama kedutaan di Education Malaysia Ho Chi Minch City .Temubual Pengetua dan Pengarah EME berkenaan pembangunan mahasiswi dan bagaimana kelestarian kampus dipraktikkan menerusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Residen Pelajar 3.
LATIHAN KEBAKARAN DI PUSAT BAHASA MODEN UMPSA PEKAN SESI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK KKP OLEH PEMENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN KKP 2023 03/05/2023
PENCAPAIAN DALAM MEMIMPIN KKP DI PTJ/RP
4) Penerbitan penulisan bertajuk ‘AKULAH IBU BUAT MEREKA’ merakam penghargaan terima kasih kepada skuad KKP di RP3 dan juga coretan tinta yang merakam detik-detik pengorbanan dalam menjaga dan memastikan kebajikan pelajar terpelihara dari sudut keselamatan, kesihatan dan juga psikologi. 1) Pemenang Kategori Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Kategori Kolej Kediaman Hari Kualiti dan Inovasi UMP 2019 2) Pemenang Kategori Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Kategori Kolej Kediaman Hari Kualiti dan Inovasi UMP 2020 3) Dianugerahkan sebagai Residen Pelajar Terbaik untuk Tahun 2021 (RP3)
HASRAT/PERANCANGAN MASA HADAPAN BERKAITAN PERLAKSANAAN KKP DI PTJ/RP YANG SEDANG DITERAJUI ”Keselamatan Kita, Komitmen Kita, Tanggungjawab Bersama"
INOVASI SMART DRONE WANITA Patroli Keselamatan Pengawasan dan Pemantauan persekitaran RP3 SISWI. PENILAIAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN DENGAN LEBIH KERAP Melakukan penilaian risiko secara berkala di seluruh kawasan residen pelajar 3 untuk mengenal pasti potensi bahaya dan mengambil langkahlangkah pencegahan yang sesuai. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN BERTERUSAN Melakukan penyelidikan berterusan dan juga benchmark dengan institusi luar.
PENSIJILAN DALAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN YANG BERKAITAN Memperbanyakkan lagi penyertaan pelajar dan staf dalam program pensijilan KKP.Pensijilan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan merujuk kepada proses pengiktirafan yang menunjukkan bahawa individu atau organisasi telah mencapai tahap pengetahuan, kemahiran, dan kepatuhan yang diperlukan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan yang berkaitan. ONE STOP CENTRE DI BLOK C7 Membangunkan One stop centre di Blok C7 dengan kendalian pelajar-pelajar yang mempunyai pensijilan dalam bidang berkaitan keselamatan dan kesihatan yang menyeluruh dengan usahasama pihak KKP UMPSA.
KOLABORASI ANTARABANGSA PADA TAHUN 2024 CADANGAN: LAWATAN DAN LATIHAN PENSIJILAN DI INSTEK MULIA YOGYAKARTA INDONESIA
RP3KU RUMAHKU ”Keselamatan Kita, Komitmen Kita, Tanggungjawab Bersama" Disediakan oleh: No Staf: 01404 013-3440234 Rosjuliana Hidayu Binti Rosli Emel: [email protected] Kami di Residen Pelajar 3 ingin menyatakan komitmen kami yang teguh terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sejarah prestasi kami yang cemerlang dalam memenangi Anugerah KKP dan pengiktirafan sebagai Kolej Kediaman Terbaik adalah bukti nyata komitmen dan usaha kami dalam menjaga kelestarian KKP. Dengan pendekatan proaktif dan inovatif seperti pemasangan SMART CCTV, program latihan, dan kerjasama dengan pihak berkepentingan, kami berhasrat untuk terus meningkatkan kesedaran dan keberkesanan dalam bidang ini. Kami berazam untuk mengekalkan rekod sifar kemalangan dan terus berusaha untuk mencapai standard keselamatan yang cemerlang bagi kebaikan semua penghuni dan kakitangan. Dengan harapan bahawa portfolio ini dapat menjadi cerminan komitmen kami dan menjadi panduan dalam memastikan penghuni RP3 dalam keadaan selamat dan sihat. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak terutama pihak OSHMO UMPSA.
RESIDENPELAJAR3 KKP