The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK SUNGAI ABONG, 2024-05-11 11:08:21

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 (SK SUNGAI ABONG)

MESYUARAT AGUNG PIBG_20240511_230627_0000

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 PERASMI : TUAN HAJI NORRIZAM BIN MUHAMMAD YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DAERAH MUAR PERASMI : TUAN HAJI NORRIZAM BIN MUHAMMAD YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DAERAH MUAR SK SUNGAI ABONG AHAD | 12 MEI 2024 | DEWAN AL-ZAHRAWI


PERASMI TUAN HAJI NORRIZAM BIN MUHAMMAD Ydp Majlis Perbandaran Daerah Muar


Introduction BARISAN PENTADBIR BARISAN PENTADBIR PUAN SITI ZALEHA BINTI RAMLAN GURU BESAR SK SUNGAI ABONG ENCIK DALMAN BIN DASIRON GPK HAL EHWAL MURID PUAN ZURIANA BT KAMARUDIN GPK KO-KURIKULUM PUAN NADZLIN HAFIZA BT MOHD YASIN GPK 1 PENTADBIRAN


Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru (IBG). Fungsi peranan PIBG adalah: Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid 1. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah 2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat 3. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan 4. PIBG PIBKS Merupakan penglibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta dalam membantu dan membangunkan sektor pendidikan di Malaysia. Antara peranan PIBKS adalah : Memberi sokongan dari aspek sumber kewangan, kepakaran, material dan infrastruktur. 1. Memberi sokongan dari aspek penglibatan secara sukarela 2. Membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan 3.


5. AJK PENGELOLA MESYUARAT 1. SURAT JEMPUTAN / DOKUMEN MESYUARAT 10. PENGHARGAAN 2. ATURCARA MAJLIS 6. MINIT MESYUARAT AGUNG 2023 3. BICARA KATA YDP PIBG GURU BESAR 4. AJK IBUBAPA 7. LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023 8. KEJAYAAN / AKTIVITI SEKOLAH 9. USUL PIBG 2024


SURAT JEMPUTAN MESYUARAT SURAT JEMPUTAN MESYUARAT


DOKUMEN MESYUARAT DOKUMEN MESYUARAT QR


ATURCARA MESYUARAT ATURCARA MESYUARAT


BICARA KATA YBRS TS DR AIDIL FAHMI BIN SHADAN YDP PIBG Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam Sejahtera Yang saya hormati, Puan Siti Zaleha binti Ramlan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Abong, Barisan Pentadbir,guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 pada tahun ini. Sayamengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Hal ini bukan omong kosong sahaja untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir pada hari ini tetapi SK SUNGAI ABONG sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Sebagai Naib Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang-kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi Kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak- anak dalam proses pembelajaran mereka. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibubapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SKSA terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Sekian, terima kasih.


BICARA KATA PUAN ZALEHA BT RAMLAN GURU BESAR Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 dapat diterjemahkan hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Kita semua sedia maklum, bahawasanya prasarana SK Sungai Abong banyak kekurangan. Namun pihak sekolah tidak menjadikannya kekangan kepada kejayaan sekolah ini di bidang akademik, HEM dan kokurikulumnya. Pelbagai pencapaian cemerlang telah dicapai oleh murid-murid sekolah kita. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati, pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja. Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak ini. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah agar masalah pelajar lewat boleh diatasi. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih. Ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah mengadakan program dan majlis ilmu dengan memberi alasan sibuk bekerja. Keadaan ini amat menyedihkan pihak sekolah kerana ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh. Jadi, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekaligus dapat menyuntik semangat belajar dalam sanubari anak-anak. Anakanak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak memerlukan masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut. Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa bolehmenelefon untuk bertanya khabar atau makan semeja pada waktu yang berkesempatan. Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Pihak sekolah juga akan melaksanakan program ziarah cakna ke rumah anak-anak SK Sg Abong. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata amatilah peribahasa cina berikut , WITH MONEY WE CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME WITH MONEY WE CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME WITH MONEY WE CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP WITH MONEY WE CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE" Semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


AJK PIBG 2023


AJK PENGELOLA 2024 AJK PENGELOLA 2024


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2023


LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023


LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023


AKTIVITI UTAMA SEKOLAH AKTIVITI UTAMA SEKOLAH PENDAFTARAN TAHUN 1 GOTONG-ROYONG PERDANA HARI PELAPORAN MERENTAS DESA KEJOHANAN MESYUARAT SUKAN SEKOLAH AGUNG PIBG HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


KEJAYAAN SEKOLAH KEJAYAAN SEKOLAH


B.MELAYU •1. Johan Bercerita Thp 1 JESAWIL •2. Naib Johan dan Ketiga pertandingan bercerita Tahap 1 peringkat Daerah sekolah jemputan . •3. Naib johan dan Ketiga pertandingan bercerita Tahap 2 peringkat daerah sekolah jemputan B.INGGERIS •1. English Carnival Co academic Mini Documentary tempat ke 3 peringkat Daerah •2. Jesawil bicara berirama MATEMATIK •1. JESAWIL- kelab keusahawanan penghasilan sabun SAINS •1. JESAWIL- kelab keusahawanan penghasilan sabun KURIKULUM KEJAYAAN ANAK-ANAK ARIPS PENDIDIKAN ISLAM •1.Penyertaan ( Khat dan Tilawah Al-Quran ) Mahrajan Al-Quran SekolahSekolah Rendah Zon Sungai Abong. BAHASA ARAB •1. Penyertaan Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Muar PEND SENI VISUAL •1. JESAWIL- penghasilan ecobrick •2. E- Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) Peringkat Negeri Johor REKABENTUK & TEKNOLOGI •1. Mini games and workshop stem awareness campaign. Robot 4school peringkat daerah •2. JESAWIL- kitar semula •3. Farm to school- peringkat negeri bersama jbiotech


* Ketiga anugerah Penarafan Perintis Warisan KRMJ Sekolah Rendah * Johan pemakanan sihat Peringkat Negeri Johor * Gotong royong madani * Keceriaan tandas * Keceriaan sekolah * Keceriaan bangunan sekolah * Kebersihan kantin * Pengurusan 3k * Program 3k pencegahan aedes dan denggi * Pengisian SSDM * Kehadiran * KRMJ * Lawatan sambil belajar HAL EHWAL MURID KEJAYAAN / AKTIVITI ANAK-ANAK ARIPS


PPIM - peringkat negeri Johan (Sijil Penilaian Tahap Puteri Bongsu) Naib Johan (Program Explorasi Wira Alam PPIM Negeri Johor) Pengakap - peringkat kebangsaan Jota Joti Bola Sepak -peringkat negeri Naib Johan B12 MSSJ (2 org) Tenis - MSSJ (4 org) Olahraga - MSSJ ( 2 org - 1 murid PK) Bola Baling - MSSJ (seorang) Taekwando - Peringkat Kebangsaan/Negeri Johan Naib Johan Ketiga KO-KURIKULUM KEJAYAAN ANAK-ANAK ARIPS ICT Minigames and workshop - Peringkat Daerah Johan Naib johan Ketiga Digital Compentency Score - Innovatif level Seni Budaya - Peringkat negeri ke-4 (Pertandingan Tarian Sekolah Rendah) Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia - Peringkat Daerah Johan Naib johan Doktor Muda - peringkat negeri Johan (Pertandingan Bekal Sekolah Si Cilik KKM) - Peringkat Negeri Fun Walk - peringkat Antarabangsa JESAWIL- Peringkat Negeri Johan-Pertandingan Bercerita Wira Lestari Naib Johan - penghasilan eco bricks Keempat -kelab usahawan wira lestari PERTANDINGAN DIORAMA BUDAYA DAN ALAM KE 5- peringkat kebangsaan


PENGHARGAAN KHAS MPM PENGHARGAAN KHAS MPM MEDIA ARIPS KOLABORASI BERSAMA MPM - PROMOSI BANDAR MUAR “MUAR BANDAR MESRA AUTISME”


USUL NAMA USUL NORHIDAYATI BT SALLEH 1.MAKANAN WAKTU REHAT TAHAP 2 TIDAK MENCUKUPI ZAINORZAMAN BIN MD NOR KESELAMATAN MURID PAGI DAN TENGAH HARI - KURANG PENGAWAL 1. 2. MENAMBAH RUANG MASUK SEKOLAH 3.MENAMBAH RUANG MENUNGGU MURID WAKTU BALIK SUHAILA BT AHMAD@ISMAIL 1.MENUBUHKAN KELAB E-SPORT 2.MENYEDIAKAN MODUL@LATIHAN SEMASA CUTI SEKOLAH SUFIAN BIN MD LAJIS 1.SELENGGARA TANDAS MURID - TIADA AIR DAN KOTOR DAYANG ANI BT RUZIN 1.MENGADAKAN KELAS TAMBAHAN


USUL NAMA USUL MUHAMMAD EMRAN 1.MOHON MAKLUMKAN KERJA RUMAH DALAM GROUP KELAS MUHAMMAD NAZIM BIN BASYIR 1.SEMAKAN HARGA MAKANAN DI KANTIN 2.ANAK TIDAK DAPAT BAKI KETIKA MEMBELI DI KANTIN SUHAILA BT AHMAD@ISMAIL MENYEDIAKAN MODUL SEMASA CUTI SEKOLAH SAMADA BERCETAK ATAU ELETRONIK 1. 2.MOHON GURU TAHUN 1 MAKLUMKAN KERJA RUMAH NORHASLINDA BT ABDULLAH 1.MENYEDIAKAN TEMPAT MENYIMPAN BUKU


TTM BOOK STORE PIBG SKSA PENGHARGAAN / SUMBANGAN HADIAH PENGHARGAAN / SUMBANGAN HADIAH SWEE HUAT ENTERPRISE PIBG SKSA IHSAN TRADING HARRY BESTARI ENTERPRISE


Click to View FlipBook Version