UTHM/FPTV/LM-Ver.1/03b
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR 2
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (ELEKTRIK & ELEKTRONIK)
KOD SUBJEK: BBP 40408
Nama guru pelatih : Siti Rashidah Binti Abd Hamid
No.matrik : CB180049
No.telefon dan email : 011-28315963/ [email protected]
Nama Institusi : Kolej Vokasional Melaka Tengah
Alamat institusi : Jalan Tun Telani. 75450 Bukit Katil, Melaka
Nombor telefon : 06-2326190
Email institusi : [email protected].
Nama pembimbing : Pn. Siti Nur Farehah Bt Jaafar
Nombor telefon : 013-3003156
Nama penyelia : Ts. Dr. Azmanirah Binti Ab Rahman
Nombor telefon : 012-6569260
**Salinan perlu dihantar kepada penyelia dan muat naik ke Sistem Author https://author.uthm.edu.my/
SENARAI SEMAK LAPORAN AKHIR LM2
Bil Perkara Semakan
(√)
1. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai √
kursus/subjek yang diajar
√
2. Senarai semak oleh pembimbing
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07 √
3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir
4. Laporan √
Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan √
Sahsiah
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
** sertakan borang-borang yang telah disahkan
oleh pembimbing/ penyelaras
kokurikulum/Pengarah/Pengetua
5. LAMPIRAN
LAMPIRAN adalah terdiri daripada dokumen yang
boleh menyokong Laporan Akhir LM seperti rekod
kehadiran (terperinci), penglibatan dalam
kokurikulum/aktiviti lain (Bukti berkaitan seperti :
salinan surat lantikan/sijil, kertas kerja, kertas
program, gambar penglibatan dan lain–lain yang
sesuai.
Perhatian: Tandatangan Penyelia Fakulti
Tandatangan Pelatih
Nama : Siti Rashidah Binti Abd Hamid Nama :
Tarikh : 5 Julai 2022 Cop Rasmi :
Tarikh :
JADUAL WAKTU
DAN SENARAI
SUBJEK YANG
DIAJAR
JADUAL WAKTU
(21 MAC 2022 hingga 27 MEI 2022)
Masa 8:00 AM 9:00AM 10:00AM 11:00AM 12:00PM 1:00PM 2:00PM 3:00PM 4:00PM
Time 9:00 AM 10:00AM 11:00AM 12:00PM 1:00PM 4:00PM 5:00PM
Hari 2:00PM 3:00PM
Day ETN ETN ETN ETN ETN
Ahad 2033 4014 4014 R 4014 4014
Sunday E
Isnin ETN ETN ETN ETN H ETN
Monday 2033 2033 2033 2033 A 4014
Selasa T
Tuesday @
Rabu R ETN
Wednesday E 2033
Khamis C
Thursday E
Jumaat S
Friday S
KURSUS/ MATA PELAJARAN KELAS MASA
COURSE/ SUBJECTS FORM TIME
1 SETN 8.00 AM – 3.00 PM
ETN 2033 - INDUSTRIAL ELECTRONIC
EQUIPMENT INSTALLATION 2 SETN 11.00 AM – 5.00 PM
ETN 4014- PROGRAMMABLE LOGIC
CONTROLLER CONFIGURATION
JADUAL WAKTU
(6 JUN 2022 hingga 8 JULAI 2022)
Masa 8:00 AM 9:00AM 10:00AM 11:00AM 12:00PM 1:00PM 2:00PM 3:00PM 4:00PM
Time 9:00 AM 10:00AM 11:00AM 12:00PM 1:00PM 2:00PM 3:00PM 4:00PM 5:00PM
Hari
Day ETN ETN ETN ETN ETN R KOKU
Ahad 1014 1014 1014 1014 1014 E
Sunday ETN H
Isnin 1014 ETN ETN ETN A
Monday 1014 1014 1014 T
Selasa @
Tuesday R
E
Rabu C
Wednesday E
S
Khamis S
Thursday
Jumaat
Friday
KURSUS/ MATA PELAJARAN KELAS MASA
COURSE/ SUBJECTS FORM TIME
8.00 AM – 1.00 PM
ETN 1014- ELECTRONIC SCHEMATIC 1 SETN-22 8.00 AM – 12.00 PM
DRAWING
SENARAI SUBJEK YANG DIAJAR SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR
1) ETN 2033 - INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION
2) ETN 4014- PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER CONFIGURATION
3) ETN 1014- ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
SENARAI
SEMAK
PEMBIMBING
LAPORAN
JURNAL
REFLEKSI AKHIR
ANALISIS MASALAH KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TOPIK LUKISAN
KEJURUTERAAN
Siti Rashidah Binti Abd Hamid 1, Siti Nur Farehah Binti Jaafar2
Azmanirah Binti Ab Rahman 3
1,3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2Kolej Vokasional Melaka Tengah, Melaka
[email protected], [email protected], [email protected]
(Nota 1Siti Rashidah Binti Abd Hamid, 2Siti Nur Farehah Binti Jaafar,3Azmanirah Binti Ab
Rahman)
Abstrak
Latihan mengajar merupakan satu proses di mana seseorang guru pelatih berpeluang
mengaplikasi ilmu dan kemahiran pada peringkat akhir pengajian bidang pendidikan.
Sebagai seorang bakal guru, ini bermakna segala ilmu pedagogi dan amalan yang dipelajari
akan diaplikasikan sebagai satu penilaian prestasi pelajar. Pelatih telah menjalani latihan
mengajar Kolej Vokasional Melaka Tengah selama 14 minggu. Pelatih telah diberi
tanggungjawab untuk mengajar seramai 30 orang pelajar kelas 2 SETN bagi subjek
Programmable Logic Controller Configuration, manakala 30 orang pelajar kelas 1 SETN
bagi subjek Industrial Electronic Equipment Installation dan 30 orang pelajar kelas 1
SETN-22 bagi subjek Electronic Schematic Drawing. Saya berasa bersemangat untuk
melaksanakan tanggungjawab saya sebagai guru pelatih di KVMT. Latihan mengajar
selama 14 minggu ini telah memberikan pelbagai pengalaman dan cabaran sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan
secara bersemuka sepenuhnya apabila negara telah beralih fasa daripada pandemik ke
endemik. Menerusi pembelajaran secara bersemuka ini memudahkan pemahaman pelajar
terhadap topik yang dipelajari. Namun pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Antaranya,
guru bertanggungjawab menangani masalah pelajar yang kurang memahami pembelajaran
lukisan kejuruteraan.
1.0 Pengenalan
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan jayanya saya dapat menamatkan program
latihan mengajar dengan sempurna selama empat belas minggu di Kolej Vokasional Melaka
Tengah. Di mana latihan mengajar dijalankan pada bulan 21 Mac 2022 dan berakhir pada 8
Julai 2022. Proses latihan mengajar ini telah banyak memberikan pengalaman yang sangat
bermakna kepada saya sebagai guru pelatih untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya
pada masa akan datang. Semasa tempoh Latihan mengajar di Kolej Vokasional Melaka
Tengah, segala perancangan yang dilakukan daripada pelbagai aspek telah berjalan dengan
lancar. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik seperti yang
dirancang. Pelatih telah dapat membiasakan diri dengan cepat di sekolah kerana pihak
pengurusan sangat membantu guru pelatih untuk membiasakan diri dengan persekitaran
serta suasana sekolah. Tambahan itu, guru pembimbing serta guru-guru lain terutama guru
Teknologi Elektronik juga turut banyak membantu memberikan tunjuk ajar dalam
menjalankan setiap tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya. Sifat sedia membantu
mereka membuatkan saya lebih selesa dan mudah berinteraksi. Semasa menjalani latihan
mengajar, guru pelatih bukan sahaja diberi peluang untuk mengajar akan tetapi terdapat
beberapa tugasan bukan akademik yang telah diberikan. Hasil daripada tugasan-tugasan ini,
pelatih sedar bahawa profesion Guru bukan sahaja ditugaskan untuk mengajar di dalam
kelas malah perlu melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.
Melalui tempoh latihan mengajar ini, pelatih telah mendapat banyak input dan pengalaman
baru yang boleh diambil serta dijadikan panduan buat masa akan datang terutamanya
daripada aspek pengajaran di mana pelajar yang tidak mempunyai sebarang asas dalam
bidang Elektronik. Segala ilmu yang telah pelatih dapat telah banyak memberikan peluang
dan ruang kepada pelatih dalam meningkatkan kemahiran dan kemampuan untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sekaligus dapat membantu
pelatih untuk menjadi seorang guru yang berkaliber pada masa akan datang.
2.0 Bisikan hati/ Latar belakang masalah
Sepanjang empat minggu Latihan mengajar ini, saya telah ditugaskan mengajar pelajar
tahun 1 SVM bagi Semester 1 dan 2 serta pelajar tahun 2 SVM di Kolej Vokasional Melaka
Tengah. Apabila ditempatkan untuk menjalani latihan mengajar di institusi ini, saya berasa
amat bersemangat dan cuba yang terbaik untuk berkongsi ilmu yang telah saya pelajari
kepada pelajar-pelajar saya. Terdapat pelbagai bentuk cabaran yang telah dihadapi
sepanjang menjalani latihan mengajar tetapi setiap cabaran yang dihadapi bukanlah satu
cabaran yang amat berat bagi saya sebagai seorang guru pelatih. Namun begitu, terdapat
satu cabaran yang memberikan saya satu pengalaman baru iaitu saya diamanahkan untuk
mengajar subjek Lukisan Skema Elektronik bagi kelas 1 SETN untuk kelas sijil vokasional
malaysia (SVM). Jadual waktu pengajaran diberikan adalah sembilan jam satu minggu iaitu
pada hari Rabu dan Khamis.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya menghadapi masalah
ketika menyampaikan pengajaran bagi topik Lukisan Kejuruteraan. Majoriti pelajar
mengatakan ini merupakan kali pertama mereka didedahkan dengan lukisan kejuruteraan.
Manakala, segelintir pelajar telah mempelajari sebelum ini dalam subjek Reka Bentuk
Teknologi. Daripada pemerhatian saya sepanjang mengajar bagi topik ini, terdapat segelintir
pelajar yang masih tidak faham dan tidak boleh melukis dengan baik. Mata pelajaran grafik
kejuruteraan seperti Lukisan Kejuruteraan (LK) memerlukan seseorang pelajar menguasai
kebolehan membina gambaran mental dan berimaginasi atau mempunyai kebolehan
gambaran ruang (Safarin & Sukri, 2007). Oleh itu, ini merupakan cabaran bagi saya sebagai
guru untuk mencari kaedah dan alternatif serta memberi ilmu yang telah saya pelajari supaya
pelajar mudah faham konsep di dalam topik lukisan kejuruteraan.
3.0 Menganalisis dan menilai
Menurut Roslan dan Azizi (2000), sebelum memulakan sesi pengajaran pembelajaran,
guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan supaya
berkeyakinan dan bersedia sepenuhnya untuk mengajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu diambil kira kerana dengan teknik yang sesuai, keberkesanan dapat
ditingkatkan. Di samping itu, pendekatan penilaian yang digunakan perlulah relevan. Oleh
itu, setiap pengajaran yang dilaksanakan perlu dinilai sebaiknya bagi melihat
keberkesanannya kepada pelajar. Malahan, amatlah penting bagi seseorang guru pelatih
mempunyai kreativiti dalam penyediaan proses pengajaran untuk menarik minat pelajar.
Gabungan proses pengajaran dan strategi pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan
tahap kualiti pendidikan dan seterusnya akan meningkatkan kecemerlangan akademik
pelajar (Ruhizan, Ramlee & Asnul, 2012). Dalam usaha untuk memastikan semua pelajar
tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran, guru pelatih memainkan peranan yang
penting dengan menggunakan kaedah dengan membuat kumpulan mengikut tahap
kefahaman pelajar. Melalui kaedah ini, guru dapat mendekati pelajar yang kurang
kefahaman mereka dengan membimbing mereka secara perlahan. Hal ini kerana, tahap
penerimaan dan pengetahuan setiap pelajar adalah berbeza.
Usaha bagi mengenalpasti kefahaman pelajar dalam memahami lukisan kejuruteraan
dapat membantu saya dalam menentukan kaedah yang sesuai digunakan di dalam
pengajaran. Namun terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai keinginan untuk
mencuba memahami konsep yang dipelajari. Mereka tidak memberikan tumpuan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini menyebabkan, sesi pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar di mana masa yang diberikan tidak
mencukupi untuk menyelesaikan kerja-kerja melukis. Menurut Ruhizan et. al 2012, tahap
intelek seseorang pelajar boleh dipertingkatkan dengan mempelajari lukisan kejuruteraan
kerana menggunakan daya imaginasi yang tinggi. Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan,
terutamanya semasa kerja lukisan yang perlu dilakukan dengan betul dan teliti, aspek emosi
seperti kesabaran, ketabahan, dan ketelitian boleh dibangunkan dalam diri seseorang pelajar.
Oleh itu, guru perlu mempunyai strategi pengurusan tingkah laku untuk menguruskan
tingkah laku negatif dalam bilik darjah.
Kaedah yang menarik boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
bagi lukisan kejuruteraan dengan menggunakan alat bahan bantu mengajar. Oleh itu, para
guru terutamanya guru pelatih perlu mempunyai strategi dan kaedah yang kreatif untuk
menghasilkan alat bahan bantu mengajar supaya pelajar berminat mengikuti proses
pengajaran di dalam kelas (Zainudin, Suhashila, Najib & Hamdan, 2007). Namun,
kemudahan peralatan yang tidak mencukupi dan pelajar berkongsi peralatan untuk membuat
kerja-kerja melukis telah membuatkan ramai dalam kalangan pelajar mengambil masa yang
agak lama untuk menyiapkan lukisan disebabkan kekurangan peralatan. Hal ini
menyebabkan segelintir pelajar sambal lewa membuat kerja melukis kerana menunggu
giliran peralatan.
4.0 Kesedaran baru
Hasil daripada analisis yang telah saya buat saya merasakan bahawa kecenderungan pelajar
adalah penting untuk dikenal pasti terlebih dahulu bagi memudahkan guru merancang
aktiviti yang sesuai. Cara yang paling mudah jika guru tahu gaya pembelajaran pelajar.
Menurut Kamarul, Noratikah & Mohd (2012), perhatian pelajar biasanya tertinggi dalam
tempoh 10 minit pertama pengajaran, selepas itu ia akan menurun melainkan jika ada sesuatu
yang dilakukan untuk menarik ia semula. Malah, beberapa kajian menunjukkan bahawa
pelajar biasa hanya boleh mengekalkan tiga hingga lima elemen pengajaran yang penting.
Oleh itu, adalah penting bagi bakal guru untuk mereka bentuk pelajaran yang tertumpu
terutamanya pada beberapa idea utama, menawarkan maklumat tentang setiap idea dalam
pelbagai cara dan meningkatkan kemungkinan setiap pelajar akan memahami kandungan
yang disampaikan. Tambahan itu, guru pelatih boleh menggunakan alat bahan bantu
mengajar yang menarik. Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai,
pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan
rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
menggunakan alat bantu mengajar supaya dapat memberikan pemahaman yang jelas kepada
pelajar tentang apa yang diajari (Zainudin et al. 2007)
Bagi mata pelajaran Lukisan Skema Elektronik untuk topik lukisan kejuruteraan, bagi
pelajar yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi, mereka kurang
memerlukan bimbingan guru bagi mempelalajari dan memahami sesuatu topik. Namun guru
tetap perlu ada untuk membimbing setiap pelajar supaya tiada yang ketinggalan. Guru juga
perlu tahu setiap pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan kemampuan yang berbeza. Oleh
itu, guru perlu cakna untuk memastikan proses pembelajaran setiap tidak terjejas dan tidak
ada pelajar menimbulkan lain-lain masalah kepada pelajar.
5.0 Cadangan dan tindakan
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan bagi membantu proses pembelajaran pelajar. Terdapat beberapa cadangan dan
tindakan yang diambil untuk memperbaiki kefahaman pelajar dalam mempelajari topik
lukisan kejuruteraan. Antaranya adalah seperti berikut:
a) Mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran
b) dan pembelajaran
c) Meningkatkan kualiti alat bantu mengajar seperti melakukan pengubahsuaian
d) yang bersesuaian dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan
e) Lagi.
f) Memberikan latihan pengukuhan secara berterusan setiap kali tamat topik yang
g) diajar pada kelas berkenaan bagi memantapkan kefahaman pelajar dalam topik yang
dipelajari.
h) Mewujudkan program mentor mentee di mana pelajar yang pandai membantu
pelajar yang lemah.
i) Memberikan nota serta kaedah bagi penyelesaian masalah dalam lukisan skema
elektronik.
j) Memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau
aktiviti yang Berjaya dilakukan.
k) Memberi perhatian yang lebih kepaada kumpulan atau individu yang kurang
memahami konsep dan mahir dalam lukisan kejuruteraan
l) Menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka
semasa pengajaran dan pembelajaran. Memberikan latihan-latihan yang mudah
berbeza dengan murid-murid lain.
Cadangan berikut sesuai digunakan dalam menghadapi cabaran dalam mengajar topik
lukisan kejuruteraan kepada para pelajar. Pentingnya sebagai seorang pengajar untuk
membuat perancangan dan persediaan sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran sama ada teori atau pun amali. Bagi kelas teori, persediaan dari segi
penyediaan bahan perlu lengkap, bagi kelas amali pula, pengajar sendiri boleh masuk ke
bengkel untuk membuat percubaan dahulu dan penyediaan peralatan untuk menguji
keberkesanan sesuatu peralatan tersebut.
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, latihan mengajar merupakan satu kaedah untuk menyiapkan diri
guru pelatih menjadi guru yang berkaliber. Ia merupakan aspek penting dalam usaha guru
pelatih menjalankan pengajaran sebenar pada masa akan datang. Guru pelatih mempunyai
peluang untuk mengembangkan kecekapan dan kemahiran dalam pengajaran melalui
Latihan menagajar. Malahan, melalui latihan mengajar ini juga guru pelatih dapat mencuba
pelbagai teknik dan pendekatan pengajaran dalam pelbagai situasi pengajaran. Di samping
itu, persekitaran sekolah dan bimbingan daripada guru-guru memberikan pengalaman
berguna kepada bakal guru dalam profesion perguruan yang menekankan komitmen, disiplin
dan guru sebagai model dalam bidang pendidikan. Pengalaman sepanjang melaksanakan
latihan mengajar ini telah memberikan banyak pengalaman yang sangat berharga buat saya.
Proses Latihan mengajar yang berlangsung secara bersemuka selama 14 minggu ini
membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelajar dan orang ramai
sekaligus pengalaman ini dapat menjadikan saya seorang guru dan pendidik yang
berketrampilan pada masa akan datang. Selain itu sebagai seorang pendidik juga, saya perlu
bertolak ansur dengan pelajar agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan baik
dengan tidak membebankan pelajar dengan tugasan, atau aktiviti yang tidak sesuai dengan
keperluaan sedia ada pelajar. Cabaran-cabaran yang dihadapi semasa latihan mengajar
dilaksanakan, boleh dijadikan panduan pada masa yang akan datang supaya guru lebih
bersedia.
7.0 Rujukan
Hassan, Z., bin Abdul Ghaffar, M. N., & bin Said, H. Tahap Penggunaan Alat Bantu
Mengajar di Kalangan Guru Pelatih.
Jasmi, K. A., Ibrahim, N., & Mohd. Faeez Ilias. (2012). Gaya pengajaran guru dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
MOHAMMAD, R. A. (2000). PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN
PERLAKSANAAN PROGRAM LUKISAN KEJURUTERAAN DARI ASPEK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DR AZIZI HJ. YAHAYA.
Nordin, M. S., & Saud, M. S. (2007). Kajian awal terhadap kebolehan ruang pelajar-pelajar
pengajian kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik. In 1st International
Malaysian Educational Technology Convention, Senai, Johor Bahru.
Taib, M. T. M., & Mustapha, R. (2017). Kemudahan Prasarana Dalam Pelaksanaan Mata
Pelajaran Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta di Sekolah
Menengah Harian Malaysia. Sains Humanika, 9(1-5).
Tar, D. J. A., & Mahmud, M. I. (2021). Minat, Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(4), 49-64.
Yasin, R. M., Mustapha, R., Minghat, A. D., Jusoff, K., Ishar, A., & Shamsudin, S. (2012).
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN
LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH. Journal of Educators &
Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 27.
LAPORAN
INSTITUSI/
KOKURIKULUM/
PENGURUSAN
DAN SAHSIAH
LAMPIRAN
Gambar 1: Menyediakan papan penunjuk arah bersama guru pelatih untuk hari pendaftaran
tahun 1 SVM 2022
Gambar 2: Menjadi AJK pembungkusan semasa program bubur lambuk
Gambar 3: Menjadi AJK buku program sambutan Hari Guru peringkat KVMT 2022
Gambar 4: Menjadi AJK cenderahati untuk majlis persaraan guru
Gambar 5: Guru pelatih mengecat mural yang telah dilukis
Gambar 6: Hari mengundi Majlis Perwakilan Pelajar KVMT
Gambar 7: Penyeliaan pelajar ETN yang sedang menjalani latihan industri