29. MEMBANTU DAN MEMPERCEPATKAN
ANAK SARAWAK YANG LAYAK UNTUK
MENDAPATKAN KERAKYATAN
Kerajaan GPS TELAH BERJAYA:
Memanfaatkan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A
Perlembagaan Persekutuan yang diwujudkan pada 2016 bagi membantu proses
permohonan taraf kewarganegaraan orang yang berumur di bawah 21 tahun.
Sejak 2016 hingga 15 Oktober 2021, seramai 253 orang telah diberi taraf
warganegara.
Rakyat yang tercicir dalam mendapat
taraf kewarganegaraan sentiasa
diberikan perhatian sewajarnya
51
INISIATIF DAN REKOD PENCAPAIAN GPS
30. MENJAGA DAN MEMELIHARA
KEBAJIKAN RAKYAT
Kerajaan GPS TELAH BERJAYA:
Menyalurkan peruntukan Bantuan Kebajikan
Bulanan berjumlah RM1.1 bilion kepada
51,700 orang dalam tempoh 2016 hingga
2020 dan RM202.6 juta kepada 52,175
penerima dari Januari hingga Oktober 2021.
Menyediakan Bantuan Khas Pesakit Buah
Pinggang (BPBP) dan telah membantu 122
pesakit dengan perbelanjaan sebanyak RM2.4 juta
sejak Januari 2020 hingga Oktober 2021.
Menyalurkan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000 kepada 5,241
waris dengan jumlah perbelanjaan RM13.6 juta bagi tempoh 2020 hingga Oktober
2021.
Menyediakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dengan pemberian RM450 seorang bagi
penjagaan diri dan pemakanan ibu bersalin semasa berpantang dan memberi
manfaat kepada lebih 36,000 ibu dengan perbelanjaan berjumlah RM16.3 juta
sejak diperkenalkan pada tahun 2020.
Menyalurkan Endowment Fund Sarawak (EFS) bernilai RM1,000 kepada setiap
anak kelahiran Sarawak dalam bentuk simpanan yang memberi manfaat kepada
lebih 66,000 kanak-kanak dengan perbelanjaan berjumlah RM66.2 juta sejak
diperkenalkan pada tahun 2019.
Menyalurkan Geran Tahunan Khas (GTK) sebanyak RM5,000 kepada setiap
Institusi Pendidikan Kanak-Kanak Awal (ECI) yang berdaftar di Sarawak. Sebanyak
8,748 ECI dan lebih 75,000 kanak-kanak telah mendapat manfaatnya sejak
diperkenalkan pada tahun 2019 dengan perbelanjaan berjumlah RM43.7 juta.
52
Kerajaan GPS telah BERJAYA:
Menyediakan Bantuan Perubatan berjumlah RM5.0 juta mulai 1 Oktober 2021
kepada pemohon yang layak dalam kumpulan B40 atau M40 dengan pendapatan
per kapita RM1,020 sebulan dan tidak mendapat subsidi rawatan serta bantuan
sokongan daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta dan badan bukan
kerajaan. Setakat Oktober 2021, sejumlah
RM315,000 telah dibelanjakan untuk membantu
seramai 4 pesakit.
Membantu 214,099 warga emas berumur 60 tahun
dan ke atas melalui Kenyalang Gold Card (KGC) yang
memberi keistimewaan rebat atau diskaun ke atas
pembelian barangan atau perkhidmatan.
Melaksanakan Program Usahawan Mikro Kebajikan
(UMK) bagi membangunkan penerima bantuan
bulanan untuk berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan kebajikan sahaja.
Sebanyak RM8.7 juta telah diperuntukkan dari Januari hingga Oktober 2021 dan 141
UMK berjaya dan berdikari telah keluar dari senarai penerima bantuan.
Menubuhkan 13 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan 14 Pusat Perkhidmatan
Warga Emas (PPWE) dengan keahlian seramai 49,471 orang dengan peruntukan
geran berjumlah RM790,000 pada tahun 2021.
Menubuhkan 55 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh Sarawak
yang telah memberi manfaat kepada 2,112 pelatih warga Orang Kurang Upaya
(OKU).
Mendaftarkan 41 pusat jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang terdiri
daripada 23 Pusat Jagaan Kanak-kanak, 10 Pusat Jagaan Warga Emas dan 8 Pusat
Jagaan OKU di Sarawak.
53
INISIATIF DAN REKOD PENCAPAIAN GPS
Membangunkan 13 Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) di bawah Akta Kanak-Kanak
2001, sebagai pusat advokasi, pusat sumber dan pelajaran, intervensi krisis dan
pusat sosial/ sukan/rekreasi manakala 12 Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)
berfungsi sebagai penggerak program pencegahan pengabaian dan penderaan kanak-
kanak. Geran tahun 2021 berjumlah RM133,549 telah disalurkan kepada PAKK dan PPKK
bagi manfaat 1,042 kanak-kanak di seluruh Sarawak.
Menubuhkan 12 Pasukan Kebajikan Kanak-kanak (PKKK) bagi membantu kanak-
kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan dengan peruntukan berjumlah
RM54,000 bagi tahun 2021.
Membangunkan 114 Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-
Kanak 1984, bagi memastikan kualiti pengasuhan awal (4 tahun dan ke bawah) kanak-
kanak terjamin.
Menubuhkan Tele-Kaunseling Komuniti JKM Sarawak bertujuan membantu komuniti
yang terkesan dengan pandemik COVID-19 daripada segi psikologi dan emosi. 14
Pegawai Psikologi JKMS, 10 ahli Psycological Support Team (PST) JKMS dan 185 ahli
Sahabat PST telah memberikan perkhidmatan kepada 522 responden sehingga Oktber
2021.
Memberikan geran berjumlah RM11.4 juta dari 2016 hingga Jun 2021 kepada 237
Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di Sarawak bagi melaksanakan aktiviti berkaitan
kebajikan kepada masyarakat.
Menubuhkan Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) yang menyediakan diagnosis awal,
pemulihan dan intervensi untuk kanak-kanak berkeperluan khas berumur 7 tahun
ke bawah sejak 2020. Setakat 31 Oktober 2021, pusat tersebut mempunyai 224 kanak-
kanak yang mendaftar dan sedang menerima perkhidmatan intervensi.
Melibatkan OKU dalam aktiviti sihat, menyeronokkan, berketerampilan dan berbakat
melalui Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (KOKUS) yang diperkenalkan sejak 2019.
54
31. MEMPERKASAKAN PENGLIBATAN WANITA
DALAM PEMBANGUNAN SARAWAK
Kerajaan GPS TELAH BERJAYA:
Melatih lebih 17,764 ibu tunggal dan
wanita yang berpendapatan rendah
dalam pelbagai kemahiran di Pusat
Latihan Wisma Wanita (WWTC) sejak tahun
2015.
Meluluskan Geran Usahawan Wanita
sebanyak RM3.5 juta yang telah memberi
manfaat kepada 1,299 usahawan
wanita memulakan atau meningkatkan
perniagaan mereka sejak tahun 2018.
Melahirkan lebih 210 wanita dengan
kemahiran kepimpinan melalui Program
Sarawak Women in Leadership and
Decision Making sejak tahun 2019.
Menyediakan kemudahan kepada
usahawan wanita untuk memohon atau
mendaftar perniagaan melalui Program
Pelesenan Perniagaan.
Menaik taraf Biro Wanita kepada Jabatan
Wanita dan Keluarga Sarawak bagi
memperkasakan peranan wanita dalam
pembangunan sosio-ekonomi Sarawak.
Melantik lebih ramai wanita sebagai
Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum
(KMKK) dan Ahli Majlis Tempatan di
Sarawak.
Meningkatkan bilangan wanita dalam
kepimpinan di sektor awam.
Menganjurkan Sambutan Hari Wanita
Antarabangsa (HWA) dan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri pada setiap
tahun bagi mengiktiraf dan memberikan penghargaan terhadap pencapaian
cemerlang wanita Sarawak dalam pelbagai bidang yang diceburi.
55
INISIATIF DAN REKOD PENCAPAIAN GPS
32. MEMPERTINGKATKAN PENYERTAAN BELIA
DALAM PEMBANGUNAN SARAWAK
Kerajaan GPS TELAH BERJAYA:
Memperuntukkan RM9.0 juta untuk mencungkil, memupuk bakat dan kepimpinan
belia melalui Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF).
Menganjurkan 12 program pada tahun 2021 seperti ASEAN Youth Mental Health
Conference, Program Ziarah Belia, Program Belia Ziarah Komuniti dan Program Belia
Prihatin di seluruh Sarawak.
Melaksanakan Kajian Indeks Belia Sarawak pada 2018 sebagai usaha untuk
menanda aras perkembangan tahap kualiti dan kesejahteraan belia bagi merangka
hala tuju, dasar dan program atau inisiatif yang bersesuaian untuk belia Sarawak.
Menganjurkan 77 siri Program Kawanku Sayang Keluargaku Kenang dengan
penglibatan 5,034 belia semenjak 2013 bagi meningkatkan jati diri dan memupuk
semangat perpaduan.
Mengadakan 18 siri Program Jelajah Belia di seluruh Sarawak dengan penyertaan
kira-kira 18,700 belia sebagai platform untuk belia menyuarakan aspirasi mereka
kepada kerajaan.
Meneruskan Program Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak sebagai mengiktiraf
peranan dan sumbangan belia
dengan menganugerahkan
Ikon Belia Negeri Sarawak
kepada belia yang berdedikasi
dan menyumbang kepada
kecemerlangan Sarawak.
Menganjurkan Sarawak Career
and Training Fair (SCaT Fair)
sebagai platform kepada
graduan dan belia mengenai
pendidikan dan peluang kerjaya.
Menganjurkan 39 Karnival Today For Tomorrow (T4T) Sarawakku Sayang sebagai
platform kepada golongan belia untuk beriadah, bersukan dan berinteraksi dengan
Ketua Menteri Sarawak.
Memperkenalkan Today for Tomorrow: Embracing the New Norm (T4TEN) dengan
pemberian Geran Perniagaan berjumlah RM1,500 dalam fasa pertama kepada 28
peserta usahawan muda Sarawak.
Menganjurkan 22 program yang bermatlamat membantu, membangun dan
memberikan kesedaran kepada belia dan masyarakat Sarawak di Semenanjung
Malaysia seperti Ceramah Pengembangan Kerjaya, Program Agihan Sumbangan
COVID-19 dan Program Bantuan Penerbangan Pelajar Sarawak IPTA/IPTS.
56
33. MEMPERHEBATKAN BIDANG SUKAN
Kerajaan GPS TELAH BERJAYA:
Menyediakan lebih 60 kompleks sukan merangkumi stadium, kolam renang,
padang bola sepak, pusat tenis dan kemudahan sukan lain.
Membina Sarawak Sports Village sebagai fasiliti untuk melatih dan mempersiapkan
atlet Sarawak bagi persediaan sukan di peringkat antarabangsa dan nasional demi
menjadikan Sarawak kuasa sukan Malaysia dan melahirkan atlet bertaraf dunia.
Melaksanakan program latihan kecemerlangan atlet melalui Quality Coach/
Leadership Programme.
Menganjurkan sukan bertaraf dunia di peringkat antarabangsa iaitu:
• 26 World Masters Badminton Championship Kuching 2019
th
• 4 Premier International Charity Armwrestling Competition 2019
th
• 21 Asia Masters Athletics Championships 2019
st
• Sarawak International Open Tenpin Bowling Championship 2019
Membina kuasa sukan OKU sebagai juara dalam sukan kebangsaan dan
antarabangsa.
57
INISIATIF DAN REKOD PENCAPAIAN GPS
Memberi pengiktirafan kepada ahli sukan yang telah mengharumkan nama
negeri dan negara melalui anugerah darjah dan kebesaran negeri.
Melahirkan atlet Sarawak ke peringkat antarabangsa:
2021 - 4 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam World Triple and
Precision Shooting Championship di Santa Susanna, Sepanyol.
2021 - 2 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam IBF Super World Bowling
Championships 2021 di Dubai UAE.
2021 - 2 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Bina Badan
dan Sukan Fizikal Dunia ke-12, di Tashkent, Republik Uzbekistan dan meraih
3 pingat perak.
2021 - 7 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik (2 atlet)
dan Paralimpik (5 atlet) Tokyo 2020 dan meraih satu pingat Emas dan satu
perak di Sukan Paralimpik.
2021 - Seorang atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam FINA Diving World
Cup 2021 Tokyo dan meraih satu pingat Emas.
2019 - 25 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Sukan Asia, Jakarta.
2019 - 20 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Sukan Sea Ke-30 dan
meraih satu pingat emas, 12 perak dan 15 gangsa.
2019 - 4 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Sukan Bina Badan,
Kazakhstan dan meraih dua pingat emas dan dua perak.
2019 - Seorang atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Gusti Lengan
Dunia di Poland dan meraih satu pingat perak.
2018 - 16 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Sukan Komanwel Gold
Coast dan meraih satu pingat emas dan satu gangsa.
2017 - 52 atlet dari Sarawak telah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Kuala
Lumpur dan meraih 13 pingat emas, 2 perak dan 15 gangsa.
58
PERBELANJAAN MENANGANI COVID-19 DI SARAWAK
OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI
(JPBN) SARAWAK
Kerajaan Sarawak telah membelanjakan lebih RM344.0 juta untuk menangani
pandemik COVID-19 di Sarawak sehingga 10 November 2021.
Lebih RM232.1 juta untuk pembayaran penggunaan hotel sebagai pusat kuarantin
COVID-19.
Lebih RM33.9 juta untuk bantuan Pakaian Perlindungan Diri (PPE), pembelian
peralatan pengesanan dan makmal molekular ujian COVID-19.
Lebih RM4.0 juta untuk makanan dan tempat rehat Petugas Barisan Hadapan
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Lebih RM42.5 juta untuk bekalan bakul makanan.
Lebih RM16.1 juta untuk pembelian aset dan peralatan perubatan, pembaikan
hostel sebagai pusat kuarantin, pembelian pembersih tangan dan peruntukan khas
untuk keperluan Bilik Operasi Bencana COVID-19.
Lebih RM490,000 untuk program kesedaran COVID-19 di Sarawak.
Lebih RM14.9 juta untuk perbelanjaan operasi menangani COVID-19 di setiap
bahagian di Sarawak.
59
INISIATIF DAN REKOD PENCAPAIAN GPS
Bantuan Khas Sarawakku Sayang
(BKSS) 1.0, 2.0, 3.0, 4.0, 5.0, 6.0 dan 7.0
elain daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan, Sarawak telah melancarkan inisiatif Bantuan
Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bernilai lebih RM5.3 bilion dengan lebih 30 langkah untuk
Smenyediakan bantuan yang sangat diperlukan semua lapisan masyarakat bagi mengurangkan
kesan dan menangani impak akibat pendemik COVID-19.
Diskaun (April 2020 - Disember 2021) 25% Taksiran Kadar Cukai 50% Sewa Pasar dan
Pintu 185,819 premis, Gerai, beri manfaat 10,165
5% ke 25% Bil Elektrik, April 2020 penjaja dan peniaga kecil,
beri manfaat 647,000 - Jun 2021, perbelanjaan RM5.7 juta.
pengguna domestik, perbelanjaan
industri dan RM240.47
komersial, juta.
perbelanjaan
RM583.20 juta. 30% Cukai Tanah, 52,405
tempat kediaman, pusat
10% ke 25% Bil Air, komersial dan industri,
beri manfaat 646,131 perladangan berskala besar 50% Sewa Skim
pengguna domestik, dan lain-lain kemudahan Perumahan Perbadanan
komersial awam, Pembangunan
dan industri, perbelanjaan Perumahan Sarawak
perbelanjaan RM23.68 juta. (HDC) beri manfaat
RM101.50 juta. kepada 3,200 penyewa,
perbelanjaan RM9.5 juta.
Penangguhan Pengecualian (April 2020 - Jun 2021)
Pembayaran Premium Bayaran
Tanah, tahun 2020 dan Permit
2021, 1,791 pemilik tanah, Dan Lesen
perbelanjaan RM271.30 Perniagaan
juta. beri manfaat lebih 10,000
peniaga, April 2020 -
Jun 2021, perbelanjaan
RM20.66 juta. Bayaran Sewa bulanan
Kepada Lebih 10,000
Pembayaran Lesen Hotel Pengusaha Kecil
Dan Rumah Tumpangan,
Pembayaran Skim April 2020 - Dan Sederhana Yang
Pinjaman Industri Kecil Jun 2021, beri Beroperasi Di Premis-
dan Sederhana (SPIKS), manfaat 17,289
beri manfaat 144 usahawan, pengusaha, Premis Perniagaan Milik
April 2020 - Jun 2021, perbelanjaan Badan-Badan Berkanun,
perbelanjaan RM1.30 juta. perbelanjaan RM7 juta.
RM0.79 juta.
Kadar Faedah 2% kepada 0%, Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS)
untuk tempoh 42 bulan mulai tahun 2020, beri manfaat 40,000
usahawan, perbelanjaan RM3 juta. Penghapusan
60
Bantuan Khas Pemberian Pelitup Muka Bekalan Makanan kepada
Sarawakku Sayang Percuma untuk 520,650 petugas Barisan Hadapan,
B40, April 2020 - isi rumah pada tahun 2020, perbelanjaan RM1 juta.
September 2021, beri perbelanjaan RM3.20 juta.
manfaat 783,930 Ketua Isi Penyediaan Keperluan
Rumah dan Individu Bujang, Insentif Bulanan Khas untuk Hospital dan Peralatan
perbelanjaan RM879 juta. 20,674 Petugas Barisan Hadapan, Perlindungan
April-September 2020, perbelanjaan Peribadi (PPE),
Insentif Untuk Ketua RM26.83 juta. tahun 2020,
Isi Rumah B40 – terima perbelanjaan
pembayaran tunai dari 31 Julai RM10 juta.
2021 hingga 31 Disember 2021,
beri manfaat kepada 490,000
Ketua Isirumah dan Insentif
untuk Individu Bujang B40 Insentif one-off untuk 3,674
Berumur 21 Tahun Ke Atas Pengendali Van Berlesen,
secara one-off mulai 31 Ogos Elaun bulanan khas kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah
2021, beri manfaat kepada 18,758 Petugas Barisan dan Pengendali Van,
470,000 individu bujang, Hadapan, tahun 2021, perbelanjaan RM4.40 juta.
perbelanjaan RM970 juta. perbelanjaan RM27.2 juta.
Insentif
one-off
Tambahan RM70 Juta untuk untuk 199
Skim Kredit Mikro Sarawak Pinjaman Tanpa Faedah Pemilik dan
(SKMS), tahun 2020, bagi memberi Sarawak Relief Fund Pengendali
kemudahan pinjaman kepada bernilai RM1.0 bilion, beri Penambang Berdaftar,
40,000 usahawan. manfaat 40,000 usahawan, perbelanjaan RM0.20 juta.
perbelanjaan RM80.70 juta.
Pembayaran Dana Khas Penjaja Insentif one-off untuk
dan Peniaga Kecil Melalui Subsidi Faedah bagi Targeted 500 Pengamal Media,
Sarawak Pay, April - Disember Relief and Recovery perbelanjaan RM1.70 juta.
2020 dan Julai – Disember 2021, Facility (TRRF), pada 2021,
beri manfaat 65,000 usahawan, bantu 40,000 usahawan,
perbelanjaan RM244.75 juta. perbelanjaan RM22.20 juta.
Penyediaan peruntukan
berjumlah RM20 juta untuk Bantuan kewangan one-off
Skim Pinjaman Industri kepada 3,187 pemandu
Kecil dan Sederhana e-hailing dan tenaga
(SPIKS), Jan - Jun 2021, beri pengajar
manfaat 200 usahawan. memandu,
perbelanjaan
RM3.20 juta.
Latihan Pemasaran Program Go Digital Sarawak,
Digital, bantu bantu 2,000 usahawan pada tahun
2,000 usahawan, 2021, perbelanjaan RM20 juta. Bantuan Khas one-off
perbelanjaan RM2 kepada 258 Pemandu
juta. Perkhidmatan Cawangan Pelancong pada tahun 2020,
Bank Mudah perbelanjaan RM0.39 juta.
Program Graduan Ke Arah Alih Dilengkapi
Keusahawanan (GERAK) dengan ATM Bantuan Khas one-off
dan Usahawan Teknikal dan MEPS di Kawasan kepada agensi pelancongan
Vokasional (USTEV), beri Luar Bandar, berlesen, operator homestay
bantuan 40,000 usahawan, perbelanjaan berlesen, pemandu kenderaan
perbelanjaan RM20 juta. RM1.60 juta. pelancongan berlesen,
pemandu pelancong dan
pemandu pelancong taman
Penyediaan bakul makanan kepada isirumah yang terjejas semasa negara yang berlesen pada
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perbelanjaan RM40 juta. tahun 2021, perbelanjaan
RM1.6 juta.
Bantuan Khas kewangan secara Memberi Kemudahan kepada
one-off sebanyak RM10,000 kepada para kontraktor dalam perolehan Memberi Kemudahan
lebih daripada 40,000 syarikat Kerajaan dalam sektor pembinaan memperbaharui Permit
perusahaan dan perniagaan dan membenarkan perubahan
yang aktif dan berdaftar dengan harga kontrak akibat peningkatan Pekerja Asing yang berlesen
PERKESO, perbelanjaan melebihi harga bahan-bahan pembinaan, dalam semua sektor ekonomi
RM400 juta. perbelanjaan sebanyak RM400 juta. sehingga 31 Disember 2022.
61
COVID-19
PS yakin dengan mandat penuh daripada rakyat Sarawak
untuk tempoh lima tahun lagi, inisiatif pembangunan yang
Gsedang dilaksana dan dirancang akan dapat diteruskan.
Malah, lebih banyak lagi kemajuan dan manfaat kemakmuran dan
kesejahteraan akan dapat dijadikan kenyataan.
GPS komited melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca
COVID-19 2030 atau Post COVID-19 Development Strategy (PCDS)
2030 yang dilancarkan pada 22 Julai 2021.
Aspirasi kita adalah untuk menjadikan Sarawak maju dan rakyatnya Setiausaha Kerajaan Sarawak
menyerahkan buku Strategi
menikmati kemakmuran ekonomi dan pembangunan sosial yang Pembangunan Pasca COVID-19 2030
inklusif dalam suasana alam sekitar yang mapan dipacu data dan kepada Ketua Menteri
inovasi.
Pertanian Komersial Transformasi Digital
Pertanian Komersial Produktiviti dan Inovasi
Tinggi dan Sektor Komoditi Sumber Kekayaan Baharu
Pembuatan & Infrastruktur
Keusahawanan Mempercepatkan
Industri Pembuatan Ekonomi Pembangunan
Hiliran Bernilai Tinggi Infrastruktur, Utiliti
Digital & dan Pengangkutan
Kelestarian
Perlombongan Pendidikan dam
Sumber Pendapatan Alam Semula Pembangunan Modal
Baru Insan
Jadi Menyelaras Pendidikan
dan Modal Insan Untuk
Masa Depan
Perhutanan Tenaga Diperbaharu
Menghijaukan Sarawak Tenaga Masa Depan
Melalui Ladang Hutan
Perindustrian Agresif
Pelancongan Perkhidmatan
Pelancongan Melangkaui Perkhidmatan Sosial Berkualiti
Rekreasi Untuk Rakyat
Untuk mencapai aspirasi ini, GPS telah menggariskan 7 Teras Strategik iaitu:
1. Mentransformasikan struktur ekonomi ke arah daya saing dan produktiviti tinggi serta
meneroka industri baharu.
2. Memudahcara dan menambah baik urusan perniagaan dan menjadikan Sarawak destinasi
pilihan pelaburan.
3. Membuat pelaburan strategik yang dapat memberi impak besar kepada ekonomi, sosial dan
alam sekitar.
4. Mengoptimakan perbelanjaan dan penggunaan aset kerajaan dan memberi fokus kepada
pembangunan modal insan.
5. Merancakkan aplikasi digital dan penggunaan data sebagai sumber kekayaan baharu.
6. Memacu pembangunan yang inklusif bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati
kemakmuran ekonomi.
7. Melaksanakan aktiviti ekonomi yang berlandaskan pembangunan mapan.
62
Agenda transformasi ini akan diterajui 6 sektor ekonomi utama
yang disokong 7 sektor sokongan.
7
Sektor
Sokongan
Tenaga Transformasi
Diperbaharu Pertanian Digital
Pembuatan Pelancongan
6
Sektor
Ekonomi
Pengangkutan Inovasi
Perkhidmatan Perhutanan
Perlombongan
Utiliti Pendidikan dan
Modal Insan
Infrastruktur
Asas
Aspirasi ke arah Sarawak Maju Berpendapatan Tinggi Menjelang 2030
akan dilaksanakan dalam RMKe-12 (2021-2025) dan RMKe-13 (2026-2030).
Dalam RMKe-12 tumpuan adalah untuk menyiapkan projek-projek
infrastruktur asas sebagai landasan untuk memacu pembangunan ekonomi.
63
MANIFESTO GPS
engan mandat penuh daripada rakyat Sarawak untuk tempoh 5 tahun
Dlagi, GPS berjanji dan bertekad untuk terus melaksanakan lebih banyak
inisiatif bagi mempertingkatkan kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dan
kegemilangan demi rakyat Sarawak.
GPS komited dan berjanji meneruskan usaha:
1 Menjamin Kestabilan dan Autonomi Politik Sarawak
Mempertahan dan Membela Hak-Hak Sarawak Mengikut Perlembagaan
2 Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Negeri
Sarawak dan Undang-Undang Negeri Sarawak
3 Menjamin Hak Kesaksamaan Yang Inklusif
Untuk Semua Rakyat Sarawak
4 Mengiktiraf dan Menjamin Hak Rakyat Ke Atas Tanah Native Customary
Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD)
5 Menjadikan Sarawak Maju dan
Berpendapatan Tinggi Menjelang 2030
6 Merapatkan Jurang Pendapatan Rakyat Melalui Pewujudan
Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
7 Membasmi Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar
Menyediakan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik,
8 Skim Pembesaran Kampung (SPK), Skim Penempatan Semula (SPS),
Bantuan Pembinaan dan Baik Pulih Rumah Panjang
Memacu Pembangunan Ekonomi Sarawak Melalui
9 Agenda Ekonomi Digital
Memperkasakan Usaha Melindungi dan Memulihara
10 Alam Semula Jadi
11 Meningkatkan Pendapatan dan Sumber Hasil Sarawak
Memperhebatkan Jaringan Jalan Perhubungan, Pengangkutan,
12 Pelabuhan dan Lapangan Terbang
13 Memperluaskan Liputan Bekalan Air, Elektrik dan Gas
64
MANIFESTO GPS
14 Memperluaskan Liputan Telekomunikasi dan Kemudahan Digital
15 Mentransformasikan Pembangunan Ekonomi Luar Bandar
16 Merancakkan Pembangunan Bandar Sejahtera dan Pintar
17 Mentransformasikan dan Memacu Sektor Pertanian,
Penternakan dan Perikanan
18 Membangun Sektor Perindustrian dan Pelaburan
19 Menyediakan Lebih Banyak Peluang Perniagaan
dan Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
20 Memperhebatkan Sektor Pelancongan dan Perkhidmatan
21 Memperkasakan Perkhidmatan Kerajaan Yang Berteraskan Kepada
Integriti dan Tadbir Urus Yang Baik
22 Meningkatkan Akses dan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan
23 Meningkatkan Kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal
24 Menjamin Keselamatan Negeri dan Rakyat
25 Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Bencana
26 Mengukuhkan Keharmonian dan Kesejahteraan Sosial
27 Menjamin dan Memelihara Budaya, Warisan dan
Kepercayaan Pelbagai Kaum
28 Memperkukuhkan Mahkamah Adat Bumiputera
29 Membantu dan Mempercepatkan Anak Sarawak Yang Layak
Untuk Mendapatkan Kerakyatan
30 Menjaga dan Memelihara Kebajikan Rakyat
31 Memperkasakan Penglibatan Wanita Dalam Pembangunan Sarawak
32 Mempertingkatkan Penyertaan Belia Dalam Pembangunan Sarawak
33 Memperhebatkan Bidang Sukan
65
AKUJANJI GPS
1. TERUS MENJAMIN KESTABILAN DAN
AUTONOMI POLITIK SARAWAK
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Menjadi gabungan parti politik yang unggul untuk rakyat Sarawak.
Menjadikan Sarawak terus kukuh dan stabil dari segi politik bagi meneruskan
agenda pembangunan.
Memastikan Sarawak mempunyai autonomi politik dan bebas menyuarakan
hak dan kepentingan Sarawak.
Mengukuhkan kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan parti-parti
komponen GPS.
Mengamalkan politik yang inklusif agar semua lapisan masyarakat menikmati
kemakmuran.
Melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa bagi meneruskan kegemilangan
Sarawak.
Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 19 Januari 2019
66
2. TERUS MEMPERTAHAN DAN MEMBELA
HAK-HAK SARAWAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN, PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63),
PERLEMBAGAAN NEGERI SARAWAK DAN
UNDANG-UNDANG NEGERI SARAWAK
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Mempertahan dan membela hak-hak Sarawak mengikut
Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963,
Perlembagaan Negeri Sarawak dan Undang-undang
Negeri Sarawak.
Memastikan keputusan-keputusan yang telah
dipersetujui di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk
Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
dilaksanakan.
Menyuarakan hak-hak Sarawak dalam Majlis Khas
Perjanjian Malaysia 1963 agar tuntutan-tuntutan Sarawak dipenuhi.
Memastikan cadangan pindaan terhadap Perkara 1(2) dan Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan khususnya dengan pindaan
kepada tafsiran “Persekutuan” di dalam Perlembagaan Persekutuan, yang akan
menjadi lebih jelas dan akan secara langsung mengikat Perjanjian Malaysia
1963 (MA63) dan instrumen-instrumen perlembagaan termasuk Laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang dilampirkan padanya sekaligus
menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.
Memastikan cadangan pindaan tafsiran “anak negeri” di dalam Perkara 161A
Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan yang akhirnya memberi kuasa penuh
kepada Kerajaan Negeri dalam menentukan tafsiran yang lebih lengkap bagi
memastikan tiada kaum yang tercicir.
Memastikan SaST terus dibayar selaras dengan peruntukan di dalam State
Sales Tax Ordinance 1998.
Memastikan semua 13 perkara yang telah dipersetujui secara pentadbiran
berkenaan hak-hak Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan dilaksanakan.
Menegaskan 4 Perkara Utama yang tidak boleh diganggu gugat:
1. Kuasa Autonomi Imigresen;
2. Hak Sarawak untuk menguatkuasakan undang-undang negeri mengikut
Perlembagaan Persekutuan;
3. Hak Sarawak ke atas Pelantar Benua; dan
4. Kedaulatan Sarawak atas dasar laut dan lapisan tanah serta hasil-
hasilnya.
67
AKUJANJI GPS
Menuntut hak-hak Sarawak yang masih terhakis seperti isu duti setem bagi tanah dan
hasil daripada tanah.
Mempertahankan sempadan dan kedaulatan negeri Sarawak selaras dengan Perkara
1(3) dan Perkara 2(b) Perlembagaan Persekutuan seperti Isu Akta Laut Wilayah [Akta
750], dan isu hak negeri ke atas pelantar benua.
Menuntut agar Semakan Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan
Persekutuan yang telah dipersetujui secara prinsip diselesaikan dengan segera.
Melaksanakan Perjanjian Komersial di antara Petronas dan Kerajaan Persekutuan bagi
memastikan Sarawak memperoleh bahagian yang lebih adil sebagai sumber hasil baru
untuk agenda pembangunan Sarawak.
Menuntut penambahan kerusi Ahli Dewan Rakyat bagi Sarawak selaras dengan
semangat Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) semasa pembentukan
Malaysia.
Memastikan lebih ramai anak Sarawak mengisi jawatan-jawatan utama dalam
Perkhidmatan Awam Persekutuan Sarawak selaras dengan semangat Borneonisasi.
Menuntut wakil daripada Sarawak sebagai anggota Lembaga Pengarah Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) selaras dengan kehendak Laporan IGC semasa pembentukan
Malaysia.
Menuntut Kerajaan Persekutuan menurunkan kuasa secara pentadbiran selaras
dengan tuntutan hak-hak Sarawak di bawah Jawatankuasa MA63. Ini termasuklah:
• Menambah perjawatan tetap dan berpencen di dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak.
• Mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai
Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 bagi melaksanakan projek
pembangunan Persekutuan di Sarawak.
• Menurunkan kuasa secara pentadbiran kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) Negeri Sarawak.
• Memastikan sokongan daripada
Kerajaan Sarawak
diperolehi
sebelum
pemberian
taraf penduduk
tetap Sarawak
kepada bukan
warganegara
Malaysia
oleh Kerajaan
Persekutuan.
68
3. TERUS MENJAMIN HAK KESAKSAMAAN YANG
INKLUSIF UNTUK SEMUA RAKYAT SARAWAK
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memberikan kesamarataan dan kebebasan
dalam mengamalkan agama dan adat resam
masing-masing di kalangan masyarakat
pelbagai kaum, agama dan budaya.
Mempertahan dan memelihara toleransi
beragama di Sarawak.
Membenarkan penganut agama-agama lain
di Sarawak menggunakan kalimah Allah
dengan penghormatan. Majis Pecah Tanah Masjid Belaga
Memberikan peluang yang saksama kepada
rakyat dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.
Mengamalkan dasar yang inklusif dalam pembangunan sosio-ekonomi.
Majis Pecah Tanah Kompleks UNIFOR
69
AKUJANJI GPS
4. TERUS MENGIKTIRAF DAN MENJAMIN HAK RAKYAT
KE ATAS TANAH NATIVE CUSTOMARY RIGHT (NCR) DAN
NATIVE TERRITORIAL DOMAIN (NTD)
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memastikan setiap rakyat Sarawak yang
mempunyai hak yang sahih ke atas
tanah dikeluarkan surat hak milik tanah
dengan segera.
Mengiktiraf dan mempertahankan hak
semua rakyat Sarawak ke atas tanah
secara berterusan dengan jaminan
pengeluaran surat hak milik ke atas
tanah Native Customary Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD).
Mempercepatkan pengukuran tanah NCR dan NTD dengan menambah baik
pentadbiran dan pengurusan tanah.
Menjalinkan kerjasama dengan organisasi komuniti untuk mempercepatkan
kerja-kerja pengukuran tanah.
Menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan program
pengukuran tanah NCR dan NTD terus berjalan lancar.
Mengukur perimeter tanah NCR seluas 586,022 ekar (237,160 hektar) dan lot
individu seluas 272,897 ekar (110,440 hektar) di bawah Rancangan Malaysia Ke-
12 (RMKe-12).
70
5. TERUS MENJADIKAN SARAWAK MAJU DAN
BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2030
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Menjadikan Sarawak maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 menerusi
pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang akan
melonjakkan kadar pertumbuhan purata ekonomi Sarawak sebanyak 6%
hingga 8% setahun.
Menggandakan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak dari RM136
bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.
Memperkasa Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) untuk memastikan PCDS
2030 dapat dilaksanakan dengan sistematik agar Sarawak terus maju selepas
COVID-19.
Membangunkan industri hiliran bernilai tambah tinggi berasaskan sumber
seperti minyak, gas, pertanian, perhutanan dan bukan sumber asli.
Menjadikan Sarawak sebagai pengeksport keluaran pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan.
Menjadikan Sarawak sebagai hub rantaian bekalan global.
Menjadikan Sarawak sebagai hub pembangunan ekonomi digital.
Menjadikan Sarawak sebagai peneraju ekonomi hidrogen di rantau Asia
Tenggara.
Menarik pelabur domestik dan asing dalam industri yang bernilai tinggi.
Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan yang
berpendapatan tinggi.
Meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah rakyat dari RM4,500 tahun 2019
kepada RM15,000 tahun 2030.
Membangunkan sektor perindustrian melalui penyediaan infrastruktur moden
Hidrogen sebagai tenaga alternatif di Sarawak
71
AKUJANJI GPS
6. TERUS MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN
RAKYAT MELALUI PEWUJUDAN LEBIH BANYAK
PELUANG PEKERJAAN
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Melaksanakan pelan-pelan pembangunan yang telah dirangka seperti Koridor
Tenaga Diperbaharu Sarawak (SCORE) 2008-2030, Pelan Transformasi Sosio-
ekonomi (SETP) 2016-2030, Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 dan
Post COVID-19 Development Strategy 2030 yang akan mewujudkan 200,000
peluang pekerjaan baru bernilai tinggi untuk rakyat Sarawak menjelang 2030.
Memastikan rakyat tempatan mengisi peluang pekerjaan dalam semua sektor
ekonomi.
Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Melatih rakyat tempatan dengan kemahiran bagi merebut peluang pekerjaan
untuk meningkatkan pendapatan masing-masing dan seterusnya merapatkan
jurang pendapatan rakyat.
Mengembangkan perniagaan kecil dan sederhana bagi mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan.
Menarik pelaburan domestik dan asing bagi menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan yang bernilai tinggi.
Melatih pekerja mahir tempatan anak Sarawak bagi mengisi peluang
pekerjaan yang bernilai tinggi dalam pelbagai sektor.
Mewujudkan aplikasi JobSarawak untuk memudahkan anak Sarawak memohon
pekerjaan yang ditawarkan.
Revolusi Perindustrian 4.0 dan ekosistem ekonomi digital menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi
72
Pendapatan Purata Isi Rumah Sarawak
Akan Meningkat Sebanyak 231%
daripada RM4,544 kepada RM15,047
Pekerjaan Impak Pekerjaan 2030 Purata pendapatan
2019 median bulanan 2030
Jumlah
(Pemangkin)
Pertanian Pembuatan Perhutanan +145,000
10,000 58,000 7,200 Jumlah
pekerja 2030
Pekerjaan
daripada RM15,047
Pelancongan Perlombongan Inovasi aktiviti
15,100 2,300 18,000 perniagaan
+50,000
1,305,000 1,500,000
Tenaga
pekerja Infrastruktur Asas Pendidikan & HCD Diperbaharui
6,000 600 10,000 • Usahawan
• Usahawan
Tekno
• Gig
Pengangkutan Utiliti Digital Economy
5,300 4,000 8,500 2019
• Pekerjaan
Lain-lain pekerjaan sambilan RM4,544
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ikut Sektor, RM Bilion
+64.6
+47
+12.8
+20.8
73
AKUJANJI GPS
7. TERUS MEMBASMI KEMISKINAN BANDAR
DAN LUAR BANDAR
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak melalui pelbagai inisiatif dan
program pembasmian kemiskinan bandar dan luar bandar untuk jangka masa
pendek dan panjang.
Melaksanakan program peningkatan pendapatan dalam sektor pertanian,
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peluang pekerjaan.
Menyediakan akses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan untuk
pembangunan insaniah yang produktif.
Memperluaskan akses kemudahan infrastruktur asas dan utiliti untuk
meningkatkan aktiviti ekonomi dan taraf hidup rakyat.
Menyediakan perumahan kos rendah dan sederhana untuk golongan miskin di
bandar dan luar bandar untuk memastikan Sarawak bebas setinggan.
Melatih lebih ramai isi rumah B40 dengan kemahiran dalam usaha melibatkan
mereka secara aktif dalam bidang pekerjaan dan perniagaan.
Menyediakan bantuan pendidikan kanak-kanak B40 untuk mengurangkan
keciciran seperti Bantuan
Pendidikan Yayasan Sarawak.
Memberi peluang pekerjaan dan
akses pasaran kepada penduduk
miskin di luar bandar.
Menyediakan lebih banyak
peruntukan untuk melaksanakan
program-program pembangunan
seperti Pusat Industri Komuniti.
Memastikan anak-anak isi rumah
miskin memperoleh pendidikan Masyarakat luar bandar dibimbing terlibat
tinggi atau latihan kemahiran dalam pertanian moden
teknikal.
Menganjurkan pelbagai aktiviti promosi usahawan PKS untuk memasarkan jualan produk dan perkhidmatan
74
8. TERUS MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK RUMAH
MAMPU MILIK, SKIM PEMBESARAN KAMPUNG
(SPK), SKIM PENEMPATAN SEMULA (SPS), BANTUAN
PEMBINAAN DAN BAIK PULIH RUMAH PANJANG
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Melaksanakan SPS dan SPK dalam RMKe-12 dengan menyediakan lebih 14,000
lot kediaman dengan mengguna pakai spesifikasi infrastruktur asas yang
baharu iaitu jalan berturap, parit konkrit dan tanah yang ditembok.
Melaksanakan pembinaan rumah
di bawah Program Rumah Spektra
Permata (RSP) di seluruh Sarawak.
Memperluaskan Program
Pembaharuan Bandar (Urban
Renewal) di seluruh Sarawak.
Menambah peruntukan untuk
bantuan pembinaan dan baik pulih
rumah panjang di Sarawak.
Membina lebih banyak rumah Penempatan Semula Darul Hana
mampu milik dan menyelesaikan
masalah setinggan.
Meningkatkan peruntukan untuk
melaksanakan program baik pulih
dan bina baru rumah di bawah Projek
Penambahbaikan Rumah Rakyat
Miskin Sarawak (PPRMS).
Menambah kemudahan pinjaman Program Penempatan Semula Kemunyang
perumahan untuk memiliki
rumah sendiri melalui syarikat milik
Kerajaan Sarawak Mutiara
Mortgage & Credit Sdn Bhd.
Melaksanakan Skim Bantuan Deposit
Rumah (Housing Deposit Assistant
Scheme) yang memberi bantuan
bayaran pendahuluan sebanyak Rumah Panjang Moden
10% atau sehingga RM10,000 kepada
kumpulan B40 dan M40 untuk
memiliki rumah pertama di bawah
Skim Perumahan Mampu Milik.
Rumah Panjang Moden
75
AKUJANJI GPS
9. TERUS MEMACU PEMBANGUNAN EKONOMI SARAWAK
MELALUI AGENDA EKONOMI DIGITAL
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memperhebatkan agenda
ekonomi digital untuk
memacu dan memodenkan
ekonomi agar Sarawak
terus berkembang dan
berdaya saing dalam arena
TEGAS Digital Village di Samajaya pemacu pembangunan teknologi
antarabangsa. dan mempromosikan inovasi digital serta keusahawanan di Sarawak
Menambah baik inisiatif
Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang merangkumi Tadbir Urus dan
Infrastruktur, Sektor Ekonomi, Bandar Pintar serta Bakat dan Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) ke arah Sarawak Maju menjelang 2030.
Membangunkan lebih banyak Digital Village dan Hab-Inovasi Digital SMA-TEGAS
di seluruh Sarawak bagi memudahcara pemindahan dan mempercepatkan
kemajuan teknologi.
Menubuhkan lebih banyak Pusat Komuniti Digital (DCC) untuk menggalakkan
budaya dan memupuk kesedaran digital kepada komuniti di seluruh Sarawak.
Mendaftar semua rakyat Sarawak dengan Identiti Digital atau Sarawak ID ke arah
Kerajaan Digital bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
Memperluaskan penggunaan S Pay Global iaitu e-Dompet di kalangan rakyat
untuk menjadikan Sarawak sebagai Cashless Society atau urus niaga tanpa tunai
bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan individu.
Memperkasakan program latihan kemahiran perniagaan dalam talian dan
ekosistem e-dagang untuk meningkatkan pendapatan usahawan e-dagang
Sarawak.
Memperluaskan Anjung Usahawan ke semua bahagian dalam konteks
pembangunan ekonomi digital melalui e-dagang.
Menggunakan aplikasi digital untuk memacu dan memodenkan ekonomi agar Sarawak terus berkembang
76
10. TERUS MEMPERKASAKAN USAHA MELINDUNGI DAN
MEMULIHARA ALAM SEMULA JADI
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Melindungi, memelihara dan memulihara
khazanah alam semula jadi untuk diwarisi
oleh generasi akan datang.
Memulihara kawasan hutan terosot di Estet
Hutan Kekal, Kawasan Hutan Terlindung
Sepenuhnya dan Hutan Tanah Negeri.
Memperkayakan kawasan yang telah Teknologi terkini digunakan untuk memantau dan
dibalak dengan spesies kayu bernilai tinggi menguruskan khazanah alam semula jadi Sarawak
terutamanya di kawasan hutan terosot.
Meningkatkan taraf hidup komuniti yang bergantung kepada hutan.
Memberi tumpuan kepada perladangan hutan komersial dan spesies yang cepat
matang untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan semula jadi.
Membangunkan inisiatif Ekonomi Hijau melalui Pelan Kelestarian Alam Sekitar
Sarawak.
Menguruskan khazanah alam dengan penggunaan teknologi terkini dan pendekatan
produktif seperti:
• Mensasarkan 6 juta hektar Estet Hutan Kekal;
• Mensasarkan 1 juta hektar kawasan tanah diwartakan sebagai Kawasan Terlindung
Sepenuhnya;
• Mencapai sasaran penanaman 35 juta pokok di bawah Program Restorasi
Landskap Hutan menjelang tahun 2025;
• Mencapai sasaran pensijilan pengurusan hutan bagi lesen hutan jangka panjang
di Sarawak; dan
• Melabuhkan 16,800 unit tukun tiruan Reef
Balls di sepanjang 1,000 km perairan laut
Sarawak.
Inisiatif berikut akan diperkenalkan:
• Menggalakkan dan meningkatkan penyertaan
sektor swasta
~ Projek solar
~ Hidro-mini Pelancaran Program “Le Tour De Restoration”
~ Biojisim kelapa sawit di Bintulu
• Penggalakkan Ekonomi Hidrogen Sarawak
~ Menarik pelaburan untuk produk dan rantaian nilai hidrogen
~ Menubuhkan rangkaian stesen pengisian hidrogen
~ Menggunakan hidrogen untuk operasi ART
• Net Energy Metering (NEM)
~ Menggubal Akta Bekalan Tenaga yang Diperbaharu
~ Insentif kepada 500 pengguna domestik pertama yang menggunakan solar PV
~ Penyertaan bangunan-bangunan kerajaan dalam program NEM
• Menggalakkan Penggunaan Kenderaan Elektrik
~ Membangun kapasiti tenaga yang boleh diperbaharu sebanyak 100MW bagi
menyokong permintaan pengguna kenderaan elektrik
~ Menyediakan stesen pengisian 3 dalam 1 bagi kenderaan menggunakan
hidrogen, elektrik dan petrol
77
AKUJANJI GPS
11. TERUS MENINGKATKAN PENDAPATAN
DAN SUMBER HASIL SARAWAK
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Meningkatkan pendapatan dan mempelbagaikan sumber hasil Sarawak untuk
membiayai lebih banyak program pembangunan.
Meneroka potensi penjanaan semula hasil dan pendapatan baharu daripada
sumber alam semula jadi seperti perdagangan karbon, produk kayu dan
mineral.
Meningkatkan promosi pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing
dan domestik ke Sarawak.
Menjadikan Sarawak sebagai hub digital serantau bagi menarik pembangunan
dalam industri berasaskan data dan inovasi.
Memajukan hab petrokimia di Bintulu, Tanjung Manis dan Lawas.
Menjadikan Sarawak sebagai pengeksport tenaga hijau daripada sumber yang
boleh diperbaharu seperti hidrogen dan hidro.
Memperluaskan pembangunan infrastruktur untuk membuka kawasan yang
berpotensi bagi mengembangkan ekonomi Sarawak khususnya di luar bandar.
Menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam pembangunan industri hiliran
berasaskan sumber seperti minyak, gas, pertanian dan perhutanan untuk
meningkatkan nilai tambah hasil pengeluaran dan eksport.
Sarawak Methanol Project di Tanjung Kidurong, Bintulu
Meningkatkan penghasilan produk-produk hiliran industri minyak dan gas
78
12. TERUS MEMPERHEBATKAN JARINGAN
PERHUBUNGAN, PENGANGKUTAN, PELABUHAN
DAN LAPANGAN TERBANG
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Membangunkan infrastruktur awam yang berkualiti
tinggi dan mapan alam sekitar dalam memacu
pertumbuhan ekonomi dan sosial.
Memperhebatkan jaringan perhubungan dan
pengangkutan dengan membina dan menaik taraf
pelabuhan dan lapangan terbang di seluruh Sarawak
seperti lapangan terbang Lawas. Autonomous Rapid Transit (ART)
Melaksanakan projek pembangunan infrastruktur
yang berkualiti tinggi, selamat dan mapan alam sekitar.
Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan udara dan air untuk
kecekapan mobiliti kargo dan penumpang.
Membina lebih banyak jalan utama, jalan penghubung, jalan bandar dan luar
bandar serta jalan kampung untuk menghubungkan penempatan dan pusat-pusat
komersial dan industri.
Membina Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) yang menghubungkan Miri secara
langsung dengan Limbang dan Lawas dan seterusnya ke Sabah.
Meningkatkan 20% kecekapan dan keberkesanan liputan serta masa perkhidmatan
sistem pengangkutan di Sarawak.
Mengurangkan pengeluaran sisa buangan melalui kecekapan penggunaan teknologi
baharu.
Mengkaji semula caj bayaran yang dikenakan ke atas pengguna feri supaya tidak
membebankan rakyat.
Menuntut Kerajaan Persekutuan membangunkan kemudahan asas dan infrastruktur
lengkap selaras dengan tuntutan hak-hak Sarawak di bawah Jawatankuasa MA63. Ini
termasuklah pembangunan jaringan jalan raya, jambatan, pelabuhan dan lapangan
terbang serta meningkatkan kekerapan penerbangan antarabangsa ke Kuching.
Cadangan Pembinaan Jambatan Batang Lupar
79
AKUJANJI GPS
13. TERUS MEMPERLUASKAN LIPUTAN BEKALAN AIR,
ELEKTRIK DAN GAS
GPS KOMITED dan BERJANJI
meneruskan usaha:
Memastikan setiap kawasan di seluruh
Sarawak mendapat manfaat daripada
projek pembangunan grid elektrik dan
air yang akan dilaksanakan.
Mencapai 100% liputan bekalan air dan
elektrik di Sarawak menjelang tahun
2025 melalui: Membina lebih banyak infrastruktur
• Koridor Utiliti untuk pengurusan kos bekalan air terawat bagi keperluan rakyat
pemasangan perkhidmatan utiliti.
• Pelaksanaan sistem grid dan alternatif off-grid (SAWAS & SARES).
Membangunkan teknologi baharu bagi membekalkan elektrik dan air di
kawasan luar bandar menerusi sistem solar terapung di empangan-empangan
Kerajaan GPS TELAH BERJAYA:
yang ada di Sarawak.
Menambah peruntukan subsidi Additional or Late Application Fund (ALAF)
untuk membantu penyambungan talian elektrik bagi pemohon yang lewat.
Menambah baik kecekapan pengedaran bekalan air dengan menukar paip-
paip lama kepada paip-paip baharu.
Mewartakan lebih banyak kawasan tadahan air untuk jaminan sumber air.
Menjadikan Sarawak terus menikmati tarif air dan elektrik yang rendah dan
berpatutan.
Membangunkan rangkaian pengedaran LNG dengan menyediakan bekalan gas
di seluruh Sarawak untuk kegunaan industri, kediaman dan komersial.
Menuntut Kerajaan Persekutuan membangunkan kemudahan bekalan
air, elektrik dan gas selaras dengan tuntutan hak-hak Sarawak di bawah
Jawatankuasa MA63.
80
14. TERUS MEMPERLUASKAN LIPUTAN
TELEKOMUNIKASI DAN KEMUDAHAN DIGITAL
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Mempertingkatkan liputan telekomunikasi di Sarawak untuk menyokong
agenda pembangunan ekonomi digital bagi mencapai sasaran sumbangan 25%
daripada keseluruhan ekonomi Sarawak.
Memperluaskan capaian internet kepada 99% isi rumah di Sarawak.
Menyambung capaian internet kepada kampung dan rumah panjang di luar
bandar dan pedalaman.
Menyediakan infrastruktur
telekomunikasi di seluruh Sarawak
menerusi pembinaan 600 buah menara
telekomunikasi sehingga tahun 2022.
Memperkasakan Sarawak Integrated
Operation Center (SIOC) yang lengkap
dengan kemudahan Artificial Intelligence
untuk pelaksanaan lebih banyak inisiatif
bandar pintar serta pemantauan masa
nyata.
Membina ekosistem untuk
perkembangan ekonomi digital
termasuk 5G menerusi pelan fiberasi.
Meningkat capaian internet ke
taman negara seluruh Sarawak untuk
menggalakkan aktiviti pelancongan.
Menaik taraf infrastruktur digital
untuk agensi Kerajaan Sarawak bagi
penyampaian perkhidmatan yang lebih
baik kepada rakyat.
Bekerjasama rapat dengan Kerajaan
Persekutuan melaksanakan inisiatif
Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan
Broadband Wireless Access (BWA)
JENDELA.
Menuntut Kerajaan Persekutuan
membangunkan kemudahan
telekomunikasi selaras dengan tuntutan
hak-hak Sarawak di bawah Jawatankuasa
MA63 yang merangkumi peningkatan
jalur lebar dan pemberian spektrum.
81
AKUJANJI GPS
15. TERUS MENTRANSFORMASIKAN PEMBANGUNAN
EKONOMI LUAR BANDAR
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Mentransformasi ekonomi luar bandar dengan menyediakan peruntukan
memperluaskan kemudahan asas luar bandar seperti jalan raya, bekalan
elektrik dan air serta jaringan komunikasi.
Menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada 100% penduduk luar
bandar menjelang tahun 2025 dengan memperkasakan Sistem Grid Elektrik
dan Sistem Alternatif.
Menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada 100% penduduk luar
bandar menjelang tahun 2025 dengan memperkasakan Sistem Grid Air dan
Sistem Alternatif.
Membina jalan luar bandar untuk mengakses penempatan di luar bandar.
Menyediakan peruntukan secukupnya untuk projek pembangunan di bawah
Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).
Memperhebatkan lagi pembangunan ekonomi luar bandar dengan
meningkatkan produktiviti melalui pertanian komersial, perusahaan hiliran
dan industri desa berasaskan pelaburan dan teknologi moden.
Memperluaskan kemudahan perkhidmatan perbankan di luar bandar melalui
perkhidmatan bank bergerak dan melengkapkan setiap daerah dan daerah
kecil dengan mesin ATM.
Membangunkan lebih banyak infrastruktur dan kemudahan bagi
pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran produk-produk keluaran desa.
Menyediakan latihan kemahiran kepada penduduk desa agar terus produktif
dalam industri desa seperti pertanian dan pemprosesan makanan dan
homestay.
Cadangan pembinaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan
dan Pembungkusan Produk Pertanian (CPPC) Cadangan pembinaan AgroPark di Sungai Baji, Sarikei
82
16 . TERUS MERANCAKKAN PEMBANGUNAN
BANDAR SEJAHTERA DAN PINTAR
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Mewujudkan suasana kehidupan bandar
yang berkualiti, sihat dan selamat.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif
untuk merangsang pembangunan aktiviti
ekonomi.
Mengembangkan inisiatif-inisiatif Bandar
Pintar ke semua bandar utama di Sarawak. Pusat Kawalan Sistem Trafik Pintar
Membangunkan sistem pengangkutan
awam bersepadu yang selamat, diyakini, cekap tenaga dan peningkatan
pilihan perjalanan (ART dan bas pintar) sekali gus dapat menjimatkan masa
perjalanan dan mengurangkan kesesakan jalan raya.
Menyediakan Pengurusan Sisa Bersepadu untuk menjamin kelestarian alam
sekitar.
Menyediakan lebih banyak pusat rekreasi untuk aktiviti riadah.
Meningkatkan kecekapan sistem jalan bandar melalui pembinaan lebih
banyak jejambat, underpass dan lampu isyarat pintar.
Pelan Induk Bandar Pintar Kuching
Konsep Bandar
Pintar dan Sejahtera akan
Cadangan pembinaan AgroPark di Sungai Baji, Sarikei dikembangkan ke semua
bandar utama di Sarawak
83
AKUJANJI GPS
17. TERUS MENTRANSFORMASIKAN DAN MEMACU
SEKTOR PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memperkasakan sektor tanaman, penternakan, perikanan dan industri asas
tani bagi membantu golongan petani, penternak, nelayan dan usahawan tani
meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.
Memperhebatkan pembangunan kawasan pengeluaran makanan sedia ada
dan baru seperti Food Basket Development Area, AgroPark dan Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh Sarawak.
Menggiatkan usaha untuk memodenkan dan mengkomersialkan sektor ini
dengan:
• Membangunkan aplikasi teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti
dan kualiti pengeluaran.
• Mewujudkan Precision Farming Park yang dilengkapi dengan teknologi IoT
di setiap bahagian di Sarawak.
• Memodenkan industri penternakan melalui pembangunan kawasan
ternakan berskala komersial bagi meningkatkan kapasiti eksport.
• Membangunkan Special Aquaculture Industrial Zone (SAIZ) bagi
meningkatkan eksport hasil akuakultur.
• Membantu penternak ikan dalam bentuk infrastruktur asas, benih dan
makanan ikan serta peralatan.
• Menyediakan modal teroka pertanian (Sarawak Agro Fund).
Mentransformasikan sektor pertanian Sarawak dengan
menggunakan kaedah pertanian moden bagi menghasilkan
produk makanan yang berkualiti
84
Kaedah pertanian moden akan dikembangkan ke seluruh Sarawak
• Menjadikan sistem Tagang sebagai tapak agro-pelancongan.
• Memperkasakan kapasiti Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ke arah melahirkan komuniti petani
berpendapatan tinggi.
• Membantu meningkatkan produktiviti petani dan mengurangkan kos pengeluaran
melalui subsidi benih padi, baja, insentif pengeluaran, program pengembangan,
latihan dan khidmat sokongan serta nasihat teknikal.
• Menambah program pemulihan dan naik taraf infrastruktur ladang seperti skim
pengairan dan saliran.
• Membina 500 km jalan ladang di seluruh Sarawak dengan kos RM57 juta di bawah
RMKe-12.
• Memberi latihan kemahiran, bantuan modal kewangan dan nasihat teknikal bagi
meningkatkan kapasiti dan kapabiliti usahawan tani.
• Memberi bantuan khas baja kepada pekebun kecil kelapa sawit dan lada untuk
mengurangkan beban petani dan meningkatkan produktiviti.
• Meningkatkan keberkesanan pemasaran hasil pertanian dan mempromosikan
produk-produk pertanian di peringkat domestik dan global ke arah mencapai
matlamat menjadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030.
• Memodenkan tanaman durian, nanas, kelapa dan pisang melalui pembukaan tanah
NCR secara berkelompok dan berskala besar.
• Menambah bantuan musim tengkujuh untuk meringankan beban nelayan yang
terkesan.
• Menggiatkan aktiviti pengkomersialan sektor pertanian dengan menarik penyertaan
sektor swasta bagi mewujudkan jaminan pasaran kepada pekebun kecil.
• Menggalak dan menggiatkan penggunaan teknologi digital dalam sektor pertanian.
85
AKUJANJI GPS
18. TERUS MEMBANGUN SEKTOR
PERINDUSTRIAN DAN PELABURAN
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Merancakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan
asing dan domestik dalam sektor perindustrian.
Menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk membolehkan sektor
perindustrian dan pelaburan terus berkembang.
Menggalakkan aplikasi teknologi moden dan pintar atau Revolusi Industri (IR)
4.0 untuk meningkatkan produktiviti.
Menyediakan lebih banyak kawasan dan lot-lot perindustrian yang dilengkapi
dengan infrastruktur dan utiliti perindustrian.
Menubuhkan Invest Sarawak bagi menarik pelaburan asing dan domestik ke
Sarawak.
Menarik pelaburan asing dan domestik dalam:
• Industri petrokimia di Tanjung Kidurong, Tanjung Manis dan Lawas.
• Industri berteknologi tinggi di Taman Perindustrian Samajaya.
• Industri berat di Taman Perindustrian Samalaju.
• Industri perkapalan di Taman Perindustrian Paloh.
• Industri perabot di Taman Perindustrian Perabot Samarahan.
• Industri desa dan pemasaran di Anjung Usahawan.
Industri minyak dan gas antara industri yang menjadi
penyumbang utama pendapatan Sarawak
86
19. TERUS MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG
PERNIAGAAN DAN MEMPERKASAKAN PERUSAHAAN
KECIL DAN SEDERHANA (PKS)
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan memperkasakan PKS.
Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti perniagaan dan
keusahawanan agar terus berkembang dengan memperhebatkan program-
program:
• Penggalakan aplikasi teknologi moden dan pintar untuk meningkatkan
produktiviti.
• Keusahawanan seperti latihan dan kemudahan bantuan kewangan
untuk perniagaan, promosi dan pembangunan produk kepada usahawan
Sarawak.
• Bantuan geran untuk graduan dan lepasan sekolah teknikal dan
kemahiran untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
• Penggalakan penyertaan dan penglibatan usahawan dalam pemasaran
digital dan e-payment untuk memperluaskan pasaran.
• Promosi produk buatan tempatan ke pasaran domestik dan antarabangsa.
• Penyediaan lebih banyak premis perniagaan yang kondusif seperti Anjung
Usahawan, medan niaga, inkubator dan pusat penjaja.
• Kerjasama dengan agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti keusahawan.
• Promosi perdagangan dan pelancongan di Brunei Darussalam dan
Pontianak, Indonesia.
• Bantuan pinjaman mudah seperti Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) dan
Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) bagi membantu
usahawan di Sarawak.
Anjung Usahawan menyediakan suasana perniagaan yang kondusif kepada PKS
87
AKUJANJI GPS
20. TERUS MEMPERHEBATKAN SEKTOR PELANCONGAN
DAN PERKHIDMATAN
GPS KOMITED dan BERJANJI
meneruskan usaha:
Menjadikan sektor pelancongan
sebagai penyumbang utama untuk
pembangunan ekonomi Sarawak.
Melaksanakan Pelan Induk Pelancongan Produk kraf tangan dan pelancongan Sarawak
semakin mudah diperoleh
Sarawak 2021-2035.
Meningkatkan kedatangan pelancong untuk merancakkan aktiviti pelancongan
di Sarawak melalui program pemasaran dan promosi pelancongan.
Mengembangkan lebih banyak produk pelancongan tempatan seperti:
• Culture, Adventure, Nature, Food and Festival (CANFF);
• Meeting, Incentive, Conference and Exhibition (MICE); dan
• Program Malaysia Rumah Keduaku di Sarawak (S-MM2H).
Membangunkan lebih banyak infrastruktur pelancongan untuk kemudahan dan
keselamatan pelancong melalui penglibatan aktif sektor swasta.
Menambah jumlah penerbangan domestik dan antarabangsa ke Sarawak.
Mengalakkan penglibatan aktif komuniti dalam industri pelancongan khususnya
homestay, restoran dan pemandu pelancong untuk meningkatkan pendapatan.
Meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada 11% KDNK Sarawak
menjelang 2030.
Meningkatkan kemasukan pelancong sebanyak 7.5% setahun.
Menggalakkan penginapan pelancong lebih lama di Sarawak iaitu daripada 5.5
malam kepada 7.5 malam.
Menyediakan 25% peluang pekerjaan di Sarawak dalam sektor pelancongan.
Menuntut pindaan kepada senarai perundangan di dalam Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan dengan memindahkan “Pelancongan” daripada
Butiran 25A di dalam Senarai Persekutuan kepada Senarai Bersama.
Tempat pelancongan menarik Pameran perniagaan
Kemudahan makanan Perkhidmatan pemandu pelancong
88
21. TERUS MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN
KERAJAAN YANG BERTERASKAN KEPADA INTEGRITI
DAN TADBIR URUS YANG BAIK
GPS KOMITED dan BERJANJI
meneruskan usaha:
Mentadbir Sarawak dengan telus,
bersih dan berintegriti bagi
memastikan tidak berlakunya
amalan rasuah dan salah guna
kuasa.
Cadangan pembinaan Leadership Institute
Menyemai amalan integriti di
kalangan pemimpin politik, penjawat awam dan Ketua Masyarakat dan Ketua
Kaum (KMKK) untuk meningkatkan keyakinan masyarakat, pelabur dan peniaga
serta imej bersih Sarawak di persada dunia.
Mensasarkan pelantikan seorang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di setiap
agensi di Sarawak menjelang tahun 2025.
Meningkatkan mutu perkhidmatan awam Sarawak melalui penstrukturan
organisasi dan pendigitalan sistem perkhidmatan kerajaan.
Membangunkan Integrated Administrative Centre (IAC) untuk
meningkat dan memudahkan akses kepada perkhidmatan
kerajaan.
Memperkasakan Skim Perkhidmatan Awam Sarawak
untuk meningkatkan produktiviti dan mutu
perkhidmatan.
Menaik taraf Daerah Kecil kepada Daerah
dan Daerah kepada Bahagian
mengikut keperluan dan situasi
semasa.
Melaksanakan tugas dan amanah sebagai penjawat awam yang berteraskan integriti
89
AKUJANJI GPS
22. TERUS MENINGKATKAN AKSES DAN
KUALITI PERKHIDMATAN KESIHATAN
Cadangan pembinaan Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak
GPS KOMITED dan BERJANJI
meneruskan usaha:
Menambah baik mutu
perkhidmatan dan infrastruktur
kesihatan untuk kesejahteraan
rakyat.
Mempertingkatkan akses dan kualiti
perkhidmatan kesihatan dengan melatih dan
membiayai lebih ramai doktor tempatan.
Meningkatkan kawalan penularan penyakit
berjangkit melalui operasi pencegahan penyakit dan
memperkasakan penguatkuasaan serta menubuhkan
Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (SIDC).
Menambah baik perlindungan insurans kesihatan bagi
penduduk Sarawak yang berkelayakan.
Melahirkan lebih ramai pakar kesihatan melalui bantuan
latihan dan pembiayaan.
Mengurangkan nisbah penduduk kepada seorang doktor.
Menggalakkan pembinaan hospital swasta.
Membaik pulih dan menaik taraf hospital dan klinik yang uzur.
Memastikan Hospital Petra Jaya dan Sri Aman disiapkan dengan segera bagi
memberi akses kesihatan yang efisien kepada rakyat setempat.
Menuntut Kerajaan Persekutuan membangunkan dan menaik taraf kemudahan
kesihatan selaras dengan tuntutan hak-hak Sarawak di bawah Jawatankuasa
MA63 termasuklah pembinaan lebih banyak hospital dan klinik serta menambah
kakitangan perubatan dan kesihatan.
90
23. TERUS MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN
DAN LATIHAN TEKNIKAL
Cadangan pembinaan Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak Cadangan Pembinaan Pusat Sains Sarawak
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Menambah baik mutu perkhidmatan dan infrastruktur pendidikan.
Meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan teknikal untuk melahirkan masyarakat
celik sains, berpengetahuan dan berkemahiran.
Memastikan infrastruktur pendidikan yang berkualiti dan memperluaskan fasiliti
pengajaran dan pembelajaran untuk rakyat di seluruh Sarawak.
Menyediakan bantuan pendidikan seperti biasiswa dan pinjaman Yayasan Sarawak
kepada anak Sarawak yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dan
menambah pusat latihan teknikal untuk anak Sarawak.
Menambah baik sekolah sedia ada dan membina sekolah baharu bagi menampung
keperluan pelajar.
Menempatkan graduan Sarawak untuk memenuhi kekosongan jawatan guru di Sarawak.
Menyediakan lebih banyak kursus peningkatan kemahiran untuk guru Sarawak.
Melantik guru sementara anak Sarawak dan mendaftarkan mereka untuk Diploma
Pendidikan.
Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) bagi meringankan beban pelajar.
Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi memberi manfaat kepada anak
Sarawak melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan.
Memberi bantuan kewangan kepada Chinese Independent School, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama.
Membangunkan Sekolah Menengah Antarabangsa Sarawak untuk memberi peluang
pelajar pedalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Memperkasakan Institut Pendidikan Tinggi (IPT), TEGAS Digital Village, CENTEXS dan
Institut Teknikal lain di Sarawak untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir.
Memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah rendah di Sarawak.
Memperluaskan pengangkutan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah menerusi
Program Bas Sekolah Percuma ke semua bandar utama di Sarawak.
Meringankan beban graduan anak Sarawak untuk membayar balik pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menuntut Kerajaan Persekutuan membangunkan dan menaik taraf kemudahan
pendidikan selaras dengan tuntutan hak-hak Sarawak di bawah Jawatankuasa MA63
termasuklah pembinaan baru dan menaik taraf sekolah dan kuarters guru serta
menambah bilangan guru anak Sarawak.
91
AKUJANJI GPS
24. TERUS MENJAMIN KESELAMATAN
NEGERI DAN RAKYAT
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Menjadikan Sarawak selamat dan
sejahtera serta bebas daripada
ancaman musuh.
Memperkasakan agensi-agensi
penguatkuasaan Sarawak bagi
melindungi rakyat dengan mengawal
sumber dan aset agar kesejahteraan
serta keselamatan Sarawak terjamin.
Memperkasakan Unit Keselamatan dan
Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan
Sarawak Coastguard untuk membantu
agensi penguatkuasaan Persekutuan
dalam menjaga sumber dan aset
penting Sarawak.
Bekerjasama dengan Kerajaan
Persekutuan untuk: Cadangan Pelan Induk
• Membina lebih banyak kem tentera Pembangunan ICQS Tebedu
di beberapa kawasan strategik di seluruh Sarawak.
• Membina Pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang
baharu di pintu masuk strategik untuk mengawal sempadan Sarawak dan
Kalimantan dengan lebih cekap.
• Menjaga sasaran penting seperti empangan hidro, pusat perindustrian,
pelabuhan, lapangan terbang dan bangunan kerajaan di Sarawak.
• Mengukur dan menetapkan garisan sempadan Sarawak dengan negara
jiran bagi menjamin kedaulatan Sarawak.
• Menyediakan lebih banyak perjawatan bagi pegawai Maritim di Sarawak
untuk menangani pencerobohan nelayan asing di Zon Ekonomi Eksklusif
(ZEE).
Agensi-agensi penguatkuasa diperkasa bagi melindungi rakyat dan menjaga sumber serta aset-aset Sarawak
92
25. TERUS MENINGKATKAN KECEKAPAN
PENGURUSAN BENCANA
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Meningkatkan kecekapan pengurusan bencana dengan mengukuhkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat Negeri, Bahagian dan Daerah.
Menyediakan peruntukan besar untuk menangani pelbagai bencana seperti
tanah runtuh, kebakaran, banjir, kemarau dan ribut.
Memperkasakan anggota-anggota pengurusan bencana di peringkat Negeri
dan Bahagian khususnya agensi Negeri dan Persekutuan.
Melaksanakan penggunaan aplikasi teknologi seperti aplikasi SarawakGov,
iAlerts dan QMUNITY untuk memudahkan penyebaran maklumat dan inisiatif
yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.
Menyediakan kemudahan asas dan aset bagi menangani dan mengurus
bencana.
Membina Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) untuk
memastikan kesiapsiagaan Sarawak dalam menghadapi wabak dan menerajui
usaha memerangi wabak di Sarawak. Ianya dijangka siap pada tahun 2024.
Menyediakan bantuan kepada petani dan penternak yang terjejas akibat
bencana alam.
Memberi bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana.
Cadangan Pembinaan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC)
Pengurusan bantuan bencana Aset pengurusan bencana
93
AKUJANJI GPS
26. TERUS MENGUKUHKAN KEHARMONIAN
DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Menjadikan Sarawak sebagai contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia
di mana masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama dapat hidup dalam
suasana aman, damai, hormat-menghormati dan mempunyai sikap toleransi
yang tinggi.
Melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai
dan pembangunan budaya yang dapat mengukuhkan keharmonian dan
kesejahteraan sosial.
Menggalakkan perpaduan kaum dengan bersama merayakan perayaan
berbilang kaum dan agama seperti menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya
Aidilfitri, Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina,
Rumah Terbuka Hari Krismas dan Rumah Terbuka Deepavali.
Mengiktiraf perayaan pelbagai kaum dan agama dengan memberi cuti umum
bagi menggalakkan semua masyarakat dapat meraikannya bersama.
Menggalakkan interaksi dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian
budaya serta adat resam dalam kalangan pelajar di Sarawak bagi memupuk
keharmonian sosial.
Menyediakan peruntukan bagi membantu NGO untuk menjalankan aktiviti
kemasyarakatan.
94
27. TERUS MENJAMIN DAN MEMELIHARA BUDAYA,
WARISAN DAN KEPERCAYAAN PELBAGAI KAUM
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memastikan kebebasan beragama di kalangan rakyat.
Menyediakan bantuan kewangan kepada JAIS dan UNIFOR.
Mengukuh dan memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum
dengan mewujudkan:
• Pusat Seni Persembahan Negeri dalam RMKe-12.
• Akademi Kesenian Sarawak dalam RMKe-12.
• Pusat Kraftangan Sarawak dalam RMKe-12.
Menyediakan peruntukan bagi penganjuran forum dan simposium kebudayaan
pelbagai kaum.
Menyediakan Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan.
95
AKUJANJI GPS
28. TERUS MEMPERKUKUHKAN
MAHKAMAH ADAT BUMIPUTERA
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memperkasakan fungsi dan bidang kuasa Mahkamah Adat Bumiputera setaraf
dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan isu-isu
yang berkaitan adat resam dan tradisi.
Meningkatkan kapasiti Mahkamah Adat Bumiputera dari segi tenaga profesional
untuk menjadikan institusi ini disegani.
Menyediakan sumber untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan adat
resam dan tradisi bagi memastikan usaha-usaha pembangunan sosio-ekonomi
untuk kepentingan komuniti dapat berjalan dengan lancar.
96
29. TERUS MEMBANTU DAN MEMPERCEPATKAN
ANAK SARAWAK YANG LAYAK UNTUK
MENDAPATKAN KERAKYATAN
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Membantu anak-anak Sarawak yang layak mendapatkan kerakyatan
sekiranya tidak mempunyai dokumen sokongan yang diperlukan melalui
Program Pendaftaran Bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
khususnya di kawasan pedalaman Sarawak.
97
AKUJANJI GPS
30. TERUS MENJAGA DAN MEMELIHARA
KEBAJIKAN RAKYAT
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memperkukuhkan keharmonian sosial bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Menyediakan bantuan kebajikan dan sosial untuk rakyat, antaranya:
• Bantuan Kebajikan Bulanan • Geran Tahunan Khas (GTK)
• Endowment Fund Sarawak (EFS) • Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
• Kenyalang Gold Card (KGC) • Bantuan Ihsan Kematian (BIK)
• Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BPBP)
• Bantuan Perubatan
Mengukuhkan pentadbiran Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS)
bagi memastikan pembangunan dan intervensi sosial dilaksanakan secara
bersepadu dan menyeluruh.
Memperkasakan fungsi dan peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum
(KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Menganjurkan program-program solidariti, kemasyarakatan dan perayaan
untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum.
Menyemai semangat Sarawakku Sayang dan toleransi di peringkat akar umbi.
Memperkenalkan penggunaan aplikasi iSarawakCare Mobile sebagai platform
bersepadu untuk mengurus semua perkhidmatan dan bantuan kebajikan.
Meneruskan projek sedia ada yang dapat memberi manfaat kepada
golongan sasar.
Menjadikan kesejahteraan sosial diberi keutamaan dalam
setiap perancangan projek.
Mewujudkan Integrated One Stop Community Centre untuk
masyarakat yang berkeperluan khas.
98
31. TERUS MEMPERKASAKAN PENGLIBATAN WANITA
DALAM PEMBANGUNAN SARAWAK
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Memperkasakan penglibatan wanita dalam pembangunan Sarawak dengan:
• Melantik lebih ramai wanita menjawat jawatan penting dalam agensi-
agensi Kerajaan Sarawak;
• Melantik lebih ramai wanita sebagai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum
(KMKK) dan Ahli Majlis Tempatan; dan
• Melahirkan lebih ramai usahawan wanita dalam pelbagai bidang
perniagaan.
Memartabatkan hak wanita dalam pelbagai bidang pembangunan sosio-
ekonomi Sarawak.
Menambah baik undang-undang berkaitan wanita dan kanak-kanak bagi
membolehkan wanita dan kanak-kanak mendapat perlindungan.
99
AKUJANJI GPS
32. TERUS MEMPERTINGKATKAN PENYERTAAN BELIA
DALAM PEMBANGUNAN SARAWAK
GPS KOMITED dan BERJANJI meneruskan usaha:
Mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan Sarawak.
Menyediakan bantuan bagi mencungkil bakat belia dalam pelbagai bidang
yang dapat membantu pembangunan Sarawak.
Memberi peluang kepada belia terlibat dalam politik dan perkhidmatan awam.
Menyediakan banyak peluang peniagaan dan pekerjaan dalam pelbagai bidang
kepada golongan belia dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS).
TEGAS menyedia dan melengkapkan belia dengan latihan dan pengetahuan dalam era ekonomi digital
100