The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahazli7, 2021-06-09 19:43:18

LEFTENAN ADNAN

E MAJALAH

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032
JABATAN:

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
NAMA PENSYARAH:

PN JAMILAH BINTI OMAR
SESI:

DISEMBER 2020

AHLI KUMPULAN

Fatyiah izzati Binti Rosdi Rauf
(03DPW20F2010)
Aqilah binti Azli
(03DPW20F2003)

Nur Syazwani Binti Erfen
(03DPW20F2014)

Nur Adriana Dina Binti Muhammad Nizam
(03DPW20F2001)



SINOPSIS FILEM LEFTENAN
ADNAN

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenan. Adnan
Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor
pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam
keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin
Saidi juga merupakan anggota tentera.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal
dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan
berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan
pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan
mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi
kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi
memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun
kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936,
Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang
pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan
Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan
memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja
George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi
dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar
ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah
menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi
dilantik sebagai ketua Platun ke-7 .

PEPERANGAN TERCETUS DI BUKIT CANDU

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan
pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke
Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan
Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih
dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu
dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya
terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari
sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari
ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi
kedudukan pertahanan strategik di Singapura.

Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia
merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura
berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian
utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun
mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung
ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak
depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera
dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang
tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera
Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen.
Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada
persisiran selatan Singapura – Permatang Pasir Panjang. Pada
pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan
sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam.

GUGURNYA PAHLAWAN NEGARA

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis
senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik.
Leftenan Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka
kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran
yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah
tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-
orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-
orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of
Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang
terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau
pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka
yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati
disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan
Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Leftenan
Adnan.

Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun,
ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera
Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok
ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-
kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian
ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun
melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan,
dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa
sumber, tubuh Leftenan Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar
menjadi abu.

SLOT BERUNSURKAN PATRIOTIK.

Dalam filem ini menggambarkan bahawa Ibrahim yaakob
menjelaskan dengan berhujah bahawa sekarang ini
sudah terdapat orang melayu yang berjawatan tinggi
dalam kalangan tentera inggeris. Beliau juga
mengingatkan ahli mesyuarat supaya jangan menjadi
seperti Dato Bahaman, Tok janggut, Naning yang mana
perjuangan mereka tidak mendapat sokongan daripada
rakyat sendiri.

Dalam filem ini Ahmad iaitu adik kepadan Adnan
mempunyai semangat untuk menjadi askar seperti
abangnya. Contohnya, Ahmad memberitahu kepada
abangnya, yang dia ingin menjadi askar untuk
mempertahankan negara.

SLOT BERUNSURKAN
PERPADUAN

Dalam filem ini menggambarkan majlis keramaian untuk
menyambut kepulangan Adnan. Contohnya, keluarganya
membuat majlis tersebut untuk menyambut
kepulangannya dari England.

Satu majlis pekahwinan antara Adnan dan Safiah.
Contohnya, Pak Saidi dan Mak Milah telah merisik Safiah
untuk menjadi isteri kepada anaknya , Adnan.

PENGAJARAN

Kita perlulah mempunyai semangat cinta akan negara yang
tinggi.
Contohnya, perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu
membuktikan bahawa mereka memiliki semangat cinta akan
negara yang tinggi.

kita mestilah menjalakan tanggungjawab yang diamanahkan,
Contohnya Leftenan Adnan bertanggungjawab memberikan
kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya dalam medan
pertempuran walaupun sebilangan tentera British
mengundurkan diri.

Janganlah kita menjadi pengkhianat kepada bangsa dan
negara.
Contohnya, Ibrahim yaakob menjadi ejen perisik untuk
tentera Jepun merupakan suatu perbuatan khianat
kepada agama,bangsa dan negara.

UNSUR NEGATIF

Dalam filem ini menunjukkan unsur negatif iaitu tentera Jepun
telah menggunakan keganasan terhadap kaum wanita .
Contohnya, tentera Jepun telah memaksa kaum wanita untuk
keluar daripada rumah mereka dan menyeksa mereka di hadapan
semua orang.

Dalam filem ini menunjukkan unsur negative yang lain iaitu Ayob
tidak yakin pada kemampuan dirinya dan juga kumpulannya.
Contohnya, Ayob bersuara kepada Leftenan Adnan bahawa dia
ingin berundur seperti tentera British kerana dia memandang
rendah terhadap tentera Melayu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Leftenan Adnan Saidi telah menunjukkan
kepimpinannya kepada rakan-rakannya ketika dalam
pertempuran atau peperangan pada masa dahulu. Bahkan,
beliau juga menunjukkan ciri-ciri kepimpinan sebagai ketua
keluarga dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu
bapanya dengan mendapat menjawat jawatan tertinggi
dalam tentera British . Beliau juga boleh dijadikan contoh
kepimpinan kepada semua lapisan masyarakat.


Click to View FlipBook Version