Sang Kancil dengan Musang yang Sombong NURFATIN NADIA @F
i dalam sebuah hutan, tinggal seekor musang yang sangat sombong. Ia merasakan dirinya lebih hebat dan lebih bijak daripada haiwan-haiwan yang lain. Musang enggan bersahabat dengan haiwan lain. “Tidak ada haiwan yang lebih hebat daripada aku, ”kata musang dengan angkuh. Suatu hari, ketika Sang Kancil sedang berkeliling hutan, tiba-tiba dia telah terpijak ekor musang yang sedang berehat di bawah sebuah pohon. “Aduh! Siapa yang berani pijak ekor aku ini?”jerit musang. Musang yang sedang marah menatap Sang Kancil dengan pandangan yang tajam. Sang Kancil yang menyedari situasi itu segera menghampiri musang dan meminta maaf. “Maafkan aku musang, aku tidak sengaja terpijak ekor kamu, ”kata Sang Kancil. Meskipun Sang Kancil telah meminta maaf, namun musang berasa sangat tidak berpuas hati terhadap Sang Kancil. 1 D
3 “Aku tidak akan memaafkan kamu kancil. Aku pasti akan membalas dendam suatu hari nanti, ”kata musang dengan nada marah. “Apakah yang aku perlu lakukan untuk menebus semula perbuatanku terhadapmu, ” tanya Sang Kancil kepada musang. “Mungkin tiada apa yang boleh kamu lakukan untuk menebus semula kesalahanmu terhadapku buat masa ini. Tetapi jangan ingat kamu akan terlepas!” jawab musang lalu ia pun berlalu pergi dari situ dengan keadaan ekornya yang masih sakit. Sejak kejadian itu, musang menyimpan dendam terhadap Sang Kancil. Sang kancil yang bijaksana akan mencari jalan untuk menebus semula kesalahannya terhadap musang.
usang sedang berjalan mencari makanan. Sewaktu dia sedang berjalan musang terserempak dengan bangau. Bangau juga sedang mencari makanan. “Apa khabar musang?”tanya bangau. “Khabar baik. Kamu bagaimana pula?” tanya musang. “Aku pun baik juga. Adakah kamu mendengar berita baru?” tanya bangau. “Apakah berita itu?”tanya musang. “Aku dengar Sang kancil akan dilantik sebagai penasihat raja rimba?”jawab bangau. “Betulkah? Bagi aku Sang Kancil tidak layak memegang jawatan itu, ”kata musang. “Mengapa pula? Bagi aku Sang Kancil memang layak menjadi penasihat raja, ”kata bangau. 4 M
“Lagipun, dia amat bijak dalam menyelesaikan masalah-masalah haiwan di rimba ini. Oleh sebab itu, tidak mustahil Sang Kancil layak dilantik sebagai penasihat raja, ”kata bangau dengan bersungguhsungguh. Sebenarnya, perasaan dendam musang terhadap Sang Kancil tidak pernah pudar. Musang tidak berpuas hati terhadap pelantikan Sang Kancil sebagai penasihat raja. Dia merasakan dirinya lebih layak untuk memegang jawatan tersebut. “Aku yang lebih layak untuk menjadi penasihat raja berbanding kancil, ”kata musang kepada bangau. “Kalau begitu, kamu pergilah mengadu kepada raja, ”kata bangau. Musang masih berdendam terhadap Sang Kancil tentang kejadian tempoh hari. Musang berniat untuk menjatuhkan Sang Kancil. Dia mahu kancil dilucutkan jawatan. Sepatutnya dia yang memegang jawatan itu. 5
ada suatu hari, semasa Sang Kancil sedang menjalankan tugasnya sebagai penasihat, tiba-tiba kijang menerpa. “Kamu belum dengar apa-apa berita tentang pelucutan jawatan kamu ke kancil?” tanya kijang kepada Sang Kancil. “Apa salah aku sehingga aku dilucutkan jawatan secara tiba-tiba?” kancil hairan. “Baik kamu pergi ke istana sekarang. Musang telah membongkarkan semua kejahatan kamu selama ini kepada raja, ” suruh kijang kepada Sang Kancil. Sang Kancil pun bergegas ke istana. Sebenarnya, musang telah memfitnah Sang Kancil. Musang telah mengadu kepada raja dan mengatakan bahawa Sang Kancil telah merancang untuk menggulingkan raja serta ingin mengambil alih kekuasaannya. 7 P
Apabila berhadapan sesuatu cabaran Mesti berani menghadapi dugaan Apabila sedar diri diperlakukan Mesti berani menegakkan keadilan. Bersabarlah kita menempuh cabaran Cabaran berlaku sepanjang jalan Sekiranya cabaran tidak dilawan Akhirnya kita menyesal kemudian. IRAMA: LAGU TANYA SAMA POKOK A: LAGU TANYA SAMA POKOK Raja rimba yang mendengar perkhabaran itu amat berang. Tanpa usul periksa, raja telah mengambil keputusan untuk melucutkan jawatan Sang Kancil sebagai penasihat. Sang Kancil akur dan tidak membantah keputusan raja. Sang Kancil beranggapan bahawa mungkin dengan pelucutan jawatan ini dapat menebus semula kesalahannya terhadap musang. Sang Kancil pun berlalu pergi dari istana sambil mengenangkan nasib dirinya. Di sepanjang jalan, Sang Kancil menyanyikan sebuah lagu. 9
10 Musang sangat gembira. Dia sudah berjaya membalas dendam terhadap Sang Kancil. Musang telah dilantik sebagai penasihat raja yang baharu. Namun, sikapnya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas telah mencurigakan raja rimba. Banyak haiwan yang telah mengadu kepada bendahara iaitu beruang. Mereka mengatakan bahawa sudah hampir seminggu mereka belum menerima apa-apa maklum balas mengenai aduan yang telah diutarakan kepada musang. Raja yang berasa musykil terus mengarahkan belalang untuk menyiasat kegiatan musang. “Kamu ikut musang ke mana pun dia pergi. Tetapi, ingat! Kerja ini sulit. Rahsia, ”kata raja. “Baiklah, ”kata belalang. “Berjaga-jaga, jangan sampai dia tahu kamu mengekorinya, ”kata raja. Belalang pun terbang.
Musang hidup mewah. Rupa-rupanya selama dia dilantik menjadi penasihat raja, dia telah menyeleweng wang-wang bantuan rakyat untuk kepentingannya sendiri. Singa merupakan penjaga wang negeri. Musang telah diberikan kepercayaan oleh raja rimba untuk mengambil wang negeri daripada singa untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan di rimba. Belalang yang sedang mengekori gerakgeri musang kini sedar akan sikap sebenar musang yang tidak amanah dalam menjalankan tugas. Setelah seharian belalang mengekori musang, dia pun pulang untuk memberitahu raja. “Musang telah menyalahgunakan wang bantuan rakyat untuk hidup mewah. Dia juga telah didapati mengabaikan tugas-tugasnya sebagai penasihat serta gagal memberikan nasihat dan saranan kepada haiwan-haiwan yang memerlukan bantuan, ” kata belalang kepada raja. . 11
“Ouhhh, ini rupanya kerja kamu selama ini musang, ”kata raja lalu meminta beruang memanggil musang untuk menghadapnya di istana. Beruang memberitahu musang bahawa raja ingin bertemu dengannya di istana. Musang berasa hairan dan beranggapan bahawa raja mahu menyampaikan berita baik kepadanya. Usai tiba di istana, musang telah disoal siasat oleh raja mengenai tugasnya selama menjadi penasihat. “Musang! Sebelum aku tanya soalan yang lebih serius, kamu mahu buat apa-apa pengakuan?”tanya raja kepada musang. . 13
14 Musang tidak sedap hati. Dia berlagak tenang agar raja mempercayai kata-katanya. “Selama aku berkhidmat sebagai penasihat, aku telah menjalankan tugas dengan baik. Namun, aku tidak menyangka akan ada tuduhan yang ingin mencemari nama baik aku, ” musang berbohong. “Sudahlah musang, usah kamu menegakkan benang yang basah lagi. Segala perbuatan keji kamu telah terbongkar. Bukan itu sahaja, kamu juga sengaja memfitnah Sang Kancil sehingga dia dilucutkan jawatan, ”kata raja dengan tegas. Akhirnya, pembohongan musang yang disembunyikan selama ini telah terbongkar. “Esok kita akan jalankan hukuman. Kurung musang dalam lokap, ”kata raja. .
eesokan harinya, raja memutuskan musang dihukum mati. Namun, Sang Kancil berjaya berunding dengan raja agar meringankan hukuman terhadap musang. Raja kesal dan menerima permintaan Sang Kancil. Raja rasa bersalah terhadap tindakannya yang melulu kerana melucutkan jawatan kancil tanpa usul periksa. “Dengan ini, aku menghukum musang untuk melakukan kerja-kerja amal sepanjang umur hidupnya, ”kata raja. “Haaaaa! Kami tidak berpuas hati!” jerit semua haiwan di situ. Disebabkan ini adalah keputusan raja, mereka terpaksa akur. Musang meminta maaf kepada Sang Kancil dan amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Sang Kancil dan haiwan-haiwan lain. Sang Kancil tidak pernah berdendam terhadap musang. Bahkan, dia ingin musang menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Akhirnya, Sang Kancil dan Musang bersahabat baik selama-lamanya. -TAMAT15 K
Dilucutkan - menarik balik pangkat atau kuasa 1. Bergegas - membuat sesuatu cepat-cepat 2. Menggulingkan - menjadikan seseorang jatuh dari kedudukannya 3. Berang - perasaan marah yg amat sangat 4. Menyeleweng - mencuri apa-apa yang diamanahkan kepadanya 5. Melulu - tidak berfikir terlebih dahulu 6. Membantah - tidak menyetujui pendapat orang lain 7. Mencemari - memburukkan nama seseorang 8. G losar i