The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURFATIN NADIA BT NORDIN BM F, 2023-11-04 02:28:04

Senarai bandingan semacam

Senarai bandingan semacam

Keywords: Bandingan semacam

Disediakan oleh: Cikgu Nadia


SENARAI BANDINGAN SEMACAM Kawan-kawan, jom kita tengok contoh bandingan semacam!


1 2 3 Adil seperti hakim Kita mestilah bersifat adil seperti hakim dalam mengadili perselisihan ini. Alim seperti ulama Angkuhseperti merak Haji Abdullah alim seperti ulama kerana mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama. Karmila tidak memiliki ramai kawan kerana sikapnya yang angkuh seperti merak.


4 5 6 7 Besar sepertigajah Walaupun badannya besar seperti gajah tetapi dia ringan tulang. Biru seperti laut Kain yang biru seperti laut akan dibuat baju kurung. Orang yang bodoh seperti keldai akan mudah diperdaya oleh orang lain. Kawasan rumahnya busuk seperti bangkai kerana sampah sarap dibuang di merata-rata tempat. Bodoh sepertikeldai Busuk seperti bangkai


8 9 10 Baikseperti malaikat Becokseperti murai Bebas seperti burung Mazni disenangi orang kerana dia baik seperti malaikat. Alangkah seronoknya kalau dapat hidup bebas seperti burung. Mak cik Joyah digelar mulut murai kerana mulutnya becok seperti murai.


11 12 13 Berani seperti harimau Hanya orang yang berani seperti harimau sahaja yang sanggup bermalam di hutan tebal itu. Berat seperti batu Bersinar seperti bintang Saya tidak mampu untuk mengangkat kotak yang berat seperti batu itu. Mata kucing itu bersinar seperti bintang pada waktu malam.


14 15 16 17 Cantik seperti bidadari Ramai orang meminati artis yang bernama Fazura kerana dia cantik seperti bidadari. Cerah seperti siang Suasana di dalam dewan itu cerah seperti siang kerana semua lampunya dibuka. Pergerakan tangan ahli silap mata itu cepat seperti kilat ketika membuat persembahan. Budak itu berjaya menipu orang yang menculiknya kerana dia cerdik seperti kancil. Cepat seperti kilat Cerdik sepertikancil


18 20 19 Diam seperti tunggul Ganas seperti singa Gagahseperti gergasi Hashim hanya diam seperti tunggul ketika dimarahi oleh bapanya. Ahli gusti itu berjaya mengangkat beban yang berat kerana dia gagah seperti gergasi. Hanya orang yang ganas seperti singa sanggup membuli di jalan raya. 21 Garangseperti harimau Abu takut akan ibunya kerana ibunya garang seperti harimau.


22 23 24 Gebuseperti kapas Geram benar saya melihat kek keju yang gebu seperti kapas itu. Gelapseperti malam Gelojohseperti langau Suasana di dalam hutan tebal itu gelap seperti malam apabila menjelang senja. “Jangan bersikap gelojoh seperi langau ketika makan,” kata emak.


25 26 27 28 Hitam seperti arang Kasut sekolahnya hitam seperti arang kerana tidak dicuci sekian lama. Jahat seperti hantu Dahulu dia jahat seperti hantu tetapi sudah berubah menjadi baik. Air sungai dari gunung itu bukan sahaja dingin malah jernih seperti cermin. Jari-jari tangannya kasar seperti kulit biawak kerana terlalu banyak bekerja. Jernih seperticermin Kasar seperti kulit biawak


29 30 31 Kuat seperti badang Lambat seperti kura-kura Kurus seperti lidi Dia dapat memikul tiga guni beras sekaligus kerana dia kuat seperti badang.. Kakaknya kurus seperti lidi tetapi kuat makan. Tasha sering ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana dia berjalan lambat seperti kura- kura.


Kini, murid-murid sudahtahu apa itu bandingansemacam?


Click to View FlipBook Version