The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zrahk.25, 2022-03-21 23:21:12

Ulat yang sangat lapar single pg

Ulat yang sangat lapar single pg

ULAT YANG
SANGAT
LAPAR

Di bawah
cahaya bulan,
ada telur
kecil di atas
daun.



Pada pagi Ahad, matahari bersinar dan - pop! - dari telur itu, keluar
seekor ulat yang kecil yang sangat lapar.



Dia mula mencari makanan.



Hari Isnin,
dia makan
satu epal.
Tetapi dia
masih lapar.



Hari Selasa,
dia makan
dua pir.
Tetapi dia
masih lapar.



Hari Rabu,
dia makan
tiga plum.
Tetapi dia
masih lapar.



Hari Khamis, dia
makan empat
strawberi. Tetapi
dia masih lapar.

Hari Jumaat,
dia makan
lima oren.
Tetapi dia
masih lapar.

Hari Sabtu,
dia makan
sekeping kek coklat, satu ais-krim kon, satu jeruk, sekeping keju, sekeping daging,

satu lolipop, pai ceri, satu sosej, satu kek cawan, dan sekeping tembikai.

Malam itu dia sakit perut!



Keesokannya, hari Ahad lagi.
Ulat makan satu daun hijau.
Selepas itu, dia berasa lebih
baik.

Sekarang, dia sudah tidak lapar lagi, dan dia bukan ulat kecil lagi. Dia
seekor ulat yang besar dan gemuk.

Dia bina rumah keliling dirinya dipanggil kepompong. Dia tinggal di dalam selama
dua minggu lebih. dia lubangkan kepompong itu, berusaha keluar dan…

dia seekor kupu-kupu yang cantik!


Click to View FlipBook Version