SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR, MELAKA BUKU PERATURAN NAMA : …………………………………………………………………………………………………. TAHUN/DARJAH:………………………………………………………………………………………. 1
LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan. Raja Kita Selamat Bertakhta LAGU NEGERI MELAKA Melaka Bandar Bersejarah Tempat tumpah darah kita Dijunjung dengan sepenuh jiwa Untuk maju dan jaya Rakyat Melaka sudah bersatu padu Berikrar taat setia Jujur berkhidmat setiap masa Melaka maju jaya 2
LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR VERSI BAHASA MELAYU VERSI BAHASA INGGERIS Beramal berilmu jaya diri Berbudi lagi berhemah tinggi Rela berkorban sepenuh hati Demi SKKB sejati Udara nyaman rasa di nikmati Nilai murni mesti ditaati Ilmu kebahagiaan hidup sejati Cogan kata di junjung tinggi Wawasan gemilang cita-cita Menjadi sasaran utama Budaya cemerlang harus di pupuk Dari tuhan dapat petunjuk SKKB bondaku tersayang Namamu kan kami julang Amalan murni budaya cemerlang SKKB kekal di kenang Excellence is our goal We’re willing to sacrifice Wholehearttedly Only for you SKKB SKKB’s the best place for us We’re come to meet our friends here And to learn so many things About this world we’re living in To SKKB we’ll sing a song We’ll cherish your name in our heart As we are so proud of you We’ll sing this song together SK Kelebang Besar We come to meet our friends here And to learn so many thing About this word we’re living in. 3
IKRAR RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: ● Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; ● Memelihara cara hidup demokratik; ● Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; ● Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; ● Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: ● KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN ● KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA ● KELUHURAN PERLEMBAGAAN ● KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ● KESOPANAN DAN KESUSILAAN 4
IKRAR MURID Kami Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar Berjanji akan Bertaqwa kepada allah Mematuhi prinsip-prinsip rukun negara Taat kepada ibu bapa, Patuh setia kepada guru Mematuhi peraturan Dan tatatertib Serta menjaga nama baik sekolah. Menjalin persaudaraan Serta kasih sayang Terhadap sesama umat Tekun Rajin belajar Berakhlak baik Serta bersopan santun. 5
GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR 1. KEHADIRAN 1.1 Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan. 1.2 Murid-murid mesti berada di sekolah sebelum atau pada pukul 7.30 pagi. 1.3 Waktu PdPc adalah seperti berikut: (Tahap satu- Tahun 1-3) Isnin - Rabu : 7:40 pagi - 1:10 T/hari Khamis : 7:40 pagi - 12:40 T/hari (Tahap dua – Tahun 4-6) Isnin - Selasa : 7.40 pagi - 1:40 T/hari Rabu - Khamis : 7:40 pagi - 1:10 T/hari Jumaat (semua tahap): 7:40 pagi - 12:10 T/hari Aktiviti Kokurikulum (Tahap dua ) Selasa 2.30 Ptg - 4.30 Ptg 1.4 Murid yang sampai ke sekolah selepas 7.40 pagi dikira sebagai LEWAT dan akan diberikan KAD (MERAH), kad ini mestilah diserahkan kepada guru untuk direkodkan dalam buku Salah Laku Kelas 1.5 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah. 1.6 Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid. 2. KETIDAKHADIRAN 2.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga. 2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan. 2.3 Tindakan terhadap kes ponteng: 6
SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir 2.4 Seterusnya mana-mana murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat Daripada penjaga, Murid berkenaan boleh digantung sekolah.. 2.5 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti sekolah/kokurikulum. 3. PAKAIAN Seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, dan sepanjang masa peperiksaan/ujian. 3.1 Pakaian Murid Lelaki: 3.1.1 Seluar panjang warna biru gelap. Baju putih berlengan pendek. 3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.1.3 Kasut kanvas berwarna hitam, penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stoking hitam. Kasut yang mempunyai garisan-garisan warna tidak dibenarkan. 3.1.4 Lencana sekolah hendaklah berada di ATAS kedudukan poket. 3.1.5 Tanda nama hendaklah berada di ATAS kedudukan poket di BAWAH Lencana. 3.1.6 Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong, tanpa sebarang tampalan lencana/tanda nama. . 3.1.7 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, dan sepanjang masa peperiksaan. 7
3.2 Pakaian Murid Perempuan: 3.2.1 Baju kurung potongan ‘tradisional’ berwarna putih, leher Teluk Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat.Tidak dari jenis kain yang jarang. 3.2.3 Kain sarung warna biru tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada. 3.2.5 Anak tudung berwarna “putih”. 3.2.6 Tudung mesti melepasi paras dada untuk bahagian hadapan, dan menutup hingga tengah belakang untuk bahagian belakang. 3.2.7 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah dan dipakai dengan stokin hitam 3.2.8 Murid dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja dibahagian dalam baju sekolah. 3.2.9 Murid hendaklah memakai “tanda nama” yang diletakkan di sebelah kiri baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. 3.3 Pakaian Pendidikan Jasmani; T-shirt rumah sukan atau t-shirt sekolah atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau warna blue black. Semua murid perempuan memakai tudung mengikut uniform semasa di sekolah. 3.4 Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan: Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas tambahan. Pakaian Ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan Ko-kurikulum. Uniform Ketua Pengawas Pengawas Pembimbing Pengawas Pakaian Sekolah Darjah Sekolah PSS Rakan SPBT PJ Sebaya 8
Uniform Ketua Pengawas Pengawas Pembimbing Pengawas Pakaian Sekolah Darjah Sekolah PSS Rakan SPBT PJ Sebaya 4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 4.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu: 4.1.1 Di belakang: Rambut tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta kemas. 4.1.2 Di depan: Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi. 9
4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn” hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka. 4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci 4.1.5 Berfesyen : tidak dibenarkan membuat fesyen rambut ‘’ stylo, petak dan sebagainya. 4.1.6 Fesyen rambut Murid perempuan : tidak dibenarkan menyanggul terlalu tinggi. 4.2 Murid diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. 4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali. 4.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang. 4.5 Murid diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki ketika berada di kawasan sekolah. 4.6 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. 4.7 Murid yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey. 4.8 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak berwarna-warni, pakaian jeans, semasa waktu PdPC dan kelas tambahan serta pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. 4.9 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah. 10
5. PERHIMPUNAN 5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan. 5.2 Semua murid dimestikan berada di tempat perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan bermula. 5.3 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas. 5.4 Murid hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua murid dilarang berbual-bual antara satu sama lain. 5.5 Selepas perhimpunan, murid hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas. 5.6 Murid yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan. 6.KAWASAN SEKOLAH 6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah 6.1.1 Murid-Murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”. 6.1.2 Sewaktu pdpc sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. 6.1.3 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua darjah bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 6.1.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru. 6.1.5 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, Murid berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru berkenaan dengan memaklumkan kepada guru yang sedang mengajar pada waktu itu. 6.1.7 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, Murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan dengan mengisi borang khas. 7. KELAS 7.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, Murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab. 7.2 Murid di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah 11
hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. KELUAR-MASUK KELAS 8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang murid (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/tag kebenaran keluar kelas. 8.2 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat. 8.3 Murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal, bengkel, perpustakaan, kantin dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah di mana-mana ketika dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya. 8.4 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada. 8.5 Murid dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan “8.4”. 9.BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS 9.1 Murid mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru. 9.2 Murid-murid tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa. 9.3 Setiap murid hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi. 9.4 Pada masa pertukaran waktu, Murid tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing sementara menanti ketibaan guru. 9.5 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu murid dan atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera. 9.6 Murid-murid tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah. 9.7 Murid-murid dikehendaki bangun “memberi hormat” apabila pelawat, Guru Besar atau guru-guru masuk atau keluar kelas. 9.8 Apabila Guru Besar, atau guru masuk, murid-murid hendaklah berdiri dan memberi salam. 12
10.KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN 10.1Tidak dibenarkan murid menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran. 10.2 Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan. 10.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata. 10.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. 10.5 Murid-murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 11.SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 11.1 Murid-Murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua kelas 11.2 Murid-Murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 12.KAWASAN YANG DILARANG 12.1 Tempat letak kenderaan guru 12.2 Kawasan tangki septik 12.3 Pejabat/Bilik Guru 12.4 Bilik mesyuarat 12.5 Pondok pengawal 12.6 Taman sihat cergas 12.7 Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan” Kawasan “red line” (yang bertanda tali awas merah ) 13. GERAK KERJA KOKURIKULUM PERSATUAN AKADEMIK, SUKAN DAN PERMAINAN. 13.1 Semua murid tahap 2 wajib mengambil bahagian dalam setiap Unit beruniform, kelab/persatuan serta sukan / permainan. 13.2 Setiap Murid mesti menghadiri aktiviti-aktiviti unit beruniform, kelab/persatuan serta sukan/permainan. 13.3 Pada setiap sesi latihan atau pertandingan yang diadakan Murid mestilah hadir pada masa yang ditetapkan. 13.4 Murid mesri berpakaian sukan lengkap semasa mengambil bahagian dalam kegiatan sukan. 13.5 Murid yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak berupaya melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan hendaklah memaklumkan kepada guru besar dengan menunjukkan sijil akuan doktor yang sah. 14.KEBERSIHAN 14.1 Tong Sampah 14.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 13
14.2 Kantin 14.2.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran. 14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/kedai buku ketika membeli makanan dan minuman. 14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman. 14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan. 14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan. 14.3 Bilik Darjah 14.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 14.3.2 Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. 14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 14.4 Tandas 14.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 14.4.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 14.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 15.KESELAMATAN 15.1 Beratur Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat. Murid dilarang BERLARI dalam kawasan sekolah. 15.2 Waktu balik 15.2.1 Lima minit sebelum pulang, murid mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas. 15.2.2 Apabila masa pulang telah sampai, murid boleh keluar kelas dengan teratur. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. 15.2.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. 15.2.4 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sehingga ibu/bapa/penjaga datang untuk mengambil pulang. 15.2.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 14
16. PELAWAT 16.1 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan. 16.2 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. 16.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 17. WAKTU REHAT Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah. 18. SALAH LAKU 18.1 Tingkah Laku Jenayah 18.1.1 Mendera dan mencederakan. 18.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan. 18.1.3 Memeras ugut. 18.1.4 Bergaduh. 18.1.5 Mencuri. 18.1.6 Menipu atau memperdayakan. 18.1.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan murid. 18.1.8 Menyalahgunakan dadah. 18.1.9 Khalwat. 18.1.10 Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. 18.1.11 Menyertai kumpulan kongsi gelap. 18.2 Tingkahlaku Lucah 18.2.1 Mencarut. 18.2.2 Berdua-duaan. 18.2.3 Becumbu-cumbuan. 18.2.4 Melihat / membaca bahan lucah. 18.2.5 Melukis / menulis bahan lucah. 18.2.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. 18.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang. 18.2.8 Berpakaian tidak senonoh. 18.3 Tingkahlaku Anti-Sosial 18.3.1 Tidak mahu bergaul. 18.3.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah. 18.3.3 Membuat bising. 18.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 18.3.5 Mengganggu orang lain. 18.3.6 Menulis dan menconteng bangunan. 18.3.7 Membuang sampah merata-rata. 15
18.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu. 18.3.9 Memaki hamun. 18.3.10 Sombong, bongkak dan biadap. 18.4 Tingkahlaku Tidak Jujur 18.4.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 18.4.2 Meniru tandatangan orang lain. 18.4.3 Bercakap bohong. 18.4.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru. 18.4.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. 18.4.6 Menganiaya sesama rakan. 18.4.7 Tidak amanah. 18.4.8 Mengampu. 18.4.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. 18.4.10 Mengambil barang orang lain tanpa izin. 18.4.11 Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. 18.4.4.12 Berdolak-dalik 18.5 Tingkahlaku Tidak Sopan 18.5.1 Berbahasa kasar. 18.5.2 Tidak menghormati guru. 18.5.3 Menghisap rokok. 18.5.4 Berambut panjang. 18.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. 18.5.6 Lalai dan cuai terhadap Muridan. 18.5.7 Mempermain / memperlekehkan guru. 18.5.8 Selalu lewat. 18.5.9 Suka bertengkar. 18.5.10 Pakaian tidak sesuai 16
BORANG PENGAKUAN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar KM 6.4, Jalan Pulau Gadong 75200 Melaka Tuan, AKU JANJI MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH Saya murid bernama ……………………………………………………… tahun ………………….. mengaku telah membaca peraturan-peraturan ini dan seterusnya saya mengaku akan mematuhinya. Saya juga sedar bahawa tindakan tatatertib akan diambil ke atas saya jika saya melanggar mana-mana bahagian peraturan ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………………….. ( ) Pengakuan : Saya ____________________________________ ibu / bapa / penjaga kepada murid seperti nama yang tertulis di atas telah membaca keseluruhan isi buku Peraturan dan Tatatertib Sekolah dan memahaminya. Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :…………………………………………….. ( ) 17
Catatan Tarikh : …………………………. Masa: ………………..…..… 18