BUKU CERITA KANAK-KANAK
ANAS
TIDAK
BODOH
NUR FAZLIN RIZWA BINTI MOHD ROSDI
Anas seorang murid disleksia
yang mempunyai masalah
pembelajaran. Anas tinggal
bersama dengan ibunya. Ayah
dan adik beradiknya yang lain
telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya tiga
tahun lepas.
Setiap hujung minggu, Anas akan
membantu ibunya mengemas
rumah dan menyiram pokok
bunga di halaman rumah
mereka. Walaupun Anas budak
istimewa namun Anas tidak
pernah lupa akan
tanggungjawabnya sebagai anak.
Anas akan pergi ke sekolah
sendiri dengan menaiki bas.
Ibunya akan menghantar
sehingga halaman rumah
sahaja. Anas tidak suka untuk
menyusahkan ibunya. Anas
seorang yang sangat berdikari.
Di sekolah, Anas tidak
mempunyai ramai kawan.
Anas selalu diejek oleh
rakan-rakannya. Mereka
mengatakan Anas budak
cacat dan bodoh. Meraka
juga selalu marah Anas
kerana Anas lambat
menyalin info di papan
hitam. Anas sangat kecewa.
Anas merasakan dia sangat
tidak berguna dan mengadukan
hal itu kepada ibunya. Ibunya
selalu menasihati Anas agar
tidak mendengar apa yang
diperkatakan oleh rakan-
rakannya. Bagi ibu Anas, Anas
adalah insan yang paling
istimewa.
Anas merasakan dirinya tidak
bodoh. Dia hanya lain dan unik
daripada murid yang lain. Itu
apa yang selalu dicakap oleh
ibunya. Namun Anas mengakui
bahawa dirinya sukar memberi
tumpuan di dalam kelas dan
Anas juga tidak tahu membaca.
Anas selalu dtegur oleh Cikgu
sebab tulisannya terbalik.
Akibat selalu diejek, Anas
sangat takut dan enggan pergi
ke sekolah. Anas menangis
berhari-hari di dalam bilik.
Ibunya cuba untuk memujuk
dan menenangkan Anas
namun gagal. Anas masih
merasa rendah diri dan
merasakan dirinya sebagai
seorang yang gagal.
Walaupun Anas mempunyai
masalah pembelajaran namun
Anas mempunyai
kecenderungan dan bakat
semulajadi yang istimewa
dalam bidang seni. Anas
pandai melukis. Anas selalu
mendapat pujian di sekolah
kerana hasil lukisan Anas
sangat cantik. Anas juga selalu
memenangi hadiah untuk
setiap pertandingan melukis
yang disertai olehnya.
Anas merasakan walaupun dia
tidak pandai namun dia masih
boleh berjaya seperti rakan-
rakannya yang lain. Suatu hari,
Anas nekad untuk
membuktikan bahawa dirinya
tidak cacat dan bodoh kepada
rakan-rakannya di sekolah. Dia
juga boleh berjaya seperti
rakan-rakannya yang lain.
Anas nekad berusaha untuk
memperkembangkan bakatnya
dalam bidang seni. Setiap kali
pertandingan melukis
dianjurkan oleh pihak sekolah,
Anas berusaha untuk menjadi
Juara dalam pertandingan
tersebut. Ini bukan angan-
angan tapi ini adalah impian
buat Anas.
Berkat kegigihan dan usaha Anas,
Anas telah terpilih mewakili sekolah
ke peringkat kebangsaan. Ibu dan
cikgu-cikgu sangat bangga dengan
kejayaan Anas. Peluang itu telah
membuka mata Anas untuk menjadi
seorang pelukis apabila dewasa
kelak.
ANAS RAMLI
SK THOMAS
10 tahun telah berlalu, kini
Anas adalah merupakan
pelukis tersohor di Kuala
Lumpur. Hasil lukisan Anas
menjadi rebutan ramai orang.
Anas juga dibayar mahal untuk
setiap lukisan yang dibuat
olehnya.
Anas juga telah berjaya
memiliki Galeri Seni Lukis
miliknya sendiri. Kini Anas
telah berjaya membuktikan
bahawa walaupun dirinya
istimewa namun dia masih
boleh berjaya dalam hidup dan
mempunyai kerjaya yang
bagus.