1.2: ILMU
ANALISIS TEKS SS & SBDKL-PEMBANGUNAN INSAN
KMK STPM SEMESTER 2
1
PEMBANGUNAN INSAN:
1.2 ILMU
Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(a) menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan.
1.KONSEP
Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara
bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk
menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu.
Ilmu mampu mengangkatkedudukan seseorang individu sama ada darjat,
pangkat ataupun statusnya padapandangan masyarakat
Secara dasarnya, ilmu ialah kajian berkaitan sesuatu perkara atau bidang
tertentu
Ilmu menurut pandangan tokoh
- Imam Al-Ghazali: pengetahuan yang sistematik, benar dan meyakinkan
- Prof Dr Syed Naquib al Attas: sesuatu yang smapai kepada diri insan dan
mendatangkan makna dalam kehidupan
- Dr Hassan Langgulung: Ilmu yang sampai ke dalam diri menjadi tahu dari
tidak tahu
- Socrates: suatu pengetahuan yang benar
- Plato: Pengetahuan yang tepat
- Confucius:Pengalaman yang pasti
2. ANALISIS JENIS-JENIS ILMU DALAM TEKS SS 2
Agama pertukangan/seni bina penternakan tauhid
hikmat
Firasat seni/lukisan perikanan
Gajah tasawuf memanah
kuda perdagangan kepahlawanan
pertanian perkapalan/pelayaran politik/pentadbiran
3
3. Bagaimana HENDAK GUNA JENIS-JENIS ILMU INI DENGAN KEPENTINGAN
• ILMU TASAWUF dapat Insan yang bertaqwa
• ILMU BAHASA melahirkan
• ILMU AGAMA Insan yang bijaksana
• ILMU TERJEMAHAN
• ILMU FEQAH Insan yang berakhlak mulia
• ILMU FARDU AIN
• ILMU POLITIK Insan yang berpengetahuan luas
Insan yang ingin menyampaikan
dakwah/kebaikan
Insan yang bersih dan zuhud
Insan yang
berakhlak,beriman,bertanggungjawab dan
amanah
4
3.1 ILMU AGAMA
Kepentingan: melahirkan insan yang berpengetahuan agama dan dipandang
tinggi/berakhlak mulia.
Contoh: Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu tasawuf,iaitu ilmu Kitab Duri’l Mazlum
daripada Maulana Abu Bakar(MAB) dan dipuji oleh MAB kerana terang hatinya
mempelajari ilmu agama.
3.2 ILMU PERANG
Kepentingan: melahirkan insan yang dihormati kerana keupayaannya merancang
strategi menentang musuh.
Contoh: Tun Perak bijak merancang strategi perang menentang Siam dengan
memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai Melaka sehingga berjaya
menakut-nakutkan Siam yang akhirnya membatalkan niat untuk menyerangMelaka.
3.3 ILMU FIRASAT
Kepentingan: melahirkan insan yang berpandangan jauh/dapat meramalkan perkara
yang bakal berlaku
Contoh: Tun Perak meramalkan Tun Mutahir akan menjadi orang besar melebihi
kebesarannya namun hanya untuk sementara setelah melihat cahaya menerus dari
langit menyuluh kepala Tun Mutahir yang sedang tidur tetapi dalam sekelip mata
cahaya itu hilang.
3.4 ILMU MENGARANG
Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dalam ilmu penulisan
Contoh: Tun Perak menulis surat utusan ke Siam untuk mejalin hubungan berbaik-
baik dengan Siam.Isi surat tidak mengandung sembah,salam atau pun kasih sayang
seperti yang diminta oleh Sultan Mansur Syah
3.5 ILMU SENI BINA
Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dalam sesuatu bidang
Contoh: Tun Perak memasang sendiri rasuk pada istana Mahligai Hawa Nafsu seteleh
ditegur oleh Sultan Mansur Syah yang tidak berkenan dengan sikap Tun Perak yang
menggunakan kayu putih dan kecil sebagai rasuk dan anggap kerja TunPerak tidak
5
sempurna.
3.6 ILMU GAJAH
Kepentingan: meningkatkan status sosial seseorang insan
Contoh: Maharaja Dewa Sura yang asalnya merupakan tawanan perang Sultan
Mansur Syah telah dibebaskan setelah Maharaja Dewa Sura berjaya
menyelamatkan gajah Sultan Mansur Syah,Kemanci,yang lari ke hutan
6
3.7 ILMU SENI LUKIS
Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dan cekap dalam bidang seni
lukis
Contoh: Hang Nadim dapat melukis corak kain serasah yang diinginkannya ketika di
Benua Keling.Ilmunya ini tidak dapat ditandingi oleh 500 orang pelukis Benua Keling
apabila hanya 2 orang sahaja pelukis Benua Keling yang dapat melukis corak yang
diingininya.
3.8 ILMU KEPAHLAWANAN
Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dan dipandang tinggi
Contoh: Hang Tuah mempelajari ilmu hulubalang di Melaka (ms105) sehingga
menjadi hulubalang terkemuka di Melaka.dengan ilmu hulubalang ini Hang Tuah
berjaya mengelakkan tikaman Hang Jebat dan akhirnya berjaya membunuh Hang
Jebat.
3.9 ILMU PERIKANAN
Kepentingan: wujudkan peluang pekerjaan
Contoh i): Raja Kasim menjadi nelayan dan menjual hasil tangkapannya kepada
pedagang yang berlabuh di Melaka seperti Maulana Jalalu;d-Din.
ii) Badang menahan lukah di hilir Sungai Sayung
3.10 ILMU PERTANIAN
Kepentingan: keluar dari kepompong kemiskinan
Contoh: Wan Malini dan Wan Empuk yang berhuma di Bukit Siguntang akhirnya
menjadi kaya-raya setelah padi yang ditanamnya berbuahkan emas,berdaunkan
perak, dan berbatangkan suasa apabila putera Raja Suran turun di Bukit Siguntang.
3.11 ILMU PELAYARAN
Kepentingan: melahirkan insan yang mahir dalam sesuatu bidang
Contoh: Hang Isap memiliki kapal layar yang ditumpangi oleh Hang Nadim ke Benua
Keling untuk membeli kain serasah yang dikehendaki oleh Sultan Mahmud Syah.
7
3.12 ILMU PENTERNAKAN
Kepentingan: melahirkan insan yang mahir dalam sesutau bidang
Contoh: Bendahara Seri Maharaja memiliki kerbau berkandang-kandang di
dusunnya di Kayu Ara.
8
CONTOH SOALAN
Ilmu mampu memartabatkan diri setiap insan.Huraikan pernyataan tersebut dalam
konteks pembangunan insan berdasarkan teks Sulalatus Salatin(sejarah Melayu)
[25]
Pengenalan
Ilmu merujuk kepada pengetahuan yang sistematik,benar dan menyakinkan.Ilmu
penting untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.Antara
ilmu dalam Sulalatus Salatin ialah ilmu agama,ilmu mengarang,ilmu firasat dan lain-
lain.
Perenggan Isi
Pertama,ilmu agama. Ilmu agama penting untuk melahirkan insan yang
berpengetahuan agama dan dipandang tinggi/berakhlak mulia. Contoh i: Sultan
Mansur Syah mempelajari ilmu tasawuf,iaitu ilmu Kitab Duri’l Mazlum daripada
Maulana Abu Bakar(MAB) dan dipuji oleh MAB kerana terang hatinya mempelajari
ilmu agama.contoh ii, ilmu agama yang dimiliki oleh Sultan Muhammad di Mutaba’ri
menjadikan baginda seorang yang berakhlak mulia apabila sanggup merendahkan
dirinya dengan turun takhta,mengenakan pakaian fakir, dan menggelar dirinya Fakir
Muhammad lalu mengikuti Sharif di Mekah dan Sheikh Ismail untuk bedakwah ke
Semudera. Jelaslah, ilmu agama penting agar melahirkan insan yang dirahmati
Allah.
Kedua, ilmu mengarang. Ilmu mengarang penting untuk melahirkan insan yang
berkemahiran dalam ilmu penulisan dan surat-menyurat. Contohnhya, Tun Perak
menulis surat utusan ke Siam untuk mejalin hubungan berbaik-baik dengan Siam.Isi
surat tidak mengandung sembah,salam atau pun kasih sayang seperti yang diminta
oleh Sultan Mansur Syah. Jelaslah,ilmu mengarang penting agar melahirkan insan
yang disanjung tinggi.
Ketiga, ilmu firasat. Ilmu firasat penting untuk melahirkan insan yang
berpandangan jauh/dapat meramalkan perkara yang bakal berlaku dan
mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Contohnya, Tun Perak
meramalkan Tun Mutahir akan menjadi orang besar melebihi kebesarannya namun
hanya untuk sementara setelah melihat cahaya menerus dari langit menyuluh kepala
Tun Mutahiryang sedang tidur tetapi dalam sekelip mata cahaya itu hilang.Jelaslah,
ilmu firasat penting agar melahirkan insan yang dihormati.
9
Keempat, ilmu pertanian. Ilmu pertanian penting agar dapat melahirkan insan
yang bijak mencari ruang untuk menjana pendapatan sekali gus keluar dari
kepompong kemiskinan. Contohnya, Wan Malini dan Wan Empuk yang berhuma di
Bukit Siguntang akhirnya menjadi kaya-raya setelah padi yang ditanamnya
berbuahkan emas,berdaunkan perak, dan berbatangkan suasa apabila putera Raja
Suran turun di Bukit Siguntang. Jelaslah, ilmu pertanian penting agar dapat
meningkatkan taraf
Kelima, ilmu siasah atau politik.Ilmu siasah atau politik penting agar dapat
melahirkan insan yang berpandangan jauh dan dihormati oleh orang lain.Contohnya,
Sultan Mansur Syah mempunyai ilmu siasah kerana bijak dalam menjalinkan
hubungan diplomatik dengan Majapahit dan China selain berbaik-baik dengan Siam
agar dapat memastikan kekukuhan dan kedaulatan Melaka kekal terpelihara.
Jelaslah,ilmu siasah penting agar melahirkan insan yang berkaliber dan disanjung
tinggi.
Penutup
Teks Sulalatus Salatin memaparkan pelbagai ilmu seperti ilmu agama,ilmu
mengarang,ilmu firasat, dan lain-lain yang penting terhadap pembangunan insan.
Oleh itu,setiap insan perlu meneladani ilmu-ilmu tersebut agar melahirkan insan
yang berkedudukan dan dipandang tinggi.
4. KEPENTINGAN ILMU
a). Membentuk modal insan yang cemerlang
b). Menyediakan peluang pekerjaan
c). Meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang
d).Melahirkan insan yang berakhlak/beriman/amanah/bertanggunjawab
e). Melahirkan insan yang dihormati/disanjung/dipandang tinggi
f). Meningkatkan martabat/status sosial
10
2.ILMU DALAM TEKS
SDBKLKONSEP
-Ilmu ialah pengetahuan yang sistematik,benar dan menyakinkan atau Ilmu ialah
pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem
menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan
gejala/fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu
sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan masyarakat
- Pengetahuan,kepandaian dalam perkara dunia,akhirat,zahir,batin dsb
- Sesuatu yang sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dalam
kehidupan(kesan)
KEPENTINGAN ILMU
1. Membentuk modal insan yang cemerlang
2. Menyediakan peluang pekerjaan
3. Meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang
4.Melahirkan insan yang berakhlak/beriman/amanah/bertanggunjawab
5. Melahirkan insan yang dihormati/disanjung/dipandang tinggi
6. Meningkatkan martabat/status sosial
11
ANALISIS ILMU DALAM TEKS SBDKL
Agama-Lebai Maarup& perdagangan- kesetiausahaan-Mahani
Imam Saad En.Muhammad/Datuk
Tan/Tan Seri Syed Aris
Perlombongan-Robert politik- YB Muhd Yusof perhubungan awam-
Sudin
pertanian-Cik Puan Pengurusan-Datuk
Tipah Tan/En.Muhammad
a) Ilmu agama
Kepentingan ilmu- ilmu agama melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah
SWT/sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT dengan melaksanakan
apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.
Contoh: i) Lebai Maarup memperoleh ilmu agama sewaktu beliau tinggal di Tanjung
Karang dan ketaqwaannya dapat dilihat melalui tindakannya mengajar ilmu agama
kepada penduduk Kg. Pulai serta mewakafkan tanahnya untuk membina surau di
kawasan pembukaan lombong untuk tujuan agama.
ii) Imam Saad mendapat ilmu agama dengan berguru dengan Imam Maali.
kemudian beliau mengajar kanak-kanak mengaji di Kg.Pulai.
iii) Tuan Syeikh Syed Salim Al-Makky- mengajar ilmu agama di istana kepada
anak-anak raja/sultan.Beliau merupakan datuk Mahani yang berketurunan Arab.
-ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup, Imam Saad dan TSSS Al-makky
menjadikannya lebih bertaqwa.
12
b) Ilmu Pertanian
Kepentingan Ilmu- ilmu pertanian yang dikuasai oleh seseorang membantu
dirinya menjana pendapatan,membuka peluang pekerjaan dan menjadikan
dirinya seorangyang berdaya saing.
Contoh; Cik Puan Tipah memiliki ilmu pertanian iaitu penanaman
orkid,menjadikandirinya sebagai usahawan yang berjaya. Hal ini dapat dilihat
apabila beliau mengusahakan kebun orkidnya di Jeram medang.
C) Ilmu Perdagangan
Kepentingan Ilmu- ilmu perdagangan atau perniagaan yang dikuasai oleh
seseorang mampu memajukan diri dan bersaing di peringkat global. Ilmu
perdagangan juga melahirkan ahli perniagaan yang berpandangan jauh.
Contoh: i) (lihat pd watak Encik Muhammad,Datuk Tan & Tan Seri Syed Aris)
Mereka mempunyai ilmu perniagaan yakni mereka berkecimpung dalam
duniadagang sehingga ke peringkat antarabangsa.
ii) En.Muhammad dan Datuk Tan melalui Syarikat Serba Dagang
Internasional berusaha membekalkan lada hitam kepada Frankfurt import-
Eksport di Jerman.
D) Ilmu Kesetiausahaan
Kepentingan ilmu- ilmu kesetiausahaan menjadikan seseorang itu cekap/pekerja
yang cekap,berdisiplin dan berkemahiran tinggi-keluar dari kepompong
kemiskinan.
Contoh i) Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5
meneruskanpengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun.
Kemudian bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Beliau
merupakan seorang setiausaha yang cekap dan bijak serta dipercayai oleh
majikannya.
Contoh ii) Azliah mempunyai diploma kesetiausahaan dari ITM telah dipilih
dan dilantik menjadi penolong setiausaha di Syarikat Lombong Lembah
Tualang.
13
E) Ilmu Politik
Kepentingan ilmu- ilmu politik menjadikan seseorang ahli politik yang berjaya
danberpengaruh menjadikan seseorang itu bijak menyusun strategi politik
demi mendapatkan sokongan masyarakat.
Contoh- YB Mohd Yusuf memiliki ilmu politik yang mampu mempengaruhi
rakyat diKampung Pulai/Wilayah Tualang menyebabkan dirinya dipilih menjadi
wakil rakyat.
F) Ilmu Perhubungan Awam
Kepentingan ilmu- Ilmu perhubungan awam akan melahirkan insan yang
mempunyaikeyakinan diri dan keberanian apabila berhadapan dengan orang
ramai.
Contoh- Sudin memiliki ilmu pengurusan awam hasil daripada pengalamannya
bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat semasa bekerja sebagai wakil
kepada wakil rakyat YB Mohd Yusuf ( orang kepercayan) dan bekerja sebagai
broker tanah. Pengalaman dan ilmu yang ada pada Sudin ini juga menyebabkan
beliau dilantik untuk menjawat jawatan sebagai pegawai perhubungan raya
Syarikat Lombong Lembah Tualang.
14
G) Ilmu Perlombongan
Kepentingan ilmu-ilmu perlombongan penting kerana mampu melahirkan seseorang
yang dapat mengusahakan lombong.lebih kreatif,inovatif dan dapat meningkatkan
produktiviti serta berani meneroka bidang baru.
Contoh- Robert memperoleh ilmu perlombongan apabila dihantar oleh bapanya
melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di London dalam bidang kejuruteraan
lombong dengan harapan apabila tamat pengajiannya kelak, Robert dapat
membantunya untuk mengusahakan lombong bijih timah bersama En.Muhammad di
Lembah Tualang.(SLLT)
H) Ilmu Pengurusan
Kepentingan ilmu- Ilmu pengurusan mampu membentuk seseorang pengurus yang
berkarisma,berpandangan jauh,cekap,dan berani.
Contoh-Encik Muhammad dan Datuk Tan yang mempunyai ilmu pengurusan telah
berjaya menguruskan syarikat mereka aitu Firma serba Dagang Internasional
sehingga syarikat mereka ini telah berjaya mendapat kontrak membekalkan lada
hitam (800-1000 tan) kepada Frankfurt Import-Eksport di Jerman selama 7 tahun.
15
CONTOH SOALAN PERBINCANGuAN
1.Dalam novel SBDKL,tedapat beberapa individu yang memiliki ilmu tertentu.
Bincangkan kepentingan ilmu yang dimiliki oleh watak-watak tersebut dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan anda.[25]
PERENGGAN PENGENALAN/PENDAHULUAN-3 ayat
Cadangan jawapan
A1-Konsep ilmu
A2- Konsep ilmu dan kepentingan ilmu
A3- menyenaraikan isi-isi penting yang akan dibincangkan (jenis ilmu)
Ayat 1 Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk
Ayat 2 kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu(insan) yang hidup,yang
Ayat 3 membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui yang diketahui
Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun
secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk
menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu.
Pelbagai jenis ilmu yang diperlihatkan melalui watak-watak dalam novel
kajian seperti ilmu pengurusan,ilmu kesetiausahaan,ilmu agama dan lain-
lain.
CADANGAN JAWAPAN ISI
1. Ilmu agama-Lebai Maarup dan Imam Saad-menjadikan insan yang bertaqwa
2. Ilmu Pengurusan-En.Muhammad dan Datuk Tan-membentuk seseorang pengurus
yang berkarisma,berpandangan jauh,cekap,berani
3. Ilmu Kesetiausahaan-Mahani& Azliah
4.ilmu perhubungan awam-Sudin-membentuk seorang pengurus
berkarisma,berpandangan jauh,cekap,berani
5. ilmu perdagangan-melahirkan ahli perniagaan yang berpandangan jauh
16
CARA MENJAWAB PERENGGAN ISI BERDASARKAN KATA TUGAS
BINCANGKAN YANG KEMUDIANNYA DIKAITKAN DENGAN DIRI ANDA
PEKARA KATA KUNCI HURAIAN
FAKTA APA Ilmu agama
HURAIAN APA Kepentingan ilmu agama adalah dapat
PRO BAGAIMANA melahirkan insan yang bertaqwa kepada
MENGAPA Allah SWT iaitu dengan sentiasa patuh dan
taat kepada perintah Allah SWT /dengan
HURAIAN APA melaksanakan apa-apa yang diperintahkan
KONTRA BAGAIMANA
MENGAPA supaya dapat menjauhi diri saya daripada
CONTOH SIAPA melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang
APA oleh Allah SWT..
BAGAIMANA Sekiranya tiada ilmu agama/Tanpanya pasti,
MENGAPA seseorang itu akan melanggar perintah Allah
dan tidak patuh/taat terhadap suruhan Allah
KK WACANA kerana kekurangaan taqwa dalam diri ekoran
PENEGASAN kurangnya pembelajaran dan pengamalan
ISI/KESAN ilmu agama.
POSITIF Lebai Maarup memperoleh ilmu agama
sewaktu beliau tinggal di Tanjung Karang
dan ketaqwaannya dapat dilihat melalui
tindakannya mengajar ilmu agama kepada
penduduk Kg. Pulai serta mewakafkan
tanahnya untuk membina surau di kawasan
pembukaan lombong untuk tujuan agama
kepada masyarakat setempat supaya dalam
masa yang sama mereka amalkan
kehidupan beragama dalam kehidupan
seharian.
Jelaslah,Konklusinya,ilmu agama penting
untuk melahirkan insan yang bertaqwa agar
dapat melaksanakan segala suruhan Allah
dan meninggalkan perkara yang dilarang
serta dapat membentuk keperibadian diri
saya ke arah menjadi insan yang mulia atau
berakhlak tinggi.
PERENGGAN PENUTUP- 2 Ayat.