TEKS UCAPAN PENGETUA
SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40
TARIKH/HARI : 9 APRIL 2022 (SABTU)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Terima kasih pengacara majlis.
1. Yang dihormati , Encik Zakaria bin Ishat
Yang Dipertua PIBG SMK Meru
2. Yang dihormati
Puan Norzalina binti Hanafi
Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Haji Mustafa Al Bakri bin Rein
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Zamrus bin Mohd Rasid
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hajah Norhayati binti Haron
Penolong Kanan Petang
Puan Normala binti Misman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan guru kanan mata pelajaran
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Meru,
Guru-guru dan para ibu bapa/waris yang saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-
Nya, kita dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SMK Meru kali ke-40 tahun sesi 2022/2023 ini. Terima
kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa hadir pada
hari ini walaupun dalam suasana norma baharu. Tidak dilupakan juga
sekalung penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana dan semua guru
yang menggembleng tenaga dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.
Penglibatan ibu bapa pada hari ini jelas menunjukkan kesungguhan untuk
sama-sama merealisasikan misi dan visi sekolah serta sebagai tanda
sokongan, galakan dan penghargaan demi kecemerlangan anak-anak
dalam pelbagai bidang.
Mesyuarat tahunan ini boleh dijadikan penanda aras untuk ibu bapa
mengetahui perkembangan, keperluan dan kekangan yang dihadapi
dalam memastikan kemenjadian murid yang berilmu pengetahuan,
bersahsiah tinggi serta sihat dan cergas. Kita sedia maklum bahawa dunia
pendidikan hari ini mengalami banyak perubahan sesuai dengan arus
pemodenan negara. Justeru pihak sekolah amat mengharapkan
kerjasama dan sumbangan daripada ibu bapa dari segi buah fikiran,
bantuan fizikal serta kewangan demi memastikan kelancaran program-
program sekolah dalam bidang akademik seperti Program Meniti
Gemilang (PMG), bengkel teknik menjawab serta aktiviti pembangunan
kokurikulum dan sahsiah yang telah dirancang pada tahun ini. Tanpa
kesepakatan dan kerjasama yang padu amat sukar bagi kita mencapai
kejayaan yang diharapkan
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan PIBG yang
selama ini banyak memberi sokongan dalam pelbagai bentuk demi
kecemerlangan anak-anak. Marilah kita menggunakan pendekatan
musyawarah untuk menangani masalah terutama dalam mengatasi
masalah disiplin dan tingkah laku seperti masalah ponteng sekolah yakni
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan
kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Keselamatan guru
dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan
memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dipatuhi. Kami yakin kerjasama semua pihak dengan mematuhi
SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam
keadaan selamat
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir
dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan
kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-
anak pada masa hadapan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.