The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dulijahjalinu, 2022-04-06 12:24:22

TEKS UCAPAN YDP PIBG-2022

EN ZAKARIA BIN ISHAT

TEKS UCAPAN YDP PIBG BERSEMPENA MESYUARAT AGONG PIBG
Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang berusaha, Pengetua Cemerlang Smk Meru, Puan Siti Dinar Binti
Hamid.
Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norzalina Binti
Hanafi,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Mustafa Al-Bakri Bin Rein,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Zamrus Bin Mohd Rasid,
Penolong kanan Petang, Puan Norhayati Binti Haron,
Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Normala Binti Misman.
Barisan guru dan jawatankuasa PIBG, ibu bapa/waris serta hadirin
yang dikasihi.

Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
taufik-Nya dapat kita berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agung PIBG
pada tahun ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
majlis yang penuh bermakna ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan
pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang
tahun 2021 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan
antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan
hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga
membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi
pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah
mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta
pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa
dalam kalangan anak-anak SMK Meru.

Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang
kepada kedua-dua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi
transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi
harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini , agar ibu bapa dapat
memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan
kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi membantu sekolah
dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di
daerah ini khususnya.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para
waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang
disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita
impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan
pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa dan pihak
sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan
idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan
sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak
memainkan peranan masing-masing.

Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim,
saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang kali
ke-40 sesi 2022/2023.
Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada
tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya di sepanjang ucapan saya ini
terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri
ucapan dengan serangkap pantun,
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version