The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dulijahjalinu, 2021-10-03 21:03:56

TEKS UCAPAN YDP

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -39

__________________________
TARIKH: 9 OKTOBER 2021 ( SABTU )

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHHIM

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih pengacara majlis

1. Yang Berbahagia, Puan Sa’adah binti Kasiran
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang,
Sektor Pembelajaran

2. Yang Berusaha, Puan Siti Dinar binti Hamid
Pengetua Cemerlang, SMK Meru

3. Yang dihormati ,

Puan Norzalina binti Hanafi
Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Haji Mustafa Al Bakri bin Rein
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Zamrus Bin Mohd Rasid
Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Hajah Norhayati binti Haron
Penolong Kanan Petang

Puan Normala binti Misman
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru dan Jawatankuasa PIBG, Para Ibu Bapa/Waris
dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan perkenan dan

limpah rahmat serta kasih sayang-Nya, kita semua dapat hadir
walaupuan secara norma baharu. Pada kesempatan ini, saya ingin
merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pihak sekolah atas penghormatan yang diberi kepada saya untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan
Meru kali ke-39 bagi tahun 2021.

Pada Disember 2019, kita digemparkan dengan penularan
Wabak Covid -19 di negara kita dan di seluruh pelosok dunia.
Penularan wabak ini seakan tiada penghujungnya dan memberikan
pelbagai impak kepada masyarakat termasuk sistem pendidikan.
Justeru, sebagai sebuah badan yang mewakili ibu bapa dan guru,
Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan dapat mewujudkan
permuafakatan teguh antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha

meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-
murid, terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang serba
mencabar. Sokongan, pengkongsian idea daripada ibu bapa dan
komuniti setempat serta ibu bapa memainkan peranan, amat penting
bagi melestarikan pendidikan sebagai pemacu kepada proses
pembangunan dan kejayaan negara. Hal ini disebabkan, pembelajaran
secara normal sering tidak dapat dilaksanakan, mengakibatkan jurang
pencapaian pelajar semakin bertambah besar. Oleh itu yakinlah,
bahawa tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat
yang sentiasa bermuafakat antara satu sama lain.
Para hadirin sekalian,

Tonggak kejayaan sesebuah sekolah juga bergantung kepada
pengurusan PIBG yang efisien, bertanggungjawab dan ikhlas dalam
menjalankan amanah. Selain barisan jawatankuasa PIBG, pengetua
dan guru-guru, ibu bapa turut menjadi nadi penggerak bagi mencapai
kejayaan sesebuah sekolah dalam segenap aspek. Oleh itu, majlis pada
hari ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat
bersemuka secara maya, berbincang untuk mencari kata sepakat demi

kepentingan dan masa depan anak masing-masing. Permuafakatan
merupakan kunci kejayaan bagi membolehkan PIBG dan pihak sekolah
menggembleng tenaga ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Perlu
kita sedar bahawa tanggungjawab utama dalam menentukan sahsiah
dan kecemerlangan anak-anak adalah di bahu ibu bapa bukan dipikul
oleh guru dan pihak sekolah semata-mata. Oleh itu, sama-samalah
kita berbincang dan berdoa agar usaha kita untuk mencapai
kecemerlangan sentiasa dirahmati Allah.

Sebagai pengakhir bicara, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada jawatankuasa PIBG, pengetua, guru-guru dan para ibu bapa
kerana berjaya mengadakan mesyuarat Agung seperti yang
dirancangkan walaupun dalam norma baharu. Seyogia kita iringi
dengan doa, agar segala perancangan akan memberikan kebaikan
kepada semua pihak, khususnya kepada anak-anak kita. Marilah
sama-sama kita bimbing dan bentuk anak-anak kita untuk menjadi
insan yang berjasa kepada kedua-dua ibu bapa, keluarga, masyarakat,
bangsa, negara dan agama. Anak-anak pada hari ini merupakan bakal
pemimpin negara pada masa hadapan.

Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufik walhidayah,
wassalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version