The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Penyelenggaraan Peralatan Elektrik Satu Fasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofiamelissa231195, 2020-06-29 00:03:37

Modul Penyelenggaraan Peralatan Elektrik Satu Fasa

Modul Penyelenggaraan Peralatan Elektrik Satu Fasa

VIDEO MODUL
PENYELENGGARAAN

PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA

DYG SOFIA MELISSA BINTI AWG AINI
MOHD SAFIEE BIN IDRIS

TERBITAN PENERBIT UTHM

BIODATA PENULIS

Dyg Sofia Melissa Binti Awg Aini merupakan
seorang pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu
Pahat, Johor. Penulis dilahirkan pada 23 November 1995 di
Miri, Sarawak dan kini menetap di Parit Raja, Johor. Beliau
merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik, dan
telah mendapat pendidikan di Sekolah Menegah Kebangsaan
Suai,Miri, Sarawak dan seterusnya meneruskan pengajian di
peringkat diploma di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah dalam
jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET). Setelah sepuluh
tahun berkhidmat sebagai guru MPAV di Kolej Vokasional
Klang, Selangor, pada tahun 2017 beliau melanjutkan pelajaran
ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan
Vokasional di UTHM. Karya ini merupakan naskah pertama
beliau untuk MPAV khusus bagi topik penyelenggaraan
peralatan elektrik satu fasa.

ISI KANDUNGAN

TAJUK

Muka Depan

Biodata Penulis

Isi Kandungan

Pengenalan Kepada Penyelenggaraan

Bab 1 : Kipas Angin Elektrik
a. Amali
b. Latihan
c. Jawapan Latihan

Bab 2 : Periuk Nasi Elektrik
a. Amali
b. Latihan
c. Jawapan Latihan

Bab 3 : Saterika Elektrik
a. Amali
b. Latihan
c. Jawapan Latihan

Bab 4 : Pembakar Roti Elektrik
a. Amali
b. Latihan
c. Jawapan Latihan

Bab 5 : Cerek Elektrik
a. Amali
b. Latihan
c. Jawapan Latihan

Bab 6 : Mesin Basuh Separa Automatik
a. Amali
b. Latihan
c. Jawapan Latihan

Rujukan

Tajuk :
Penyelenggaran dan pembaikan peralatan elektrik satu fasa
Tujuan :
Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai jenis-jenis penyelenggaraan dan kerosakan
pepasangan elektrik satu fasa serta kaedah mengesan dan membaikinya mengikut prosedur serta
cara-cara untuk menguji dan mengesahkannya.

PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA

1.1 Definisi Penyelenggaraan:

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan
mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan
persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti
kemudahan serta selamat digunakan.

1.2. Tujuan Penyelenggaraan

a) Selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan)
b) Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang

ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenagadan
sebagainya)
c) Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.
d) Mencapai tahap bolehguna yang diterima.
e) Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan
dengan ini menjimatkan perbelanjaan.

f) Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan
servis.

g) Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.

1.3. Jenis Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance).
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang
ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala
Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau
kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan
selepas berlaku kerosakan.

1.4. Kategori Kerosakan

Cemas (Emergency)
Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau terganggu) yang
menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan
pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan
rosak.
Segera (Urgent)
Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan
perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara
tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).

Biasa (Normal)
Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang
minimum kepada pengguna.

1.5. Operasi Penyelenggaraan

i. Servis (servicing)
ii. Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)
iii. Pembaikan (rectification, repair)
iv. Penggantian (replacement)
v. Penyambungan (extension)
vi. Pengubahsuaian (renovation)
vii. Naiktaraf (upgrading)

KEROSAKAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA

Setiap pepasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Ini adalah kerana banyak faktor-
faktor penyebabnya. Diantaranya pepasangan sudah lama, salah pepasangan, angkara makhluk
perosak ( gigitan tikus dan sebagainya) dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan
sebagainya.

Kerosakan yang sering berlaku pada pendawaian elektrik boleh dibahagikan kepada
berikut:

i. Litar pintas
ii. Litar bocor kebumi
iii. Litar buka
iv. Kerosakan alat-alat pelindung arus lebihan

i. Litar Pintas
Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik.
Bagi pemasangan satu fasa, litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir
neutral.

Rajah 1: Litar Pintas

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pihak pengguna melalui MCB
atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila
kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus
bekalan apabila di ‘ON’ kan.
Di antara punca-punca berlakunya litar pintas adalah:

a) Penebat kabel terkoyak.
b) Penebat kabel cair.
c) Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir elektrik.
d) Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik yang

pecah pemisahnya, soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik
dan bagainya.

Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

a) Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa
kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b) ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c) Sekiranya suis utama, PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana bekalan

sedang digunakan, penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan
mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. Gunakan pakaian dan
peralatan tangan keselamatan yang disyorkan.
d) Gunakan alat uji Rintangan Penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan
kerosakan litar pintas ini.
e) Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, perkakas elektrik dari litar sebelum diuji
(sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’ OFF’ kan). Ini adalah

untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan
alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
f) Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya (fasa dengan
fasa dan neutral).
g) Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm,maka litar tersebut
telah berlaku litar pintas (lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16).
h) Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
i) Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga
punca kerosakan dapat dikenalpasti.

Jadual 1: Nilai minima rintangan penebat

Voltan Litar Terendah - Volt Voltan Rintangan
AT - Penebat
Litar bervoltan lebih rendah apabila Volt Minima -
MegaOhm
litar dibekalkan dari suatu transformer 250
0.25
penebat keselamatan 500
1000 0.5
(Peraturan 411-02-04 item (I) dan 1.0
500
juga memenuhi kehendak Peraturan 5.0

411-02-04)

Hingga ke dan termasuk 500V

dengan pengecualian kes-kes di atas

Melepasi 500 V hingga 1000 V

Antara litar SELV dan litar LV yang
berkaitan dengan tambahan tahan
ujian di mana dikehendaki
Contoh : U 240V r.m.s. A.T. untuk
60s

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru
pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai. Kerosakan seperti
kabel terkoyak (sedikit), benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan
antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu. Kabel yang
terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya
bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing seperti tikus,
cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan
membersihkan penyebab-penyebab tersebut. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair
(disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik
hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

ii. Litar Bocor Ke Bumi

Litar bocor ke bumi memebawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan
pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral) ke
bumi.Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik
kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri. Kerosakan jenis ini biasanya dapat
dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna bahawa PBLK terpelantik apabila digunakan litar
yang rosak itu.Sekiranya kerosakan suis utama akan didapati sering terputus apabila di ‘ON’kan.

Diantara punca-punca berlakukan litar bocor kebumi adalah:-

a) Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam berbumi.
b) Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau

bahagian logam berbumi.

c) Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara
pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.

d) Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu, soket alir keluar yang
menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

e) Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi atau
tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

a) Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan sebarang
bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b) ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c) Sekiranya suis utama, PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan elektrik

sedang digunakan, penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan mesti
berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. Sila gunakan pakaian dan alat-
alat kerja tangan keselamatan yang disyorkan.

d) Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan
kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.

e) Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat elektrik dari
litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu
di’OFF’kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan
mungkin merosakan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

f) Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya dengan bumi
(fasa –fasa, neutral dan bumi)

g) Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar tersebut
telah dikatakan bocor ke bumi (lihat Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16)

h) Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak
i) Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari satu litar

yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

iii. Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai kepada beban. Ini
menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana tidak
mendapat bekalan elektrik. Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh
pengguna bahawa alat elektriknya tidak dapat beroperasi walaupun telah di’ON’kan semua suis
untuk alat tersebut beroperasi.

Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:
a) Kabel putus.
b) Sambungan pada terminal tertanggal.
c) Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.
d) Kerosakan seperti suis,soket alirkeluar,suis utama,PBLK,MCB,fius pengasing dan
penghidup motor elektrik.

Kaedah Mengesan Kerosakan

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar hidup tetapi sekiranya sangat
merbahaya jika dilakukan dalam litar hidup,maka boleh juga dilakukan dalam litar mati.

Kesan kerosakan dalam litar mati:

a) Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.
b) Matikan bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (‘OFF’kan suis utama, PBLK dan

semua MCB) atau untuk litar yang hendak dikesan sahaja.
c) Gunakan ‘multitester’ dengan bidang ohm untuk membuat ujian ini.
d) Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan pengasing pada bahagian

pengalirnya (fasa-fasa dan neutral sahaja) pada litar yang hendak diuji.’ON’kan semua suis
yang memgawal litar yang hendak diuji itu.
e) Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama,sekiranya multitester menunjukkan
bacaan 0 ohm,maka litar tersebut tidak buka dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan
0 ohm.
f) Teruskan mengesan kerosakan sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

Kesan kerosakan dalam litar hidup:

a) Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.
b) ‘ON’kan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga sepatutnya ia mendapat

bekalan sama ada satu fasa atau tiga fasa.
c) Gunakan multimeter dengan bidang voltan (1000V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu

fasa).

d) Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir (antara fasa 415V dan fasa
dan neutral 240V) untuk satu fasa seperti pengasing, penghidup motor elektrik dan soket
alir keluar sama ada voltan yang sampai mengikut kadaran yang sepatutnya. Sekiranya
tiada kerosakan litar buka voltan akan sampai mengikut kadaran yang sepatutnya.

e) Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian peralatan seperti cerek
elektrik, motor elektrik dan mesin elektrik hendaklah dibuat.

f) Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik, motor elektrik dan mesin elektrik tersebut
yang rosak, maka perlulah dimatikan bekalan kepadanya dan dibaiki alat itu.

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti punca kerosakannya maka baikinya jika boleh atau tukar baru pemasangan
pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai. Kerosakan litar buka pada suis
lampu, suis soket alir keluar, pengasing dan penghidup motor elektrik boleh diatasi dengan
dibaiki sesentuhnya atau diganti dengan yang baru jika perlu. Litar buka yang disebabkan oleh
tertanggal sambungan pada terminal suis, terminal motor elektrik boleh diatasi dengan
menyambungkan kembali kabel yang tertanggal. Manakala kabel elektrik yang membawa
bekalan elektrik kepada beban yang terputus sebelum sampai ke beban disebabkan oleh
terpotong, terhimpit dan sebagainya hendaklah dibuat pendawaian semula. Kerosakan beban-
beban elektrik seperti lampu yang terputus filamennya dan pemanas air yang juga terputus
elemennya hendaklah dibaiki atau diganti dengan yang baru.

Kerosakan Alat Perlindungan

Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama, PBLK, fius dan
MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku arus bocor ke bumi dan arus lebih dalam
litar. Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna seperti suis utama
tidak boleh di’OFF’kan, PBLK tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan MCB
tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga merosakkan kabel yang dikawal
oleh MCB tersebut.
Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:

a) Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.
b) MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
c) PBLK yang hilang kepekaan.
d) Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

Kaedah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya iaitu:

Sesentuh suis utama melekat

a) Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
b) Gunakan multimeter bidang voltan.
c) Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis utama masih

memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu fasa) maka itu
menunjukkan sesentuhnya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan yang baru kerana mungkin
sesentuhnya telah cair dan melekat.

MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya:
a) Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
b) Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus.
c) Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan operasikan bebannya seperti
mesin elektrik sekiranya arus yang melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB
masih tidak terpelantik, maka itu menunjukkan ianya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru kerana kepekaannya telah hilang
atau bahagian sesentuhnya telah melekat kerana telah lama digunakan.

PBLK Hilang Kepekaan:
a) Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
b) Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.
c) Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu menunjukkan ianya telah hilang
kepekaan.

PBLK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya telah rosak dan boleh
menyebabkan pengguna terkena renjatan elektrik.

Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya:
a) Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
b) Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau penukaran fius yang tidak
mengikut kadaran yang betul

Kaedah mengesannya ialah dengan menanggalkan fius tersebut dari tempatnya dan melihat
kadaran fius pada badannya (fius HRC) dan menyukat saiz dawai fius (fius dawai semula) untuk
menentukan sama ada kadarannya adalah betul. Sekiranya kadaran fius lebih besar daripada
sepatutnya ianya perlu ditukarkan dengan yang betul kadarannya kerana kadaran yang tidak betul
boleh merosakkan beban yang ditanggungnya disamping merbahayakan pengguna.

PERALATAN TANGAN

Kerja-kerja penyelengaraan peralatan elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping
perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan
membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas. Di antara perkakas kerja yang
perlu ada pada setiap penyelenggaraan adalah seperti berikut:

a) Pemutar skru
b) Playar gabung
c) Playar pemotong sisi
d) Pisau kecil
e) Meter pelbagai(Multimeter)
f) Pena ujian(Test pen)
g) Playar muncung tirus
h) Penjerut Kabel(Wire Stripper)

Kegunaan Peralatan Tangan Dan Teknik Penggunaan Yang Betul.

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga
saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil,sederhana dan besar.Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan,perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.

Pemutar Skru

Playar gabung  Playar Lazimnya digunakan untuk memegang
alatan dan membengkok wayar dan juga untuk
memegang nat kecil serta washer.Player tambahan
daripada jenis pemotong sisi dan muncung panjang
juga diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah
mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

Playar Pemotong Sisi  Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung
wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.manakal pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
wayar pengalir.

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan
menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

 Alat ini digunakan untuk mengukur Voltan,Arus
dan juga Rintangan dengan melaraskan julat.

Meter Pelbagai(Multimeter)

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran
arus elektrik atau kabel hidup.Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil.Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang
kecil,memotong,membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat
kabel.

Penjerut Kabel(Wire Stripper)

KABEL

Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.
Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar
teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.

a) Wayar kuprum berenamel
b) Wayar teras tunggal
c) Wayar teras kembar
d) Wayar teras tiga

Wayar Kuprum Berenamel
Untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.
Wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

Wayar Lembar Tunggal
Digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
komponen elektronik.

Wayar Terus Tunggal
terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:

 Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti
di radio dan pembesar suara.

 Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.

Wayar Teras Kembar
a) terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.
b) digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

Wayar Tiga Teras
Terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:

a) Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak
menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.

b) Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik
yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar
roti.

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI SENGGARAAN

a) Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan
b) Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan

berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya
c) 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan
d) 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun
e) 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun
f) 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang
kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu
pepasangan

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (KAWALAN KOMPETEN)

a) Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai oleh
pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah kawalan
orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan
sebagaimana ditetapkan

b) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika
pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-
tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

SOALAN:

1. Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik satu
fasa.

2. Nyatakan maksud ‘litar pintas’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta
penyelesaiannya.

3. Nyatakan maksud ‘litar bocor ke bumi’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan
serta penyelesaiannya.

4. Nyatakan maksud ‘litar buka’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta
penyelesaiannya.

5. Nyatakan maksud ‘kerosakan alat perlindungan’ dan terang sebab kerosakan,kaedah
mengesan serta penyelesaiannya.

RUJUKAN:

1. Abd Samad Hanif (2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik,
2. Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Isbn 983-62-4063-2.
3. Haji Md. Nasir Haji Abd. Manan (2005), Panduan Pendawaian Elektrik Domestik I.E.E

Edisi 16 Bs 7671: 1992 Pindaan 2 1997, Edisi Kedua, Ibs Buku Sdn. Bhd., Isbn 967-950-
181-7
4. Haji Md. Nasir Haji Abd. Manan (2010), Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman
Panduan Berpandukan Ms Iec 60364, Ibs Buku Sdn. Bhd., Isbn 978-967-950-307-4

TAJUK :

Penyelenggaran Dan Pembaikan Peralatan Elektrik Satu Fasa

TUJUAN :
Kertas penerangan ini akan menerangkan penyelenggaraan peralatan dan pembaikan peralatan
elektrik satu fasa yang digunakan bagi memudahkan kerja- kerja dirumah seperti cerek elektrik,
pemasak nasi elektrik, seterika elektrik dan sebagainya

PENERANGAN :

Kaedah mengesan kerosakan:

Dalam mengesan kerosakan peralatan elektrik kaedah pemeriksaan pandang ( visual inspection)
adalah sesuai di gunakan,dimana kaedah seperti ini dapat mengesan bahagian yang pecah atau
patah atau terbakar. Kita tidak semestinya menggunakan peralatan sahaja dalam mencari
kerosakan sesuatu alat. Faktor utama yang mengagalkan alat untuk berfungsi ialah tiada bekalan.
Sebelum membuat kesimpulan bahawa alat tersebut rosak bekalan hendaklah diuji terlebih dahulu
dan sekiranya tiada bekalan hendaklah dibaikpulih. Jika dikenalpasti bahawa alat adalah rosak
pastikan alat diasingkan dari bekalan hidup sebelum mengesan dan membaikpulih kerosakan.

Alat-alat domestik satu fasa lazimnya menggunakan palam tiga pin 13A atau palam 3 pin 15A dan
kabel boleh lentur tiga teras untuk menghubungkan alat-alat tersebut kepada bekalan 230v/50hz
yang terdapat dirumah pengguna. Disebabkan kelaziman ini maka pada kertas penerangan ini
diterangkan secara berasingan langkah-langkah senggara dan baikpulih palam tiga pin 13A/15A
dan kabel penghubung boleh lentur 3 teras dan juga langkah baikpulih bekalan. Haruslah
diingatkan bahawa adakalanya komponen-komponen yang rosak tidak terdapat dipasaran. Ini
memerlukan kebijaksanaan pembaiki untuk menggunakan apa-apa bahan yang ada untuk
diubahsuai. Adakalanya adalah lebih ekonomikal untuk melupuskan alat tersebut. Setelah alat
disenggara/baikpulih dan siap dipasang semula ujian rintangan penebatan hendaklah dilakukan
sekali lagi sebelum diuji dengan bekalan hidup.

JENIS-JENIS PERALATAN ELEKTRIK DAN LANGKAH PEMBAIKAN/SENGGARA

Palam 3 pin 13 A/15A

Jenis kerosakan Kerosakan mungkin/sebab Langkah pembaikan/senggara

1. Tiada Bekalan a. ELCB terpelantik. Baikpulih, jika masih terpelantik semak
langkah pembaikan alat mengikut jenis
2. 2.Palam tiga b. Fius utama/KFA putus alat.
Pin/Kabel boleh Baikpulih, jika terbakar semula semak
lentur tiga teras. c. MCB terpelantik. langkah pembaikan alat mengikut jenis
alat.
a. a. Salah satu atau lebih teras Baikpulih, jika masih terpelantik semak
kabel boleh lentur putus (tiada langkah pembaikan alat mengikut jenis
keterusan) alat.
hendaklah dipateri atau sekurang-
b. b.Fius pada palam 3 pin kurangnya dipintal untuk memastikan
terbakar/putus. sambungan yang kukuh.
Ganti dengan fius yang berkadaran sama.
c. Palam pecah/terbakar.
d. d. Sambungan pada punca palam Ganti palam baru yang sama kadaran.
Kuatkan sambungan
longgar.
e.e. Salah satu atau lebih teras Ganti kabel baru yang sama saiz.

kabel Ganti kabel baru yang sama saiz..
boleh lentur pintas.

f.Penebat kabel boleh lentur
terbakar.

Pembakar Roti Elektrik Automatik

Jenis kerosakan Kerosakan mungkin. Langkah pembaikan/senggara
1. Pembakar roti tidak a. Tiada Bekalan
b. Palam tiga Pin/kabel Semak langkah 1.1
berfungsi Semak langkah 1.1
Penghubung putus.
2. Sistem pelantik spring c. Unsur pemanas putus. Lupus alat
tidak berfungsi d. Suis dua kutub rosak. Bersihkan punca sesentuh suis atau
ganti suis.
3. ELCB/MCB a. Spring rosak. Baiki mana ikatan spring/ganti
terpelantik/Fius terbakar spring.
b. Rangkaian rod dawai rosak. Baiki rod dawai/ganti rod.
c. Thermostate dwilogam rosak. Ganti thermostate.
a. Bahagian hidup alat dan Bersihkan alat dari habuk,
kelembapan atau kotoran. Pastikan
rangka alat/bumi pintas. tidak ada bahagian hidup bersentuh
dengan rangka.
b. Palam tiga Pin/kabel Semak langkah 1.1
Penghubung pintas.
Lupuskan alat.
c.Penebat mika rosak atau pecah.
Ubah kadaran. Kadaran mestilah
d. Kadaran MCB/fius tidak sesuai. sesuai dengan pepasangan dan alat.

Unit Pemanas Air Segera Elektrik Automatik

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
1. Unit pemanas air tidak
a. Tiada Bekalan Semak langkah 1.1
berfungsi atau air tidak b. Kabel Penghubung putus. Semak langkah 1.1
panas. c. Unsur pemanas roak. Lupus alat
d. Thermostate dwilogam Ganti thermostate.
2. Suhu air tidak boleh
dikawal. rosak. Ganti suis mikro
e. Suis mikro rosak. Ganti gegendang.
3.ELCB/MCB f. Gegendang rosak. Ganti sistem Kawalan suhu automatik
terpelantik/Fius putus g. Sistem kawalan suhu atau baiki mana-mana komponen sistem
yang rosak
automatik rosak. Pateri kebocoran
Ganti sistem Kawalan suhu automatik
h. Bekas air bocor atau baiki mana-mana komponen sistem
a.Sistem kawalan suhu yang rosak
Gantikan thermostate.
automatik rosak. Bersihkan alat dari habuk, kelembapan
atau kotoran. Pastikan tidak ada bahagian
b. Thermostate rosak. hidup bersentuh dengan rangka.
a. Bahagian hidup alat Semak langkah 1.1

dan rangka alat/bumi Lupus alat.
pintas.
b. Palam tiga Pin/kabel Ubah kadaran. Kadaran mestilah sesuai
Penghubung pintas. dengan pepasangan dan alat.
c. Unsur pemanas pntas
kebumi.
d. Kadaran MCB/fius tidak
sesuai.

Seterika Elektrik Automatik

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
1.Seterika tidak berfungsi
a. Tiada Bekalan Semak langkah 1.1
atau tidak panas. b. Palam tiga Pin/kabel Penghubung Semak.langkah 1.1

2.ELCB/MCB rosak. Ganti unsur pemanas
terpelantik/Fius putus c. Unsur pemanas putus. Bersihkan punca sesentuh atau
d. Thermostate dwilogam rosak. ganti thermostate dwilogam.
3. Suhu tidak boleh Bersihkan alat dari habuk,
dikawal. a. Bahagian hidup alat dan rangka kelembapan atau kotoran.
alat/bumi pintas. Pastikan tidak ada bahagian
4. Lampu penunjuk tidak hidup bersentuh dengan rangka.
menyala. b. Palam tiga Pin/kabel Penghubung Semak.langkah 1.1
pintas
Ganti Penebat mika/abestos.
c. Penebat mika/abestos bocor/pecah. Ganti unsur pemanas
d. Unsur pemanas pintas. Ubah kadaran. Kadaran mestilah
e. Kadaran MCB/fius tidak sesuai. sesuai dengan pepasangan dan
alat.
a. Thermostate dwilogam rosak. Ganti thermostate dwilogam.

a.Lampu penunjuk/perintang Ganti lampu penunjuk/perintang.
terbakar.
b. Tiada Bekalan Semak langkah 1.1
c. Palam tiga Pin/kabel Penghubung Semak.langkah 1.1

rosak Ganti unsur pemanas
d. Unsur pemanas rosak Bersihkan punca sesentuh atau
e. Thermostate dwilogam rosak. ganti thermostate dwilogam.



Mesin Basuh

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
1.Mesin tidak boleh a.Sambungan palam 3 pin dari a.Tutup bekalan dan baiki
dihidupkan soket alir keluar ke mesin tidak
sempurna kerosakkan

b. Tiada bekalan pada soket alir b. Periksa fius palam 3 pin
keluar dengan jangka ohm atau
jangka penebatan, jika ia
2. Motor pembasuh tidak a. Litar geganti lewat masa putus,gantikan dengan yang
berfungsi terbuka. baru.

b.Litar suis pilihan terbuka a. Tukar geganti lewat masa
dengan yang baru
c.Gelung motor mesin terbuka
b. ganti suis pilihan dengan yang
3. Motor berdengung, motor d.Pemuat mempunyai litar baru
tidak berputar pintas atau terbuka
c. tukarkan gelung motor dengan
a. pulsator tidak boleh berputar yang baru atau tukar terus
motor dengan yang baru
b.pemuat berlaku litar pintas
d. tukar pemuat yang baru
4. Motor berputar hanya satu a.penyentuh dua arah rosak
arah sahaja a.bersihkan alas bebola pulsator ,
b. penyentuh dua arah geganti kalau perlu minyakkan
5. Motor semasa berputar lewat masa rosak b.tukar dengan pemuat yang baru
dalam dua arah, salah satu a.penyentuh geganti lewat
arah putaran mengambil masa a.tukarkan suis pilihan dengan
lama masa rosak yang baru
b.tukarkan geganti lewat masa
6. Pembasuhan tidak sempurna a.beban dan paras air tidak dengan yang baru
seimbang b.tukarkan geganti lewat masa
dengan yang baru
b. tali sawat pemutar
tergelincir atau longgar a.seimbangkan paras air dengan
pakaian
7. Terdapat bekalan elektrik a.pengalir kabel hidup tercabut b.laraskan tali sawat dengan betul
pada badan mesin dan atau tukarkan dengan yang baru
jika rosak teruk
menyentuhi badan mesin a.bukakan penutup belakang
mesin, periksa pengalir hidup,
jika rosak teruk tukarkan dengan
yang baru

b.periksa pengalir kabel dari b. periksa pengalir kabel dari
bekalan ke motor atau geganti, bekalan ke motor atau geganti,
jika perlu gantikan dengan yang jika perlu gantikan dengan
baru
yang
c.buka bahagian penutup depan baru
mesin, bersihkan air yang
dimasuki jika geganti rosak c. buka bahagian penutup depan
tukarkan dengan yang baru mesin, bersihkan air yang
dimasuki jika geganti rosak
tukarkan dengan yang baru.

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
8. Air sentiasa keluar dari
saluran air keluar a.injap pada saluran air keluar a.tukarkan dengan injap yang
rosak. baru
9. Motor pengering tidak
berputar b.tali penarik injap longgar atau b.tukarkan tali yang baru jika
tercabut dari pemeggang injap. kerosakkan teruk atau
sangkutkan kembali tali
kepada pemegangnya.

a.penutup pengering terbuka a. tutup penutup pengeringan

dengan sempurna

b. brek pengimbang tidak b. laraskan kedudukan brek
dilepaskan pengimbang dan roda brek

dengan pengalir

c. kabel brek longgar atau pecah c. laras atau gantikan kabel

yang rosak

d. suis keselamatan memerlukan d. laraskan suis keselamatan
perlarasan dengan meninggikan

kedudukannya

e. pemuat berlaku litar pintas e. tukar pemuat kepada yang

baru

f. gegelung motor pengering f. tukar gegelung yang terbuka,
terbuka atau rosak jikalau teruk tukarkan motor

dengan yang baru



Pemasak Nasi Elektrik Automatik

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
1.Pemasak Nasi tidak a. Tiada Bekalan Semak langkah 1.1
berfungsi atau Nasi tidak b. Palam tiga Pin/kabel Semak.langkah 1.1
masak.
Penghubung rosak. Ganti plat pemanas
2. Nasi tidak kekal panas c. Unsur pemanas utama putus. Bersihkan punca sesentuh atau
selepas masak d. Thermostate Magnetik rosak. ganti thermostate/plat pemanas.
Bersihkan sesentuh suis dengan
3. Suhu tidak boleh e. Suis penghidup rosak. petrol atau thinner atau ganti suis.
dikawal/tidak terpelantik. Semak langkah 1.1
a. Tiada Bekalan Ganti plat pemanas
b. Unsur pemanas ‘keep warm’
Bersihkan punca sesentuh atau
putus. ganti thermostate/plat pemanas.
c. Thermostate dwilogam rosak. Ganti thermostate.

a. Thermostate
dwilogam/magnetik rosak.

4.ELCB/MCB terpelantik/Fius a. Bahagian hidup alat dan rangka Bersihkan alat dari habuk,
putus. alat/bumi pintas. kelembapan atau kotoran.
Pastikan tidak ada bahagian
5. Lampu penunjuk tidak b. Palam tiga Pin/kabel hidup bersentuh dengan rangka.
menyala. Penghubung pintas.
Semak.langkah 1.1
c. Plat pemanas pintas ke bumi.
d. Kadaran MCB/fius tidak Ganti plat pemanas.
sesuai. Ubah kadaran. Kadaran mestilah
sesuai dengan pepasangan dan
a. Lampu penunjuk/perintang alat.
terbakar. Ganti lampu penunjuk/perintang.
b. Tiada Bekalan.
c. Palam tiga Pin/kabel Semak langkah 1.1
Semak.langkah 1.1
penghubung rosak.
d. Plat pemanas rosak. Ganti plat pemanas.
e. Thermostate dwilogam rosak. Bersihkan punca sesentuh atau
ganti thermostate dwilogam.
f. Thermostate Magnetik rosak. Bersihkan punca sesentuh atau
ganti thermostate/plat pemanas.
g. Suis Penghidup rosak. *Bersihkan sesentuh suis dengan
petrol atau thinner atau ganti suis.





Kipas Angin Elektrik

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
1.Kipas siling tidak a. Tiada Bekalan Semak langkah 1.1
b. Suis /Pendawaian rosak. Baikpulih pendawaian/ ganti suis.
berfungsi/ berpusing. c. Kapasitor rosak. Ganti kapasitor dengan nilai dan
kadaran yang sama.
2. Kipas bepusing lawan d. Gelung putus/terbakar. Lupus alat.
jam. e. Alatatur kipas (regulator) Ganti alatatur kipas.
rosak.
3. ELCB/MCB a. Kapasitor salah sambungan. Ubah sambungan.
terpelantik/Fius putus
a. Bahagian hidup alat dan Bersihkan alat dari habuk,
4. Kipas bising. rangka alat/bumi pintas. kelembapan atau kotoran. Pastikan
tidak ada bahagian hidup bersentuh
4. Kelajuan kipas tidak b. Gelung pintas/terbakar. dengan rangka.
boleh dikawal. c. Suis /Pendawaian rosak. Lupus alat.
d. Kadaran MCB/fius tidak
5. Panas berlebihan pada sesuai. Baikpulih pendawaian/ ganti suis.
alatatur kipas. e. Alatatur kipas(regulator) Ubah kadaran. Kadaran mestilah
pintas sesuai dengan pepasangan dan alat.
a. Bilah kipas bengkok. Ganti alatatur kipas
b. Rod pengantung tidak kukuh.
c. Pengalas(bearing) rosak. Baiki atau lupuskan alat

a. Alatatur kipas(regulator) Kukuhkan ikatan.
rosak. Sapu pelincir pada pengalas atau ganti
a. Alatatur kipas pintas. pengalas/lupus alat.
Ganti alatatur kipas.

Ganti alatatur kipas.

Sila imbas untuk melihat video
penerangan dan baikpulih kipas

elektrik.



Cerek Elektrik Automatik

Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin Langkah pembaikan/senggara
1. Cerek tidak berfungsi
a. Tiada Bekalan Semak langkah 1.1
atau tidak panas. b. Palam tiga Pin/kabel Penghubung Semak.langkah 1.1

2.ELCB/MCB rosak. Ganti unsur pemanas
terpelantik/Fius putus c. Unsur pemanas putus. Bersihkan punca sesentuh atau
d. Thermostate dwilogam/Magnetik ganti thermostate.
3. Suhu tidak boleh Bersihkan sesentuh suis dengan
dikawal/tidak rosak. petrol atau thinner atau ganti suis.
terpelantik. e. Suis dua kutub rosak. Bersihkan alat dari habuk,
kelembapan atau kotoran.
a. Bahagian hidup alat dan rangka Pastikan tidak ada bahagian
alat/bumi pintas. hidup bersentuh dengan rangka.
Semak.langkah 1.1
b. Palam tiga Pin/kabel Penghubung
rosak. Ganti unsur pemanas
Ubah kadaran. Kadaran mestilah
c. Unsur pemanas pintas ke bumi. sesuai dengan pepasangan dan
d. Kadaran MCB/fius tidak sesuai. alat.
Ganti thermostate.
a. Thermostate dwilogam/magnetik
rosak.

PERATURAN-PERATURAN YANG TELAH DIPERUNTUKAN DALAM AKTA

Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pepasangan

Bilamasa perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan
mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagian daripadanya, pemegang lesen, atau
mana-mana orang yang diberikuasa olehnya bagi maksud itu, boleh pada bila-bila masa yang
munasabah memasuki mana-mana tanah yang diatas, dibawah atau melewatinya talian bekalan
telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau yang diatasnya tiang atau kelengkapan lain telah
didirikan, dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan boleh, dalam menjalankannya,
menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang
perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan
membayar pampasan penuh mengikut seksyen 16 kepada semua orang yang berkepentingan
kerana apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan olehnya yang pampasan baginya belum lagi
ditaksirkan dibawah seksyen 11.

Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb.

1. Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan
langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

2. Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam
subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya pengumsan atau pemegang lesen atau
penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

3. Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji
oleh orang kompeten sekurang-kurangnnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila
masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

4. Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji
dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada
bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

5. Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis di tempat pepasangan
diletakkanjika Suruhanjaya berpendapat adalah wajar berbuat demikian bagi kepentingan
orang ramai atau keselamatan awam, dan jika notis bertulis diberikan kepada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau mana-mana premis, mengikut
mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan orang yang menjaga pepasangan

atau premis itu hadir dan memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperintahkan
oleh Suruhanjaya dalam notis itu.

130-10 Pemeriksaan dan ujian
130-10-01
Setelah sesuatu pemasangan atau pengubahsuaian kepada binaan yang sedia ada
siap, sama ada sementara atau tetap, ujian dan pemeriksaan yang sesuai akan dibuat,
bagi mengesahkan seboleh yang mungkin bahawa keperluan Peraturan 130-01
hingga 130-09 telah dipatuhi. Orang yang menjalankan ujian dan pemeriksaan atau
seseorang yang bertindak bagi pihaknya akan memberitahu orang yang
mengarahkan kerja mengsyorkan Pemeriksaan dan Ujian Berjadual yang
dihuraikan dalam Bab 73.

SOALAN :

1. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil jika kipas siling tidak berpusing?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Apakah langkah yang pertama untuk mengesan kerosakan sesuatu peralatan?

----------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________

3. Nyatakan kerosakan yang mungkin berlaku apabila pembakar roti tidak
berfungsi?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Kerosakan yang sering berlaku pada mesin basuh elektrik iaitu motor tidak mencapai
kelajuan yang ditetapkan.Terangkan salah satu kaedah untuk memperbaikinya?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

5. Apakah kerosakan yang berlaku apabila kelajuan kipas tidak boleh dikawal?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

RUJUKAN:

1. Abd Samad Hanif(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik,
Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Isbn 983-62-4063-2.

2. Haji Md. Nasir Haji Abd. Manan(2005), Panduan Pendawaian Elektrik Domestik I.E.E
Edisi 16 Bs 7671 : 1992 Pindaan 2 1997, Edisi Kedua, Ibs Buku Sdn. Bhd., Isbn 967-
950-181-7

TERBITAN PENERBIT UTHM


Click to View FlipBook Version