The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66051199, 2023-03-11 22:34:55

ASAS PROGRAMMING

PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN

MODUL PENGATURCARAAN KOMPUTER BAHASA C SEMESTER 2 5 01. PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN (PROGRAMMING) A. Apa itu program komputer (computer program) Program komputer juga dikenali sebagai perisian. Ia merupakan satu siri arahan untuk mengarah computer menlaksanakan sesuatu tugasan. Contoh: Perisian Microsoft word merupakan satu contoh program komputer – yang berfungsi untuk pengeditan teks atau penulisan teks. Latihan: Dengan contoh yang sesuai, terangkan apa yang anda faham dengan program computer. B. Perbezaan antara lima Generasi Bahasa pengaturcaraan (programming Language) Apa itu bahasa aturcara? Bahasa yang digunakan untuk menulis arahan-arahan komputer untuk mengarah komputer melakukan sesuatu tugasan. Bahasa aturcara ini ditulis oleh pengaturcara (programmer), juga dipanggil sebagai pembangun sistem atau program. Kepentingan bahasa pengaturcaraan Membolehkan pengaturcara berkomunikasi dengan arahan komputer. Membolehkan pengaturcara mengawal operasi komputer. Membolehkan pengaturcara mengarah komputer melaksanakan sesuatu tugas Bahasa pengaturcaraan boleh dibahagi kepada: Bahasa pengaturcaraan aras rendah Bahasa pengaturcaraan aras tinggi. Semakin rendah suatu aras bahasa pengaturcaraan semakin sukar untuk dipelajari.


MODUL PENGATURCARAAN KOMPUTER BAHASA C SEMESTER 2 6 Bahasa pengaturcaraan rendah terbahagi kepada dua generasi bahasa iaitu bahasa aturcara generasi pertama dan kedua manakalan bahasa aturcara aras tinggi terdiri daripada bahasa aturcara generasi ketiga, keempat dan kelima. Aras Bahasa Keterangan Contoh Bahasa Generasi Pertama (GL1) Bahasa Mesin adalah bahasa aturcara generasi pertama yang di tulis dalam bentuk kod binari (binary code) Setiap pernyataan bertanggungjawab melaksanakan satu tidakan mesin. Susah di baca oleh manusia, hanya mereka yang tahun tentang bahasa aturcara bahasa mesin. Contoh Binari kod: 1100100010001100 Bahasa Generasi Kedua (GL2) Bahasa aturcara generasi kedua adalah bahasa himpunan (assembly language). Bahasa aturcara yang boleh dibaca oleh manusia untuk bahasa nesin yang digunakan untuk mengawal operasi komputer yang khusus. Menggunakan tatatanda (notasi) Menggunakan arahan dalam bentuk simbolik yang meringkaskan makna dan untuk tujuan diingat. Program penghimpunan digunakan untuk menterjemahkan bahasa himpunan kepada bahasa mesin.


MODUL PENGATURCARAAN KOMPUTER BAHASA C SEMESTER 2 7 Bahasa Generasi ketiga (GL3) Bahasa aturcara generasi ketiga menggunakan bahasa prosedural (procedural language) Di kategori dalam bahasa aras tinggi. Menggunakan satu seri bahasa inggeris seperti perkataan, Kesan: mengatasi masalah manusia susah menulis bahasa aturcara. Bahasa ini membolehkan bahasa aturcara yang komplek senang dibaca, ditulis dan diselenggara oleh pengaturcara. Bahasa ini perlu di tukarkan menjadi bahasa mesin menggunakan kaedah Kompilan atau interpreter (pentaksiran). Dikategorikan dalam bahasa aturcara aras tinggi. Perlu diterjemah ke dalam bahasa mesin. Contoh Bahasa 4GL: Pascal, fortran, Basic, Cobol, C and C++ Bahasa Generasi Keempat (GL4) Bahasa aturcara arah tinggi. Bahasa bukan bahasa prosedural (nonprocedural) Membolehkan pengguna mencapai data dalam pangkalan data. Bahasa ini terhad kepada aplikasi khusus yang menggunakan sintak yang tidak digunakan oleh bahasa aturcara lain. Contoh bahasa ini: SQL, NOMAD and FOCUS.


MODUL PENGATURCARAAN KOMPUTER BAHASA C SEMESTER 2 8 Bahasa Generasi Kelima (GL5) Membekal antara muka visual, menyenangkan penggunanya. Membolehkan manusia tidak perlu mengingat arahan-arahan komputer. Pengguna tidak perlu mengingat simbol2 atau arahan aturcara Menggunakan bahasa semulaja (Natural language) seperti bahasa inggeris biasa untuk menulis aturcara. Contoh Perisian: prolog dan Mercury C. Perbezaan di antara bahasa penterjemahan (language translators): Himpunan (assemblers), Kompiler (compilers) and Pentaksiran (interpreters) Terdapat tiga jenis bahasa penterjemahan (language translators), iaitu a. Himpunan Menterjemah bahasa himpunan terus kepada bahasa mesin b. Kompiler Kompiler adalah program komputer (perisian Komputer) yang menterjemah tulisan dalam bentuk teks ke dalam bahasa mesin. Kompiler (Pengkompilan) menterjemahkan bahasa aras tinggi kepada bahasa aras rendah seperti bahasa mesin atau bahasa himpunan. Menukarkan keseluruhan sumber kod program ke dalam bahasa mesin sebelum dilaksanakan. Menterjemah keseluruhan kod sumber pada satu masa sebelum ia dilaksanakan. Hasil pengkompilan adalah bahasa mesin dan kod objek akan terhasil. Kelebihan: Program yang dihasil dilarikan dengan sangat cepat.


MODUL PENGATURCARAAN KOMPUTER BAHASA C SEMESTER 2 9 c. Pentaksiran Menukarkan bahasa aturcara aras tinggi kepada bahasa aturcara aras rendah. Menterjemahkan dan malaksanakan kod sumber satu baris demi baris dalam masa yang berbeza. Tiada kod Objek disimpan/dihasilkan semasa proses pentaksiran. Kelemahan: Lambat.


Click to View FlipBook Version