|DMOTIVASIc
ELAJAR
ALAM
PEMBELAJARAN | DALAM TALIAN
Prof Dr.Melissa Ng Lee Yin Abdullah PGA101
ISMAIL | DZIKHAIRIE | HAFIZ
BARISAN
PENULIS
MMuuhhaammmmaadd IIssmmaaiill
HHaassyyiimmii BBiinn MMuussttaaffaa
((115577773388))
MMuuhhaammmmaadd DDzziikkhhaaiirriiee
BBiinn AAhhmmaadd ZZaallllffaaddhhllii
((116600110066))
MMuuhhaammmmaadd AAkkmmaall HHaaffiizz
BBiinn ZZaakkrriiaa
((116600111155))
i
PRAKATA
ii
Alhamudlilah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah
kerana telah mempermudahkan urusan kami bagi
menyiapkan tugasan e-book ini. Jutaan terima kasih kami
rakamkan kepada pensyarah tutorial PGA 101 Professor
Dr. Melissa Ng Lee Yen Abdullah kerana telah memberi
tunjuk ajar kepada kami bagi melengkapkan tugasan e-
book ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan kami iaitu Ismail, Akmal dan Dzikhairie yang
bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Kami berharap
penulisan ini dapat memberi manfaat dan menjadi
rujukan kepada kita semua.
iii
ISI
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Barisan penulis ................................................................... i
Prakata .................................................................................... ii
Definisi .................................................................................... 1
Motivasi ............................................................................ 2
Dalam Talian ................................................................... 4
Pengajaran dan Pembelajaran ................................... 5
Internet ............................................................................ 6
Jenis-jenis Motivasi .............................................................. 7
Motivasi Dalaman ( Instrinsik ) ................................... 8
Motivasi Luaran ( Eksentrik ) ....................................... 10
Jenis PDP dalam talian ......................................................... 11
Pendekatan motivasi ............................................................ 17
Pendekatan Behaviorisme ........................................... 18
Pendekatan Humanistik ................................................ 20
Pendekatan Kognitif ....................................................... 22
Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi .................. 24
Minat .................................................................................. 25
Sikap ................................................................................... 26
Aspirasi .............................................................................. 27
Keperluan ......................................................................... 28
Cabaran pembelajaran dalam talian ................................ 29
Langkah-langkah mengatasi
cabaran pembelajaran dalam talian ................................. 35
Rumusan .................................................................................. 40
Bibliografi ................................................................................. 41
DEFINISI
1
MOTIVASI
Motivasi berasal daripada bahasa Latin “movere”
yang bermaksud menggerakkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat motivasi ialah
keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada
diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha
atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk
mencapai kejayaan serta sikap yang lebih baik dan
terhadap pembelajaran sesuatu perkara merupakan
faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang
pelajar.
Motivasi didefenisikan sebagai keadaan dalaman
yang membangkitkan kita untuk bertindak,
mendorong kita mencapai tujuan tertentu, dan
membuat kita tetap tertarik dalam kegiatan tertentu.
(Weiner, 1990).
2
Santrock (2008) mengatakan bahawa “motivation is
the reason why people behave the way they do. Motivated
behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi
adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai
sesuatu matlamat.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi
dianggap sebagai satu unsur yang penting yang
membolehkan murid-murid melibatkan diri secara
aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu
berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan
menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993).
3
DALAM TALIAN
Maksud sebenar perkataan ‘online’ ialah ‘dalam talian’.
Ia bermaksud sesuatu yang berada di bawah kawalan
langsung unit pemprosesan utama komputer atau
berada dalam keadaan giat dan bersambung terus
pada sistem utama komputer. Sebenarnya, tiada istilah
atas talian. (Lokman Ismail, 2020).
Secara dalam talian, dalam erti kata umum, merujuk
kepada apabila peranti elektronik dihidupkan dan
dihubungkan ke peranti lain, seperti komputer lain,
rangkaian atau peranti seperti pencetak. Baru-baru ini,
istilah dalam talian telah bermakna berkait dengan
Internet. Dalam kes ini, seseorang boleh berada dalam
talian apabila dia menggunakan Internet, atau
komputer itu sendiri boleh dikatakan dalam talian
apabila ia telah mewujudkan sambungan Internet.
(Techopedia, 2022).
4
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.
Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara
sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan
kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang diperlukan. (Sarina, 2009).
Menurut Woolfolk (1980) dalam Educational
Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada
seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru,
atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan
tindak balas yang baru.
5
INTERNET
Rangkaian komputer antarabangsa yang
membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan mencapai
maklumat pangkalan data dari seluruh dunia dengan
menggunakan internet yang boleh memasukkan data,
maklumat dan sebagainya ke dalam rangkaian
Internet, dan menyebarkannya melalui Internet.
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2004).
Konsep Internet dalam pengajaran dan pembelajaran
(PDP) yang disampaikan melalui penggunaan teknologi
digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan menggunakan media yang mempunyai
grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio.
(Hazwani, 2020).
6
JENIS-JENIS
MOTIVASI
MOTIVASI DALAMAN (INSTRINSIK)
MOTIVASI LUARAN (EKSTRINSIK)
7
MOTIVASI DALAMAN (INTRINSIK) Menurut Khairiyah (2012) motivasi Daripada Deci (1975), motivasi
berasal dari dalam dan luar diri orang intrinsik sebagai suatu keadaan
tersebut. Dalam pembelajaran, guru psikologi yang disebabkan apabila
perlu mengetahui apakah anak individu menganggap diri mereka
muridnya cenderung motivasi dari berkebolehan dan dapat menentukan
dalam dan luar dirinya. Hal ini sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu
diperlukan untuk memungkinkan guru mengalami motivasi intrinsik yang
bertindak tepat untuk menginspirasi tinggi sekiranya dapat melakukan
pelajar mereka untuk mencuba. sesuatu yang mereka suka seperti
Motivasi dalaman, didorong oleh faktor memandu kereta, melawat tempat-
kepuasan dan rasa ingin tahu, disebut tempat yang disukai, memilih tempat
"motivasi Intrinsik". penginapan dan memilih makanan
yang diidamkan. Motivasi Intrinsik
Motivasi intrinsik datang secara semula boleh berkurang Sekiranya dia
jadi, bukan rangsangan intrinsik. Terdiri diberikan hadiah seperti lawatan ke
dari keinginan dan minat seseorang tempat-tempat yang ditentukan oleh
untuk melakukan suatu tindakan tanpa badan penganjur, tempat penginapan
mengharapkan atau meminta ganjaran. dan jenis makanan juga ditentukan
oleh pihak itu, dia tidak mendapat
Menurut Bruner (1966) mengaitkan peluang hendak menentukan segala-
motivasi intrinsik ini dengan rasa ingin galanya sendiri.
tahu dan pengajaran keterampilan
profesional pada pelajar yang baru Guru yang mahu meningkatkan
masuk sekolah. Namun, tidak semua motivasi intrinsik pelajar dalam
motivasi intrinsik datang secara semula bidang akademik perlu mengadakan
jadi. Ada juga motivasi intrinsik, yang kelas pengajaran dan pembelajaran
terbentuk dari pembelajaran dan akademik yang memberi peluang
pengalaman yang bermanfaat. kepada pelajar untuk mengawal. Guru
kebiasaan membaca buku cerita dan juga perlu menentukan pelajar itu
memainkan alat musik merupakan dapat melakukannya dengan
gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk cemerlang. Walau bagaimanapun,
oleh pembelajaran dan pengalaman. perlu ditentukan terlebih dahulu yang
pelajar itu mempunyai persepsi tinggi.
Sekiranya mereka tidak mempunyai
persepsi tinggi, peluang-peluang yang
diberikan bagi mengawal tidak berjaya
8
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
MOTIVASI
INSTRINSIK
PERSEPSI KEBOLEHAN PERSEPSI KAWALAN
Apabila orang lain menilai kebolehan diri Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat
seseorang. Kebolehan yang dipersepsi pelajar berkenaan punca kawalan iaitu
daripada penilaian orang lain sebab-sebab kejayaan dan kegagalan
menunjukkan kebolehannya sebenar. adalah persepsi kawalan. Kajian-kajian
Semakin tinggi pencapaian seseorang yang dijalankan oleh Harter (1981),
pelajar, semakin besar kemungkinan Nicholls (1984) dan Weiner (1984)
pelajar itu menilai dirinya sebagai menunjukkan, pelajar menyatakan
berkebolehan. Pelajar yang mempunyai kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah
kebolehan yang dipersepsi yang tinggi disebabkan oleh punca-punca dalaman
kemungkinan besar mempunyai yang dapat dikawal seperti usaha sendiri
keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan dan berupaya berusaha dalam keadaan
cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan sebenar.
bertindak bebas bagi mencapai
kemahiran.
PERASAAN DALAM PEMBELAJARAN BANTUAN PENGAJARAN
Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat Faktor yang dapat meningkatkan konsep
dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu
pada sesuatu perkara. Seseorang pelajar kendiri pelajar berkenaan kebolehannya
mungkin mempunyai perasaan positif
pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan.
minat mata pelajaran ini daripada mata
pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan Pelajar memerlukan bimbingan guru
gigih bagi mendapatkan gred yang tinggi
bagi mata pelajaran yang minat. Gred dalam melaksanakan tugasan yang sukar.
yang baik akan meyakinkannya yang dia
betul-betul berkebolehan dalam bidang Guru biasanya memberitahu pelajar
itu. Perasaan pelajar pada sesuatu mata
pelajaran mempengaruhi pencapaiannya prosedur bagi menyelesaikan tugasannya.
dan pencapaian ini mempengaruhi
motivasinya. Guru jarang memberi peluang kepada
9 pelajar memikirkan cara tersendiri bagi
memperoleh kejayaan dalam tugasannya.
Seeloknya guru perlu mendedahkan
pelajar kepada kemahiran membuat
keputusan sendiri. Dengan biarkan pelajar
membuat keputusan sendiri tetapi dengan
bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan
motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang
dapat dilakukan adalah dengan memberi
bantuan pengajaran kepada mereka
seperti menunjukkan contoh,
pembahagian tugas dan berkongsi tugas.
Menurut Khairiyah (2012) motivasi ektrinsik ialah yang berpunca dari luar MOTIVASI LUARAN (EKTRINSIK)
iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran. Ini melibatkan
ganjaran yang jelas dan nyata seperti memberi penilaian seperti markah,
gred, agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan dan
sebagainya untuk sesuatu pencapaian prestasi yang baik.
Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggalakkan orang untuk melakukan
sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah kepadanya. Contohnya,
pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya
yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan
adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkah
laku seseorang pelajar.
Motivasi luaran boleh menjadi kurang berkesan kerana matlamat
penggunaannya mungkin disalah tafsirkan oleh pelajar. Ini berlaku kerana
pemberian ganjaran ditakuti menjadi fokus dan objektif pembelajaran
pelajar yang sebenar. Bagaimanapun motivasi ektrinsik yang berbentuk
sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan tetap berkesan kerana
ianya boleh memberi dorongan dan peneguhan positif kepada pelajar.
Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan
dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar
mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya
diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan
adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak
diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan
kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja
tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi.
(Khairiyah, 2012).
10
JENIS PDP
DALAM
TALIAN
11
M-Learning
M-learning atau mobile learning ialah pembelajaran
dalam pelbagai konteks mealui penggunaan peranti
elektronik peribadi seperti telefon pintar, tablet,
notebook dan sebagainya yang boleh digunakan pada
bila-bila masa sahaja. M-learning juga dikenali sebagai
E-learning yang sangat sering digunakan pada masa
kini seperti forum online, google form, docs dan
sebagainya.
Podcast
Podcast merupakan audio digital dalam internet yang
mempunyai pelbagai pengajaran yang tertentu dari
laman web. Dengan hanya memuat turun dokumen
sudah dapat medengarnya atau mengsubscribe/
melanggan untuk mendapat notifikasi pada audio
baru yang akan datang. 12
Vlog
Vlog dikenali sebagai blog individu tetapi dalam bentuk
video sebagai cara penyampaian. Vlog boleh menjadi
pelbagai konten yang menarik mengikut minat dan
kelebihan masing-masing. Vlog sering menggabungkan
embeded video atau pautan video, teks, imej, rujukan
dan sebagainya. Kebiasaanya vlog akan dimuat naik di
YouTube.
Blog
Blog ialah website jurnal yang umum. Blog
merupakan media ekspresi diri atau isu semasa yang
boleh dikongsi bahan dalam bentuk web dan boleh
diakses oleh pengguna internet formal. Blog juga
banyak memaparkan tentang ilmu yang ditulis oleh
para pendidik. 13
Perisian sumber terbuka
(Open-source software (OSS))
Perisian komputer dengan kod sumber yang telah
disediakan dan dilesenkan. Pemegang hakcipta
membenarkan sesiapa mengkaji, mengubah dan
mengedarkan platfom ini bagi semua orang dengan
percuma pada bila-bila masa.
Teknologi pembelajaran sosial
(social learning tecnology).
Melalui perkembangan terkini teknologi pembelajaran
sangat penting seperti Facebook, Webex, Google Meet,
Zoom dan sebagainya. Pembelajaran ini
menggabungkan alat media sosial dengan interaksi
sosial, perkembangan terkini, pemindahan
pengetahuan, sesuai untuk komuniti yang besar dan
mudah serta lebih berkesan dan sempurna.
14
Bookmark
Kemudahan penanda buku secara digital dapat
memudahkan pengguna untuk mengimbas kembali
rujukan yang sama pada masa akan datang. Selalunya
penggunaan ini hanya untuk maklumat yang penting
sahaja ditanda atau dikenali sebagai kata kunci dalam
jurnal, e-book, web dan sebagainya.
Rakaman skrin
Bantuan tetapan digital rakaman skrin sangat
membantu untuk rujukan kembali setelah
menggunakan teknologi pembelajaran sosial seperti
Webex, Google Meet dan sebagainya sambil merekod
menggunakan rakaman skrin. Bermakna sepanjang
pengajaran dan pembelajaran dalam talian dapat
direkodkan dalam video rakaman skrin.
15
Learning
Management System
LMS direka bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pembelajaran seperti pendaftaran, caj,
peperiksaan, mentor atau pemantauan, fungsi untuk
pengguna dan sebagainya serta menyediakan akses
kepada perkhirdmatan pembelajaran dalam talian
untuk pelajar, guru, pihak pejabat, pentadbir dan
sebagainya.
16
PENDEKATAN MOTIVASI
PENDEKATAN BEHAVIORISME
PENDEKATAN HUMANISTIK
PENDEKATAN KOGNITIF
17
PENDEKATAN BEHAVIOURISME
- Pendekatan behaviourisme amat berkait rapat
dengan prinsip. Tingkah laku yang telah
diberikan peneguhan akan berlaku berbanding
dengan tingkah laku yang tidak diberikan
peneguhan.
- Motivasi dalam kes ini ialah ekstrinsik
- Menurut Skinner, motivasi ekstrinsik terbahagi
kepada dua jenis :-
GANJARAN
- Satu objek atau peristiwa yang diberi kepada murid
hasil daripada manifestasi sesuatu tingkah laku yang
diingini.
- Contohnya, guru memberi token kepada murid-murid
yangberaya menyiapkan tugasan dalam masa yang
diperuntukkan. Murid akan mengumpul token bagi
meraih ganjaran.
18
INSENTIF
- Sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakan
tingkah laku positif dan mengelakkan daripada tingkah
laku yang tidak diingini.
-Contohnya, guru memberi janji atau jaminan kepada
murid yang berjaya mengumpilkan token yang
ditetapkan.
- Apabila motivasi berdasarkan pendekatan behaviour
dilaksanakan secara konsisten, pelajar akan
menunjukkan tingkah laku yang positif.
19
PENDEKATAN HUMANISTIK
- Menekankan kebebasan peribadi pilihan, kegigihan
kendiri & menuju ke arah pertumbuhan kendiri.
Menurut para humanisme , manusia dilahirandengan
kecenderungan semula jadi. Contohnya keperluan
untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.
- Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku
tertentu kerana penyempurnaan kendiri. Dalam
konteks ini, semua manusia mempunyai keinginan
dalaman untuk mencapai apa yang mereka inginkan.
- Pendekatan ini juga memantau ciri-ciri peribadi
seseorang contohnya kompetensi diri, harga diri,
kegigihan diri, pencapaian diri serta memberi
penekanan terhadap individu yang mempunyai
kawalan terhadap proses-proses hidup sendiri.
- Maslow (1997) membuat kajian mengenai peranan
keperluan dalam menetukan motivasi.
20
PENCAPAIAN KENDIRI
PENGHARGAAN DIRI
KEPERLUAN SOSIAL
KEPERLUAN KESELAMATAN
KEPERLUAN FISIOLOGI
21
PENDEKATAN KOGNITIF
- Pendekatan ini menekankan bahawa tingkah laku
dipengaruhi oleh cara manusia berfikir mengenai
diri mereka dan persekitaran.
- Teradapat 4 pengaruh bentuk tingkah laku yang
dilakukan oleh seseorang :-
1 Keperluan untuk membina sesuatu asas
pengetahuan.
2 Harapan seseorang menyempurnakan tugasan
dengan jayanya.
3 Faktor-faktor yang mempengerahui
kepercayaan,seseorang samada kejayaan atau
kegagalan.
4 Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan
kognitif.
22
- Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan
naluri ingin tahu, bermotivasi serta meneroka untuk
menyelasaikan sebagai suatu bentuk tingkah laku
penyesuaian.
23
FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
MOTIVASI
24
MINAT
- Motivasi seseorang pelajar akan dipengaruhi oleh
minat mereka. Motivasi belajar akan semakin tinggi
apabila disertai dengan minat sama ada yang
bersifat dalaman ataupun luaran.
- Menurut D. Gunarasa dan Ny. Singgih D.G minat
belajar akan timbul dari sesuatu yang diketahui dan
kita dapat mengetahui sesuatu dengan belajar
kerana semakin banyak belajar semakin luas
bidang minat belajar.
- Contohnya, jika pelajar tersebut ingin mendalami
ilmu pengetahuan tentang Bahasa Melayu tentu
minat pelajar tersebut akan terarah untuk membaca
buku berkaitan Bahasa Melayu.
25
SIKAP
- Sikap pelajar yang sentiasa positif terhadap proses
pembelajaran akan menjadi pendorong terhadap
pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
- Menurut Zamri Mahamood (2004) sikap ialah
sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat atau
dirasa melalui tindakan yang diambil. Dalam
pembelajaran sikap banyak mempengaruhi sejauh
mana pelajar dapat menguasainya.
- Contohnya, jika seseorang pelajar itu memilik sikap
yang positif seperti kesedaran terhadap proses
pembelajaran, maka dia akan termotivasi untuk
menguasai pembelajaran tersebut dengan pelbagai
cara.
26
ASPIRASI
- Aspirasi yang terdapat pada setiap pelajar akan
mendorong pelajar untuk berusaha dan berjaya
mencapai kejayaan yang diingini.
- Menurut Slameto (2003) aspirasi ialah harapan atau
keinginan seseorang akan keberhasilan atau prestasi
tertentu. Dengan adanya taraf aspirasi , perkara ini
menyebabkan pelajar mencuba dan berusaha ke arah
itu.
- Motivasi belajar mula wujud dalam diri pelajar sejak
kecil lagi seperti keinginan untuk bermain.
- Contohnya, jika seseorang pelajar mempunyai
harapan atau keinginan untuk menjadi seorang
pendidik , pelajar tersebut akan berusaha dengan
belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginan
menjadi seorang pendidik.
27
KEPERLUAN
- Setiap tindakan yang wujud berdasarkan motivasi
dimulakan dengan keperluan. Seseorang tidak akan
termotivasi sekiranya tidak menginginkan sesuatu
daripada tindakan tersebut.
- Teradapat beberapa contoh keperluan menurut
Maslow :-
KEPERLUAN AKAN DIRI SENDIRI
-Pembelajaran yang efektif dapat diciptakan untuk
memenuhi keperluan diri sendiri. Dalam konteks ini
pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk
membantu dirinya mencapai cita-cita yang diinginkan.
KEPERLUAN UNTUK MENGETAHUI DAN MEMAHI
- Manusia mempunyai rasa ingin tahu ,
mendapatkan ilmu pengetahuan, maklumat dan
untuk memahami sesuatu. Jadi bagi memenuhi
keperluan rasa ingin tahu akan sesuatu , mereka
perlu belajar.
28
CABARAN
PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN
29
Capaian
kemudahan
internet
Cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan pembelajaran dalam talian
ialah dari segi capaian internet. Hal
ini kerana sesetengah kawasan
terutamanya di kawasan pendalaman atau
luar bandar amat terhad dan tiada
kemudahan internet untuk diakses.
Tambahan pula, sesetengah orang
berpendapat bahawa talian internet ini
amat bergantung kepada keadaan cuaca
seperti hujan yang akan menyebabkan
gangguan internet. Oleh itu, tidak
semua orang yang mampu mengakses
internet dan menyukarkan lagi mereka
untuk menjalani pembelajaran dalam
talian.
30
Kos internet
yang mahal
Kos internet yang mahal juga salah satu
cabaran bagi pelajar untuk menjalani
pembelajaran dalam talian. Hal ini
kerana sesetengah pelajar perlu membeli
pelan data untuk memastikan capaian
internet terus aktif malahan kekuatan
capaian internet juga bergantung kepada
jenis plan yang digunakan. Walaupun
penggunaan WiFi boleh digunakan untuk
mengakses internet, namun terdapat
sesetengah kawasan yang lemah dalam
mendapatkan liputan atau signal untuk
menghubungkan akses internet. Oleh itu,
pembelian data internet ini telah
menambahkan penggunaan wang dan akan
menambah masalah kepada pelajar atau
keluarga yang mempunyai masalah
kewangan.
31
Suasana yang
tidak kondusif
Pelajar juga seringkali kaitkan suasana
yang tidak kondusif dengan cabaran
dalam mengikuti pembelajaran dalam
talian ini. Hal ini dikaitkan kerana
pelajar tidak mempunyai ruang belajar
yang kondusif dan efektif dimana ruang
yang dikhaskan untuk belajar amatlah
terhad. Sebagai contoh, pelajar perlu
belajar dalam keadaan yang tidak sesuai
terutamanya pelajar yang kurang
berkemampuan, mereka tidak mempunyai
alatan yang diperlukan seperti meja
belajar dan sebagainya. Malahan,
suasana juga mempengaruhi pelajar untuk
mengikuti pembelajaran seperti suasana
riuh, gelap dan gangguan juga
menjejaskan fokus terhadap sesuatu
pembelajaran.
32
Tahap
keberkesanan
pembelajaran
yang rendah
Banyak pelajar juga mempunyai tahap
keberkesanan pembelajaran yang rendah.
Misalnya, pelajar sukar untuk
menguruskan masa dalam membuat
perancangan pembelajaran sendiri. Hal
ini kerana sesetengah pelajar perlu
memberi perhatian kepada komitmen yang
lain selain daripada belajar iaitu
mereka perlu lakukan banyak kerja dalam
satu masa. Pelajar perlu melakukan
perkara yang lain dan menyebabkan
pembelajaran mereka jadi tidak teratur
dan tertinggal. Maka, ramai pelajar
yang beranggapan pembelajaran dalam
talian ini dapat mengurangkan fokus dan
kurang efektif dalam mengikuti
pembelajaran secara dalam talian.
33
Kemudahan yang
kurang mencukupi
Untuk pembelajaran dalam talian,
pelajar perlu menggunakan kemudahan
gadget seperti komputer atau telefon
bimbit ketika sesi pembelajaran
berlansung. Namun, sesetengah pelajar
yang kurang berkemampuan, mempunyai
masalah mendapatkan akses gadget yang
terhad. Hal ini kerana ada pelajar yang
harus berkongsi komputer atau telefon
bimbit dengan adik-beradik yang ramai
dan yang masih bersekolah. Oleh itu,
pelajar tidak mempunyai akses
penggunaan yang baik dan sepenuhnya
serta akan menyebabkan ganggunya
penggunaan medium gadget mereka untuk
mengikuti pembelajaran mereka dengan
lancar. Perkara ini tidak mudah
khususnya kepada keluarga yang kurang
berkemampuan untuk meneruskan
pembelajaran yang secara efisien dan
tidak dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya. 34
LANGKAH
MENGATASI
CABARAN
PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN
35
BIJAK MEMILIH SUASANA
BELAJAR
36
PENGGUNAAN INTERNET YANG
BERHEMAH
37
MENDISIPLINKAN
DIRI
38
MENJAGA KESIHATAN
DIRI
39
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, motivasi sangat penting bagi
pelajar khususnya pembelajaran dalam talian . Bukan itu
sahaja, melalui motivasi, pelajar dapat melakukan
kawalan kendiri dan sentiasa berfikiran terbuka untuk
menerima halangan dan cabaran di dalam proses
pembelajaran secara dalam talian sebagai satu
dorongan untuk menjadi insan yang lebih bersemangat
ketika menuntut ilmu pengetahun. Oleh itu, elemen-
elemen motivasi ini perlu diterapkan di dalam diri setiap
pelajar supaya mereka memperoleh kejayaan khsusnya
di dalam bidang pendidikan.
40
BIBLIOGRAFI
Mashitah Binti Khalid. (2012). Faktor Mempengaruhi Motivasi Pelajar,
dimuat turun pada 13 Januari 2022 daripada
http://mashithah87.blogspot.com/2012/05/faktor-mempengaruhi-
motivasi-pelajar.html?m=1
Muhammad Rizki. (2018-2019). Faktor Yang Mempengaruhi Minat
Belajar Siswa, dimuat turun pada 13 Januari 2022 daripada
https://osf.io/nem8f/download/?format=pdf
Amin. (2017). Motivasi Pembelajaran Dalam Pelbagai Perspektif,
dimuat turun pada 12 Januari 2022 daripada
https://edup3033.aminteach.com/2017/04/19/motivasi-pembelajaran-
dalam-pelbagai-perspektif/
Mohammad Zulfikri Bin Mohamad Nasir et al. (2020). Motivasi Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran, dimuat turun pada 3 Januari 2022
daripada
https://anyflip.com/lniic/gvkb/basic
Yahaya, M., & Hayat Adnan, W. (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah
pembelajaran atas talian: Kajian institusi pengajian tinggi awam
Malaysia. Dimuat turun pada 8 Januari 2022 daripada
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46977
ISE Education. (2021). Pembelajaran Online - Cabaran dan Cadangan
Mengatasinya - URise. Dimuat turun pada 11 Januari 2022 daripada
https://jpkmalaysia.com/cabaran-pembelajaran-online-cadangan-
mengatasinya/
41
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2004). Definisi Motivasi. Dimuat turun
pada 8 Januari 2022 daripada
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=motivasi
Lokman Ismail. (2020). MANA ISTILAH BETUL, ATAS TALIAN ATAU
DALAM TALIAN. Dimuat turun pada 25 November 2021 daripada
http://cwaliman.blogspot.com/2020/09/gtd.html
Techopedia. (2022). Maksud Dalam Talian. Dimuat turun pada 8
Januari 2022 daripada
https://ms.theastrologypage.com/online#menu-1
Sarina. (2009). Definisi Pengajaran dan Pembelajaran. Dimuat turun
pada 8 Januari 2022 daripada
http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-
dan-pembelajaran.html
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2004). Definisi Internet. Dimuat turun
pada 8 Januari 2022 daripada
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=internet
Hazwani. (2020). Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian
(LMS) serta contoh alatan dan aplikasi internet untuk pembelajaran.
Dimuat turun pada 8 Januai 2022 daripada
https://prezi.com/p/72ebmfiynk3q/konsep-dan-jenis-jenis-
pembelajaran-dalam-talian-lms-serta-contoh-alatan-dan-aplikasi-
internet-untuk-pembelajaran/
Khairiyah. (2012). Psikologi pendidikan: Konsep motivasi dan jenis-
jenis motivasi. Dimuat turun pada 8 Januari 2022 daripada
http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/konsep-motivasi-dan-
jenis-jenis-motivasi.html
42