The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CADANGAN KERTAS KONSEP IHYA RAMADHAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabaatul.adauyah83, 2022-03-18 15:16:46

CADANGAN KERTAS KONSEP IHYA RAMADHAN 2022

CADANGAN KERTAS KONSEP IHYA RAMADHAN 2022

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bersempena dengan itu,
Ihya’ Ramadhan merupakan
salah satu dari program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Raja
Muda Musa pada setiap tahun. Program ini dijalankan sepanjang Bulan
Ramadhan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini yang
melibatkan semua warga SK Raja Muda Musa. Program ini juga dirancang
sebagai salah satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan
cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

1. Mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan sunat yang dituntut dilakukan
sepanjang BulanRamadhan.

2. Menerapkan murid dengan akhlak yang mulia selaras tuntutan agama.

3. Memupuk semangat cintakan ajaran Rasulullah s.a.w di kalangan murid.

4. Melahirkan murid yang prihatin dan menghayati bulan-bulan dalam Islam.

5. Membentuk sahsiah murni di kalangan murid untuk menjadikan pelajar SK
Raja Muda Musa insan kamil yang cemerlang dunia dan akhirat.

6. Mengimarahkan Bulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunat yang
dituntut dalam Islam.

NAMA PROGRAM
”Ahlan Ya Ramadhan..Kehadiranmu dirai`.”
SASARAN

Seluruh warga SK Raja Muda Musa yang beragama Islam

TARIH/HARI/ MASA

SEPANJANG RAMADHAN
4 April 2022 sehingga 29 April 2022
Hari Persekolahan

TEMPAT
SK Raja Muda Musa

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

JAWATANKUASA PELAKSANA & CADANGAN AKTIVITI

Penasihat : En. Jefrry bin Said (Guru Besar)
Pengerusi 1 : En. Mohd Yazid bin Abdul Hamid (PK 1)
Pengerusi 2 : Puan Faridah Hanim binti Mohamad (PK HEM)
Pengerusi 3 : En. Khairun Nizar bin Abdul Rashid (PK KO)

Penyelaras Program : Puan Noor Asy Asura binti Zakaria
Setiausaha : Puan Rabaatul Adauyah binti Abdul Halim
Bendahari : Puan Siti Salwidawati binti Abdul Rahman

Ketua Tadarus Al-Quran Tahap 1 : Puan Anna Suzianie binti Che Abdul Kadir/
Puan Zahrah binti Mohamad Zahid

Ketua Tadarus Tahap 2 : Puan Noor Hasyimah binti Abdullah/En.Zahari bin Che
Zakaria

Buletin / Risalah Ramadhan : Puan Noor Asy Asura binti Zakaria

Pertandingan Dai`e Cilik Ramadhan ( Tahap 2) : Puan Sharifah Suhaili binti Syed
Mustaffa / Puan Harisun binti Abdul Halim

Pertandingan Membaca Hadith Berkaitan Ramadhan ( Tahap 1) : Puan Noor
Huraizah binti Yahaya

Pertandingan Mewarna Tahap 1 & Melukis Poster dan Slogan Ramadhan Tahap
2 : Cik Noor Fadhilah binti Mohd Nasir

Pertandingan Melaungkan Azan Tahap 1 ( individu) & Pertandingan Selawat
Solat Terawih Tahap 2 ( Berkumpulan 3 0rang sahaja) : En. Zahari bin Che
Zakaria

Buku Program / Hebahan Program / Siaraya Ramadhan : En. Mohamad Hafizul
bin Md Giasuddin

Ajk Hadiah : Puan Norazaliza binti Mohd Fouzi / Puan Salwidawati binti Abdul
Rahman / Puan Rabaatul Adauyah binti Abdul Halim / Puan Noor Huraizah binti
Yahaya

Ceramah Nuzul Al-Quran/ Halaqah Ilmu / Kuiz Ramadhan (tahap 1) /
Silangkata Ramadhan (tahap 2) : En.Zahari bin Che Zakaria / En.Mohamad
Hafizul bin Md Giasuddin

Sedekah Sobah : Puan Noor Hasyimah bt Abdullah / Puan Asy Asura binti
Zakaria

Program Kasih Mahabbah : Puan Syarifah Suhaili binti Syed Mustaffa / Puan
Harisun binti Abdul Halim /Puan Zahra binti Mohamad Zahid /Puan Anna
Suzianie binti Che Abdul Kadir

SUMBER PENDAPATAN
Peruntukan Kegiatan Pendidikan Islam
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Aktiviti Perkara Kuantiti Jumlah
1. Tadarus Al-Quran( Majalah RM6 X 20 RM120
Koleksi Orang
Peserta Khatam) Tazkirah RM70
Majalah RM7 X 10
2. Pertandingan Dai`e Cilik Solusi Orang
Ramadhan ( Tahap 2)

3. Pertandingan Membaca Majalah Asuh RM7 X 10 RM70

Hadith Berkaitan Orang RM140

Ramadhan ( Tahap 1) RM70
RM105
4. Pertandingan Mewarna Pensel Warna RM7 X 20 RM105
Tahap 1 & Melukis RM105
Poster dan Slogan RM680.00
Ramadhan Tahap 2

5. Pertandingan Kotak Pensel RM7 X 10

Melaungkan Azan Tahap Orang

1

6. Pertandingan Selawat Buku Nota RM7 X 15

Solat Terawih Tahap 2

7. Kuiz Ramadhan Kotak Pensel RM7 X 15

8. Silangkata Ramadhan Set Alat Tulis RM7 X 15

Jumlah Keseluruhan

PENUTUP

Diharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua murid
dan guru serta mencapai objektifnya. Kerjasama yang padu
daripada seluruh warga SK Raja Muda Musa amat diperlukan agar majlis ini
berjalan lancar dan mendapat manfaat serta mendapat keberkatan dariNYA.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………….. ………………………………
(RABAATUL ADAUYAH BINTI (JEFFRY BIN SAID)
ABDUL HALIM)
Setiausaha Program Ihya Ramadhan Guru Besar, SK Raja Muda Musa


Click to View FlipBook Version