BUKU LOG PENGAKAP Disediakan Oleh LING JIUN PING Angka Giliran Program Kod Kursus Nama Kursus Pensyarah 2021242340268 PISMP Ambilan Jun 2021 MPU3062 Kokurikulum-Unit Beruniform PN Zaharah Abd Manaf
ISI KANDUNGAN Biodata Peribadi Pengenalan Pengakap Lambang Bendera Cogan Kata Ikrar Lagu Pengakap Sejarah Pengakap Malaysia Pengakap Dunia Perlembagaan dan Undang-undangb Persekutuan Pengakap Pengasas Sejarah Penubuhan Tujuan Penubuhan dan istiadat rasmi Struktur organisasi Pengakap Dasar Keagamaan Pengurusan dan pentadbiran kumpulan Pakaian seragam Pengakap Protokol dan pemakaian lencana dan tanda pangkat Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak Perancangan Aktiviti
Catatan Peribadi Nama: LING JIUN PING Kumpulan: IPGM: IPGM Kampus Ipoh No.KP: 020818-13-0572 Tarikh Lahir: 18.08.2002 Status: Siswa Pendidik (Pelajar) Alamat Surat Menyurat: NO.33B, Lorong RTM 13K, 96000 Sibu, Sarawak.
Pengenalan Pengakap Matlamat Keahlian dan peringkat umur pengakap Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunnya. Menggalakkan perkembangan sikap dan peribadi Menanam semangat individu yang rajin berusaha Menggalakkan individu untuk memberi sumbangan yang positif kepada agama, keluarga, masayrakat, dan negara Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli daripada pelbagai lapisan masyarakat Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah, seeorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia. 10-12 tahun: Pengakap kanak0kanak 13-15 tahun: Pengakap Muda 16-17.5 tahun: Pengakap Remaja Dewaa: Pengakap Kelana Pengakap telah ditubuhkan adalah untuk melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam Pembangunan Masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Tujuan
BENDERA PENGAKAP
COGAN KATA PENGAKAP Pengakap Kanak-kanak “Buat Sehabis Baik” Pengakap Remaja “Pandang Luas” Pengakap Kelana “Berkhidmat” Pengakap Muda “Selalu Sedia”
MAKSUD LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA LAMBANG PENGAKAPMALAYSIA Pecahan Tiga Kelopak Melambangkan 3 Persetiaan Pengakap i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii. Menolong orang pada setiap masa iii. Menurut undang-undang pengakap Dua butir bintang pecah lima Berwarna Hijau pada kelopak kiri dan kanan Melambangkan undang-undang pengakap Ikatan Hijau pada Kelopak Melambangkan ikatan persaudaraan pengakap yang kukuh ELITERUNNER SEP T MEBER 2015 | ISSUE 05 25 Lingkaran Tali Berwarna kuning Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia Melambangkan 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Malaysia Melambangkan agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Bintang Pecah 14 Berwarna Kuning Anak Bulan dan Bintang Unit Pengakap Muda Unit Pengakap Remaja Unit Pengakap KanakKanak
MAKSUD LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA LAMBANG PENGAKAPSEDUNIA Pecahan Tiga Kelopak Melambangkan 3 Persetiaan Pengakap i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii. Menolong orang pada setiap masa iii. Menurut undang-undang pengakap Dua butir bintang pecah lima Melambangkan sepuluh undangundang Pengakap Ikatan Putih Melambangkan ikatan persaudaraan pengakap yang kukuh ELITERUNNER SEP T MEBER 2015 | ISSUE 05 25 Lingkaran Tali Berwarna kuning Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia Kesucian Perkhidmatan dan Kepimpinan
isuue 20 Borcelle | 9 Visi Pengakap Menjelang tahun 2025, Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun warganegara yang berguna. MIsi Kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yangberasaskan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat ini akan dapat dicapai melalui; Penglibatan berterusan dalam proses pendidikan tidak formal; Menggunakan kaedah khusus untuk menjadikan setiap individu sebagai agen utama pembangunan diri supaya dapat berdikari, bertanggungjawab dan komited; Membantu mereka membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan keperibadian seperti yang ternyata dalam Persetiaan dan Undangundang Pengakap Misi Pengakap
Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap IKRAR PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menurut undang-undang pengakap Menolong orang pada setiap masa semua ahli pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan sebagai ingatan yang kuat meti sentiasa menolong yang lemah
LAGU PENGAKAP MALAYSIA Lirik Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia N O M A D I C | 2 4
Nama Sebenar: Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell Nama Gelaran: BP Dilahirkan pada 22 Feb 1857 di Hype Park, London Mempunyai 7 orang adik beradik Nama Bapa : Reverend H.G. Baden Powell (Seorang Professor dalam bidang sains di Universiti Oxford Nama Ibu: Henrietta Smyth ( Anak Laksamana British W.T. Smyth) Berminat hidup di luar rumah semenjak kecil lagi Berjalan & berkhemah bersama abangnya Banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah Beliau memilih tentera sebagai kerjayanya Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ketenteraan dan ditauliahkan pangkat Leftenan muda & mula bertugas di merata dunia Dihantar ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera BADEN-POWELL (1857-1941)
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, Englandpada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. SEJARAH PENGAKAP PAGE 15 DUNIA INTERVIEW Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Selepas itu dalam tahun 1908, BadenPowell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Bermula di sini, Pergerakan pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurangkurangnya satu pasukan pengakap pada ketika iitu, Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di nergeri-negeri Melayu dan Borneo. N O M A D I C | 2 4 Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di nergerinegeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 )
Perlembagaan Pengakap Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 1. 2.Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010.
TUJUAN Penubuhan Bersifat Pendidikan sepanjang hayat Memberi latihan kepimpinan Dunia yang lebih baik Melatih Generai Muda Yang berasaskan Prinsip& Undangundang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama & kebudayaan Bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi& jasmani seta hubungan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan Pengakap bertanggungjawab kepada masyarakat, negaranya&antarabangsa Kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri&berkeyakinan Menghormati & orang lain Bekerjasama berkhidmat kepada orang lain Bertanggungjawab kepada alam sekitar serta hormat terhadap harat&pemilikan Beriman& beramal soleh ① ② ③ ④
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 3. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun(Bersaudara) 4. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 5. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 6. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 8. 9.Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) 10.
Berbagai-bagai istiadat diamalkan dalam Pergerakan Pengakap. Setiap ahli pengakap perlu mengetahui bagaimana melaksanakan istiadat-istiadat penting yang terdapat dalam Pergerakan Pengakap . 01 02 03 04 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PENGAKAP Istiadat Laung Agung Istiadat Bendera Istiadat Melantik Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan 05 Istiadat Meningkat Naik
Istiadat Laung Agung Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 1. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 2. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 3. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 4. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 5. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 6.
Istiadat Bendera Terbahagi kepad tiga jenis istiadat, iaitu: (1) Istiadat mengibarkan bendera (2) Istiadat menaikkan Bendera (3) Istiadat menurunkan Bendera (1) Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK)
Istiadat Bendera (1) Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK) 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain . 10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..
Istiadat Bendera (1) Prosedur menurunkan bendera 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.
Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan 1. Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 3. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 4. 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana 7.Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8.Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10.PKK tabik hormat Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 11. 12.PKK balik ke sekawan masing-masing
Istiadat Melantik PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolongpenolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak” PKK baru : “Ya, Akela” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” PKK baru : “Ya, Akela”
Istiadat Meningkat Naik Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Prosedur pelaksanaan : PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!”
www.reallygreatsite.com HORMAT PENGAKAP Hormat Pengakap dilakukan apabila: Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan 1. 2.Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya 3. 4.Lagu Kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan Selesai meanaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap 5. CARA HORMAT PENGAKAP Hormat pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.
Struktur dan organisasi Pengakap Malaysia
Carta Organisasi Pengakap MalaysiaPeringkat Daerah Carta Organisasi Pengakap Malaysia Peringkat Negeri
Struktur Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLM IPG)
Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Sekolah Rendah
Taat kepada Tuhan Taat kepada Raja Taat kepada Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undangundang Pengakap
Setiap ahli Pengakap hendaklah taat dan patuh kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Wakil-wakil Raja Memerintah Setiap ahli Pengakap mesti beragama dan mengamalkannya mengikut tuntutan agama masingmasing serta menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Setiap ahli Pengakap hendaklah menghoramati dan mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara serta menyokong penuh dasar dan polisi kerajaan. Setiap ahli Pengakap hendaklah menolong orang tanpa mengira agama, bangsa mahupun negara serta sentiasa membuat kebaikan kepada masyarakat. Pengakap juga ikhlas dan jujur menabur bakti serta menyuburkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman awam. Setiap ahli Pengakap hendaklah berusaha untuk memahami, menerapkan ke dalam jiwa dan minda, serta melaksanakan secara berterusan dalam kehidupan seharian kesemua ajaran, nasihat dan bimbingan yang terkandung di dalam Undang-undang Pengakap agar setiap ahli Pengakap memiliki sifat-ifat dan keperibadian terpuji..
Pengurusan dan Pentadbiran Pengakap Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.
Pengurusan dan Pentadbiran Pengakap Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran.
Pengurusan dan Pentadbiran Pengakap Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR.
Pengurusan dan Pentadbiran Pengakap Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat
Pakaian Seragam Pengakap
Pakaian lencana Pengakap
Lencana-lencana Pengakap
Lencana Pengakap Kanak-Kanak
Kraf Perkhemahan
Simpulan & Ikatan Pengakap
❖Fire Kraf BIL Fire Craft Gambar 1. Hunter’s Fire ➢ Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat. 2. Reflector Fire ➢ Fungsi utaam api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah ➢ Contoh: memanaskan badan dan digunakan untuk memanggang 3. Star Fire ➢ Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang 4. Teepee Fire ➢ Paling sesuai dan mudah digunakan ➢ Tetapi susah untuk didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu
5. Log Cabin Fire ➢ Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil ➢ Apabila terbakar, bahagian dalam hanya dibakar 6. Council Fire ➢ Dikenali sebagai “Api pyramid” ➢ Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan ❖Jenis-jenis Khemah BiL Khemah Gambar 1. Ridge tent Menpunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat 2. Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya
3. Frame tent Khemah Jenis besar yang biasa digunakan Untuk perkhemahan keluarga Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dpasang kemudian 4. Bell tent Mempunyai satu tiang tinggi di puncak Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”
Skim Latihan Kanak-Kanak
Pengurusan SkimLencana Pengakap Kanak-kanak
Memakai Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) (Pertengahan Tahun 6) Lulus Lencana Kemajuan Keris Emas (ketika Tahun 6) Lulus Lencana Kegemaran (ketika Tahun 5) Lulus Lencana Keahlian (ketika Tahun 4) Lulus Lencana Kemajuan Keris Perak (ketika Tahun 5) Lulus Lencana Pengetahuan/Perkhidmatan (ketika Tahun 5) Lulus Lencana Wajib (ketika Tahun 4) Lulus Lencana Kemajuan Keris Gangsa (ketika Tahun 4)
Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana waji yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian. Pengakap Kanak-Kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih satu Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahli Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Di samping itu, Pengakap Kanak-Kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan Dua dalam Kategori Perkhidmatan. Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak 1.Lencana Keahlian Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagi mangakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.