The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrelna2801, 2020-10-31 06:00:04

khairulakmal

khairulakmal

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

DEFINISI:

Satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki
kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu
standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.

Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek
pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami
perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru
dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi
mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di
peringkat antarabangsa.

Cabaran Penghijrahan Pensyarah (Brain
Drain)

Dominasi Jantina Dalam Profesyen
Perguruan

Peperiksaan Mengikut Keupayaan

Penghijrahan Pensyarah (Brain Drain)

• Penghijrahan ini merupakan satu fenomena yang biasa yang
sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini
dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar
yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar
dengan perkembangan pendidikan negara ini.

• Kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang
kepada pensyarah institusi pengajian tinggi memilih haluan
karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya
kepada agensi-agensi yang berada di bawah
naungankementerian pendidikan.

Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

• Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada
masa kini dan menjelang pada abad ke-21 akan terus dimonopoli oleh
wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya
kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai
perkembangan tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan
moral, masalah disiplin, jenayah berat & ketidakmampuan guru
wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

Peperiksaan Mengikut Keupayaan

• Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar
mengambil peperiksaan mengikut keupayaan adalah
bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan
cerdik telahpun bersedia boleh mengambil
peperiksaan lebih awal.

Langkah Menangani Cabaran:

• Meningkatkan Profesionalisme Perguruan
• Golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan
keazaman dan sedia hadapi cabaran-cabaran baru,
disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka
sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi
oleh murid, ibu bapa dan masyarakat.

• Membaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

• Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu
menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi
keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta
potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan
negara.

KESIMPULAN

• Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap
lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan
masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam
melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,
inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah
pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah
meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan
pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang
menyeluruh dan bersepadu.


Click to View FlipBook Version