The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1 2021 (1).docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94371495, 2021-03-19 03:30:59

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1 2021 (1).docx

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1 2021 (1).docx

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROPICANA

BIL. 1/2021

Tarikh: 13.1.2021
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Google Meet

KEHADIRAN: JAWATAN

BIL. NAMA Pengetua /Pengerusi
Penolong Kanan Pentadbiran
1. Pn. Norliza bt. Mustapa Penolong Kanan HEM
2. Pn. Zurani bt. Mohd Zain Penolong Kanan Kokurikulum
3. Pn. Gan Loh Yong GKMP Bahasa/Penyelaras B.Jepun
4. Cik Noor Azliyah bt. Razalli GKMP Sains dan Matematatik
5. Pn. Boey Siew Inn GKMP Kemanusiaan
6. Pn. Padijah bt. Mohamad Ali GKMP Teknik dan Vokasional
7. Pn. Anida bt. Maesin Kaunselor
8. Pn. Salmanja bt. Salaton Guru Data
9. Pn.Tan Sue Ern Ketua Panitia BM / S/U Pep. Men. Rendah
10. Pn. Khor Puay Puay Ketua Panitia Bahasa Inggeris
11. Pn. Nurul Ilyani bt. Ishahar Ketua Panitia Matematik/M. Tambahan
12. En. Shamsul Anuar b. Mohamed Daud Ketua Panitia Geografi
13. Pn. Wan Nur Izzati bt. Wan Zahari Ketua Panitia Sejarah
14. En. Aril bin Sawardi Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi
15. En. Mohd Firdaus bin Abd Halim Ketua Panitia Pendidikan Islam
16. Pn. Low Moi knear Ketua Panitia Pendidikan Moral
17. Pn. Norsaadah bt. Hassan Ketua panitia Pendidikan Seni Visual
18. Pn. Sabariah bt. Mat Salleh Ketua Panitia PJPK
19. Pn. Siti Arafah bt. Amirdin Ketua Panitia Sains/ S/U Pep. Men. Atas
20. En. Mohd. Rafshanjani bin Ab Hamid Penyelaras Bahasa Cina
21. Pn. Asma’ binti Alias Penyelaras Prinsip Perakaunan
22. Cik Wong Zhi Cheng Penyelaras Perniagaan
23. Pn. Iryani bt. Kamal Penyelaras Ekonomi
24. Pn .Siti Sarini bt. Yunus S/U SPM
25. Pn. Noriza bt. Mohd PauziI Penolong Setiausaha SPM/ PBd Men.Atas
26. Pn. Yogenthini a/p Ananda
27. En. Muhammad Syafiq b. Abu Johan Setiausaha PT3

28. En. Syahir bin Sulaiman Penolong Setiausaha PT3

29. Pn. Nur Shahila bt. Nordin Setiausaha PBD

30. Pn. Nor Shakirin bt. Abdul Wahid Penolong Setiausaha PBD

31. Cik Voon Nyet YIn Penolong S/U Kurikulum

32. Pn. Fadilah bt. Yusuf S/U Kurikulum

33. Pn. Nurul Farhana bt. Mohamad Shukri

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN:

BIL. NAMA KENYATAAN JAWATAN

1. Pn. Siti Noraishah bt. Ismail cuti bersalin Kaunselor

2. Pn. Fauzana bt. Mohamad Rohmatullah cuti bersalin Guru Media

AGENDA:

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua pentadbir dan guru ke
mesyuarat kurikulum kali pertama bagi tahun 2021.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjadi guru dan pemimpin
yang terbaik kepada murid-murid.

1.3 Pengerusi mengigatkan semua guru tentang TS25 iaitu:

i. TS25 perlu sentiasa disebut agar semua pentadbir, guru, murid dan akhirnya semua komuniti
faham tentang TS25 kerana sekolah SMK Tropicana merupakan sekolah TS25.

ii. Konsep TS25 ini terbahagi kepada tiga iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti dan sokongan
PIBG & komuniti.

iii. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat semua sekolah dipimpin oleh pemimpin
yang berkesan dengan salah satu caranya ialah pemimpin lulus dalam kursus e-NPQEL.

iv. Tiga elimen TS25 ini apabila digabungkan akan memastikan murid-murid mendapat
persekitaran pembelajaran yang meyeronokkan, melahirkan murid yang terbaik dan sekolah
yang berkualiti.

v. Di peringakat dalaman, sekolah telah memilih guru berkualiti sebagai fokus utama sebagai
penggerak kepada sekolah yang akan melahirkan generasi yang hebat dan berkualiti.Oleh itu,
guru diharap dapat menjadi guru yang berkompeten dan beraspirasi tinggi bukan sahaja dalam
bidang kurikulum tetapi juga bidang lain.

vi. Dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS), mereka mendapati
sekiranya guru itu ialah guru yang hebat dan cemerlang, guru tersebut dapat memastikan
murid itu berada pada tahap pencapaian yang tinggi. Kajian telah dibuat kepada dua kumpulan
murid yang mepunyai tahap yang sama dan diberi kepada kepada guru-guru yang berkualiti
tinggi dan satu kumpulan lagi diberi kepada guru yang kurang sedikit kualitinya. Dapatan kajian
mendapati kualiti murid dapat dicapai dengan hebat berbanding guru yang kurang sedikit
kualitinya.

vii. Pengerusi berharap semua guru berkompeten dan beraspirasi tinggi demi kecemerlangan
anak-anak murid dan mereka berjaya apabila dewasa kelak.

1.4 Pengerusi juga berkongsi status terkini jumlah kes covid-19 iaitu kes pada 12 Februari sebanya
3309 kes yang merupakan kes tertinggi setakat ini buat negara Malaysia.Akibat daripada pendamik
ini telah memberi kesan kepada negara dan para pendidik. Pengerusi mengingatkan supaya
guru-guru menyahut perubahan dalam melaksanakan pendidikan.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL .1/2020

Cik Anita Mary a/p Fathi Rosary Rajan mencadangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2021
disahkan dan disokong oleh Pn. Salmanja bt. Salaton tanpa sebarang pindaan.

3. PERKARA- PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 AJK dan Takwim Kurikulum 2021
4.1.1 Senarai Ahli Jawatankuasa Kurikulum tahun 2021

Jawatan Nama

Pengerusi Pn. Norliza bt. Mustapa
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi I Pn. Zurani bt. Mohd Zain
Naib Pengerusi II
Setiausaha Pn. Gan Loh Yong
Penolong Setiausaha
Cik Noor Azliyah bt. Razalli
Pn. Nurul Farhana bt. Mohamad
Shukri
Pn. Fadilah bt. Yusuf

Ahli-Ahli

Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa Pn. Boey Siew Inn
Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Pn. Salmanja bt. Salaton
Vokasional Pn. Anida bt. Maesin
Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan Pn. Padijah bt. Mohamad Ali
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Pn. Yogenthini a/p Ananda
Matematik En. Muhammad Syafiq b. Abu Johan
Setiausaha Peperiksaan SPM En. Mohd Syahir b. Sulaiman
Penolong Setiausaha Peperiksaan SPM/PBd Pn. Nor Shahila bt. Nordin
Men.Atas Pn. Asma’ bt. Alias
Setiausaha PT3

Penolong Setiausaha PT3

Setiausaha Peperiksaan Men Atas

Setiausaha Peperiksaan Men Rendah Pn. Nurul Ilyani bt. Mohd Ishahar

Setiausaha PBD Pn. Norshakirin bt. Abd. Wahid

Penolong Setiausaha PBD Cik Voon Nyet Yin
Guru Media
Guru ICT/Data/Maklumat Sekolah Pn. Fauzana bt. Mohamad
Rohmatullah

Pn. Khor Puay Puay

Kaunselor Sekolah Pn. Siti Noraishah bt. Ismail

Kaunselor Sekolah Pn. Tan Sue Ern

Ketua Panitia Bahasa Melayu Pn. Nurul Ilyani bt. Ishahar
Ketua Panitia Bahasa Inggeris En. Shamsul Anuar b. Mohamed
Daud
Penyelaras Bahasa Cina Cik Wong Zhi Cheng
Penyelaras Bahasa Jepun Pn. Boey Siew Inn
Ketua Panitia Matematik /P.Matematik Pn. Wan Nur Izzati bt. Wan Zahari
Tambahan
Ketua Panitia Sains Pn. Asma’ binti Alias
Ketua Panitia Geografi En. Md. Aril b. Sawadi
Ketua Panitia Sejarah En. Mohd Firdaus bin Abd Halim
Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi Pn. Low Moi Knear
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Pn. Siti Arafah bt. Amirdin
Ketua Panitia Pendidikan Islam Pn. Norsaadah bt. Hassan
Ketua Panitia Pendidikan Moral Pn. Sabariah bt. Mat Salleh
Ketua Panitia PJPK En. Mohd. Rafshanjani b. Ab. Hamid
Penyelaras Prinsip Akaun Pn. Iryani bt. Kamal
Penyelaras Ekonomi Pn. Noriza bt. Mohd Pauzi
Penyelaras Perniagaan Pn. Siti Sarini bt. Yunus
Penyelaras Sains Tulen Pn. Padijah bt. Mohamad Ali

4.1.2 Terdapat sedikit perubahan AJK kurikulum pada tahun lepas:

i. Ketua Panitia Bahasa Inggeris pada tahun 2020 ialah Cik Anita Mary a/p Fathi
Rosary Rajan ditukar kepada En. Shamsul Anuar b. Mohamed Daud kerana Cik
Anita perlu memegang tugas sebagai Penyelaras Dokumentasi TS25.

ii. Penyelaras Bahasa Cina ditukar kepada Cik Wong Zhi Cheng kerana Puan Lain
Chai Gin akan bersara pada tahun ini.

iii. Ketua Panitia Sains Pn. Asma’ binti Alias telah menggantikan Pn. Azimah bt. Azmi
@ Che Azmi yang telah berpindah.

Makluman

4.1.3 Pengerusi mengharapkan kerjasama dan sikap dedikasi semua Ketua Panitia untuk terus
meningkatkan pencapaian kurikulum sekolah.

Makluman

4.1.4 Takwin Kurikulum:

TARIKH AKTIVITI PROGRAM

PELANCARAN MINGGU AKADEMIK

12.4.2021 Minggu Bahasa

26.4.2021 Minggu Sains dan Matematik

12.7.2021 Minggu Teknik dan Vokasional
02.8.2021 Minggu Kemanusiaan

MESYUARAT KURIKULUM

13.1.2021 Mesyuarat Kurikulum 1

12.4.2021 Mesyuarat Kurikulum 2 (post mortem SPM/PAT/2020)

29.6.2021 Mesyuarat Kurikulum 3 (post mortem PPT)

30.9.2021 Mesyuarat Kurikulum 4 (post mortem PPC)

MESYUARAT PSS Jawatankuasa Induk PSS, Kerja dan NILAM
13.1.2021 Jawatankuasa Induk PSS, Kerja dan NILAM
08.4.2021 Jawatankuasa Induk PSS, Kerja dan NILAM
01.7.2021 Jawatankuasa Induk PSS, Kerja dan NILAM
24.9.2021

SUKATAN TAMAT Tingkatan 3
30.7.2021 Tingkatan 5
30.7.2021 Tingkatan 4, 2 & 1
30.9.2021

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK (Umum)

19 April 2021 Pelancaran Program Pemantapan Akademik

April - Oktober Tutor Muda
202
1

Mei - Julai 2021 Menuju Puncak

Julai - Oktober Gerak Gempur T3 & T5
202
1

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK (Sokongan)
Panitia Bahasa Melayu

Januari-Oktober Bicara Minda

Januari-Oktober Didik Bicara (Pidato)

Januari-Oktober Modul Jauhari

Januari-Oktober Intervensi/Bahasa Jiwa Bangsa

September-Oktober Pecutan Akhir PT3 & SPM

Panitia Bahasa Inggeris

Januari-Oktober English Day Everyday/Learn A Word A Week

Januari-Oktober Let’s Read Online

Januari-Oktober Speaker’s Corner

September-Oktober Pecutan Akhir PT3 & SPM

Panitia Sejarah

Januari-Oktober Skor A

September-Oktober Sentuhan Kasih

Panitia Matematik

Januari-Jun Saya sayang Matematik

Julai-Oktober Pemantapan Minda

April-Ogos Program Alpha, Beta, Theta

Panitia Sains/Sains Tulen

Februari-Septembe Eksplorasi Sains
r ProSa (projek skor A)
Belaian Kasih
Mac-September

Jun-Oktober

Panitia Pendidikan Moral

Februari Kilauan Ilmu

Julai Warga Prihatin

Panitia Bahasa Jepun

Januari-Oktober Yomimashou (Let’s Read)

Januari-Oktober Hanashimashou(Let's Speak)

Mei-Jun Pecutan Akhir UPBA Tingkatan 5

Panitia Bahasa Cina

Januari-Oktober Cara Mendeklamasi Sajak & Pidato

September-Oktober Pecutan Akhir SPM

Pendidikan Agama Islam

Mac-November HEBAT berKBAT,

Mac-November Zero to Hero

Julai-November Jom Score A

Panitia Ekonomi

April-Oktober Kenali Keluk

Jun - Oktober Kelas Bimbingan SPM

Panitia Perniagaan

April -Oktober Kata Kunci

Jun - Oktober Kelas Bimbingan SPM

Panitia Prinsip Perakaunan

April-Oktober Dokumen

Jun - Oktober Kelas Bimbingan SPM

Panitia RBT

April -Oktober Langkah RBT

Jun - Oktober Kelas Bimbingan PT3

Panitia Pendidikan Seni Visual

Februari-Septembe Gemilang Seni
r Belaian Kasih

Mac-Julai

Panitia PJPK

Ogos 1Murid 1Sukan

Mac Juara Muda

Oktober Sukan

4.1.5 Program-program yang dirancang akan tetap diteruskan secara atas talian sekiranya
peningkatan kes covid-19 masih meningkat.
Makluman

4.1.6 Program-program yang dirancang mestilah melibatkan semua tingkatan.

4.1.7 Semua guru perlu peka dengan tarikh sukata tamat yang telah ditetapkan di dalam jadual di
atas.
Tindakan : Semua KP

4.1.8 Pentaksiran/Peperiksaan : Tarikh Tingkatan

Bi Peperiksaan 5(2020)

1. Peperiksaan Percubaan 21/1-4/2 P, 1
SPM(2020) 5 (2020)
15/3-18/3 4,5
2. Formatif 1 22/2-25/3 P,1,2,3
3. Peperiksaan SPM 03/5-27/5 3
4. Peperiksaan Pertengahan Tahun 17/5-27/5 5
5. Peperiksaan Pertengahan Tahun 09/8-17/8 4
6. Pentaksiran Percubaan T3 09/8-03/9 P,1,2,3
7. Peperiksaan Percubaan SPM 09/11-26/11
8. Peperiksaan Akhir Tahun 22/11-26/11
9. Peperiksaan Akhir Tahun

4.1.9 Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2020 bagi subjek yang belum dijalankan akibat
peningkatan kes covid-19 serta penutupan sekolah akan diteruskan pada tahun ini.

Makluman

4.1.10 Tarikh bagi Ujian Formatif 1 akan dibincangkan semula apabila pelajar tingkatan 1 serta
peralihan akan mengikuti pembelajaran secara PdPR setelah kerajaan mengumumkan
(Perintah Kawalan Pergerakan) PKP.

Makluman

4.1.11 Pengerusi berharap guru-guru yang tidak terlibat dengan pengawasan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bersedia untuk menggantikan kelas guru-guru yang terlibat
dengan pengawasan peperiksaan SPM iaitu pada 23 Februari sehingga 25 Mac.

Makluman

4.1.12 Pemantauan Buku Latihan/Projek Pelajar :

Bidang Mata Pelajaran Tarikh

Pemantauan 1 Pemantauan 2

Bahasa B. Melayu 5-11 April 2021 2-6 Ogos 2021
Sains dan Matematik B. Inggeris 12 -16 April 2021 09 - 13 Ogos 2021
B. Cina
B. Jepun

Sains
Matematik
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Fizik

Kemanusiaan Sejarah 19 - 23 April 2021 16 - 20 Ogos 2021
Teknik dan Vokasional Geografi
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral 26 - 30 April 2021 23 - 27 Ogos 2021
PSK
PSV
PJPK

RBT
Ekonomi
Prinsip Perakaunan
Perniagaan

1. Jenis-jenis buku
● Latihan, Nota
● Amali
● Lembaran kerja, folio dan lain-lain

2. Bilangan buku yang perlu dihantar
● Satu jenis buku daripada setiap kelas yang diajar oleh guru mata pelajaran
pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan

3. Aliran Pemantauan

Guru Pemantau
Ketua Panitia
Guru Mata Pelajaran Guru Kanan Mata Pelajaran

Ketua Panitia / Penolong Kanan Kurikulum
Penyelaras Panitia
Pengetua
Guru Kanan Mata
Pelajaran

Penolong Kanan

4. Pemantau perlu memulangkan buku yang telah disemak dengan kadar yang segera.
5. Seterusnya pembuat laporan dengan menggunakan borang SPSK 6.

4.1.13 Semua guru perlu memastikan semua latihan disemak dan mepunyai markah atau skor
sekiranya pembelajaran dijalankan secara PdPR
Tindakan : Semua KP

4.2 Penyediaan RPT
4.2.1 Minggu persekolah pada tahun 2021 ialah selama 42 minggu.

4.2.2 Penulisan RPT bagi minggu 25 sehingga minggu 42( tingkatan 3-5), dan minggu 33
sehingga minggu 42 (Peralihan, tingkatan 1, 2 dan 4) perlu mempunyai tajuk, objektif dan
aktiviti.
Tindakan : Semua KP

4.2.3 Akibat daripada pendamik covid-19, RPT pada tahun 2021 akan berlaku penjajaran
kurikulum 2.0 atau pengubahsuaian terhadap DSKP kerana berlaku perubahan terhadap
PdPC.
Makluman

4.2.4 Penjajaran Kurikulum 2.0 dibuat akibat pembelajaran terkesan kepada bencana yang
menyebabkan kehadiran murid dan tahap penguasaan murid yang rendah semasa PDPR
dijalankan .
Makluman

4.2.5 Penjajaran 2.0 perlu fokus kepada kandungan asas yang terdapat di dalam DSKP dan
mesti diajar sekiranya murid belum menguasai berdasarkan kehadiran murid pada tahun
lepas.

4.2.6 Penjajaran 2.0 boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti membuat penyisipan
dalam tajuk tahun 2021.

4.2.7 Penjajaran yang dibuat tidak boleh melebihi 30% daripada isi kandungan RPT tahun 2021
kerana dibimbangi silibus tahun 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang di
dalam RPT.
Tindakan : Semua KP

4.2.8 Panduan pengurusan sekolah terhadap penjajaran kurikulum 2.0 :

4.2.9 Ketua Panitia dan ahli panitia perlu berbincang RPT penjajaran kurikulum 2.0 semasa
mesyuarat panitia kali pertama.
Tindakan : Semua KP

4.3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

4.3.1 Objektif pembelajaran di dalam RPH mestilah mempunyai:

I. A: Audiens
II. B: Behaviour
III. C:Content
IV. D: Description

4.3.2 Kriteria kejayaan ialah cara untuk mencapai objektif dan perlu lebih daripada satu kriteria
kejayaan.

4.3.3 Semua guru perlu menghantar RPH pada setiap hari Jumaat secara atas talian dan guru
juga perlu menghantar RPH hari Isnin bersama-sama pada minggu tersebut. Bahagian
refleksi dan catatan pada RPH hari Isnin tersebut mestilah kosong kerana PdPC belum
lagi dijalankan.

4.3.4 Semua guru diminta untuk menyemak ejaan sebelum menghantar RPH dan apabila RPH
disemak oleh pentadbir, guru diminta untuk melihat bahagian komen untuk melihat
kesalahan dan membuat penambahbaikan.

Tindakan : Semua KP

4.3.5 Semua guru wajib menghantar RPH dan kegagalan menghantar RPH menyebabkan guru
boleh dikenakan surcaj iaitu sebanyak RM500 bagi setiap satu RPH yang tidak dihantar.

Makluman

4.4 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR )
4.4.1 PdPR dilaksanakan mengikut kaedah yang sesuai dan berkesan.

4.4.2 Semua guru perlu menyediakan bahan yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang
dilaksanakan.

4.4.3 Guru perlu merekod kehadiran murid semasa PdPR dan megambil tindakan untuk
menghubungi murid serta memastikan murid dapat mengakses PdPC.

Tindakan : Semua KP

4.4.4 Puan Khor Puay Puay diminta untuk menubuhkan tapak kehadiran bagi merekod
kehadiran PdPR tahun 2021.

Tindakan : Guru Data

4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.5.1 PBD masih diteruskan walaupun PdPC dijalankan secara atas talian.

4.5.2 Semua guru perlu menyediakan borang transit PBD bagi setiap kelas yang di ajar bagi
membuktikan pelaksanaannya.

4.5.3 Semua guru perlu menyemak semua borang transit tersebut bagi melihat semula murid
yang mencapai tahap peguasaan dua kebawah dan guru perlu merancang serta
melaksanakan program intervensi.

Tindakan : Semua KP

4.6 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

4.6.1 Ketua Panitia perlulah menguruskan PCG mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan
iaitu mengisi nota minta dan mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum membuat
pembelian.Pembekal-pembekal barang juga perlu datang ke pejabat untuk mendapatkan
cek mereka.

4.6.2 Semasa mesyuarat panitia kali pertama, Ketua Panitia perlu berbincang dengan ahli
panitia bagi merancang perbelanjaan dan semasa perbincangan, panitia perlu
memasukkan dalam senarai iaitu modul pintas tingkatan 4 dan 5 serta menyimpan baki
sebanyak 5%.

Tindakan : Semua KP

4.7 Kajian Tindakan

4.7.1 Semua guru digalakkan untuk membuat kajian tindakan berbanding pada tahun sebelum
ini melibatkan satu bidang satu kajian tindakan..

4.7.2 Tajuk kajian tindakan berkaitan masalah dalam PdP mata pelajaran masing-masing.

4.7.3 Guru perlu menyadiakan proposal terlebih dahulu dan mengambil tempoh untuk mencari
data dan akhir sekali barulah guru menyediakan laporan.

4.7.4 Kajian tindakan bukan sahaja meliputi masalah akademik tetapi boleh juga melibatkan
masalah lain seperti masalah disiplin.

Tindakan : Semua KP

4.8 MBMMBI

4.8.1 MBMMBI ini mestilah seiring dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan penguasaan
pencapaian bahasa Melayu dan bahasa inggeris di sekolah.

4.8.2 Guru perlu mengaktifkan MBMBMI, dengan mencantikkan semula sudut ‘speaker corner’
atau sudut pidato di sekolah.
Tindakan : KP BM & BI

4.9 Dual Language Program (DLP)

4.9.1 Guru-guru yang mengajar matematik dan sains sekiranya mempunyai masalah dalam
penggunaan bahasa inggeris bolehlah merujuk guru-guru bahasa inggeris bagi
menyelesaikan masalah.

4.9.2 Guru-guru yang mengajar DLP perlulah sentiasa meningkatkan penguasaan bahasa
inggeris.

Tindakan : KP Sains & Matematik
4.10 Program Perkembangan Staf (Panitia)

4.10.1 Semua panitia mesti merancang sekurang-kurangnya empat program perkembangan
staf di bawah panitia masing-masing sebagai contoh program berkaitan penandan
kertas peperiksaan, pedagogi, penggunaan ICT dalam PdPC dan lain-lain lagi.

Tindakan : Semua KP

4.11 Penulisan Minit dan Penghantaran Minit/ MInit Curai
4.11.1 Semua guru perlu menulis minit mesyuarat mengikut format penulisan minit yang
terkini.
4.11.2 Minit mesyuarat perlulah dihantar selepas tiga hari mesyuarat diadakan kepada
pengerusi untuk disemak sebelum dicetak.
4.11.3 Minit mesyuarat perlulah ditulis secara terperinci dan memerlukan catatan tindakan
sekiranya perkara tersebut memerlukan tindakan seseorang.
4.11.4 Minit mesyuarat perlulah disertakan bersama:
I. Surat panggilan
II. Senarai kehadiran
III. Borang maklum balas
IV. Edaran bahan
4.11.5 Diminta guru yang menguruskan Sisitem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Cik Siti
Nurhanis bt. Shamsull Bahri untuk menyemak semula borang maklum balas SPSK
yang terkini.
Tindakan : Guru SPSK

4.11.6 Semua guru perlulah menghantar minit curai selepas menghadiri program atau aktiviti
luar secepat mungkin kepada pentadbir.
Tindakan : Semua KP

4.12 Peperiksaan
4.12.1 Ketua Panitia perlulah berbincang bersama-sama ahli panitia tentang penggubal soalan
bagi semua peperiksaan sekolah.
4.12.2 Guru yang menggubal soalan perlulah menghantar kertas soalan yang digubal
mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
4.12.3 Semua guru diingatkan supaya tidak melewat-lewatkan penandaan kertas peperiksaan
murid dan mematuhi tarikh memasukkan markah murid ke dalam sistem peperiksaan.
Tindakan : Semua KP

4.13 Pengurusan Fail

4.13.1 Surat panggilan mesyuarat merupakan dokumen rasmi dan Ketua Panitia perlu
menyerahkan surat panggilan tersebut kepada kerani untuk dimasukkan ke dalam fail
rasmi. Sekiranya Ketua Panitia mahu memasukkan ke dalam fail panitia, surat tersebut
mestilah dicap salinan.

4.13.2 Minit mesyuarat, borang maklum balas dan borag kehadiran mesyuarat mestilah
diletakkan secara bersama ketika dimasukkan ke dalam fail panitia.

4.13.3 Ketua Panitia perlulah dari semasa ke semasa untuk mengemaskini fail panitia.

Tindakan : Semua KP

5.0 Hal-hal lain

5.0.1 Ketua Panitia bersama ahli panitia yang lain perlu berbincang untuk menyediakan bahan
kepada guru ganti apabila mempunyai tugas luar atau bercuti.

Tindakan : Semua KP

5.0.2 GKMP diminta untuk berbincang untuk menentukan tarikh mesyuarat paniti dan berkongsi
jadual tersebut kepada semua guru.

Tindakan : semua GKMP

6. PENUTUP MESYUARAT
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
dan mengucapkan juga terima kasih kepada semua guru atas kerja baik guru dalam
menjalakan tugas.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh:
Setiausaha Kurikulum

Bertarikh: 16 Januari 2021

NUR/failkurikulum2021


Click to View FlipBook Version