The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM
GROUP 4
PUAN KHODZIRAH BINTI AHMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fariqimran0304, 2022-06-07 10:50:30

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM
GROUP 4
PUAN KHODZIRAH BINTI AHMAD

Keywords: E-MAJALAH KERUNTUHAN AKHLAK

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM
PUAN KHODZIRAH BINTI AHMAD

E-MAJALAH
KUMPULAN 4

SENARAI AHLI KUMPULAN

- NUR IRDINA BINTI MOHD SAIFUL - NURUL ATHIRAH BINTI JASNI
- NIZAM - 03DPR21F1053

- 03DPR21F1068

- MOHAMAD FARIQ IMRAN BIN - MOHAMAD ISKANDAR
- MOHAMMAD ZULKORNAIN ZULKARNAIN

- 03DPR21F1035 - BIN MOHD ZAIHA

- 03DPR21F1012

- NUR HAIDA SYAFIQAH
1 - BINTI CHE KHIR

- 03DPR21F1086

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 3-4
5-12
Gejala Keruntuhan AKhlak
- Pengenalan 13-15
- Faktor 16
- Kesan 17

Masalah Pergaulan Bebas
- Pengenalan
- Faktor
- Kesan
- Langkah Mengatasi
- Adab Pergaulan

Masalah Ketagihan Gajet
- Punca
- Kesan

Kesimpualn

Sumber Rujukan

2

Gejala Keruntuhan Akhlak

Pengenalan

Masalah gejala keruntuhan akhlak remaja islam di Malaysia merupakan sesuatu yang harus
diberi pandangan dan tumpuan yang mendalam mengenai masalah ini. Matlamat utama
penurunan al-Quran juga adalah tujuan untuk memperbaiki akhlak manusia sebagaimana sabda
Nabi Muhammad SAW “ Aku tidak dibangkitkan melainkan untuk memperbaiki akhlak
manusia. (Malik b. Anas Juzuk 2) “.
Akhlak didefinisikan sebagai suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang,
menghasilkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. Sekiranya
akhlak itu baik menurut pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, maka ia termasuk dalam perkara
kebaikan. Sekiranya buruk mengikut keduanya, maka ia termasuk dalam perkara keburukan.
Justeru kita dapat lihat, gejala keruntuhan akhlak ini semakin berleluasa dikalangan para remaja
islam di negara kita. Secara terperincinya perlabagi factor yang mempengaruhi yang
menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak, Antara gejala keruntuhan akhlak yang
kritikal dan perlu diberi tumpuan di Malaysia ialah masalah pergaulan bebas dan gejala

ketagihan gajet yang sering berlaku pada masa kini.

3

Faktor – Faktor Berlakunya keruntuhan Akhlak

Antaranya ialah:
• Para remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap "up to date" dan

berasa malu sekiranya tidak mengikutinya.
• Mudah terpengaruh dengan persekitaran persekitaran yang dianggap baru dan sentiasa ingin

mencuba.
• keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang melanda ke atas diri seseorang remaja
• didikan agama dan nilai-nilai murni tidak terapkan dalam diri kalangan remaja pada masa

kini
• ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka

alpa terhadap perihal anak-anak mereka.
• Faktor media massa juga telah merosakkan akidah para remaja pada masa kini semakin

berlarutan

• Media massa telah menyebabkan remaja mudah terdedah kepada pengaruh budaya kuning

Kesan Daripada Keruntuhan Akhlak

• Memetik kata mutiara daripada seorang pejuang islam dimana beliau berkata “jika kamu
ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka kamu lihatlah pemuda-pemudinya di
hari ini” Saidina Ali R.A.

• Keruntuhan akhlak remaja akan menyebabkan sesebuah negara itu mengalami
kebantutan untuk mengembangkan pembangunan negara serta akan merosotkan
perkembangan ekonomi negara ekoran berlakunya banyak gejala sosial dan keruntuhan
akhlak daripada kalangan remaja

• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan
tidak bersatu-padu.

• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman
akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum

• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini
disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat

4

Masalah Pergaulan Bebas

Pengenalan

Pengenalan pergaulan adalah jalinan hubungan sosial antara seseorang dan individu yang lain.
Ianya juga termasuk berinteraksi di dalam kelompok. Pergaulan adalah titik tolak bermula
pembentukan keperibadian seseorang individu.Perkara ini terbahagi kepada dua iaitu pergaulan
yang positif dan pergaulan yang negatif. Seseorang individu akan menjadi cermin terhadap
keperibadian dirinya sendiri melalui pergaulannya baik dari segi pergaulan positif mahupun
pergaulan negatif. Pergaualn yang positif akan menjadikan seseorang individu itu bekerja sama
dengan individu atau kelompok melakukan hal-hal yang positif. Pergaulan yang negatif pula
lebih bermakna terhadap pergaulan bebas,pekara ini amat perlu dielakkan terutamanya remaja
yang masih membentuk keperibadiannya. Biasanya dalam usia remaja ini,individu amat mudah
dipengaruhi oleh gejala dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Pergaulan bebas adalah
salah laku yang menyimpang dan melampaui batas kewajipan yang melanggar hukum
agama.Ianya akan lebih membawa kepada pandangan buruk terhadap
individu,keluarga,agama,bangsa dan negara. Golongan remaja ini adalah penentu masa depan
agama dan negara dengan erti kata lain mereka inilah yang akan menjadi pemimpin terhadap
agama dan negara mereka.Justeru amatlah penting kita mengelakkan gejala pergaulan bebas
dalam golongan remaja sedia ada dan kita haruslah membendung dari peringkat umbi dan yang
memainkan peranan utama didalam soal ini adalah ibu bapa. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada keruntuhan akhlak.

5

Faktor-Faktor Mempengaruhi Masalah Pergaulan Bebas

DIRI SENDIRI
Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat
ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada
kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan
emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan
sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang
akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

KELUARGA
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja. Remaja
yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering
memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu
memberikan kasih saying yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap
bersama-sama dengan keluarga.

RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara
yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering
berjaya menpengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan
diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyababkan
remaja merasakan yang rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mempengaruhi
jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.

PENGARUH MEDIA MASSA
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja namun tidak
semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah
pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi
oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan
rasional,remaja akan terpengaruh dengan keseronokkan yang dipamerkan serta mengambil
keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas.

6

Kesan Pergaulan Bebas

PEMBUANGAN BAYI
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan
anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang
dan sebagainya

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan
rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum
proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka
selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun
hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang
berlaku di Malaysia.

PENYEBARAN PENYAKIT
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini
boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

KES PELACURAN
Mengikut surat khabar JURNAL, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Penang
dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian
turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk
terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam
aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing
mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik
tumpuan ibu bapa mereka.

KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu
bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja
masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat
rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan
kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini
sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan
memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak
kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan
yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik

7

menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal
dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.
KES PEGUGURAN MENINGKAT
Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan
remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut
terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti
kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan
mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan
hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak
tenteram serta rasa bersalah.
RAMAI AKAN TIDAK BERKAHWIN
Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk
melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada
berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di
situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali
pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.
KEMEROSOTAN PELAJARAN
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah,
mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini
telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-
seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

8

Langkah Mengatasi Pergaulan Bebas

Hubungan Berkualiti Di Antara Remaja, Keluarga Dan Guru
Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak
untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-
cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang
berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat
disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak
memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

Memilih Rakan
Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan
mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi
seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi
lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya
berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola
untuk maju dalam kehidupan.

Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta
tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan
memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Elakkan Berpasangan
Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara tidak
langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami oleh
remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang yang
lebih baik di masa hadapan.

Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar
dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan
menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus
mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut sampai
ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks luar nikah serta
mengandung.

Penyediaan Jadual Waktu
Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada kejayaan. Tidak kira samada individu
tersebut masih di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa pembahagian masa sangat
membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan emosi. Remaja yang
dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting dan
mengenepikan perkara-perkara yang kurang penting.

9

Pengaturan masa secara bertulis dapat memastikan remaja mengenalpasti adakah aktiviti yang
dijalankan setiap hari berfaedah atau tidak serta jangkamasa yang diambil untuk setiap aktiviti
tersebut. Secara tidak langsung remaja akan mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah
untuk dilakukan tidak kira samada di hari persekolahan atau hari cuti, dan akhirnya mengeluarkan
aktiviti yang tidak berfaedah daripada jadual waktu tersebut.
Kawalan Terhadap Media Sosial
Aspek ini memerlukan kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah,
masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini
menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja.
Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan
mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi.
Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat perlu.
Sebagai ibubapa dan guru, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu digunakan
sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi portal-portal media
yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi.

Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan
anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata
masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak
termasuk di kalangan remaja Melayu.
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan
kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan
satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

10

Adab Pergaulan Bebas Dalam Islam

MENUNDUKKAN PANDANGAN
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah
berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-Nuur : 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum Wanita beriman ALLAH berfirman: Dan
katakanlah kepada Wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-Nuur : 31)

11

MENUTUP AURAT
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis iaitu,
Dari Abu Daud Said al-Khudri berkata Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan Wanita jangan melihat
aurat Wanita.
TIDAK BERDUA-DUAAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Dari Ibnu Abbas berkata : saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan Wanita kecuali Bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang Wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya. ( Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi).

12

Masalah Ketagihan Gajet

PUNCA GEJALA KETAGIHAN GAJET

Sikap ibu bapa — memanjakan anak dengan membiarkan remaja menggunakan Internet
tanpa kawalan
Banyak kajian yang mendapati bahawa semakin ramai remaja yang ketagihan gajet. Banyak
punca yang menyebabkan hal ini berlaku. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dengan
membiarkan anak-anak mereka menggunakan gajet tanpa kawalan mendorong kepada ketagihan
Internet.

Kesibukan ibu bapa- tiada masa bersama dengan anak-anak- remaja menjadikan Internet
sebagai teman
Selain itu, kesibukan ibu bapa dengan pekerjaan mendorong anak-anak mereka mengunjungi
kafe siber untuk melayari Internet. Remaja menjadikan Internet sebagai teman kerana ibu bapa
tiada masa untuk bersama-sama mereka.

Aplikasi Internet yang interaktif dan pantas – memenuhi cita rasa remaja
kewujudan pelbagai aplikasi Internet yang interaktif dan pantas mendorong ketagihan Internet
dalam kalangan remaja. Aplikasi-aplikasi ini dicipta sesuai dengan cita rasa remaja masa ini.

Pengaruh rakan sebaya -mudah mengikut rakan dan berasa seronok melayari Internet
Ketagihan Internet juga berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Remaja mudah mengikut
rakan dan berasa seronok melakukan aktiviti seperti melayari Internet. Ketagihan Internet dalam
kalangan remaja patut ditangani dengan kerjasama semua pihak agar tidak menimbulkan
pelbagai gejala negatif.

13

KESAN KETAGIHAN GAJET

Pembaziran wang yang melampau.
Penggunaan gadjet dalam kalangan remaja akan menyebabkan masalah kewangan kepada
individu tersebut yang menggunakannya.semakin canggih sesuatu barangan tersebut, harga
untuk dimiliki amat tinggi sehingga mencapai ratusan ringgit . Selain itu, para remaja juga
sanggup mengikat perut untuk menyimpan wang yang diberikan oleh ibu bapa atau wang yang
dicarinya sendiri semata-mata untuk membeli gadjet mengikut trend semasa.

Prestasi akademik dalam kalangan remaja semakin merosot.
pendidikan merupakan teras kekuatan remaja supaya mampu berdaya saing dengan pasaran
global pada era globalisasi yang pantas berubah. Misalnya, remaja telah mengabaikan pelajaran
mereka kerana fokus remaja semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang.
Menurut kajian, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk
melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan.Prestasi akademik
remaja akan merosot.

14

Menjadi lalai terhadap gadjet
penggunaan gadjet juga melahirkan remaja yang leka dan lalai. Kepelbagaian aplikasi yang

menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat
pengguna laman sosial tersebut. Pengguna akan berasa seronok sehingga leka
dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.

Masalah kesihatan
Remaja akan lebih cenderung untuk menjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan
permainan komputer. Hal ini disebabkan, remaja akan mengurangkankan pergerakkan untuk
mengambil makanan atau bersenam dan sanggup makan di hadapan komputer. Penggunaan gajet
tanpa kawalan akan memberi kesan kepada urat saraf remaja kerana terdedah kepada cahaya
berterusan.

15

Kesimpulan

Kesimpulannya, kepentingan al-Quran dan al-Sunah dalam pembentukan akhlak sememangnya
tidak diperakui dan penting bagi setiap orang. Al-Quran dan al-Sunnah menerapkan tentang
nilai-nilai keharmonian dalam diri seseorang. Namun, tidak dinafikan, pembentukan akhlak turut
dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan beberapa faktor lain seperti penekanan yang dinyatakan
di atas, berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “ Seseorang anak yang
dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih), maka ibu bapalah yang menjadikannya
yahudi, nasrani atau majusi (hadis riwayat al-Bukhari) “. Dalam hal ini semua pihak harus
bersatu dalam pembinaan akhlak masyarakat di sesebuah negara. Akhir kata krisis akhlak dapat
ditangani dengan lebih berkesan dan mencapai syariat Islam sepenuhnya dengan mengikut acuan
perspektif al-Quran dan al-Sunah yang sebenar.

Senarai Rujukan

KESAN NEGATIF GADJET

https://youtu.be/Vk7KgLqUXoo

KESAN PERGAULAN BEBAS
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulan-
bebas.html

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
http://hmkar.blogspot.com/2018/03/punca-punca-keruntuhan-akhlak-remaja.html

ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
https://www.facebook.com/PMIUSMPages/posts/adab-adab-pergaulan-dalam-islamajaran-
islam-amat-menitik-beratkan-batasan-pergau/2040238659396091/

16

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM MASA KINI
http://journalarticle.ukm.my/15742/1/62-138-1-PB.pdf
FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK
http://hmkar.blogspot.com/2018/03/punca-punca-keruntuhan-akhlak-remaja.html
PEGERTIAN PERGAULAN BEBAS
https://www.merdeka.com/jabar/pengertian-pergaulan-bebas-berikut-dampak-dan-cara-
menanggulanginya-kln.html
FAKTOR KETAGIHAN GAJET
https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html

17


Click to View FlipBook Version